Anda di halaman 1dari 11

SINOPSIS : Destinasi Impian (Mohd Ismail Sarbini)

Destinasi Impian (Mohd Ismail Sarbini)


Sinopsis Keseluruhan
Cerita ini bermula dengan situasi perjalanan
mengayuh basikal oleh Johari, Firdaus dan Azlina.
Perjalanan mereka dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai
Morib Baru adalah untuk menyahut cabaran datuk. Jarak
perjalanan mereka sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa
merungut sepanjang perjalanan kerana destinasi mereka
sangat jauh dan dia berasa letih. Johari dan Azlina
memberikan dorongan semangat dan pelbagai nasihat
agar perjalanan mereka diteruskan. Tujuan Johari
mengajak Firdaus dan Azlina adalah untuk mengajar
mereka supaya mereka menjadi lasak, berdikari dan
berani. Firdaus berasa bangga kerana berjaya mengayuh
basikal hingga Pantai Morib Baru. Kawan-kawan Firdaus
berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus
mengayuh basikal. Akhirnya, Firdaus insaf dan sedar
serta tidak bersikap angkuh.

Sinopsis
Bab 1
Johari, Firdaus dan Azlina mengayuh basikal dari
Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru kerana
menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan tersebut
sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa merungut
sepanjang perjalanan kerana destinasinya jauh dan
berasa letih. Johari dan Azlina memberi dorongan
semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka

diteruskan. Tanpa kerelaan diri,


meneruskan perjalanan tersebut.

Firdaus

terpaksa

Bab 2
Firdaus terus merungut dan berasa menyesal
sepanjang perjalanan. Beliau berasa letih kerana lama
mengayuh basikal. Kepanasan cahaya matahari yang
begitu lama menambahkan lagi keletihan Firdaus.
Firdaus menyatakan kekesalan kerana menyertai Johari
dan Azlina dan menganggap perjalanan sebagai
perjalanan
gila.
Bab 3
Azlina adik kepada Firdaus sangat berani dan tabah.
Walaupun sebagai seorang perempuan, dia mempunyai
semangat dan daya juang yang tinggi. Meskipun berasa
letih, Azlina tetap ingin meneruskan perjalanan kerana
mengikut sepupunya Abang Johari. Johari sentiasa
memberi nasihat dan dorangan kepada Azlina sebagai
pembakar semangat untuk meneruskan perjalanan.

Bab 4
Johari mempunyai hasrat tersirat sebab Firdaus dan
Azlina perlu menyertai perjalanan berbasikal. Tujuan
Johari agar dapat mengajar Firdaus dan Azlina supaya
tabah dan kuat menghadapi cabaran. Selain itu, Johari
mengharap agar Firdaus dan Azlina menjadi seorang
yang lasak, berdikari dan berani.
Bab 5

Firdaus berdendam terhadap adiknya, Azlina. Johari


yang memainkan peranan untuk mengubah sikap Firdaus.
Johari berjanji
pada dirinya untuk menghentikan
perasaan api dendam dan benci akan Firdaus terhadap
adiknya, Azlina. Johari tidak menduga bagaimana Firdaus
boleh mendendami adiknya sendiri, Azlina.
Bab 6
Firdaus mula berasa bangga kerana perjalanan
mengayuh basikal telah berakhir kerana berjaya sampai
ke destinasi Pantai Morib Baru. Firdaus tidak terduga
kerana dapat berkayuh basikal sejauh 50 kilometer.
Firdaus berasa bangga atas kejayaannya sampai ke
Pantai Morib Baru. Firdaus gembira kerana ketibaannya
telah disambut oleh kawan-kawannya Sazali, Mokhsin,
Salim dan Mazlinda. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga
atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh
basikal.

Bab 7
Firdaus sampai di Pantai Morib Baru dan bergembira
dengan kawan-kawannya. Johari dan Azlina sengaja
membicarakan tindakan Firdaus menghabiskan masa
bersama dengan rakan-rakan. Johari dan Azlina turut
gembira dan bangga kerana Firdaus akhirnya berjaya
sampai ke destinasi perjalanan, Pantai Morib Baru.
Bab 8
Azlina berbual-bual dengan Kasmadiana tentang
perjalanan berbasikal di pantai. Kasmadiana memuji

