Anda di halaman 1dari 7

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor sikap
lepas laku dalam kalangan remaja dan langkah-langkah untuk menanganinya. Panjangnya
rumusan Bebas
hendaklah tidak melebihi
melakukan sesuatu 120 patahperbuatan
terutama perkataan.
yang kurang menyenangkan tanpa perasaan
segan-silu ialah maksud yang tepat untuk menggambarkan sikap lepas laku. Lepas laku disifatkan
sebagai perbuatan negative yang tidak bersesuaian dengan moral dan etika yang diamalkan oleh
masyarakat setempat. Kematian enam orang remaja secara mengejut akibat pengambilan dadah
secara berlebihan ketika menghadiri festival muzik di Bukit Jalil merupakan contoh terdekat yang
berpunca daripada sikap lepas laku remaja kini. Perkara yang lebih mendukacitakan, kebanyakan
mangsa yang maut dalam festival itu terdiri daripada golongan remaja dan masih menuntut di
institusi pengajian tinggi di sekitar ibu kota.
Antara sebab yang dapat dikaitkan dengan masalah ini termasuklah sikap remaja itu sendiri
yang mudah terpengaruh dengan unsur negatif. Perkembangan hormon remaja pada tahap ini
semakin aktif, seterusnya menyebabkan mereka terdorong untuk mencuba sesuatu yang baharu
seperti merokok dan menghisap dadah. Lebih teruk lagi, ada antara mereka yang terjebak dengan
amalan seks bebas. Kelompangan dalam didikan agama yang sepatutnya diterapkan dalam diri
remaja turut menjadi penyumbang kepada sikap lepas laku ini. Pada ketika ini, sepatutnya mereka
diterapkan dengan didikan agama yang dapat membentuk akhlak yang baik.
Remaja pada hari ini juga dikatakan terlalu ‘celik’ maklumat sehingga terdedah dengan
pelbagai maklumat secara maya yang bebas diteroka tanpa sempadan. Media elektronik turut
berlumba-lumba dan bersaing untuk memaparkan pelbagai maklumat tanpa sekatan yang membawa
implikasi buruk terhadap remaja. Sajian tanpa bertapis ini gagal dinilai oleh remaja sehingga
mereka mula terpengaruh dengan gaya pemikiran negatif yang menyimpang jauh daripada adat
ketimuran yang sinonim dalam kalangan masyarakat Melayu. Acap kali juga kepincangan institusi
kekeluargaan turut dikaitkan apabila menyentuh isu lepas laku dalam kalangan remaja. Corak
pembentukan anak dalam sesebuah keluarga kini berbeza daripada masyarakat terdahulu. Kini,
sikap ibu bapa yang lebih mengejar kemewahan menyebabkan anak-anak terumbang-ambing dalam
mencari jati diri mereka. Tambahan pula, kurangnya perhatian daripada ibu bapa menyebabkan
anak-anak memberontak dan mula mencari keseronokan di luar rumah bersama-sama rakan sebaya.
Masalah ini tidak seharusnya dibiarkan berlarutan dalam keadaan negara lain sibuk
merangka pelan penambahbaikan untuk kemajuan, negara kita pula masih bergelut dengan masalah
sosial remaja yang semakin parah. Oleh itu, kajian semula harus dipertimbangkan untuk
membendung masalah lepas laku ini.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Lepas Laku dalam Kalangan Remaja’
oleh Rahimah Abdullah,
Dewan Siswa, Mei 2014

1
Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata moral dan etika. [2 markah]

(ii) Pengarang berpendapat bahawa perkembangan hormon pada tahap remaja semakin
aktif, seterusnya menyebabkan mereka terdorong untuk mencuba sesuatu yang
baharu.
Jelaskan implikasi yang akan berlaku kesan perkembangan tersebut. [3 markah]

(iii) Golongan remaja akan bertindak sebagai pemangkin pembangunan negara pada masa
depan.
Huraikan pendapat anda tentang peranan golongan remaja dalam pembangunan
negara.
[4 markah]
Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

