membelenggu.......
kekeluargaan
jangkaan
generasi
sempit
-membongkar kepincangan
keprihatinan mereka
bersefahaman
beruntung
bertahan lama
semua pihak
tercabut
murni
-mengundang kontroversi
aspirasi
dan berpeleseran
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
menjelma
-menyuntik semangat
-platform
-pembentukan insan
-petanda jelas
-era globalisasi
-nadi kehidupan
-komunikasi bermakna
-secara holistik
-merosakkn moral
-menempa kejayaan
-elemen
-relevan
-tuntutan pemodenan
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-instrumen perpaduan
-hamba teknologi
Koleksi 2
deduksi - kesimpulan
sayembara - peraduan
batas
-kemaslahatan : kebaikan
-melestarikan - mengekalkan
-Sesungguhnya, menangis ketika berundur adalah lebih baik daripada merintih selepas melangkah
-Remaja bukan sahaja permata dalam rumah tangga dan generasi harapan masa depan keluarga
malah merupakan pewaris kegemilangan negara
dadah sifar!
-Diharapkan biarlah aspek pendidikan itu
-wahana : saluran
1. bermaharajarela - berleluasa
4. tonggak- asas/dasar
7. seantero- seluruh
tanggungjawab
temurun
kerja serentak
73. mutakhir-terkini
sendiri
sesuatu
menyebabkan
.mendalam
pandangan / pemikiran
pelbagai aspek
hanya satu-satunya
berkaitan
kejayaan / keangkuhan
19.Mengkodifikasikan undang-undang –
mengawal sesuatu
ke semasa
.umum / biasa
tempat pelajar
berfikir
pandai
34.Berkongkalikung - Bersepakat
46.Melikwidasikan - Membubarkan /
memansuhkan
1. Ironinya,Impak -Kesannya
5. Rencaman -Pelbagai
6. Wadah -Alat
7. Disemarakkan -digiatkan
8. Dijana -dijalankan
9. Memperkasa -meningkatkan
langkah)
44. Mercu-menempa
yang terhunus)
tanggungjawab
2 objektif
sesuatu
(kerjasama)
berprestij)
pengalaman lagi
62. Anjakan paragdigma -perubahan yg baik
kebajikan orang
lebih agi
sempadan)
84 Ideal -mulia
96 Mantan -bekas
98.vital-penting
secara aktif
103.berintegriti-mempunyai kejujuran
104.meneroka- menyelidik
107.vital- penting
akan pendirian
109.inderloka- syurga
KOLEKSI 6
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan
terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang
yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)
06. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta
pertolongan" (Surah Yusuf:18)
08. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi
semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)
12. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk
langit.
13. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga
dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak
itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)
14. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
15. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar
impian hari esok.
16. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur.
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh
dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)
17. Kekitaan yang erat tiada yang berat.18. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
19. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali
hilang akan terus hilang.
20. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia kepada pasukan
Singapura serta tumbangnya jagoan badminton negara Datuk Lee Chong Wei, dalam Kejohanan
Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin
merudum. Hal ini belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras yang lain seperti hoki,
olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding
sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan
negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika
bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran jaguh kampung, ataupun atlet kita kurang
bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa-apapun pertikaiannya,
ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan
negara, agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain
dalam bidang sukan.
Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa
induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan sukan di
Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara sebulat suara ini, sering menjadikan persatuan
berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka.
Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet
telah dianaktirikan. Kedangkalan pengetahuan tentang bidang sukan serta kegagalan memahami
perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini,
mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik
melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya
ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini
dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar
belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, persis kata
pujangga, hanya jauhari yang mengenal manikam.
Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru
dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan
telah menyediakan peruntukan yang cukup untuk menyokong program-program pembangunan
sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).
Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan,
pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk
Sabri Chik pernah menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika
bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet.
Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak,
dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan
negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak
menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hanya bergantung
kepada gandingan emas, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, serta Datuk Lee Chong Wei. Misi
pencarian pelapis baru masih lagi gagal. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi
noktah untuk kita terus berusaha. Dengan penggemblengan usaha dan iltizam semua pihak,
pastinya sinar di hujung terowong dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan
negara kita.
Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa
secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan
persembahan serta menyesuaikan diri dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola
sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan
menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar
belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam
pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu
menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan ratu
squasy negara, Datuk Nicole Ann David sehingga membolehkan mereka berada pada kedudukan
teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang aktif dalam
pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak
boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, ibarat melepaskan batuk di tangga. Sebaliknya,
menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan atlet, pihak-pihak berwajib,
dan malahan peminat sukan tanah air.
Pengambilan jurulatih serta pemain import juga merupakan suatu usaha yang positif ke arah
meningkatkan mutu sukan negara. Hal ini demikian kerana para atlet serta ahli sukan mendapat
bimbingan serta tunjuk ajar berterusan daripada jurulatih yang berwibawa. Para pemain dapat
didedahkan dengan teknik, serta kemahiran bertaraf dunia agar pemain kita dapat duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan pemain-pemain di peringkat dunia. Selain itu, para pemain juga
akan mendapat rakan pelatih atau sparing partner yang bertaraf dunia. Dengan pendedahan serta
latihan intensif ini sudah pasti para atlet mampu bersaing atau bertanding di peringkat
antarabangsa. Tindakan FAM untuk mengambil pemain-pemain import semula dalam Liga Bola
Sepak Malaysia merupakan usaha serampang dua mata, iaitu untuk meningkatkan mutu sukan
negara serta menyemarakkan sokongan peminat sukan kepada pasukan pilihan mereka. Jelaslah
bahawa pengambilan jurulatih dan pemain import bukan sahaja meningkatkan prestasi atlet atau
ahli sukan, malahan dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.
Konklusinya, kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan berlanjutan kerana hal ini
sedikit banyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia
kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh empat tahun, seharusnya telah
mematangkan prestasi kita dalam bidang sukan. Tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-
negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam
pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf
dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak bagai aur dengan tebing, misi untuk melihat
kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan
menjadi kenyataan. Peribahasa Melayu ada menyatakan pengayuh sudah ada di tangan, perahu
sudah ada di air, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. Semoga
slogan, Majulah Sukan Untuk Negara dapat diimplementasikan.
USAHA-USAHA INDIVIDU (ANDA) MEMUPUK AMALAN MEMBACA
Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan hari ini telah menyebabkan remaja hilang keyakinan
diri dan ketahanan jiwa sehingga terdorong melakukan pelbagai aktiviti negatif seperti berpeleseran,
membuli dan vandalisme. Mengapakah remaja lebih gemar melakukan aktiviti yang tidak
mendatangkan sebarang faedah kepada mereka? Tidak pernahkah terdetik dalam sanubari mereka
bahawa terdapat pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh mereka lakukan khususnya membaca? Hal
ini demikian kerana, membaca akan menghubungkan antara manusia dengan segala ilmu
pengetahuan. Namun begitu, berdasarkan kajian, rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku
setahun berbanding bilangan buku yang dibaca oleh rakyat Jepun. Justeru, kita perlulah mencari
formula terbaik persis mutiara kata “yang buruk dibuang dengan runding, yang baik ditarik dengan
muafakat” untuk menjadikan rakyat Malaysia gemar membaca. Oleh itu, sebagai seorang pelajar dan
remaja, kita perlulah mencari inisiatif dan cara yang efektif untuk menjadikan amalan membaca itu
amalan hidup.
Prakarsa pertama untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup ialah, saya perlulah rajin pergi
ke perpustakaan. Marcapada, Malaysia tidak pernah ketandusan perpustakaan malah di negara ini
terdapat pelbagai jenis perpustakaan, tamsilnya perpustakaan sekolah, perpustakaan awam dan
perpustakaan bergerak. Di perpustakaan yang dikunjungi, saya dapat membaca dan meminjam
pelbagai jenis buku untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Saya akan sentiasa berusaha dan rajin
ke perpustakaan untuk membaca walaupun memaklumi bahawa perpustakaan yang dipenuhi
dengan buku itu ibarat lautan yang terbentang luas yang tidak mungkin dapat diteroka. Walaupun
sekadar membaca sebuah buku seminggu, dapat saya rasakan ilmu yang diperoleh amat besar
nilainya. Sementara itu, saya juga akan melakukan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Negara
atau perpustakaan di universiti-universiti terkemuka di Malaysia. Selain dapat menyemai minat
membaca dalam diri, saya juga dapat melihat kecanggihan teknologi yang terdapat di situ
bertepatan dengan kata peribahasa sambil menyelam minum air. Ternyata pasti, dengan bersikap
rajin mengunjungi perpustakaan saya akan sentiasa terdorong untuk menjadikan membaca sebagai
amalan hidup.
Peribahasa Melayu yang menyatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, amat
bersesuaian untuk saya jadikan pegangan dalam usaha memupuk amalan membaca. Kata-kata
hikmat di atas akan diperjelaskan serta dibahaskan dari perspektif menyediakan sudut bacaan di
rumah atau bilik sendiri. Suka saya tegaskan bahawa perubahan diri sendiri merupakan cara yang
paling proaktif dan mujarab untuk menjadikan membaca sebagai amalan dalam kehidupan. Demi
memupuk budaya membaca dalam jiwa saya, saya perlu menyediakan sudut bacaan atau
perpustakaan mini di rumah untuk kegunaan semua ahli keluarga. Situasi ini akan menggalakkan
serta mendorong kami sekeluarga supaya berjinak-jinak dengan bidang ilmu supaya amalan
membaca diterapkan dalam minda setiap anggota keluarga. Sementalahan itu, saya perlu membeli
pelbagai judul buku yang menarik dan sesuai untuk dibaca di samping mengamalkan budaya “bed
story” sebelum tidur. Neville Black, seorang ahli falsafah Barat, berpendapat bahawa ilmu
pengetahuan adalah aset yang paling dominan sekiranya kita ingin bersaing dengan pihak lain pada
zaman globalisasi ini. Atas kedahagaan menuntut ilmu pengetahuan, saya akan membaca dan terus
membaca sehingga menjadi seorang modal insan yang berminda kelas pertama. Berdasarkan
perbincangan di atas, pada hemat saya, saya perlu memupuk amalan membaca dalam diri sekali gus
menjadi suri teladan kepada adik-adik saya.
Selain itu, saya juga boleh ikut serta secara aktif dalam program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan
Membaca. Hal ini kerana, NILAM berfungsi untuk menarik minat para pelajar membaca dalam
kuantiti yang banyak. Melalui program ini, saya perlu membaca dua versi buku iaitu Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris dan kemudiannya direkodkan dalam buku NILAM. Pelajar yang membaca dalam
kuantiti yang banyak akan diberi penghargaan bermula daripada gangsa, perak, emas dan seterusnya
nilam. Malah, pelajar yang aktif juga boleh mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Dalam program ini juga terdapat tahap Rakan Pembaca.
Rakan Pembaca berfungsi untuk menarik minat pelajar lain dan seterusnya berkongsi ilmu dengan
mereka. Kesannya pelajar lain juga akan turut sama menjadikan amalan membaca sebagai satu
keperluan dalam hidup mereka. Apa yang pasti, segala keinginan untuk meningkatkan jumlah bahan
bacaan yang dibaca perlu lahir daripada diri saya tanpa wujud paksaan daripada pihak lain. Dalam
hal ini, saya amat berpegang kepada ayat al-Quran yang menyatakan bahawa Allah tidak akan
mengubah nasib seseorang, sekiranya seseorang itu sendiri tidak mahu mengubahnya.
Sementara itu, saya juga boleh pergi ke pameran buku, ekspo dan kedai buku. Hal ini kerana, saya
akan mengetahui pelbagai klasifikasi buku di sini. Misalnya, pameran buku yang dianjurkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pameran Buku Kebangsaan. Dalam pameran-pameran seperti
inilah saya dapat membeli buku dengan harga yang murah dan berpatutan dan membaca buku
secara percuma di tempat-tempat yang disediakan di pameran tersebut. Terdapat juga ruang-ruang
khas yang disediakan di sudut maklumat di pameran atau ekspo tersebut mengenai sinopsisi buku-
buku yang dijual. Dengan ini, saya dapat membaca secara ringkas tentang buku-buku tersebut
sebelum membuat pilihan untuk membelinya. Justeru, saya bukan sahaja dapat membaca secara
percuma, malah dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga. Dengan mengunjungi pameran-pameran,
ekspo atau kedai buku, saya akan mengenali lebih ramai rakan yang berkongsi minat yang sama iaitu
membaca. Peribahasa jauh perjalanan luas pemandangan amat bersesuaian dengan perkara dan
situasi yang saya bincangkan di atas.
Seterusnya, saya juga boleh membuat langganan buku pada setiap bulan. Buku-buku atau majalah
yang dilanggan bukanlah sekadar berunsurkan tarbiah sahaja, tetapi juga bercorak santai seperti
Dewan Siswa, majalah i-sihat dan Solusi. Di manakah saya boleh mendapatkan buku atau majalah
tersebut? Saya boleh melanggannya melalui internet atau meminta bantuan guru di sekolah untuk
melanggannya. Impaknya, saya akan sentiasa membaca pada setiap masa, menjimatkan masa dan
dapat mengetahui perkembangan terkini apabila melanggan buku pada setiap bulan. Dalam hal ini,
saya akan menjadikan individu yang gemar membaca dan sentiasa dekat dengan buku sebagai idola.
Sebagai contoh, A.Samad Said yang terkenal dengan karya puisinya, Profesor Ungku Aziz, Mary
Renault dengan buku-buku sejarahnya dan penulis novel tersohor, Sharifah Abu Salem. Apabila saya
menjadikan mereka sebagai idola, saya akan sentiasa terdorong untuk melanggan pelagai buku di
pasaran sekali gus menjadikan membaca sebagai rutin hidup saya.
Memang tidak dapat disangkalkan bahawa negara kita sedang mengecapi perkembangan dan
kemajuan dengan menongkah arus globalisasi, liberalisasi dan duniawi yang melanda seantero
dunia. Oleh hal yang demikian, untuk meneruskan perjuangan kita merealisasikan hasrat
membentuk ”negara pembaca teras negara maju’. Saya juga berperanan penting dalam menyahut
cabaran negara supaya menjadi seorang rakyat yang minat membaca. Pada dasarnya, media massa
sebagai arus perdana yang berpengaruh sama ada media cetak atau media elektronik sentiasa
mengadakan pertandingan atau aktiviti malahan kempen kesedaran di seluruh pelosok negara untuk
memupuk minat membaca dalam masyarakat. Oleh hal yang demikian, saya perlu menyertai aktiviti
seperti sayembara, menulis esei, syarahan dan sebagainya untuk menanam tabiat membaca. Tidak
ketinggalan juga, saya dapat mengajak rakan-rakan sebaya ataupun ahli keluarga untuk menyertai
kempen ”Amalan Membaca Nadi Ilmu Pengetahuan” bersama-sama. Hal ini diibaratkan sambil
menyelam minum air dan serampang dua mata kerana dapat menjalinkan hubungan silaturahim
serta mendapat info terkini tentang amalan membaca.
Konklusinya, remaja perlulah berusaha memajukan diri untuk jaminan masa hadapan. Hal ini kerana,
remaja adalah pewaris tampuk kepimpinan negara. Remaja merupakan aset negara kerana
bertepatan dengan kata-kata pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Janganlah dibiarkan
usia remaja dipenuhi dengan perkara yang sia-sia. Kontradiksinya, penuhilah masa remaja kita
dengan aktiviti yang berfaedah seperti amalan membaca. Remaja perlu berpegang teguh dan jitu
dengan slogan ’Membaca Jambatan Ilmu’ dan ’Rakyat Membaca, Bangsa Berjaya’ seperti yang diuar-
uarkan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib bin Abdul Razak. Generasi berpengetahuan
merupakan tunjang untuk mencapai wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju
dalam tempoh lapan tahun mendatang.
USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PUISI TRADISIONAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT
Selari dengan maksud peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, kini Malaysia sedang
bergerak seiring dengan arus globalisasi yang membawa kepada kemajuan pembangunan dan
perubahan besar dalam masyarakat. Rentetan dengan perkembangan tersebut, masyarakat hari ini
lebih terdedah kepada alam siber sehingga memberikan kesan kepada komunikasi serta cara
berinteraksi dalam masyarakat. Lantaran itu juga, masyarakat seakan-akan lupa akan pelbagai puisi
tradisional yang merupakan warisan pusaka masyarakat silam. Sebagi contoh, amalan berpantun
mula dianggap remeh, dipandang enteng serta mula disisihkan daripada arus perdana kehidupan
masyarakat. Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan
yang pragmatik lagi efektif bagi mempopularkan puisi tradisional bersesuaian dengan kata
peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Prakarsa yang berkesan untuk
mempopularkan puisi tradisional patut diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi memastikan
genre tersebut tidak terkubur begitu sahaja.
Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan dan
mempopularkan puisi tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka. Hal
ini demikian kerana kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang
membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan puisi tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil
bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mereka boleh membelikan
anak-anak, buku-buku berkaitan puisi tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun
sebagai hadiah kerana cemerlang dalam akademik di sekolah. Sebagai contoh, ibu bapa boleh
menganjurkan pertandingan melafazkan pantun melalui program tertentu seperti Hari Keluarga bagi
menghidupkan lagi budaya berpantun dalam kehidupan harian. Inisiatif ini dapat memberikan
peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk cuba mencipta pantun atau
melafazkan pantun. Jelaslah bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan
mempopularkan genre puisi tradisional ini serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli
keluarga, bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.
Selain itu, usaha pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia yang memasukkan puisi
tradisional dalam Komsas Bahasa Melayu di sekolah perlu dipuji. Rentetan daripada itu, pihak
sekolah hendaklah menubuhkan kelab atau persatuan yang memberi penekanan kepada pelbagai
puisi tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar
tentang cara mencipta dan melafazkan pantun, bersyair serta berseloka. Setelah mengetahui secara
mendalam tentang pelbagai puisi tradisional, pelajar akan lebih rasa berminat untuk
mempersembahkannya. Usaha menanam minat puisi tradisonal terhadap generasi muda penting
kerana mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai
masyarakat masa hadapan. Penglibatan pelajar secara langsung dalam pelbagai puisi tradisional
nescaya dapat mempopularkan genre tersebut di Malaysia daripada membiarkan seni budaya kita
terus pupus dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta,
maka komitmen pihak sekolah amat dituntut, agar putera-puteri yang sedang berjuang di medan
ilmu dapat bergiat aktif mempopularkan puisi tradisional di samping mengukuhkan kecintaan
mereka terhadap budaya bangsa.
Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai puisi tradisional merupakan satu kaedah
yang ampuh untuk mempopularkan genre tersebut di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan secara terancang dan berkesan dengan
kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pihak media massa
perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan puisi tradisional di negara kita.
Selain memperkenalkan sejarah dan cara melafazkan sesuatu puisi tradisional, pihak media perlu
memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan memelihara puisi tradisional kepada
masyarakat. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan
mencipta dan melafazkan pantun, syair, gurindam dan seloka. Melalui proses tersebut, genre-genre
tersebut boleh menjadi lebih popular di merata tempat bersesuaian dengan kata peribahasa seperti
pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang dilakukan tanpa mengenal rasa
jemu sudah pasti puisi tradisional semakin popular khususnya kepada generasi baru.
Pertukaran budaya dengan negara-negara jiran misalnya, melalui ASEAN merupakan inisiatif lain
yang boleh dilakukan bagi mempopularkan puisi tradisional. Hal ini demikian kerana terdapat banyak
persamaan budaya dalam kalangan penduduk negara ASEAN seperti Malaysia, Singapura, Indonesia
dan Brunei yang boleh dikongsi bersama. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari
negara-negara Asean dan Negara luar yang lain yang datang ke Malaysia, akan berpeluang
mengenali lebih lanjut tentang puisi tradisional. Apabila mereka pulang ke negara mereka
kelak,mereka akan mempraktikkan dengan rakan-rakan serta ahli keluarga mereka. Usaha ini secara
tidak langsung membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan rakyat
Malaysia boleh berbangga kerana rakyat Malaysia masih memiliki pelbagai puisi tradisional
walaupun menghadapi arus kemodenan. Hal ini penting agar puisi tradisional tetap kekal terpelihara
seperti kata peribahasa tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas. Perkara yang sama berlaku apabila
pelancong asing melancong ke Malaysia dan menginap di desa-desa. Mereka akan diperdengarkan
pelbagai jenis puisi tradisional yang penuh keunikan. Diharapkan langkah ini akan membuatkan para
pelancong terhibur sekali gus berminat dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang
kembali ke Malaysia. Jelas bahawa, pertukaran budaya antara negara mampu menjadi platform
dalam usaha kerajaan mempopularkan puisi tradisional kepada masyarakat dalam dan luar negara.
Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan merupakan inisiatif yang agak
praktikal untuk mempopularkan puisi tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui
pertandingan tersebut, semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman
dan mengukuhkan ukhuwah antara mereka. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah manusia,
segelintir masyarakat memang suka bertanding untuk mendapatkan sesuatu. Agensi-agensi
kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan sektor
korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan pertandingan melafazkan puisi tradisional
di peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini,
contoh yang terbaik ialah Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran
Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka yang menawarkan Piala Sirih Pulang ke
Gagang dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar dalam mencipta dan melafazkan
pantun.Terbukti di sini, penganjuran pertandingan sebegini berjaya memperkenalkan puisi
tradisional dalam kalangan masyarakat sekali gus mempromosikan industri pelancongan kepada
pelancong dalam dan luar negara.
Kesimpulannya, semua bangsa tidak sepatutnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk
puisi tradisional lenyap ditelan zaman kerana warisan tersebut adalah khazanah dunia yang begitu
tinggi nilainya. Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah ke arah negara maju pada tahun
2020, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang mengabaikan peninggalan
warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap pelbagai pihak tetap teguh memelihara khazanah
budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang
mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Oleh itu, setiap anak watan di bumi tercinta ini
perlu menyahut cabaran dan mempunyai semangat habis kapak berganti beliung untuk
merealisasikan impian tersebut.
USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL
Bertepatan dengan peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, Malaysia kini berhadapan
dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada pembangunan yang pesat. Berkait
rapat dengan perkembangan tersebut, generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan
permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional yang merupakan warisan pusaka
sejak duhulu lagi. Lantaran itu, permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih
daripada arus perdana kehidupan masyarakat. Sebagai individu, adakah kita sanggup membiarkan
khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman yang berlaku? Mahukah
kita membiarkan anak watan berterusan meminggirkan budaya mereka? Dalam hal ini, sebelum
nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan
martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian dengan kata peribahasa di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan. Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional
ini patut diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di
nusa tercinta ini.
Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan serta
mempopularkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka.
Hal ini demikian kerana kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang
membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak
kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan memupuk
minat bermain permainan tradisional. Mereka boleh membelikan anak-anak mereka permainan
tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun sebagai hadiah kerana pencapaian
cemerlang dalam akademik di sekolah. Ibu bapa juga boleh menganjurkan pertandingan permainan
tradisional melalui Hari Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan secara bersendirian atau
bersama dengan rakan-rakan sekerja. Inisiatif ini dapat memberikan peluang kepada seluruh ahli
keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba bermain permainan tradisional seperti congkak,
menaikkan layang-layang dan bermain gasing. Jelas bahawa melalui usaha tersebut secara tidak
langsung akan mempopularkan sesuatu permainan tradisional serta mengeratkan lagi hubungan
silaturahim sesama ahli keluarga, bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.
Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan permainan
tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah. Rentetan daripada itu, pihak
sekolah hendaklah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan
tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan permainan tradisional seperti Kelab Budaya
Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan mengetahui syarat-syarat
bermain sesuatu permainan tradisional. Setelah mengetahui secara mendalam sesuatu permainan
itu, pelajar akan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut. Usaha
menanam minat terhadap generasi muda penting kerana mereka merupakan akar tunjang yang
bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan, justeru,
penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional nescaya dapat mempopularkan
permainan tersebut di Malaysia daripada pupus dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan kata
peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka iltizam pihak sekolah amat dituntut agar putera-puteri
yang sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif mempopularkan permainan tradisional di
samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan.
Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan satu
kaedah yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu
dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan
kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pihak media massa
perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara
kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain,
pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan permainan
tradisional kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen
tersebut, seperti peraduan mengarang, pameran, peraduan melukius poster dan lain-lain lagi.
Melalui proses tersebut, permainan tradisional boleh menjadi lebih popular di merata-rata tempat
bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan kerjasama
padu yang dilakukan tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti permainan tradisional menjadi semakin
popular khususnya kepada generasi baru.
Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi
mempopularkan permainan tradisional. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari
luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di
sini. Apabila mereka pulang ke negara mereka kelak, mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli
keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini. Usaha ini secara tidak langsung
membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh
berbangga kerana Malaysia masih mempunyai permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas. Perkara yang sama boleh dilakukan oleh agensi pelancongan yang bertindak
sebagai medium penyebar maklumat untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada
pelancong asing. Lantaran itu, agensi pelancongan boleh mengurus aktiviti seperti bermain gasing,
galah panjang dan teng-teng di tempat penginapan pelancong asing. Diharapkan langkah ini akan
membuatkan para pelancong terhibur sekali gus berminat dengan acara-acara yang disediakan dan
ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas bahawa, pertukaran budaya antara negara dan peranan
agensi pelancongan mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan
tradisional kepada masyarakat luar.
Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan merupakan inisiatif yang agak
praktikal untuk mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui
pertandingan yang diadakan semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar
pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah
manusia, segelintir masyarakat memang suka bertanding untuk mendapatkan sesuatu. Agensi-
agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan
sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan pertandingan permainan
tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam
konteks ini, contoh yang terbaik ialah penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir
Gudang , Johor oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai badan korporat. Berdasarkan
rekod yang ada, pertandingan layang-layang tersebut berjaya menarik peminat-peminat permainan
layang-layang dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian. Terbukti di sini, penganjuran
pelbagai pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan
industri pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara.
Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk
permainan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut ialah khazanah dunia
yang tidak ternilai harganya. Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah serta bersedia
melakukan pecutan akhir ke arah negara maju pada tahun 2020, kita tidak seharusnya menjadi
seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan
nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini
pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin
menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia
perlu menyahut cabaran dan menghadapi semangat habis kapak berganti beliung untuk
merealisasikan impian negara tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia
Boleh!
CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN
Pantun di atas jelas menunjukkan bahawa remaja kini merupakan tunjang kecemerlangan sesebuah
negara. Mereka merupakan pelapis yang akan menduduki tampuk pemerintahan pada masa akan
datang. Sayang dan malang sekali, remaja hari ini tidak sedar akan obligasi yang terbeban di bahu
mereka itu. Realitinya, Malaysia memerlukan lebih ramai remaja berwawasan yang mampu
mendukung aspirasi negara.
Dalam perbincangan ini, saya akan mengutarakan tentang ciri-ciri remaja berwawasan yang
diperlukan di negara Malaysia. Remaja berwawasan dan mempunyai akhlak yang mulia boleh
dicontohi. Selaras dengan cogan kata, budi bahasa budaya kita, remaja perlulah mempunyai nilai
moral yang tinggi. Mereka hendaklah mengamalkan amalan bersopan santun ketika
bertutur,berjalan, makan dan minum serta cara berpakaian. Mereka juga mestilah menghormati
orang yang lebih tua daripada mereka dengan bertutur dengan nada yang rendah dan
membongkokkan badan apabila berjalan di hadapan mereka. Selain itu, remaja yang berwawasan
juga sentiasa membantu rakan-rakan mereka yang berada di dalam kesusahan,bak kata peribahasa,
berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.Perintah agama juga tidak pernah dilupakan oleh remaja
berwawasan kerana segala kejayaan bermula apabila kita taat kepada perintah agama. Dengan ini
jelaslah bahawa, berakhlak mulia merupakan salah satu ciri remaja berwawasan.
Melihat daripada perspektif yang lain, seorang remaja yang berwawasan mestilah mempunyai
pengetahuan yang tinggi. Cogan kata ,membaca jambatan ilmu, kerana ilmu hanya didapati melalui
pembacaan bahan ilmiah. Remaja yang berwawasan sentiasa menelaah buku untuk mendapatkan
ilmu. Kita sedia maklum bahawa remaja adalah pewaris tampuk pemerintahan negara dan dengan
adanya ilmu di dada, mereka pasti dapat menangani segala onak dan duri yang bakal didepani oleh
negara kelak. Seterusnya, renaja berwawasan yang berilmu pengetahuan tidak akan mudah
terpedaya dengan tipu helah anasir-anasir mazmumah yang sentiasa mencari peluang untuk
menjatuhkan anak bangsa ,ibarat duri dalam daging. Sudah terang lagi bersuluh, dengan
mempunyai ilmu pengetahuan, remaja mampu menjadi remaja berwawasan dan negara dapat
melahirkan golongan inteligesia yang mampu menggalas aspirasi negara.
Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, kriteria remaja berwawasan seterusnya ialah seseorang
yang gigih berusaha dan berani mendepani cabaran. Peribahasa yang bulat tidak datang bergolek,
yang pipih tidak datang melayang ,perlulah disemat di dalam diri setiap remaja .Remaja yang
berwawasan sentiasa berusaha untuk mendapatkan kejayaan dan tidak bersikap
pesimistik.Tamsilnya, mereka tidak akan berputus-asa apabila tidak mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan, sebaliknya mereka menjadikan perkara tersebut sebagai permulaan
sesuatu kejayaan, bak kata Adelucia Longbotton, satu pintu akan tertutup, pintu yang lain akan
terbuka. Namun, kadang-kadang kita melihat dan menyesali pintu yang tertutup itu terlalu lama
sehingga terlupa untuk melihat pintu yang telah terbuka. Remaja berwawasan juga tidak pernah
mengeluh untuk melaksanakan sesuatu perkara kerana hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.
Oleh hal yang demikian jelaslah bahawa, remaja berwawasan sentiasa gigih berusaha.
Semangat patriotik yang tinggi merupakan pemangkin kepada kemerdekaan negara yang sudah
mencapai angka lima puluh lima tahun pada hari ini. Remaja yang berwawasan hendaklah menanam
semangat patriotik di dalam diri kerana George Santayana pernah berkata, manusia yang melupai
sejarah, pasti akan mengulanginya semula. Semangat sayang akan negara dapat menyelamatkan
tanah tumpah darah ini daripada dijajah oleh kuasa asing semula. Remaja berwawasan tidak akan
mudah terpengaruh dalam segala bentuk penjajahan sama ada dari segi mental, intelektual, hiburan
dan sebagainya. Mereka juga tidak akan mudah terpengaruh dengan budaya barat yang berbeza
sama sekali dengan budaya timur yang kita amalkan selama ini. Jelaslah bahawa,semangat patriotik
yang tinggi merupakan ciri remaja berwawasan yang diidam-idamkan oleh negara.
Akhirulkalam ,ciri-ciri remaja berwawasan ini mampu dicapai oleh setiap remaja kerana ia
merupakan aspek-aspek yang sememangnya sudah diterapkan di dalam diri setiap warganegara
Malaysia tidak kira kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas. Dengan ini,
diharapkan bahawa cita-cita negara untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020 dan
dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara atas angin yang moden tidak
menjadi seperti angan-angan Mat Jenin.
PERANAN KELUARGA DALAM MENGATASI MASALAH PERLUMBAAN HARAM DALAM KALANGAN
REMAJA/MAT REMPIT
Mat Rempit merupakan mereka yang terlibat dalam perlumbaan haram di jalan-jalan raya dengan
menunggang motosikal. Kebanyakan mereka berusia antara 15 hingga 30 tahun. Sesetengah
daripada mereka masih berada di alam persekolahan. Mereka gemar menunggang motosikal secara
sendirian dan ada juga yang melakukannya secara berkumpulan. Terdapat sesetengah daripada
mereka yang tidak memiliki lesen memandu. Mereka menjadikan jalan raya sebagai gelanggang
tempat berlumba motosikal. Sekiranya tidak ditangani, masalah ini sangat membahayakan
pengguna-pengguna jalan raya. Oleh itu, keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam
mengatasi masalah perlumbaan haram ini.
Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka dengan memberikan didikan agama dan moral. Hal
ini demikian kerana semua agama seperti Islam, Buddha, Keristian dan Hindu meminta penganutnya
sentiasa melakukan kebaikan. Menurut ajaran Islam, setiap perbuatan yang baik itu akan dibalas
dengan kebaikan, iaitu diberikan pahala, manakala perbuatan yang jahat pula akan dibalas dengan
kejahatan juga, iaitu dosa. Dengan ajaran yang demikian, anak-anak remaja tidak akan mudah
terpengaruh dengan rakan-rakan yang mengajak mereka melibatkan diri dengan perlumbaan haram.
Natijahnya, ajaran agama merupakan senjata yang paling ampuh untuk mengatasi masalah
perlumbaan haram dalam kalangan remaja.
Selain itu, ibu bapa mestilah sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka. Antara lain, ibu
bapa hendaklah sentiasa mengambil tahu tentang rakan anak-anak dan tempat mereka berada.
Anak-anak tidak seharusnya diberikan keizinan untuk keluar rumah tanpa sebarang tujuan. Hal ini
demikian kerana mereka selalu berlumba haram pada malam minggu atau cuti umum. Jika ibu bapa
membiarkan anak-anak keluar rumah sesuka hati, mereka boleh terlibat dengan perlumbaan haram.
Oleh itu, ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui tempat anak-anak mereka pergi dan kawan-
kawan mereka. Lebih jauh lagi, ibu bapa juga hendaklah mengenali rakan anak-anak mereka.
Di samping itu, ibu bapa juga tidak sewajarnya membenarkan anak-anak di bawah umur
menunggung motosikal. Demikian juga halnya dengan anak-anak yang tidak memiliki lesen
memandu, mereka hendaklah dilarang sama sekali untuk menunggang motosikal. Perbuatan
tersebut adalah salah di sisi undang-undang. Sekiranya ditahan atau ditangkap oleh pihak polis atau
pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan, mereka boleh didenda. Sekiranya mereka terlibat dalam
kemalangan jalan raya, kejadian tersebut akan mendatangkan kesusahan kepada mereka, termasuk
juga pihak ibu bapa. Masalah yang dialami oleh ibu bapa akan bertimpa-timpa, bagai sudah jatuh
ditimpa tangga.
Setiap ahli keluarga hendaklah sayang-menyayangi antara satu sama lain. Perasaan dan nilai kasih
sayang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan. Perasaan tersebut boleh menyebabkan setiap
ahli keluarga merasakan diri masing-masing amat dihargai. Perkara yang lebih penting lagi ialah kasih
sayang tersebut dapat mengelakkan anak-anak remaja daripada terlibat dengan perlumbaan haram.
Dengan hal yang demikian, anak-anak akan berasa disayangi dan tidak dibenci oleh ahli keluarga
masing-masing. Mereka akan berasa bahagia kerana keluarga memberikan kasih sayang yang tidak
berbelah bahagi, bertepatan dengan kata peribahasa bagai menatang minyak yang penuh.
Dari sudut yang lain pula, abang dan kakak mestilah membantu mengawasi tingkah laku adik-adik
mereka. Abang dan kakak perlu menjadi mata dan telinga kepada ibu bapa. Jika ada perkara yang
negatif berlaku pada adik-beradik, abang dan kakak hendaklah mengambil tahu dan menasihati
mereka. Abang dan kakak juga tidak sewajarnya merahsiakan perkara yang negatif tersebut daripada
pengetahuan ibu bapa. Dalam hal ini, mereka hendaklah berkongsi masalah dengan ibu bapa,
termasuklah penglibatan adik-adik mereka dengan masalah perlumbaan haram. Dengan hal yang
demikian, masalah perlumbaan motosikal haram dalam kalangan remaja dapat diatasi.
Kesimpulannya, peranan keluarga sangat penting dalam mengatasi masalah perlumbaan haram
dalam kalangan anak-anak muda. Anak-anak hendaklah mendengar nasihat ibu bapa supaya mereka
tidak terlibat dengan perlumbaan haram. Orang yang berlumba haram, banyak yang cedera parah
dan meninggal dunia. Oleh itu, kita hendaklah bertindak mengatasi masalah ini, seperti yang
terungkap dalam peribahasa cegah sebelum parah.
PERANAN IBU BAPA MEMUPUK SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA DALAM KALANGAN ANAK-
ANAK
Pada era pascaperindustrian dan globalisasi yang serba mencabar akal dan minda, Malaysia telah
menjadi sebuah negara yang sedang membangun di mata dunia selepas kemerdekaan yang
disambut pada tanggal 31 Ogos 1957. Kini, Malaysia duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara gergasi di pentas antarabangsa. Bertitik tolak daripada itu, semangat cinta akan negara perlu
ada dalam diri setiap masyarakat bagi menghargai jasa tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang
bertungkus lumus dalam mempertahankan negara yang berdaulat ini. Oleh itu, keluarga perlu
memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memupuk semangat cinta akan negara dalam diri
anak-anak mereka.
Pada realiti, memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu perlu mengambil inisiatif utama dengan
membawa anak-anak mereka ke tempat bersejarah seperti muzium. Di Malaysia, terdapat sebuah
muzium iaitu Muzium Negara yang mempunyai pelbagai khazanah orang pada zaman dahulu,
pakaian istana, keris-keris yang digunakan oleh tokoh terdahulu untuk menentang penjajah luar.
Anak-anak bukan sahaja dapat mengenali tokoh-tokoh terdahulu malah menerapkan semangat
keberanian perwira-perwira negara yang mengamalkan peribahasa biar putih tulang, jangan putih
mata dalam mempertahankan negara suatu ketika dulu. Salah satu tempat bersejarah yang tersohor
ialah Melaka yang lebih dikenali sebagai Negeri Bersejarah. Di Melaka, ibu bapa boleh menunjukkan
tempat atau bangunan yang dibina oleh negara luar yang pernah menjajah negara kita seperti
bangunan Stadhyus. Oleh itu, bolehlah kita akui bahawa semangat cinta akan negara dapat disemai
melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang banyak terdapat di Malaysia.
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, langkah yang seterusnya ialah
ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Berdasarkan peribahasa, Bapa Borek, Anak
Rintik, ibu bapa perlu menjadi ikon kepada anak-anak dalam menerapkan semangat cinta akan
negara. Dalam konteks ini, ibu bapa tidak sewajarnya menunjukkan etika yang bertentangan dengan
semangat patriotisme itu sendiri. Kita boleh ambil contoh perlakuan yang pernah menjadi isu suatu
ketika dahulu iaitu seorang warga Malaysia yang mempersendakan lagu Negaraku malah ada yang
berani memijak bendera Jalur Gemilang. Ibu bapa perlu menunjukkan semangat cinta akan negara
melalui kibaran Jalur Gemilang dengan bangga untuk diteladani oleh anak-anak. Secara tidak
langsung, perbuatan ini akan menjadi ikutan kerana mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Dengan cara ini juga, anak-anak akan sedar betapa pentingnya semangat patriotisme ini. Tambahan
pula, ibu bapa boleh bercerita tentang perjuangan tokoh-tokoh tanah air yang berjuang hingga
titisan darah yang terakhir demi mempertahankan negara yang tercinta daripada ancaman penjajah.
Tegasnya, peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya perlu dijadikan azimat oleh ibu bapa
untuk melentur anak-anak mereka menjadi seorang yang mempunyai semangat patriotisme sejak
kecil lagi.
Selain itu, pada masa ini ramai ibu bapa yang membimbing anak-anak mereka dalam menguasai
subjek Sejarah. Bagi segelintir pelajar, subjek Sejarah amat sukar dikuasai kerana banyak fakta yang
perlu dihafal dan diingati. Tambahan pula, mereka tidak pernah merasai keperitan tokoh-tokoh
terdahulu yang bermati-matian memperjuangkan tanah air yang bertuah ini. Oleh itu, ibu bapa tidak
boleh memberi tekanan kepada anak-anak dengan memaksa dan memarahi mereka jika gagal dalam
subjek sejarah. Hal ini kerana, anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang perlu
mencorakkannya dengan menerapkan semangat cinta akan negara. Bertitik tolak daripada itu, ibu
bapa perlu menyokong anak-anak mereka agar mereka tidak berasa tertekan malah semangat
bersemangat dalam mempelajari subjek Sejarah. Selain itu, ibu bapa boleh menghantar anak-anak
mereka menghadiri kelas tuisyen untuk menguasai subjek Sejarah demi meningkatkan prestasi anak
dalam subjek tersebut. Rentetan itu, penguasaan dalam subjek ini akan membibitkan rasa cinta
terhadap subjek Sejarah seterusnya melahirkan kecintaan terhadap negara.
Sebagai menggulung segala yang telah diperkataan di atas, ibu bapa perlu memainkan peranan
dalam memupuk masyarakat yang mempunyai semangat cinta akan tanah air. Pepohon pokok tidak
akan berliuk lentuk jikalau tiada angin yang meniupnya oleh itu, ibu bapa bertanggungjawab
memupuk semangat cinta akan negara dalam diri anak-anak. Sebenarnya, anak-anak merupakan
tonggak utama dalam menjayakan visi kudsi Wawasan 2020 pada masa hadapan. Kita mengakui
hakikat bahawa uslub ini perlu dilakukan dan boleh dimulakan dengan langkah-langkah yang telah
disarankan di atas. Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat memupuk malah menguatkan
semangat cinta akan tanah air dalam diri mereka. Nescaya, semangat patriotisme yang telah sebati
dalam diri anak-anak akan dapat melahirkan generasi muda yang mantap jati diri.
PERANAN IBU BAPA MEMBENTUK BUDAYA ILMU DALAM DIRI ANAK-ANAK
Budaya ilmu sangat penting kepada masyarakat di negara kita. Hal ini kerana budaya ilmu dapat
memberi sumbangan kepada semua pihak. Sebagai contoh, budaya ilmu dapat menjadikan
seseorang yang bijak dan dapat memajukan negara. Sekiranya budaya ilmu itu tidak
diamalkan,masyarakat tidak dapat melahirkan seorang pemimpin. Oleh itu, ibu bapa perlulah
mendidik anak-anak agar mengamalkan budaya ilmu.
Peranan yang pertama ialah ibu bapa hendaklah menjadi contoh kepada anak-anak. Hal ini kerana,
anak-anak akan menjadikan ibu bapa sebagai idola. Sekiranya ibu bapa membaca buku bersama-
sama anak-anak, mereka dapat meminati budaya ilmu.Oleh itu, ibu bapa haruslah menjadi idola
kepada anak-anak.
Peranan yang kedua ialah ibu bapa haruslah menyuruh anak-anak untuk menyertai lawatan sambil
belajar.Hal ini kerana, ilmu yang diperoleh melalui pemerhatian dan pengalaman akan diingati
sampai bila-bila. Selain itu, mereka akan mendapat pengalaman. Contohnya, dengan mengikuti
lawatan ke universiti, mereka akan dapat pengetahuan dan menghilangkan tekanan sewaktu
belajar.sekiranya mereka tidak mengikuti lawatan ini, mereka dapat ilmu dan pengalaman. Oleh itu,
ibu bapa haruslah menyuruh anak-anak untuk mengikuti lawatan sambil belajar.
Peranan yang ketiga ialah ibu bapa haruslah mengajar dan membantu anak-anak untuk menjawab
latihan kerja sekolah dan untuk selesaikan masalah. Hal ini kerana, ibu bapa lebih mengetahui dan
mempunyai banyak ilmu.selain itu, keputusan peperiksaan anak-anak dapat dibaiki. Contohnya, ibu
bapa hendaklah membantu anak-anak ketika mereka membuat kerja rumah. Sekiranya ibu bapa
tidak menolong, anak-anak akan terbiar dan tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan.
Oleh itu, ibu bapa haruslah mengajar dan membantu anak-anak dalam menyelesaikan masalah.
Kesimpulannya, peranan ibu bapa sangat penting untuk mendidik anak-anak agar mereka suka akan
budaya ilmu. Bak kata peribahasa kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.Oleh itu,
ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan budaya ilmu supaya mereka cemerlang, gemilang dan
terbilang.
PERANAN IBU BAPA MEMBENTUK MASYARAKAT PENYAYANG
Dewasa ini, semakin hari, semangat sayang-menyayangi dalam masyarakat semakin terhakis ditelan
arus pemodenan dan kemajuan negara. Hal ini terbukti apabila saban hari kita dihidangkan dengan
pelbagai kejadian jenayah seperti kes pembunuhan, ragut, rogol serta kes pembuangan bayi yang
tidak berdosa. Kejadian-kejadian tersebut sekali gus memadamkan semangat sayang-menyayangi
dalam masyarakat antaranya sikap mengambil berat, prihatin dan saling-menghormati dalam
masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat penyayang hanya dapat dibentuk melalui persaan
saling-menyayangi dan menghormati sesama ahli keluarga yang merupakan asas kepada
pembentukan masyarakat. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam melahirkan individu yang
penyayang sekali gus mewujudkan masyarakat yang penyayang di nusa tercinta ini.
Ibu bapa berperanan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Kehidupan
anak-anak harus diisi dengan kasih sayang oleh ibu bapa dengan menyemai sikap penyayang dalam
diri anak-anak sejak kecil lagi seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sifat
kasih sayang yang dipupuk sejak kecil akan lebih mudah terlaksana malah akan terus sebati dalam
diri anak-anak apabila mereka dewasa. Dalam hal ini, kehadiran ibu bapa amat penting dalam
tempoh anak-anak membesar. Sebagai contoh, ibu bapa harus sentiasa berada di samping anak-
anak semasa mereka dalam kekecewaan seperti gagal dalam peperiksaan untuk menenangkan hati
dan sanubari mereka. Sekiranya, hal ini diberikan perhatian oleh ibu bapa maka anak-anak akan
berasa dihargai dan masalah yang mereka alami akan dapat diselesaikan melalui pertolongan ahli
keluarga. Tegasnya, ibu bapa harus sedia melapangkan waktu untuk mencurahkan kasih sayang
kepada anak kerana ibu bapa merupakan insan terhampir dengan diri anak-anak.
Selain itu, didikan agama juga perlu untuk melahirkan masyarakat yang penyayang di negara kita.
Hal ini demikian kerana tidak ada agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t yang mengajar
penganutnya bersikap kasar dan ganas kepada individu lain apatah lagi dalam kalangan ahli keluarga
sendiri. Sehubungan dengan itu, ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak mereka mendalami ilmu
agama dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Contoh amalan yang boleh diajar kepada anak-anak
adalah menunaikan solat fardhu, membaca Al-Quran dan berzikir. Bagi penganut-penganut agama
lain, ibu bapa perlu selalu mengajak anak-anak mereka ke rumah ibadat. Ibu bapa juga boleh
menceritakan pada anak-anak, kisah teladan akan kebaikan mengamalkan nilai kasih sayang dalam
kehidupan hatta bersikap kasih sayang kepada binatang. Amalan-amalan ini akan melembutkan hati
dan mententeramkan jiwa serta melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia. Sifat ini akan menjadi
darah daging dalam diri anak-anak dan mendorong mereka untuk berperi laku baik seterusnya
sentiasa menyayangi keluarga. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi didikan agama yang secukupnya
amat penting dalam melahirkan individu penyayang.
Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak mereka.
Ibu bapa mestilah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dan tidak bersikap seperti ketam
mengajar anaknya berjalan betul. Hal ini demikian menunjukkan keperibadian anak-anak
mencerminkan perwatakan ibu bapa mereka. Banyak nilai baik yang boleh ditunjukkan kepada anak-
anak. Sebagai contohnya, ibu bapa mengamalkan semangat kejiranan yang tinggi. Antaranya,
mereka perlu melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, menziarahi jiran yang sakit serta dilanda
musibah. Ibu bapa janganlah sekali-kali menunjukkkan sikap zalim dan menindas atau menipu orang
lain khususnya di hadapan anak-anak. Nilai-nilai baik ini akan menjadi ikutan kepada anak-anak.
Jelas bahawa, semangat hormat-menghormati, bekerjasama dan saling-membantu dalam
masyarakat akhirnya membentuk sifat penyayang dalam diri anak-anak yang juga merupakan ahli
masyarakat.