ketabahan dan kemampuan Azlina berbasikal sejauh 50


kilometer. Azlina memberitahunya bahawa dia mengikuti
Abang Johari dan menyahut cabaran datuknya.
Kasmadiana memberitahu bahawa abangnya Karman
bersama Johari dan Tamrin merancang hendak
mengelilingi Malaysia dengan berbasikal. Semasa
perbualan, mereka didatangi oleh Sazali dan Moksin
bertanya sama ada benar kenyataan yang diberikan oleh
Firdaus bahawa dia sampai dahulu ke Pantai Morib. Azlina
menafikan dan mengatakan bahawa mereka berdua telah
ditipu.
Bab 9
Firdaus bermimpi semasa tidur dalam khemah.
Dalam mimpi itu, Firdaus banyak mendapat pujian
daripada Mazlinda. Selain itu, dia merasa bertuah kerana
dapat berjumpa dengan kawan pujaannya Mazlinda.
Moksin dan Sazali telah mengetahui kisah sebenar dan
cuba mendapat kepastian daripada Firdaus. Firdaus cuba
menafikan tetapi setelah dipaksa, akhirnya dia mengaku
bahawa dia telah berbohong. Dalam mimpi itu, Firdaus
telah lemas dan menjerit meminta tolong sehingga
terjaga. Firdaus menerima sindiran tajam daripada
Mazlinda, Johari dan Azlina. Mulai saat itu, Firdaus telah
sedar dan insaf.
Bab 10
Johari membawa berita tentang Firdaus yang ingin
pulang sendiri. Azlina terkejut dengan tindakan abangnya
dan merasa bimbang. Johari cuba menenangkan Azlina
dan memberi penjelasan bahawa Firdaus mampu, yakin
dan boleh berdikari selepas pengalaman yang dilalui.

Bab 11
Firdaus membuat keputusan untuk pulang sendiri.
Dia mengetahui Johari dan Azlina telah pulang dahulu.
Kesempatan itu digunakan oleh Firdaus dan rakanrakannya untuk mandi manda di pantai. Semasa mandi,
Firdaus betul-betul lemas kerana cuba menyelamatkan
Mazlinda
yang
pura-pura
lemas.
Firdaus
telah
diselamatkan oleh Mazlinda kerana dia sebenarnya
pandai berenang. Peristiwa itu telah menyedarkan dan
menginsafkan Firdaus agar tidak bercakap bohong dan
bersikap angkuh lagi.
Tema
Novel ini membawa tema masalah dan konflik
seorang remaja yang menghadapi cabaran dalam hidup.
Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan
dicabar dan mencabar. Bukan mudah untuk menghadapi
cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus
seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab
dalam keluarga
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini,
antaranya:
i. Jiwa remaja yang mudah memberontak
Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat
mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya
dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila
mengalami kesusahan.
ii. Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain.

Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila


ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang memberi
bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari
basikal.
iii. Keberanian mengharungi rintangan
Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun,
pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk
mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang
pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan
penyabar.

iv. Keinsafan setelah sedar dari kesilapan


Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari
melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran,
pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas
di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.
v. Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan
Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh
basikal dan sampai ke destinasi Pantai Morib Baru.
Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan
bekerjasama
semasa
dalam
perjalanan.
Contoh persoalan:
Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail
bin Sarbini terdapat beberapa persoalan dipaparkan
dalam novel ini. Antaranya, ialah jiwa remaja yang mudah
memberontak. Firdaus seorang anak muda yang cepat
mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya

Firdaus selalu sahaja merungut dan memberontak apabila


mengalami kesusahan.
Selain itu, keberanian mengharungi rintangan juga
salah satu persoalan dalam novel ini. Azlina seorang
perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4
sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal
sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia
mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.
Persoalan terakhir ialah keinsafan setelah sedar dari
kesilapan. Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari
melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran,
pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas
di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.

o
o

o
o

Watak
dan
Perwatakan
Firdaus (watak utama)
Tingkah laku agak keperempuanan.- seorang yang agak
lembut perwatakannya kerana hanya dia seorang anak
lelaki dalam keluarganya.
Seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan
melakukan aktiviti luar - Firdaus beria-ia mahu pulang ke
rumah dan tidak mahu meneruskan rancangan mereka
untuk berbasikal ke Morib.
Selalu dimanjakan - Dia dimanjai dan segala kemahuannya
dituruti oleh ibu bapanya memandangkan sebelum ini ibu
bapa mereka mempunyai empat orang anak perempuan
sebelum memiliki Firdaus.
Pendendam - Firdaus mendendami adiknya, Azlina. Dia
langsung tidak membantu Azlina yang tercedera.
Azlina (watak sampingan)
Olahragawati Sekolah Menengah Kapar- Azlina yang
merupakan olahragawati Sekolah Menengah Kapar
kelihatan aktif dan tidak letih meneruskan kayuhan.

