Anda di halaman 1dari 40

(1)

Soalan 1 : Rumusan
[30markah]
Bacapetikandibawahdenganteliti,kemudianbuatsaturumusantentangkhasiatkunyitdalam
bidangperubatandancaracarauntukmenyedarkanmasyarakattentangkepentingan
tumbuhanherbauntukperubatan.Panjangnyarumusanhendaklahtidakmelebihi120patah
perkataan.
Kunyitmerupakanrizomdaripadapokok CurcumalongaL.Pokokiniditemuidibelukar
dansemaksamun.KunyitberasaldariAsiaTenggaradanAsiaSelatantetapikiniditanamuntuk
tujuankomersialdiIndia,China,IndonesiadanIndochina.Kunyitmerupakansejenistumbuhan
tradisiyangberasaldaripadakeluarga Zingiberaceace.Tumbuhaninimempunyaipelbagainama.
DinegaraChina,kunyitdikenalisebagaiJiangHuangdanYuJin.BagimasyarakatArab,kunyit
sinonimdenganpanggilanKurkum.MasyarakatIndonesiapulamemanggilkunyitsebagaiIndian
Saffraon,CurcumadanKunir.
Selainmenjadirempahratusdanpenyedapdalammasakan,kunyitturutdigunakandalam
perubatan tradisional, pewarna makanan, upacara keagamaan dan pemujaan sejak tahun 600
Sebelum Masihi.Menurutkepercayaan masyarakat Melayu, ibukunyit dapatmembantu wanita
yangbarubersalinuntukmembersihkandanmengecutkanrahim.Merekajugamenggunakankunyit
bersamasama lada hitam untuk memanaskan badan. Perubatan tradisional turut menggunakan
kunyituntukmengubatipenyakitsepertidarahtinggi,demamkuning,ciritbirit,batuk,lelahdan
sebagainya.Kunyitjugadipercayaidapatmengubatipenyakitsepertisakitperut,asma,selaindapat
mengurangkan rasa gatal pada mata. Kunyit yang bersifat analgesik dipercayai dapat
menyembuhkanlukadanmengurangkankesakitan.
DinegaraChina,kunyittelahdigunakansejakberatusratustahundahulusebagaibahan
perubatan. Menurut pengamal perubatan tradisional negara China, kunyit dapat melancarkan
peredarandarahmanusiadengancaramenjadikankunyitsebagaibahanminuman.Bagiseseorang
yangmengalamilebamlebamdandarahbeku,masalahiniakandapatdihilangkandengancara
menyapu kunyit yang telah ditumbuk pada bahagian tersebut. Di Thailand, penduduknya
menggunakankunyituntukmenghilangkankesanbisaakibatdipatukolehulartedung.Perubatan
tradisional Indiaturut menggunakan kunyit sebagai salah satubahan herbayang amat mujarab
sebagaipencucidisampingdapatmengubatipenyakitkulitataugatalgatal.
Kajiansaintifikpulamembuktikankunyitmempunyaisifatantibarah,antiradangdandapat
melindungikesanbiologilaindalamtubuhmanusia.Kesaninidisebabkanolehsebatiankunyit,
iaitukurkuminyangtelahdikajisecarameluasterhadapkesanantiradang,antioksidan,penyembuh
luka dan antibarah. Sebenarnya masih banyak khasiat lagi yang terdapat dalam kunyit. Kita
berharapagarparapenyelidikakanterusmelakukanpenyelidikanterhadaptumbuhantersebutdan
seterusnyamenjadikankunyitdijadikansebagaiubatpenyakitkronikyangmujarab.
(Dipetikdandiubahsuaidaripada'KunyitSebagaiAntikanser'
olehNorfarizanHanoonNoorAzmidanNurraihanaHamzah,
DewanKosmik,Februari2012)

Soalan 2: Pemahaman
(35 markah)
Soalan2(a)PetikanUmum
BerdasarkanpetikanSoalan1,jawabsoalansoalanyangberikutdenganmenggunakanayatanda
sendiri.
(i)

Berikanmaksudrangkaikataubatpenyakitkronik?
(2markah)

(ii)

Pengarangmengemukakanbeberapakeistimewaankunyit.
Nyatakankeistimewaankeistimewaantersebut.
(3markah)

(iii) Masihterdapatsebilanganmasyarakatyangengganberubatdenganmenggunakankunyit
walaupuntumbuhanherbainidapatmenyembuhkanpelbagaijenispenyakit.
Padapendapatanda,mengapakahkeadaaniniberlaku?
Berikantigasebab.
(4markah)

