Anda di halaman 1dari 21

Naveen96

PENDAHULUAN

nternet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi


maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian
perhubung dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan

diealisasikan dengan adanya jaringan internet ini. Walaubagaimanapun,


teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang
boleh membawa kemudaratan. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi
keempat, internet bermaksud rangkaian komputer antarabangsa yang
membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu
dengan yang lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh
duniaIa satu rangkaian yang besar terdiri daripada rangkaian yang kecil.
Penggunaan jaringan internet kini semakin meluas ke serata dunia di era
zaman moden ini. Pada masa kini, pelbagai kemudahan telah muncul kesan
daripada pembangunan sains dan teknologi. Kemajuan teknologi semakin
berkembang pesat dan maju dari hari ke hari. Segala kemudahan ini telah
menjadikan kehidupan manusia maju ke hadapan.Tanpa internet, kita akan
ketinggalan ke belakang. Maklumat juga tidak dapat disebarkan dengan
cepat dan pantas. Kita akan sukar mendapatkan maklumat dan informasi
yang terkini.Pada hari ini juga manusia tidak
perlu

lagi

bersusah

payah

untuk

memperolehi maklumat atau mendapatkan


sesuatu barangan yang diperlukan. Segala
keperluan dan kehendak dapat dicapai
dengan mudah dan dalam tempoh yang
singkat. Kini
hujung

jari

segala-galanya

hanya

kita. Internet

di

berfungsi

menyampaikan maklumat dalam keadaan


yang

lebih

dibandingkan

pantas

dan

dengan

singkat

jika

alat-alat

perhubungan yang sedia ada seperti pos dan telefon. Pelbagai maklumat
1

Naveen96

terkini boleh didapati kerana sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa


untuk keperluan pengguna. Kita sebagai pengguna internetyang berhemah,
Internet adalah sebuah dunia yang bebas. Penggunaanya ialah penghuni
kepada dunia ini. Oleh itu, sesiapapun berhak untuk menggunakan internet
secara meluas. Ini bermakna tanggungjawab untuk menggunakan internet
secara rasional terletak diatas bahu masing-masing. Secara warasnya
internet sangat berguna kepada dunia terutama kepada pelajar. Oleh itu,
sebagai seorang pelajar, kita seharusnya menggunakan kemajuan teknologi
internet

ini

dengan

sebaik

mungkin.

Manfaatkan

faedahnya

tanpa

disalahgunakan. Kita hendaklah mengetahui sedikit pengetahuan dalam


penggunaan internet dengan kaedeh yang betul. Kos internet menjimatkan
serta mudah dicapai, menjadikan pelajar gemar mengaplikasikanya dalam
kehidupan seharian. Hanya dengan menggunakan kata kunci dan menekan
butang kekunci, maklumat yang dicari mampu diperolehi dengan mudah,
cepat dan pantas.

Oleh yang demikian, pelajar akhir-akhir ini lebih

cenderung menggunakan internet. Tambahan pula pelbagai maklumat boleh


diperolehi

berdasarkan

kehendak

dan

keperluan

pelajar

pada

waktu

tersebut. Berdasarkan statistik di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa


penggunaan internet di Malaysia adalah bukan sesuatu yang asing di
kalangan para pelajar. Oleh hal yang demikian, terdapatnya kesan positif
dan juga negatif hasil penggunaan internet dalam kalangan pelajar
khususnya.

Naveen96

KESAN POSITIF PENGGUNAAN INTERNET


DALAM KALANGAN PELAJAR
Setiap sesuatu benda atau perkara itu pasti ada kebaikan dan keburukannya.
Manusia juga masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tiada
manusia yang sempurna dalam dunia ini. Sama juga seperti internet ini ada
manfaat dan ada juga kemudaratan jika menggunakannya terlalu kerap
sehingga mengakibatkan ketagihan. Antara kesan positif penggunaan
internet kepada pelajar ialah:
1. Maklumat
2. Alat komunikasi
3. Hiburan
4. Penjimatan kos dan masa.
5. E-learning
6. Peluang perniagaan
7. Permohonan online
8. Medium bersuara
9. Penguasaan Bahasa
10.
pengiklanan

