Di bawah disertakan beberapa frasa yang dianggap gramatis untuk digunakan dalam sesuatu
karangan. Anda boleh memilih frasa-frasa tersebut dan menggunakannya dalam karangan anda
sekiranya sesuai dengan karangan yang ditulis. Perlu diingat, penggunaan frasa gramatis
mungkin tidak sesuai untuk sesetengah karangan atau sesetengah ayat yang cuba anda buat. Oleh
itu, pemilihan frasa gramatis perlu diteliti dengan berhati-hati. Kita tidak mahu, hanya kerana
mahukan ayat kelihatan gramatis, kesannya ayat yang digunakan tidak member erti langsung.
Jadi berhati-hati ketika memilih dan menggunakan ftasa gramatis yang diberi.