Frasa 5
Di karang oleh Zahid Pada 09:44 kategori Ayat Gramatis
-hidup di luar kemampuan
-mengundang pelbagai masalah/persoalan
-agensi penguat kuasa
-mencemarkan imej
-amaln x sihat
-berperanan lebih proaktif
-perhatian dan pemantauan
-budaya dan amalan harian
-menyuntik semangat
-wadah berkesan untuk mendidik
-menggembleng tenaga dan sumber
-pengisian jiwa dan minda
-menjadi benteng tenaga dalam memerangi
-platform
-pembentukan insan
-ketulusan dan keazaman
-petanda jelas
-meracuni masa dpn
-era globalisasi
-nadi kehidupan
-komunikasi bermakna
-secara holistik
-pendidikan dan pembangunan moral
-merangsang tenaga intelektual
-usaha membina tamadun bangsa
-merosakkn moral
-menempa kejayaan
-meningkatkan kesedaran masyarakat
-elemen
-relevan
-tuntutan pemodenan
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-instrumen perpaduan
-zaman muasir ini (sekarang)
-hamba teknologi
PENDERAAN KANAK-KANAK
Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan
suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya
anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah
berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan
tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa.
Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana
sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di
televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada
antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.
Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini.
Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat
kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan
tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil
memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu
bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana
perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak
berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau
sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.
Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah
kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda
sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika
anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi
mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak
sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang
dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan
kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah
pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebih tenang.
Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga
yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak
luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap
keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering
berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.
Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah
kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah
tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap
masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-
Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya
seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-
Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak
menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah
kepada kita.
Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera.
Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia”
bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang
mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa
keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan
tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh
mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak.
Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti
mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera kanak-
kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-
pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang
tidak berperikemanusiaan.