Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

(35 MARKAH)

Soalan 1: Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata terbitan dan dua kata adjektif.
Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan atau menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Ahli akademik menyifatkan komik mampu membantu pembacanya berfikir dengan lebih bijak dan
kreatif. Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka memantau komik yang dibaca oleh anak-
anak agar bersesuaian dengan peringkat usia mereka. Banyak komik yang dijual di negara ini
memaparkan nilai-nilai murni dan mesej-mesej yang baik kepada pembaca. Namun, dalam soal
ini, individu perlu tahu memilih jenis komik yang dapat mendedahkan mereka dengan ilmu
pengetahuan.

[8 markah]

SOALAN 2 : Sintaksis

Baca petikan di bawah dan nyatakan jenis-jenis ayat yang bergaris di bawah.

Tahukah anda bahawa terdapat lebih kurang tujuh ribu bahasa masih dituturkan di
seluruh dunia pada masa ini? Sepuluh daripada bahasa tersebut dituturkan oleh lebih
3.6 bilion penduduk dunia. Wah, hebat! Bahasa Melayu tergolong dalam kumpulan
sepuluh bahasa tersebut. Bahasa Melayu telah didaulatkan dan berdaulat semenjak dua
ribu tahun dahulu apabila wujudnya pelbagai kerajaan Melayu awal.
Sumber : Internet

[6 markah]
SOALAN 3 : Penyuntingan

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima
kesalahan ejaan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam
arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Isu menaikkan harga barang di negara kita yang hangat diperkatakan kini menjadi mimpi
negeri, selain menghantui masyarakat yang pendapatan rendah dan sederhana.
Masyarakat dipaksa membeli barang keperluan harian dengan harga yang lebih mahal.
Pengguna menyusun stategi perbelanjaan harian semula termasuk dapur belanja yang
diharapkan oleh mereka dapat meredakan masalah kewangan akibat kenaikan harga
barang.
Sumber : Internet

[6 markah]

Petikan 2

Buluh ialah sejenis tumbuhan berumpon yang hidup subur di negara kita ini. Pokok buluh
tumbuh di kawasan hutan dan di tepi sungai. Masyarakat dahulu menggunakan buluh
untuk membuat raket dan peralatan-peralatan seharian seperti raga, bakul , tudong saji
dan sebagainya. Masyarakat kini menggunakan buluh untuk membuat pelbagai inovasi
kraftangan bagi menarik minat ramai pelancung untuk tujuan komesil.

Sumber: Internet

[5 markah]
SOALAN 4 : Bahasa Melayu Standard

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Hatta beberapa hari maka segala harta orang kaya-kaya dan saudagar itu pun habis kecurian;
syahadan semuanya datang menghadap raja. Maka raja pun tiada terkata-kata lagi. Maka
sembah Laksamana, “Pada firasat patik, pada malam itu datang pula penjurit itu ke istana kita
ini.” Maka titah raja. “Apa bicara kita supaya penjurit itu tiada beroleh masuk ke istana ini?”

Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan


dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari

Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[4 markah]

Soalan 5: Peribahasa

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan
memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang
erat dengan murid-murid di samping bekerja sama bagai ___________(i)__________.
         Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa
kecemerlangan kerana ________(ii)_________. Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan
seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan
pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik.

[4 markah]
Soalan 8 : Novel

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Keesokan harinya Adnan bangun lebih awal daripada biasa. Selepas solat subuh, dia pun
sudah siap berpakaian kemas. Dia tidak mahu terlewat tiba di sekolah pada hari pertamanya.
Dia memakai baju kemeja kotak-kotak berlengan pendek berwarna kuning cair dan berseluar
panjang berwarna hitam yang dibelinya di pekan dua hari lepas. Dia kelihatan segak.
Kemudian dia duduk bersarapan dan hanya menjamah sedikit makanan. Tekaknya tidak
berselera. Hatinya berdebar-debar. Sesudah itu dia bingkas bangun.
“ Nan, kenapa sikit saja kamu makan?‟‟ tanya ibunya yang berasa hairan.
“ Pagi-pagi tak ada selera nak makan, mak„‟ jawabnya ringkas. Beg galas bewarna hitam
dicapai lalu disandang ke bahu sebelum dia turun ke beranda.
Dipetik daripada
Novel „Leftenan Adnan Wira Bangsa‟
Karya Abdul Latip Talib,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(ii) Nyatakan perkara-perkara yang dilakukan oleh Adnan selepas menunaikan solat subuh.
[4 markah]

Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin

Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh


pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat
dijadikan teladan. [6 markah]
BAHAGIAN B: RUMUSAN

(30 Markah)

[Masa dicadangkan: 45 minit]

Soalan 9

Baca petikan dan teliti keratan akhbar yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1 - Petikan

Jabatan perangkaan Malaysia mengumumkan jumlah penganggur pada bulan Mac 2020
meningkat 17.1 peratus kepada 610,500 orang berbanding 521,300 orang pada bulan yang
sama pada tahun lepas. Kadar pengangguran yang direkodkan itu paling tinggi sejak 34
tahun lepas. Kadar pengangguran tertinggi Malaysia yang pernah dicatat sebelum ini ialah
7.4 peratus pada tahun 1986.

Dalam soal ini, ternyata bahawa COVID-19 memberi impak yang sangat besar
kepada ekonomi apatah lagi pengangguran yang terpaksa ditanggung oleh orang ramai.
Pencari-pencari pekerjaan juga menjadi lebih sukar mendapatkan pekerjaan ditambah pula
dengan mereka yang diberhentikan kerja sejak penularan COVID-19 berlaku. Di samping
itu, tidak kurang pula, beberapa jenis perniagaan yang terpaksa gulung tikar kesan daripada
pandemik ini. Kawasan-kawasan pelancongan tidak dapat beroperasi dan banyak jenis
pekerjaan yang berkaitan dengan industri ini terpaksa dihentikan. Bagi mereka yang
kehilangan pekerjaan sudah tentu memberi kesan yang besar terutamanya tekanan kepada
seseorang individu dan keluarga. Selain itu, isu ini turut memberi kesan kepada
peningkatan masalah sosial di segenap tempat yang terjejas dengan pandemic COVID-19
ini. Masalah jenayah juga dianggap akan menjadi bebanan kepada masyarakat
memandangkan ramai yang diberhentikan kerja dan tidak memperoleh pekerjaan.

Dalam soal ini, kerajaan diharap dapat menaikkan semula keyakinan rakyat dengan
mengambil inisiatif membantu penduduk tempatan yang kehilangan pekerjaan dan
sebagainya. Oleh itu, tenaga pekerja tempatan mestilah diberi peluang seluas-luasnya
bekerja dalam sektor yang sebelum ini dikawal oleh pekerja asing. Pengambilan pekerja
asing mestilah dikurangkan. Malah ramai pekerja asing yang sudah balik ke negara asal
mereka dan sukar datang ke sini lagi. Peluang ini mestilah direbut oleh warga tempatan
untuk mengisi pekerjaan yang ditinggalkan oleh pekerja asing. Oleh hal yang demikian,
penduduk tempatan tidak perlu lagi memilih pekerjaan terutamanya dalam sektor 3D, iaitu
kerja yang sukar, berbahaya dan kotor yang selama ini dimonopoli oleh pekerja asing.
Sekiranya sikap ini masih kekal, bermakna kadar pengangguran di negara kita akan tetap
bertahan dan tidak hairanlah jika suatu masa nanti pekerjaan-pekerjaan itu akan diiisi oleh
warga asing semula selepas pandemik ini berakhir.

(Dipetik dan diubahsuai daripada “Awas Kesan Domino


Pengangguran”,
Sinar Harian, 12 Mei 2020
Bahan 2 – Keratan Akhbar

Lebih 800,000 individu kehilangan pekerjaan sejak negara dilanda pandemik COVID-19.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, kerajaan sedar ramai rakyat yang
sedang menderita kerana kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan akibat penularan
COVID-19.
“Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup. Lebih 800,000 orang telah kehilangan
pekerjaan. Saya mendengar rintihan saudara dan saudari sekalian,” kata Perdana Menteri.

(Dipetik dan diubahsuai daripada “800,000 Hilang Pekerjaan sejak COVID-19 Melanda”,
Berita Harian, 31 Oktober 2020)

Anda mungkin juga menyukai