2
(i) Berdasarkan petikan, nyatakan masalah yang dihadapi oleh Hakim sebelum berjaya
menjadi petani moden. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum seseorang itu
menceburi bidang keusahawanan? [3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain
daripada keseluruhan cerpen ini. [4 markah]

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional


Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata masing-masing pada tempatnya. [2 markah]

(ii) Berdasarkan petikan, apakah perkara yang dilakukan oleh Laksamana untuk
memerangkap penjurit itu? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kebanyakan pendekar pada zaman dahulu
mengamalkan ilmu mempertahankan diri? [4 markah]

3
Soalan 2(d) – Puisi Moden
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Sajak : Aku Membaca Lagi


(karya Razali Mohd. Yussof)

Aku mendongak langit


membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawahnya gumpalan mega
hembusan bayu dan banjaran gunung.

Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu.

Aku mendongak lagi


Membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku yang makmur.

Aku membaca langit


kutemui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa.

Aku mendongak lagi


menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayuku
yang berdarah.

Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul


Dewan Bahasa dan Pustaka

4
(i) Berikan maksud rangkap keempat sajak tersebut. [2 markah]

(ii) Sajak ini lebih bertemakan nasib bahasa Melayu.


Pada pendapat anda, apakah yang sebenarnya telah berlaku terhadap nasib bahasa
Melayu di negara kita? [3 markah]

(iii) Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan, menukarkan atau
menggugurkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.
(i) pekat
(ii) pikat
(iii) siram
(iv) suram
(v) indah
(vi) endah
[6 markah]

(b) Pisahkan ayat-ayat dalam petikan di bawah ini supaya menjadi enam ayat tanpa mengubah
maksud dan struktur asalnya.
Peniaga mesti meletakkan tanda harga pada setiap barang yang dijual oleh mereka.
Keengganan berbuat demikian akan mengakibatkan mereka dikenakan tindakan tetapi
segelintir peniaga tidak mempedulikan peraturan itu kerana tanpa tanda harga, mereka
mudah menipu pengguna, selain dapat mengaut keuntungan berlebihan.

[6 markah]

5
(c) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari segi
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari segi imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Pembiakan nyamuk aedes yang menjadi penyebab demam denggi bukan sahaja
melibatkan kawasan air bertakung di dalam lungkang dan di tempat pembuangan
sampah tetapi juga disumbang oleh sikap pemaju yang tidak menjaga kebersihan
ditapak projek pembinaan. Sesiapa sahaja yang tidak sensitif terhadap kawasan
pembiakan punca penyakit merbahaya ini akan berhadapan dengan tindakan kompaon
oleh pihak berkuasa. Langkah tersebut diambil untuk mengelakkan orang ramai
daripada terjadi mangsa akibat tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab selain
mengabaikan kepentingan awam.

[6 markah]

(d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Sebahagian besar penduduk Malaysia terdiri dari golongan muda yang memerlukan
pekerjaan berkebolehan tinggi. Golongan ini wajar memainkan tugas mereka secara
eksklusif untuk meneruskan pembangunan bangsa dan negara. Mereka perlu
bertanggungjawab dan memainkan peranan demi untuk memajukan negara agar
Malaysia terus mencapai kegemilangan di masa depan.

[6 markah]

(e) Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya.

(i) Ukur baju di badan sendiri


(ii) Bulat kata
(iii) Retak menanti belah [6 markah]

6
Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(ii) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib
(iii) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(iv) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(a) Dalam sesebuah karya sering dipaparkan tentang kepelbagaian tema yang menarik. Dengan
memberikan contoh berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan tema novel tersebut.
[7 markah]

(b) Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan dua persoalan yang terkandung dalam novel
tersebut. [8 markah]

------------------------------------------------ KERTAS SOALAN TAMAT ------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai