Anda di halaman 1dari 4

Ringkasan

[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis


sebuah ringkasan tentang sebab-sebab masyarakat kurang membaca
buku ilmiah. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100
patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri
tanpa mengubah ayat asal.

Tabiat membaca buku ilmiah dalam kalangan rakyat Malaysia


masih rendah berbanding dengan negara-negara maju seperti Amerika
Syarikat, England, Jepun dan Taiwan. Penduduk negara yang
ekonominya berasaskan sektor pertanian, masih beranggapan bahawa
memiliki buku-buku ilmiah tidak sepenting seperti memiliki makanan.
Lagipun, jumlah ahli keluarga yang besar, memaksa ketua keluarga
berbelanja untuk membeli keperluan asas sahaja. Fenomena ini berlaku
kerana rakyat yang tinggal di negara yang berasaskan pertanian sangat
malas berfikir kerana bidang pertanian lebih teratur dan tidak banyak
pancaroba. Mereka membaca hanyalah untuk menghiburkan hati.
Lantaran itu, buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, bernilai RM
40 juta tidak terjual kerana gagal menarik minat pembaca. Buku-buku
tersebut dikatakan kurang memuatkan ilustrasi dan isi kandungan buku
pula terlalu padat.

Selain itu, bahan-bahan bacaan ilmiah lebih mahal daripada komik


dan bahan-bahan bacaan picisan. Penjualan buku-buku ilmiah masih
terbatas dan sukar dibeli di pasaran manakala bahan-bahan bacaan
picisan boleh diperoleh di kaki lima, pusat beli-belah, stesen bas, pasar
malam, dan pelbagai tempat lagi.

Komik dan bahan-bahan bacaan picisan juga dipersembahkan


dalam bentuk ilustrasi dan grafik yang menarik. Bahan bacaan picisan
menjadi pilihan pembaca kerana memuatkan karya-karya yang
mengungkapkan tema yang ringan-ringan dan boleh dibaca ketika
bersantai. Mereka tidak perlu memerah otak untuk memahaminya.
Contohnya, kisah-kisah yang dipaparkan dalam karya picisan adalah
tentang percintaan yang berakhir dengan pertemuan dijinjang pelamin,
cinta tiga segi dan sebagainya.

Kehadiran bahan-bahan seperti ini bukan sahaja tidak membina


minda masyarakat malah boleh menyebabkan berlakunya masalah
sosial. Oleh itu, pihak kerajaan mestilah memantau penerbitan dan
pengedaran bahan-bahan bacaan ini dalam masyarakat.
Buku-buku ilmiah juga kurang diberi perhatian kerana terpaksa
bersaing dengan media massa dalam teknologi moden seperti Internet,
video, dan televisyen. Oleh itu, terdapat ramai golongan cendekiawan
serta para pelajar beralih kepada penggunaan teknologi moden yang
lebih murah dan menyeronokkan.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana,
'Minda Pembaca' Berita Harian 2007)

Jawapan.

Contoh 1

Sebab-sebab masyarakat kurang membaca buku ilmiah ialah


penduduk yang ekonominya berasaskan pertanian, beranggapan
buku-buku ilmiah tidak penting. Selain itu, jumlah ahli keluarga yang
besar, memaksa ketua keluarga berbelanja untuk keperluan asas
sahaja. Bahan-bahan bacaan ilmiah pula lebih mahal
daripada bahan-bahan bacaan picisan. Di samping itu,
penjualannya terbatas dan sukar dibeli di pasaran. Buku-buku
ilmiah juga kurang memuatkan ilustrasi serta isi kandungan buku
pula terlalu padat dan kini terpaksa bersaing pula dengan media
massa dalam teknologi moden yang lebih murah dan menyeronokkan.

(80 patah perkataan)

Contoh 2

Sebab-sebab masyarakat kurang membaca buku ilmiah jumlah ahli


keluarga yang besar, memaksa ketua keluarga berbelanja untuk membeli
keperluan asas sahaja. Mereka membaca hanyalah untuk menghiburkan
hati. Buku-buku ilmiah pula kurang memuatkan ilustrasi dan grafik yang
menarik serta isi kandungan buku terlalu padat. Selain itu, bahan-bahan
tersebut lebih mahal daripada komik dan bahan-bahan picisan. Di
samping itu, penjualan buku-buku ilmiah masih terbatas dan sukar dibeli
di pasaran. Buku-buku ilmiah juga kurang diberi perhatian kerana
terpaksa bersaing dengan media massa dalam teknologi moden.