Maklumat

Naveen96

Melalui

internet,

menerima
mudah

maklumat
dan

maklumat

kita

Maklumat

dengan

pantas.

juga

tidak

carian

akan
Carian

dihadkan.

juga

bukan

sahaja dalam bentuk teks tetapi


juga
rajah

dalam

bentuk

mahupun

bergambar

jadual,

carta

grafik, audio, animasi dan lain lain


dalam bentuk media elektronik. Bermacam-macam maklumat kita boleh
dapati melalui internet. Ada berita, laporan cuaca, sukan, pasaran saham,
hiburan dan kadang-kadang kita akan berjumpa maklumat yang kita sendiri
tak pernah fikirkan. Malah kita juga boleh membaca surat khabar menerusi
internet. Sekalipun kita sudah terlepas isu terbitan cetakannya tetapi kini
kita masih ada peluang membacanya menggunakan internet.. Hal ini adalah
sangat penting kerana dapat mendedahkan pelajar kepada dunia teknologi
yang semakin berkembang pesat dan dalam usaha meletakkan mereka
seiring dengan kemajuan dunia IT. Melalui cara ini, pelajar lebih didedahkan
kepada World Wide Web (www) untuk mencari maklumat yang dikehendaki.
Sebagai contoh, pelajar tidak perlu ke perpustakaan kerana mereka boleh
melayari internet di mana sahaja untuk mendapatkan maklumat yang
mereka mahukan dengan kadar segera.

Alat Komunikasi
Dari segi komunikasi, internet merupakan salah satu perantaraan yang
sangat efektik dan efisen untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh
atau dekat. Kebanyakkan manusia sekarang mengunakan internet untuk
berkomunikasi

dengan

pelbagai

cara.

internet

Capaian

kepada

melibatkan

banyak

elemen

seperti

media

elektronik (e-mel), carian


4

Naveen96

fail,

kumpulan

perbincangan

dan

perbualan

(chatting).

Ada

yang

menggunakan media elektronik (e-mel) untuk berhubung dengan sahabat


handai, saudara mara, keluarga atau sesiapa sahaja. Penggunaan e-mel
dengan perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada
pelbagai sosiobudaya masyarakat dunia. Dan, ada pula pelajar yang
menggunakan kumpulan perbincangan dan perbualan (chatting) untuk
mencari dan menambah kenalan di seluruh dunia serta bertukar-tukar fikiran
serta idea dalam minat yang sama. Justeru, mereka boleh bertukar-tukar
maklumat budaya, sejarah dan geografi antara rakan siber mereka. Pelajar
juga boleh menggunakan talian internet untuk menonton video dan
mendengar apa-apa muzik yang mereka minat melalui perkhidmatan yang
disediakan. Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi.
Penggunaan

messenger

seperti

Yahoo,

Skype

dan

Hotmail

telah

memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya


amat

meluas.

Selain

berkomunikasi

dengan

menggunakan

teks,

penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan


video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil
melihat wajah masing-masing dengan menggunakan Video Conferencing
ataupun Tele-conference. Sebagai contoh, pelajar Sabah atau Sarawak yang
melanjutkan

pelajaran

di

Semenanjung

Malaysia

dapat

menghubungi

keluarga mereka dengan menggunakan pelbagai messenger. Ternyata lebih


menjimatkan wang.

Hiburan
Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari
internet. Kita boleh menonton drama atau

filem

secara atas talian dengan hanya


melayari
laman5

Naveen96

laman

web

yang

menyediakan

seperti http://www.youtube.com dan

perkhidmatan

tersebut

http://www.dailymotion.com

Selain

daripada itu terdapat juga permainan yang boleh di main secara atas talian
bersama-sama dengan pemain dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-hiburan
lain adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan dengan kawankawan baru di alam maya. Misalnya, jika pelajar stress dengan pembelajaran
mahupun ujian dan peperiksaan mereka pasti akan mencari hiburan yang
mampu mengurangkan stress mereka walaupun untuk seketika.

Penjimatan kos dan masa


Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti
kos panggilan telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi
penjimatan

kos

panggilan

misalnya,

kebiasaannya

kos

panggilan

ke

antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika


dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan.
Disamping itu penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj
yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos
panggilan

biasa.

Sebagai

contoh,

jika

pelajar mahu membuat rujukan tetapi


tidak mencukupi wang untuk membeli
buku.

Mereka

boleh

melayari

internet

sahaja untuk mencari sumber rujukan yg betul


dan relevan. Dalam masa yang sama, ini dapat menjimatkan kos dan
masa. Tidak membebankan pelajar mahupun mengganggu pembelajaran
mereka.

e-learning
ia juga dapat membantu
pelajar

dalam

proses

pembelajaran

dan

pengajaran. Selain

itu,
6

Naveen96

internet sangat berguna untuk tujuan pembelajaran. Sebagai contoh, eLearning. Di Malaysia, penggunaan internet sebagai salah satu medium
untuk membantu pelajar dan tenaga pengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia juga memainkan peranan sebagai pendidik atau `tutor'
siber yang berkesan. Subjek seperti Matematik dan Sains boleh diajar kepada
golongan kanak-kanak dengan lebih berkesan. Bahan sains dan matematik
yang ditambah dengan kesan multimedia dapat menarik minat kanak-kanak
untuk mengikuti program pembelajaran dan seterusnya menanam minat.
Kelebihan ini menandingi cara pembelajaran konvensional

Peluang perniagaan
Kebaikan internet yang seterusnya ialah ia membantu aktiviti perniagaan.
Peluang perniagaan melalui internet ini amatlah luas. Malah kita boleh
berniaga melalui internet hanya melalui rumah sahaja. Kini ramai usahawan
yang muncul dengan hanya menjana
wang

dari

rumah.

Peniaga

boleh

mengiklan dan menjual barang-barang


keluaran

syarikat

mereka

secara

langsung kepada pelanggan di seluruh


dunia. Dengan ini peniaga pasti akan
mendapat

keuntungan

yang

lebih

banyak. Pelanggan juga dapat mengurangkan kos apabila membeli barangbarang daripada internet.

Permohonan online
Untuk bakal pelajar yang bakal bergelar pelajar universiti , sudah semestinya
mereka akan berpusu-pusu mengisi borangborang

biasiswa

secara

talian

dengan

menggunakan aplikasi yang di bangunkan


oleh
untuk

kerajaan

mahupun

permohonan

ke

badan

swasta,

matirukulasi
7

Naveen96

mahupun Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) , memerlukan pelajar untuk


memperlengkapkan butiran peribadi mereka secara talian dan di hantar
terus ke unit kemasukan pelajar, dan pada masa yang sama, pekerja tidak
perlu lagi mengasingkan surat-surat butiran peribadi yang dahulunya dipos
kepada Kementerian Pelajaran Tinggi. Malah, kebanyakan maklumat mula
disebarkan

melalui

laman

sesawang

sosial

facebook

sahaja

tentang

pembatalan kuliah, jemputan ke majlis-majlis tertentu tanpa melalui suratsurat jemputan lagi, malah ada yang menggunakan facebook untuk
menjemput untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka tanpa perlu pergi
rumah ke rumah untuk menjemput datang ke majlis mereka. Pendek kata,
kebanyakan urusan permohonan kerja, semakan gaji mula menggunakan
internet sebagai medium penyemakan dan penyebaran maklumat tertentu
berikutan bilangan penggunaan internet semakin bertambah hari demi hari
bak cendawan tumbuh selepas hujan. Para usahawan juga dilihat semakin
giat mempromosikan produk mereka di facebook yang dilihat mampu
memikat hati pelanggan global sama ada dalam Malaysia mahupun luar
negara. Dapat dirumuskan disini bahawa penggunaan internet mampu untuk
memudahkan banyak urusan.

Medium untuk bersuara


kebaikan internet yang lain ialah sebagai medium untuk pelajar bersuara,
yakni melalui laman-laman sesawang sosial
seperti facebook untuk bersuara melalui
saluran yang betul seperti laman sesawang
Perdana Menteri ataupun menghantar aduan
kepada

stesyen-stesyen

televisyen

untuk

menyalurkan maklumat yang berkaitan atau


aduan tentang sesuatu masalah yang sedang
berlaku dan memerlukan pemantauan pihak
berkuasa. Jika aduan atau cadangan yang
dilontarkan berasas, pihak-pihak berkuasa
8

Naveen96

akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani masalah yang


sedang berlaku, cara ini mungkin akan lebih berkesan kerana wakil-wakil
rakyat mula menggunakan laman sesawang sosial sebagai medium untuk
mendekatkan diri dengan rakyat dan mendengar semua keluhan dan aduan
rakyat yang perlu diambil berat. Menggunakan laman sesawang sosial
pemimpin boleh berkongsi pendapat dan pelan tindakan yang yang
dirancangya serta boleh meminta pandangan rakyat sama ada sesuai untuk
diserapkan dalam pentadbiran masing-masing. Dengan ini, pemimpin tidak
lagi hanya boleh mendengar aduan rakyat pelajar jika turun untuk
melakukan khidmat masyarakat, tetapi mampu untuk mengetahui banyak
masalah yang berlaku hanya dengan melalui laman sesawang. Melalui
internet juga, individu yang tidak mempunyai keberanian untuk bersuara
secara berdepan dengan pemimpin juga mampu untuk tampil membuat
cadangan atau kritikan secara lebih sihat tanpa melalui demonstrasi jalanan
yang dianjurkan pihak tertentu untuk tampil bersuara. Namu kerjasama dari
pihak pemimpin juga amat diperlukan untuk menjayakan lagi pendekatan ini
supaya

mampu

meberikan

peluang

kepada

rakyat

untuk

membuat

penambahbaikan dalam sistem-sistem tertentu untuk memperkasakan lagi


corak pentadibiran negara dalam proses untuk menjadi negara maju
menjelang tahun 2020. Justeru, terbukti internet mampu untuk menjadi
medium untuk rakyat bersuara demi kemajuan negara bangsa tercinta.

Penguasaan Bahasa
kebaikan internet yang lain ialah mampu meningkatkan penguasaan bahasa
inggeris di kalangan pelajar. Kita sudah sedia
maklum

bahawa

bahasa

inggeris,

yakni

bahasa paling banyak digunakan di dunia,


dan

menjadi

melinium

ini.

lingua

franca

Sangatlah

di

penting

zaman
bagi

seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua


bidang untuk menguasai bahasa ini dengan
9

Naveen96

sebaik mungkin kerana bahasa ini secara tidak langsung dijadikan bahasa
rasmi dalam pelbagai urusan yang dijalankan samada di dalam negara
mahupun luar negara, sesuai dengan kata-kata seorang tokoh barat yang
bermaksud untuk menjadi yang terbaik, anda mesti menguasai apa yang
terbaik yakni menguasai bahasa yang utama mampu menjadikan kita lebih
berjaya. Seperti sedia maklum, kebanyakan laman sesawang di internet
menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dan membolehkan
si pembaca boleh belajar secara tidak langsung mengenai cara penyusunan
ayat,teknik mengarang dan dalam masa yang sama mampu menambah
perkataan-perkataan baru yang boleh digunakan. Untuk pengguna lama
sesawang sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya, kebanyakan
pengkemaskinian status banyak dibuat dalam bahasa inggeris dan pengguna
boleh belajar sedikit sebanyak tentang tatabahasa dan mampu memerikan
keberanian kepada pengguna untuk menggunakan bahasa inggeris dalam
kehidupan seharian. Bagi pengguna yang mempunyai blog, amat digalakkan
untuk mengemas kini entri anda dalam bahasa inggeris mampu untuk
meningkatkan teknik penulisan anda sedikit sebanyak kerana pengunjung
yang

membaca

blog

anda

patinya

akan

menegur

setiap

kesalahan

membolehkan anda mendapat ilmu dan teknik penulisan yang betul untuk
masa yang akan datang, melalui internet, banyak perubahan dalam bahasa
inggeris yang dapat dilihat. Peningkatan ini boleh dibuktikan dengan
peningkatan keputusan gred purata bahasa inggeris keseluruhan bagi SPM
2011 dan kajian mendapati ramai pelajar yang menulis jawapan dalam
bahasa inggeris berbanding tahun-tahun sebelumnya dalam subjek-subjek
sains yang menyediakan ayat secara dwibahasa untuk soalan dan jawapan.
Dengan

itu,

internet

antara

medium

terbaik

untuk

meningkatkan

penguasaan bahasa inggeris di kalangan pengguna.

Pengiklanan
Internet dijadikan alat untuk mengiklan
produk atau acara, aktiviti untuk sesebuah
10

Naveen96

pelajar. Ianya bukan sahaja murah malah ianya lebih berkesan kerana ianya
boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia. Dengan ini mereka mudah untuk
menjana pendapatan, malah tanpa menggangu ibu bapa untuk duit belanja
dan mengiklankan sesuatu aktiviti masyarakat.

11

Naveen96

KESAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET


DALAM KALANGAN PELAJAR
Di sebalik kecanggihan internet, selaras dengan perkembangan semasa
namun banyak juga budaya negatif yang meracuni minda pelajar masa kini.
Budaya ini perlu dibendung supaya tidak merosakkan minda pelajar masa
kini. Antara keburukan internet terhadap pelajar ialah:
1.
2.
3.
4.
5.

Bebas melayari laman lucah


Kurang fokus pada pelajaran
Menyemai sifat malas
Terdedah kepada jenayah siber
Menjejaskan
keharmonian
dan

perpaduan
6. Tertipu dengan kes-kes penipuan siber
7. Terikut budaya negative
8. Menghabiskan masa dengan internet
9. Enggan bersosial
10.
Mendedahkan pelajar dengan
banyak iklan dan kandungan yang
tidak sesuai.

Bebas melayari laman lucah


Mereka bebas melayari laman web tanpa kawalan kerana internet dikatakan
dunia tanpa sempadan. Bahan-bahan lucah sering menjadi kegilaan remaja
kerana

dapat

dilayari

tanpa

kawalan. Bahan lucah seperti ini


merupakan budaya yang patut
dibuang terhadap diri masingmasing

kerana

ia

dapat

merosakkan akidah dan jati diri


seorang pelajar. Di samping itu,
kesan daripada penyebaran laman web secara tidak terkawal ini menjadi
12

Naveen96

penyumbang kepada masalah social yang semakin menjadi-jadi sehingga ke


kancah zina. Contohnya,isu video porno dikalangan tersebar kepada
masyarakat. Perilaku seksual tidak bermoral ini menjadi kelaziman pelajar
sekarang. Keseronokan menonton bahan lucah mendorong individu menjadi
gila seks selain perlakuan ini bakal mengundang perlakuan seks bebas.
Kesan daripada seks bebas ini akan mendorong kepada perlakuan isu
membuang bayi tidak berdosa. Membincangkan kes pembuangan bayi ini
tidak dapat lari daripada isu anak luar nikah dan persoalan zina yang makin
berleluasa kebelakangan ini. Justeru, untuk mengatasi permasalahan ini
daripada berleluasa kepada pelajar, jalan yang boleh menuju ke arah
perlakuan zina harus ditutup serapat-rapatnya,terutamanya di internet. Ini
termasuk mengakses kepada bahan pornografi di internet. Firman Allah
bermaksud: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu
adalah suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk. (Surah Al-Isra: 32).

Kurang fokus pada pelajaran


Selain itu, internet juga dapat melekakan seseorang pelajar daripada fokus
kepada proses pembelajarannya. Pelajar banyak menghabiskan masa
dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata hanya
untuk keseronokan yang tidak mendatangkan sebarang input. Masa yang
patut diperuntukkan untuk mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja
dengan melayari laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya.
Namun demikian jika pelajar terdedah dengan laman sosial yang terlalu
bebas tanpa sebarang
kawalan
menjerumus
melakukan

boleh
pelajar
jenayah.

Oleh itu, pelajar akan


ketinggalan dari segi
akademik dan gagal
menyempurnakan
13

Naveen96

tugasan mereka di institusi. Seharusnya, perkara ini dikawal dan di dalam


setiap diri pelajar perlu tanam sikap yang positif untuk generasi kelak.

Terikut

budaya

negatif
Menurut sumber Harian
Metro yang dikupas oleh
Ketua Polis Pahang Datuk
Shariffudin Abd Ghani Lee
berkata

melalui

laman

sosial

pelajar

akan

mengenali

individu

tertentu.
budaya
Black

Contohnya
barat

seperti

Metal,

Punk,

dan Skin Head yang menjerumus pemikiran remaja di Malaysia. Oleh yang
demikian, perkara ini boleh mengakibatkan pelajar terjerumus kepada
masalah gensterisme di Malaysia. Sememangnya pelajar harus bersosial
akan tetapi haruslah dihadkan waktu penggunaannya. Di samping itu,
kepelbagaian aplikasi menarik seperti permainan yang terdapat di laman
sosial

membuatkan

pelajar

suka

untuk

menghabiskan

masa

dengan

permainan tersebut. Hal ini, banyak member impak yang buruk terhadap
pelajar kerana mereka akan berasa seronok dengan perkara yang tidak
sewajarnya mereka lakukan sehingga terabai tanggunjawab mereka sebagai
pelajar. Dan ia juga membawa kesan negative yang amat teruk sekali
seperti, kecenderungan akhlak dan sebagainya di kalangan pelajar.

Menyemai sifat malas


Penggunaan

internet

secara

berlebihan

dan

tanpa

kawalan

juga

menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat aktif dalam aktiviti


kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan berpersatuan dapat
14

Naveen96

menyihatkan badan tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Pelajar kini


lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Perkara ini amat
merisaukan kerana ia mendatangkan banyak kesan negatif. Antaranya,
pelajar akan jadi malas kerana badan tidak aktif sewaktu di dalam kelas. Hal
ini

tidak

kerana

sepatutnya

ia

akan

berlaku

merosotkan

prestasi pelajar sewaktu di dalam


kelas.

Aktiviti

sukan

yang

dianjurkan oleh institusi pengajian


bertujuan

untuk

mencergaskan

badan di samping mencerdaskan


minda.

Oleh

yang

demikian

pelajar harus bergiat aktif untuk


melahirkan pelajar yang mantap
dari segi lahiriah dan rohaniah. Akan tetapi, mereka menganggap menyertai
kegiatan kokurikulum hanyalah membuang masa dan mereka mahu masa
tersebut hanya untuk memenuhi keperluan mereka sendiri, seperti untuk
menghabiskan melayari laman sosial di rumah dan kafe siber. Situasi begini
boleh melahirkan pelajar yang kurang sihat dan ia memberi impak di masa
yang akan datang. Di samping itu, hal ini juga akan melahirkan pelajar yang
kurang inovatif kerana kokurikulum menggalakkan aktiviti berpersatuan.
Persatuan amatlah penting untuk pelajar supaya lebih bertanggungjawab
dalam menguruskan organisasi. Akan tetapi pelajar masa kini lebih aktif
dengan persatuan sosial yang boleh mendatangkan masalah moral seperti
Gay, Lesbian, dan sebagainya. Situasi ini amat serius disebabkan laman
sosial mereka tidak bergiat dengan persatuan yang sewajarnya diikuti.

