Anda di halaman 1dari 1

 Mengelakkan kesesakan lalu lintas, terutamanya di bandar-bandar

besar. Contohnya, Kuala Lumpur dan Shah Alam. Pengangkutan awam


seperti LRT (Light Rail Transit) dan Komuter menggunakan landasan
yang teratur masa dan perjalanannya berbanding dengan jalan raya yang
sentiasa dipenuhi dengan kenderaan tanpa amaran tidak kira masa

 Menjimatkan kos dan masa. Hal ini berkaitan dengan mengelakkan


kesesakan lalu lintas kerana dengan tiadanya kesesakan, kita akan
mampu tiba ke destinasi yang dituju lebih awal tanpa mengambil masa
yang panjang. Dari segi kos pula, pengangkutan awam hanya
memerlukan tambang yang lebih jauh murah berbanding kenderaan
sendiri yang memerlukan peruntukan wang banyak untuk kos minyak,
bayaran parkir dan tol. Perbelanjaan harian juga akan mampu
dikurangkan.


Mengurangkan pencemaran alam sekitar. Hal ini terutamanya kepada
pencemaran udara akibat gas-gas toksik seperti karbon monoksida yang
dilepaskan oleh kenderaan yang semakin meningkat jumlahnya hari
demi hari. Pengangkutan awam seperti LRT(Light Rail Transit) tidak
mengeluarkan apa-apa bahan toksik yang berbahaya sebaliknya
menggunakan tenaga elektrik untuk berfungsi.

 Memartabatkan lagi industri pelancongan negara. Lebih ramai para


pelancong yang akan mengunjungi negara kita kerana terdapat
kemudahan pengangkutan yang selesa dan moden dari satu tempat ke
tempat yang lain di samping menjaga imej dan nama baik negara

 Menjana pendapatan negara dan meningkatkan produktiviti. Misalnya,


saban hari banyak orang lewat ke medan kerja kerana mengalami kesesakan lalu
lintas. Hal ini merupakan satu pembaziran kerana para pekerja telah letih dan
penat setelah tiba di tempat kerja. Oleh itu dengan adanya pengangkutan
awam, pekerja dapat sampai di pejabat atau kilang tepat pada masanya.

Anda mungkin juga menyukai