Anda di halaman 1dari 5

FRASA / UNGKAPAN MENARIK

PUNCA 1. Sebagai memperkukuh penyataan tersebut lagi, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. 2. Kita harus menerima lumrah kehidupan bahawa keruh di muara pasti bermula dari hulunya. Khazanah kata warisan bangsa ini membawa takrif setiap permasalahan yang berlaku pasti mempunyai punca-puncanya. 3. Benarlah kata orang, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. 4. Sesuatu yang berlaku itu pasti ada sebab musababnya kerana tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata / kerana kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. LANGKAH 1. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. 2. Tanpa menyalahkan sesiapa, kita perlu memikirkan secara mendalam untuk mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah ini. Hal ini dinyatakan dalam bidalan yang berbunyi, buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat. 3. Yang lebih afdal lagi adalah dengan mencari perencah yang terbaik bagi mengekang gejala ini. 4. Usaha-usaha yang istiqamah, proaktif, pragmatik, dan jitu memerlukan obligasi dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak dan mestilah digerakkan dari sekarang kerana perjalanan yang beribu-ribu batu mestilah dari langkah yang pertama. REMAJA 1. Berpeganglah pada kata-kata Bapa Kemerdekaan, Presiden Indonesia yang pertama iaitu Soekarno, Pemuda mesti bercita-cita besar, meningkat lebih tinggi dari Gunung Singgalang, lebih tinggi dari Gunung Merapi, yang lebih tinggi dari Gunung Tandikit, bahkan harus lebih tinggi dari bintang-bintang di langit, cubalah capai dengan segenap tenagamu.. 2. Pujangga pernah berkata bahawa generasi berwawasan pemangkin pembangunan negara. 3. Remaja yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang / belum keras ubun-ubunnya / masih hijau masih tidak dapat membezakan yang mana intan, yang mana kaca / batu kelikir.

4. Hukama-hakama Arab pernah mengatakan bahawa anak-anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. 5. Seorang tokoh cendekiawan Islam pernah berkata bahawa petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut amat mencintai hiburan. 6. Kekuatan remaja kepada negara dapat dikaitkan dengan kata-kata semangat yang dilontarkan oleh Soekarno, Presiden Indonesia pertama, Berikanlah saya 10 orang belia waja, pasti saya akan gegarkan dunia. 7. Janganlah diabaikan pesanan ahli filsuf Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. Sekiranya masa depan remaja kita tidak dipelihara, negara akan kehilangan aset yang paling berharga. 8. Berdasarkan salah satu falsafah pemikiran Imam al-Ghazali yang menyebut bahawa seseorang kank-kanak yang diajarkan erti berkasih sayang, dia akan berlatih mengasihi orang lain. 9. pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara 1. 2. 3. KELUARGA Anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa hadapannya. Didikan agama yang mantap Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Memetik kata-kata mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kewujudan keluarga penyayang akan menyebabkan seseorang anggota keluarga tersebut akan berasa lebih senang menghabiskan masa lapangnya di rumah. Menurut

4.

penggiat sosial tanah air, Tan Sri Lee Lam Thye, 40 peratus daripada pelajar kita pada hari terlibat dalam masalah sosial seperti membunuh, perogol, merompak dan sebagainya. PENUTUP 1. Konklusinya,merupakan tanggungjawab setiap rakyat. Kita sepatutnya berkerjasama untukdan mengemudi negara kita ke arah yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang di persada dunia bak kata pepatah. bersatu teguh bercerai roboh 2. Kesimpulannya, pemangkin kepada kejayaan.....adalah hasil kerjasama dan usaha gigih daripada 3. Kesimpulannya, marilah kita renungi beberapa peribahasa Melayu yang menggalakkan kita untuk bersatu padu. Antaranya termasuklah ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni,hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah,seperti aur dengan tebing, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dan banyak lagi. Jadi, untuk membendung ..........di negara ini. Maka sumbangan dan peranan semua pihak adalah penting 4. bak kata peribahasa sediakan payung sebelum hujan. 5. mengambil pendekatan bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak 6. bak kata peribahasa berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu 7. terus menjadi ancaman seperti api dalam sekam 8. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan 9. Sikap melepaskan batuk ditangga harus dikikis 10.Sudah tiba masanya untuk kita tidak menuding jari kepada sesiapa. 11.Kita seharusnya berganding bahu 12.mengambil langkah sederap 13.mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu 14.Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk berganding bahu, berpimpin tangan dan bersatu padu........ 15.Konklusinya, pembabitan pelbagai pihak 16.Menerusi usaha bersepadu daripada pelbagai pihak.. 17.resipi dan ramuan yang diadun mesra 18.Usaha yang istiqamah, proaktif, dan pragmatik memerlukan iltizam dan komitmen semua pihak. 19.Sebagai intiha 20.Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. 21.Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

22.Setiap anggota masyarakat hendaklah menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing dan janganlah sekali-kali bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. 23.Sinergi daripada semua pihak perlu dipupuk umpama sakit sama mengaduh dan luka sama menyiuk bagi membentuk suatu anjakan paradigma yang menjamin kelangsungan hidup bermasyarakat yang bebas daripada masalah.... 24.Kita tidak seharusnya bersikap tutup sebelah mata, sebaliknya buka mata, buka minda, buka hati dan kenali diri. 25.Bertindaklah secara glokal dan berfikirlah secara global. 26.Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang....

Anda mungkin juga menyukai