Terdedah kepada jenayah siber


Selain menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum, penggunaan
internet tanpa had juga mendedahkan pelajar kepada jenayah siber. Jenayah
siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian
15

Naveen96

program
komputer,

atau

data

pencurian

maklumat, penggodam
dan lain-lain. Oleh hal
yang demikian, pelajar
akan

melakukan

jenayah siber terhadap


institusi mereka sendiri
atau

mereka

diupah

dan dipergunakan oleh


pihak

tertentu

melakukan

untuk

jenayah.

Berdasarkan sumber akhbar Berita Harian laporan terkini dikeluarkan pihak


CyberSecurity menunjukkan kadar jenayah siber di negara ini meningkat
sehingga 88 peratus pada tahun lalu berbanding hanya 8.090 kes pada
tahun sebelumnya. Isu ini amat membimbangkan sekiranya berlaku masalah
seperti pelajar menggodam portal institusi pengajian, menyebarkan fitnah
secara berleluasa, menukar sumber maklumat di institusi dan sebagainya. Di
samping itu, isu ini akan mempengaruhi minda pelajar dengan kenyataan
kenyataan yang salah dari kenyataan yang tidak sepatutnya. Jenayah siber
ini juga boleh merosakkan minda pelajar dari segi politil, terlalu banyak isu
politik yang palsu terdedah di internet mengakibatkan tanggapan remaja
kepada ahli politik menjadi negatif serta merta. Ia akan melahirkan pelajar
yang tidak produktif hasil dari penipuan di internet. Ini merupakan suatu
permasalahan yang sangat besar dan perlu diatasi. Perkara ini sewajarnya
dititik beratkan supaya tidak berleluasa. Kecendorongan pelajar kepada
fakta-fakta yang mengandungi unsur penipuan amat membimbangka
contohnya di laman sosial yang sangat popular iaitu Twitter ada sesetengah
pihak menggunakan nama Ustaz Azhar Idrus mengeluarkan kenyataan yang
direka sendiri.

16

Naveen96

Menjejaskan keharmonian dan perpaduan


Selain itu, penggunaan internet juga berupaya
untuk menjejaskan keharmonian dan perpaduan
negara kita, di antara pelajar. Sudah ada banyak
halaman web yang sengaja menyebarkan pelbagai
fitnah dan gosip serta propaganda negatif untuk
memastikan

rakyat

di

negara

ini

menerima

maklumat yang salah lalu berlakunya kekacauan


pula. Semua bahan yang ditulis itu mampu untuk
mencetuskan salah faham dan pergaduhan antara masyarakat berbilang
kaum di negara ini dengan begitu mudah. Jelaslah, internet memudahkan
penyebaran pelbagai maklumat palsu dan mengelirukan kepada masyarakat.
Terdapat juga penyebaran bahan berunsur fitnah dan hasutan yang
menggugat keamanan dan keharmonian negara. Ini akan menyebabkan
negara tidak aman sehingga menjadikan kehidupan tidak selesa dan akan
memberikan kesan kepada negara pada masa hadapan.

Tertipu dengan kes-kes penipuan siber


Revolusi internet turut membuka peluang berlakunya kes-kes penipuan. Kita
sudah banyak kali mendengar rungutan dan aduan masyarakat mengenai
diri mereka ditipu oleh pihak tertentu terutama berkaitan dengan perniagaan
secara elektronik yang semakin mendapat tempat di internet sekarang ini.
Pelajar-pelajar yang tidak begitu mengetahui aspek internet telah ditipu
dengan begitu mudah dalam jumlah yang banyak oleh golongan tertentu
sehingga memberikan imej buruk kepada dunia perniagaan internet yang
lain pula. Jadi, internet menyebabkan berlakunya kerugian kewangan yang
banyak kepada masyarakat negara ini.
Menghabiskan masa dengan internet

17

Naveen96

pelajar sering menghabiskan masa mereka dengan melayari internet sebaik


sahaja mereka pulang dari sekolah. Lihat sahaja kafeteria siber yang penuh
sesak dengan pelajar-pelajar kita itu baik di bandar mahupun di desa.
Semuanya menghabiskan tempoh masa yang lama dengan membazir sahaja
selain menghabiskan sejumlah wang yang banyak pula untuk melayari
internet.