Seterusnya, keadaan keluarga yang stabil dari segi fizikal dan rohani juga amat perlu bagi
melahirkan individu dan masyarakat yang penyayang. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam
membentuk keluarga yang stabil. Keluarga yang stabil dari segi fizikal ialah keluarga cukup dari segi
kewangan serta mampu menyediakan segala kemudahan dan keperluan hidup berumah tangga.
Manakala keluarga yang stabil dari segi rohani ialah keluarga yang saling-menyayangi , hormat-
menghormati serta saling-membantu. Sekiranya kedua-duanya dapat dipenuhi oleh ibu bapa maka
anak-anak akan hidup dalam keadaan tenang dan harmonis tanpa mengalami sebarang tekanan.
Mereka akan lebih terpaut hati untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa berbanding menceritakan
masalah yang dihadapi dengan rakan yang kurang dikenali hati budinya. Di samping itu juga, ibu
bapa harus memastikan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga erat bagi melahirkan keluarga
yang penyayang. Hubungan yang renggang dalam kalangan ahli keluarga menyebabkan anak-anak
akan mencari ‘kasih sayang’ di luar rumah yang akhirnya akan menjahanam dan memusnahkan
kehidupan mereka.
Masyarakat penyayang juga dapat dilahirkan melalui hubungan baik dengan masyarakat
sekeliling. Ibu bapa harus mendekatkan anak-anak dengan masyarakat setempat bagi mewujudkan
hubungan baik dengan masyarakat. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk
menyertai gotong-royong di kawasan tempat tinggal atau solat berjemaah di surau atau masjid. Ibu
bapa juga perlu memberikan kesedaran kepada anak-anak mereka akan peri pentingnya nilai kasih
sayang dalam kehidupan khususnya semasa berinteraksi dengan masyarakat pelbagai kaum. Dengan
menjadikan negara-negara lain sebagai contoh dan teladan seperti perang saudara yang berlaku di
Somalia ditambah lagi dengan kebuluran yang berlaku, anak-anak dapat diajar tentang kepentingan
amalan kasih sayang. Melalui kasih sayanglah pelbagai bantuan dihulurkan oleh masyarakat
antarabangsa kepada negara-negara yang ditimpa bencana seperti bencana Tsunami yang berlaku di
Jepun baru-baru ini. Jelas bahawa, hubungan silaturahim yang erat dapat melahirkan individu dan
masyarakat yang penyayang.
Konklusinya, ibu bapa berperanan besar dalam melahirkan individu dan sekali gus masyarakat yang
penyayang di negara kita. Oleh itu, ibu bapa harus meningkatkan peranan mereka semaksimum
mungkin, namun dalam masa yang sama tidak mengamalkan sikap pilih bulu antara anak-anak. Apa
yang diharapkan oleh semua orang ialah amalan kasih sayang yang berjaya dipraktikkkan akan
mampu mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Ingatlah!, individu yang penyayang akan
mewujudkan keluarga cemerlang seterusnya melahirkan masyarakat serta bangsa yang terbilang.
LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)
Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan orang yang kurang bernasib baik. Mereka dilahirkan dalam
keadaan cacat. Ada juga yang menjadi cacat akibat mengalami kemalangan yang menjejaskan
anggota badan. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana kekurangan yang
dimiliki. Mereka perlu dibantu untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Terdapat pelbagai pihak yang
perlu memainkan peranan untuk membantu Orang Kelainan Upaya (OKU).
Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak mereka supaya menghormati serta tidak memandang hina
OKU. Hal ini demikian kerana OKU juga mempunyai perasaan mahu dihargai, disayangi dan
dihormati oleh masyarakat. Sebagai contoh, anak-anak diajar supaya tidak memandang sebelah
mata terhadap OKU. Mereka juga dilarang mentertawakan OKU akibat kecacatan yang mereka alami
ketika berhadapan dengan mereka. Tegasnya, ibu bapa perlu mendidik anak-anak supaya
menghormati OKU.
Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan
kemahiran kepada golongan OKU. Hal ini demikian kerana pendidikan dan kemahiran sangat penting
demi masa depan mereka. Langkah pihak kerajaan mewujudkan Kelas Pendidikan Khas amat wajar
diberiakan pujian. Jelaslah bahawa pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam membantu
OKU sebagaimana slogan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib bin Tun
Abdul Razak ,’Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Di samping itu, pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan OKU menjalani
kehidupan yang lebih baik. Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan tidak menganggap
OKU sebagai beban. Sebagai contoh, usaha murni pengusaha pusat beli-belah yang menyediakan
kemudahan untuk golongan OKU seperti lorong khas, tandas dan tempat letak kenderaan amat
dihargai. Sikap pihak swasta yang menunjukkan keperihatinan dan menunaikan tanggungjawab
mereka terhadap golongan yang kurang bernasib baik ini perlu dicontohi.
Seterusnya, pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat
tentang peluang pendidikan dan kerjaya bagi OKU. Setiap maklumat mestilah disampaikan dan
disebarkan oleh pihak media massa kepada orang ramai. Kempen Masyarakat Penyayang yang
dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan melalui saluran media massa. Maklumat
tersebut boleh disalurkan melalui iklan, kempen dan melalui drama. Kesannya, orang ramai akan
mendapat maklumat tentang OKU secara telus. Jelaslah, nasib OKU akan terbela dengan adanya
peranan media massa.
Setiap individu perlu menunjukkan nilai-nilai murni. Hal ini demikan kerana setiap individu
mempunyai tangungjawab masing-masing. Sebagai contoh, mereka perlu membantu golongan OKU
semasa melintas jalan, menaiki bas atau ketika OKU memerlukan sebarang bantuan. Hal ini
bertepatan dengan maksud peribahasa ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’.
Pendek kata, setiap individu hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni bagi membantu golongan ini.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelbagai pihak perlu memainkan peranan untuk
membantu OKU. Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan OKU.
KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN KEPADA MASYARAKAT
Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan
hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai.
Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun
di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain.
Namun terdapat lakaran suram yang menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan
bahawa semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin
terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu. Banyak kempen dan usaha telah dijalankan oleh
pelbagai pihak untuk merapatkan kembali hubungan dalam kalangan jiran kerana semangat
kejiranan begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan
melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969
menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah
dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat kejiranan
membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang
berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain
seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling
menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu
padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.
Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana memudahkan kerajaan
melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat.
Slogan Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera
maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar
tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan
harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan
dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah
berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan
seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas
inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di
sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting bagi membantu anggota
masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan
oleh pihak kerajaan.
Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia
sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni
maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen
penting dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati
diri dan semangat cinta akan negara . Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk
pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh, mengibarkan jalur
gemilang, mengadakan pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai
perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas, dan atas
sokongan rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil
mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan keharmonian
kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat
hebat bagi melonjakkan Malaysia di persada antarabangsa.
Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara ini
banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya
yang menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan
masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan
besar. Sebagai contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan
pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat
disukai oleh para pelancong asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti
Program Homestay atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan semangat hidup
berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu
memberangsangkan kepada negara.
Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya
masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana
malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam
mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup
besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada
masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda
kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.