o Suka mengejek Firdaus- Azlina selalu menyindir Firdaus


bagi merangsang Firdaus untuk berubah menjadi lelaki
yang gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana dia
mahukan seorang abang yang sememangnya seorang
lelaki.
o Seorang yang kuat semangat- Azlina yang kelihatan cergas
dan gembira walaupun mereka telah mengayuh selama
empat jam setengah.
o Suka akan cabaran- Azlina dan Firdaus menyahut cabaran
datuk mereka untuk berbasikal ke Morib.
Contoh watak utama
Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd
Ismail bin Sarbini watak utama dalam novel ini ialah
Firdaus.
Firdaus merupakan seorang yang bertingkah laku
agak keperempuanan. Dia seorang yang agak lembut
perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki
dalam keluarganya. Dia juga seorang yang gemar duduk
di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar.
Firdaus beria-ia mahu pulang ke rumah dan tidak mahu
meneruskan racangan mereka untuk berbasikal ke Morib.
Selain itu dia seorang yang selalu dimanjakan. Firdaus
dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu
bapanya memandangkan sebelum ini ibu bapa mereka
mempunyai empat orang anak perempuan sebelum
memiliki Firdaus.
Akhirnya, dia seorang yang suka berdendam, Firdaus
mendendami
adiknya,
Azlina.Dia
langsung
tidak
membantu Azlina yang tercedera.
Contoh watak sampingan / kegemaran

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail


bin Sarbini watak sampingan/watak kegemaran saya
dalam novel ini ialah Azlina. Dia merupakan seorang atlet
sukan.
Azlina
merupakan
olahragawati
Sekolah
Menengah Kapar kelihatan aktif dan tidak letih
meneruskan kayuhan. Dia seorang yang suka mengejek
Firdaus, Azlina selalu menyindir Firdaus bagi merangsang
Firdaus untuk berubah menjadi lelaki yang gagah. Azlina
mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang abang
yang sememangnya seorang lelaki. Bukan itu sahaja, dia
juga seorang yang kuat semangat. Azlina yang kelihatan
cergas dan gembira walaupun mereka telah mengayuh
selama empat jam setengah. Akhirnya dia seorang yang
suka akan cabaran. Azlina dan Firdaus menyahut cabaran
datuk mereka untuk berbasikal ke Morib.

Nilai
Cinta akan bahasa kebangsaan Azlina cinta akan
bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan
basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan
tanda yang mempunyai kesalahan bahasa.
Keberanian Mazlinda berani menyelamatkan Firdaus
yang kelemasan di lautan.
Keprihatinan Johari prihatin memberikan bantuan
kepada Azlina semasa Azlina luka akibat terjatuh dari
basikalnya.
Bertanggungjawab

Johari
dan
Azlina
rasa
bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan
pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati.
Semangat setia kawan Rakan-rakan Firdaus sanggup
mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut
Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.

Contoh Nilai :
Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd
Ismail bin Sarbini terdapat beberapa nilai yang
dipaparkan dalam novel ini.
Antaranya ialah nilai cinta akan bahasa kebangsaan.
Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup
memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar
beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan
bahasa.
Seterusnya, nilai kedua ialah nilai bertanggungjawab.
Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk
mengubah tingkah laku dan pemikiran Firdaus agar
menjadi lelaki yang sejati.
Nilai lain dalam movel ini ialah nilai semangat setia
kawan. Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah
di Pantai Morib bagi menyambut Firdaus yang telah
berjaya menghabiskan kayuhannya.

o
o
o
o
o
o

Pengajaran
Kita janganlah mempunyai perasaan hasad dengki dalam
diri.
Kita janganlah menghina sesama sendiri.
Kita hendaklah berani menyahut cabaran.
Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.
Kita janganlah berdendam terutamanya kepada adikberadik.
Kita janganlah bercakap bohong.
Contoh pengajaran:

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd


Ismail bin Sarbini terdapat beberapa pengajaran
dipaparkan dalam novel ini.
Antaranya ialah kita hendaklah berani menyahut
cabaran. Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun,
pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk
mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang
pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan
penyabar.
Selain itu, kita haruslah insaf atas kesalahan yang
telah kita lakukan. Firdaus akhirnya menyesal apabila
sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang
panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas
peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari
kesalahannya.
Pengajaran lain dalam novel ini ialah kita hendaklah
prihatin dan murah hati terhadap insan lain. Johari
sentiasa
membantu
sepupunya
apabila
ditimpa
kemalangan. Beliau cepat-cepat datang memberi
bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari
basikal.

Anda mungkin juga menyukai