(2)
Soalan 1 : Rumusan
[30markah]
Bacapetikandibawahdenganteliti,kemudianbuatsaturumusantentangfaedahmenyertai
aktivitikokurikulumdisekolahdankesannyadarisegikesihatan.Panjangnyarumusan
hendaklahtidakmelebihi120patahperkataan.
Aktiviti kokurikulum (Kok) ialah aktiviti luar bilik darjah dan kesedaran tentang
kepentingan menyertai aktiviti Kok telah bermula lebih 50 tahun yang lalu melalui dokumen
Education Ordinance 1956 dan diperkukuh dengan pengenalan Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat melahirkan murid yang aktif dan kreatif bahkan mampu
melahirkaninsanyangseimbangdanharmonisdarisegijasmani,emosi,rohanidanintelek.Namun
begitu sejakbelakangan ini,penyertaan muridmuriddalam aktiviti Kokamat mendukacitakan
pelbagaipihak.
MuridmuridyangmelibatkandiridenganaktivitiKokdapatmenggunakanmasamereka
dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Dalam pasukan unit beruniform seperti Pengakap,
KadetPolisdanPanduPuteri,semuaahlidituntutsupayasentiasamenepatidanmenghargaimasa.
Dalamhalini,muriddididiktentangkepentingandancarapengurusanmasadenganbijak.Aktiviti
Kokjugamengasahbakatistimewamuridselaindapattampildenganlebihyakindanberanidalam
menghadapicabaranluaryangkianmencabar.Selainitu,penglibatanmuriddalamaktivitiKok
dapatmenyemaiminatdanhobimereka.Contohnya,muridyangsukamengambilgambarakan
menyertaiKelabFotografimanakalamuridyanggemarmengembaradanmendakiakanmenyertai
KelabKembara.
AktivitiKokjugamampumembentukdisiplindansahsiahdiriyangkuat.Dalampasukan
Kadet Polis, aspek sahsiah, kekemasan pakaian dan disiplin amat dititikberatkan. Selain itu,
penglibatan dalam kegiatan Kok mampu melahirkan murid cemerlang yang mempunyai
pencapaianyangseimbangantaraakademikdenganaktivitiKok.Muridyangaktifdalamaktiviti
Kokturutmemperolehsatunilaitambahkeranakemahiraninibukandiperolehmelaluipengajaran
didalambilikdarjahtetapidiluarbilikdarjah.Disampingitu,perpaduandalamaktivitiKokdapat
disemai melalui semangat muafakat, bekerjasama dan tolongmenolong. Dalam kegiatan Kok,
nilainilaiberani,bersemangat,setiakawan,jujurdanrajinbanyakditerapkankepadamuridmurid
bagimembinadayakepimpinan,pengurusandanseterusnyakaedahberorganisasi.
Semuapihakperlulahmengambillangkahyanglebihproaktifuntukmenyedarkanmurid
muridtentangkebaikanmenyertaiaktivitiKok.Ibubapadanguruperlumenyokongpenglibatan
muridmurid dalam aktiviti Kok. Muridmurid yang aktif dalam kegiatan Kok tidak mudah
terpengaruh dengan gejala sosial seperti merokok, menghidu gam, melepak, seks rambang,
mengambildadah,dansebagainya.Halinidemikiankeranakebanyakanmuridyangaktifdalam
kegiatanKoksentiasaberfikiranpositif,matangdanberwibawa.

(Dipetik dan diubah suai daripada 'Transformasi Kokurikulum Kebangsaan'


oleh Hashnan Abdullah, Utusan Malaysia, 24 Oktober 2011)
Soalan 2:Pemahaman
(35 markah)
Soalan2(a)PetikanUmum
BerdasarkanpetikanSoalan1,jawabsoalansoalanyangberikutdenganmenggunakanayatanda
sendiri.
(i)

Berikanmaksudrangkaikatamengasahbakatistimewa.
(2markah)

(ii)

PengarangmengemukakanbeberapacaraaktivitiKokdapatmemupukperpaduandalam
kalanganmurid
Nyatakantigadaripadacaratersebut.
(3markah)

(iii) Padapendapatanda,mengapakahmuridmuridkurangberminatuntukmenyertaiaktiviti
Kok?
Kemukakanempatsebab.
(4markah)