(81 patah perkataan)


Contoh 3

Sebab-sebab masyarakat kurang membaca buku ilmiah ialah buku ilmiah kurang memuatkan
ilustrasi. Selain itu, isi kandungan buku ilmiah pula terlalu padat. Di samping itu, bahan-bahan
bacaan ilmiah lebih mahal daripada komik dan bahan-bahan picisan. Tambahan pula, penjualan
buku-buku ilmiah masih terbatas dan sukar di beli di pasaran. Selain itu, buku ilmiah gagal
menarik minat pembaca. Tambahan pula, masyarakat beranggapan bahawa memiliki bahan-
bahan ilmiah tidak sepenting seperti membeli makanan. Di samping itu, buku-buku
ilmiah terpaksa bersaing dengan media massa dalam teknologi moden.

(81 patah perkataan)

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha
menangani wabak denggi di negara kita.Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Mutakhir ini, negara tidak putus-putus didedahkan dengan berita kematian yang
membabitkan penyakit demam denggi. Hal ini ternyata mengancam ketenteraman
masyarakat sejagat kerana masalah nyamuk Aedes umpama barah yang tiada penawarnya.
Walau bagaimanapun, masalah ini boleh dikurangkan sekiranya setiap lapisan masyarakat
berusaha untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya demi kemaslahatan bersama.

Setiap pihak seharusnya merancang strategi yang mantap dalam usaha menangani
masalah yang semakin menular ini. Salah satu usaha yang boleh dijayakan oleh penduduk
adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan. Aktiviti ini bukan
sahaja dapat membersihkan kawasan yang bersemak samun tetapi secara tidak
langsung dapat mengeratkan perpaduan. Pihak-pihak berwajib juga boleh menyumbang
jasa dengan melakukan penyemburan secara percuma di kawasan yang terlibat. Pada masa
yang sama kita juga perlu memberikan kerjasama kepada pihak yang datang menyembur
racun atau “fogging” di kawasan perumahan. Sebagai contohnya, pintu dan tingkap hendaklah
ditutup bagi mengelakkan asap semburan itu masuk ke dalam rumah.

Berdasarkan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, kompaun


maksimum RM500 boleh dikenakan kepada pemilik premis yang membiarkan premis mereka
menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Kadar ini dilihat masih rendah dan belum
menggerunkan pemilik premis. Lantaran itu, kerajaan disyorkan agar nilai kompaun ini patut
dinaikkan kepada satu nilai yang lebih tinggi. Hal ini penting untuk memberikan pengajaran
kepada mereka yang terbabit. Serentak dengan itu, Kempen Pencegahan Denggi harus
digiatkan untuk menyedarkan masyarakat.

Peranan ibu bapa juga amat penting dalam usaha menangani wabak ini. Ibu bapa
haruslah memastikan anak-anak berpakaian lengkap semasa melakukan aktiviti di luar rumah
pada waktu petang. Hal ini penting untuk melindungi kulit. Anak-anak juga perlu dinasihati
agar membersihkan diri dengan baik selepas terdedah dengan kuman-kuman ketika bermain
di luar. Pendidikan awal amat perlu bagi anak-anak selaras dengan peribahasa melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Sementelahan itu, ibu bapa juga perlu bertindak segera
sekiranya anak-anak didapati mempunyai simptom-simptom denggi. Mereka yang dijangkiti
virus ini biasanya akan diserang demam panas yang mengejut. Selain itu, terdapat juga bintik-
bintik merah dan sakit sendi di seluruh badan pesakit. Jika keadaan ini dibiarkan tidak mustahil
boleh membawa maut.

Tuntasnya, pembanterasan nyamuk Aedes memerlukan perubahan sikap yang


menyeluruh dalam kalangan masyarakat. Setiap individu perlu bertanggungjawab dan
memainkan peranan yang aktif demi menyelamat nyawa sendiri, keluarga dan masyarakat.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rencana


“Denggi: Musuh Yang Dipandang Ringan” Oleh Naim Yaakob.

Anda mungkin juga menyukai