Remaja

olah

menganggap

melayari

internet

penting

daripada

menelaah

pelajaran

menghabikan

masa

latihan

diberikan

yang

guru sekolah

lebih
atau

membuat
oleh

mereka.

Enggan

bersosial

sebagai pengguna internet, pelajar juga dikatakan


masyarakat yang enggan bersosial kerana mereka
menghabiskan

masa

di

hadapan

komputer

Keadaan ini menyebabkan masa bersamakeluarga,

seolah-

sahabat

dan

jiran

golongan
lebih suka
sahaja.
sama

semakin

dilupakan sehingga hubungan itu menjadi


renggang pula. Sudah pasti keadaan ini
tidak sesuai buat mana-mana pihak
terutama remaja yang perlu menjalani kehidupan sebenar di luar yang boleh
memberi banyak pengajaran kepada mereka kelak. Semakin lama seseorang
itu melayari internet semakin kuranglah masa yang mereka habiskan dalam
dunia realiti sebenarnya.

18

Naveen96

Mendedahkan pelajar dengan banyak iklan dan kandungan


yang tidak sesuai.
Banyak rancangan televisyen dan iklan menggambarkan seksualiti dan
keganasan serta stereotaip dan penggunaan dadah dan alkohol terutamanya
di internet, serta kandungan yang tidak sesuai untuk tumbesaran &
perkembangan

minda

kanak

kanak

boleh

terjejas

dengan

lambakan

kandungan yang tidak sesuai untuk mereka di khuatiri boleh menyebabkan


berlakunya
kegiatan

tidak sihat.

19

Naveen96

KESIMPULAN
Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah
melengkapkan masyarakatnya dengan standard etika yang cemerlang bagi
melayari alam siber yang penuh dengan keselesaan. Islam sebagai agama
yang membawa rahmat hendaklah dijadikan rujukan utama di dalam
penggubalan standard etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri Islam
itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial,
ekonomi, politik dan sebagainya. Islam mewajibkan kepada seluruh kaum
muslimin agar hormat menghormati antara satu sama lain, kita menjaga
kemuliaan diri dan masyarakat di sekeliling kita. Isu berkenaan pelajar
terdedah dengan bahan lucah dapat dibendung jika nilai-nilai agama
diterapkan dalam diri pelajar . Pihak tertentu perlu ambil tindakan untuk
mengawal secara rapi supaya pelajar tidak cenderung kepada masalah
social. Tiada lagi unsur yang yang boleh meracuni keutuhan masyarakat
yang disebar melalui internet yang akan diakses oleh manusia sejagat.
Pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat
dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan khususnya
generasi muda

atau pelajar. Ianya telah menjadi sebahagian daripada

kehidupan moden kini yang akan terus meningkat penggunaan dan


pengaruhnya dari masa ke semasa. Penggunaan dan pengaruh dalam
kehidupan masyarakat Malaysia kini sudah tidak dapat dipisahkan dengan
ICT dalam banyak aspek kehidupan. Bagi mengelak atau
mengurangkan kesan negatif dan menghancurkan nilainilai positif agama dan budaya masyarakat kita serta
menonjolkan nilai-nilai positif masyarakat, semua
pihak

dan

dari

berbagai

peringkat

mestilah

memainkan peranan mengukuhkan nilai agama,


moral

dan

etika

masyarakat

kita,

khususnya

bagi

generasi muda bagi mengelak daripada kesan negatif yang


20

Naveen96

akan semakin parah. Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa
yang mungkin dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan
kurangkan kesan yang negatif. Dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan
pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan
negatif internet ini sebagai suatu yang penting bagi pemodenan dan
pembangunan Negara bangsa Malaysia.

21

Anda mungkin juga menyukai