(3)
Soalan 1 : Rumusan
[30markah]
Bacapetikandibawahdenganteliti,kemudianbuatsaturumusantentangkeburukaninternet
dalammasyarakatdanlangkahlangkahmengatasinya.Panjangnyarumusanhendaklahtidak
melebihi120patahperkataan.
Seiringdenganperkembanganteknologimaklumat,internet,iaitu jaringantelekomunikasi
secaramayatanpasempadanmenjadirangkaianteknologimaklumatyangtidakasinglagidalam
masyarakat. Jumlah penggunainternet danperanti telekomunikasi meningkat denganmendadak
dalamkalanganbeliadanmuridsekolah.Lamanwebsosialpulamenjadikegilaandalamkalangan
penggunamenjadikanduniainiseolaholahterlalukecil.Kemudahaninternetdapatdiperolehsama
adadirumah,sekolah,institusipengajiantinggi,pejabat,pusatbelibelahdansebagainyaselain
penggunaanalatteknologisepertitelefonpintar,tablet,komputerdansebagainya
Bagaimanapun, di sebalik perkembangan yang baik ini ada juga pihak yang cuba
menyalahgunakan kemudahan internet untuk kepentingan sendiri. Kebanyakan laporan yang
dikeluarkan melalui internetberasaskankhabarangindantuduhanliar.Selainitu,internetjuga
dapat menimbulkan sentimen perkauman dalam masyarakat yang berbilang kaum. Penyebaran
artikel,khabarkhabarangin,gosip,isuisusensitifsepertiagamadanhakistimewaorangMelayu
misalnya akanmerenggangkan hubunganantarakaumdinegarakita. Penyebaranperkarayang
tidakbetuliniakanmencetuskankekacauansehinggamemberikankesanterhadappertumbuhan
ekonomidanpembangunannegara.
Terdapatsesetengahpihakmenggunakaninternetuntukmemburukburukkandanmenabur
fitnahterhadapindividulainsehinggamenyebabkanmaruahdanreputasiseseorangitutercemar.
Gejalaburukdalamalamsiberinidikenalisebagaibulisiberdangangguansiberyangdilakukan
denganniat untukmemberi tekanankepadamangsa.Gangguaniniseringmelibatkan golongan
bawahumuryangdiganggu,diugutatau dimalukan diinternet. Selain itu, penggunaaninternet
tanpa kawalan akan menyebabkan kos penyelenggaraan meningkat. Pengguna internet terpaksa
menjelaskanbilinternet,telefondansebagainya.Bagipenggunayangberkunjungkekafesiber
pula,merekaterpaksamembayarsewaantaraRM4hinggaRM5sejam.
Ketagihan internet turut mewujudkan masyarakat yang antisosial. Masyarakat daripada
golongan ini tidak mempunyai masa untuk melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan kerana
menghadap komputer sepanjang masa. Menurut kajian, seseorang yang terlalu lama melayari
internetbolehmenjejaskantahapkesihatannya.Perkarainiberlakukeranamerekatidakcukuptidur
dan makan tidak mengikut waktu. Walaupun mendatangkan pelbagai keburukan akibat disalah
guna, kemunculan internet juga mendatangkan kebaikan yangbanyak kepadamanusia. Melalui

internet,kitadapatmemperolehbanyakmaklumatdanmengetahuipelbagaiperkembangandunia
luar.Apayangpentingialahkitaharuslahmenjadipenggunainternetyangbijak.
(Dipetikdandiubahsuaidaripada'AntaraBuliSiberdenganGangguanSiber'oleh
MaslinMasromdanNadiaJamal,DewanSiswa,April2012)
Soalan 2:Pemahaman
(35 markah)
Soalan2(a)PetikanUmum
BerdasarkanpetikanSoalan1,jawabsoalansoalanyangberikutdenganmenggunakanayatanda
sendiri.
(i)

Berikanmaksudrangkaikatajaringantelekomunikasi.
(2markah)

(ii)

Pengarangmengemukakanbeberapaisusensitifyangbolehmenjejaskanhubunganantara
kaumdinegarakita.
Nyatakanisuisutersebut.
(3markah)

(iii) Padapendapatanda,bagaimanakahinternetdapatmembantumuridmuriduntuk
meningkatkanprestasiakademikmereka?
Jelaskanduacara
(4markah)

(4)
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha menanam minat
membaca dalam kalangan murid oleh pihak sekolah dan faedah-faedah membaca.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) yang dilaksanakan di semua sekolah di
negara ini bertujuan untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid. Hal ini demikian
kerana amalan membaca dalam kalangan murid di negara ini berada pada tahap yang
membimbangkan dengan tahap pembacaan yang masih lemah. Kebanyakan murid membaca kerana
desakan peperiksaan. Apabila peperiksaan tamat, tabiat membaca ini tidak diteruskan. Oleh itu,
semua pihak harus bertanggungjawab dan berusaha untuk memupuk minat membaca khususnya
dalam kalangan murid.
Minat membaca dalam kalangan murid dapat dipupuk oleh ibu bapa dengan cara
menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa yang sering membaca di hadapan anakanak akan mendorong anak-anak mencontohi perlakuan mereka. Ibu bapa juga boleh menyediakan
bilik bacaan atau perpustakaan mini dengan meletakkan pelbagai bahan bacaan yang sesuai dengan
peringkat umur mereka. Selain ibu bapa, guru turut memainkan peranan dalam usaha ini. Dorongan
daripada guru supaya murid berkunjung ke perpustakaan sangat penting. Semasa di perpustakaan,
murid digalakkan untuk membaca buku-buku yang berunsur ilmiah, membuat rujukan atau
menyiapkan kerja-kerja sekolah. Pihak sekolah juga boleh menyediakan 'Medan Membaca' di
sudut-sudut tertentu seperti di sebelah tangga di tingkat bawah atau di sudut setiap kelas.
Kempen yang dapat memberikan kesedaran kepada murid tentang faedah membaca perlu
dipergiat dari semasa ke semasa di peringkat sekolah. Penggunaan kata-kata yang menarik seperti
'Membaca Jambatan Ilmu' atau 'Hidup Membaca, Hidup Bahagia' mampu merangsang minat murid
untuk membaca. Pertandingan perbahasan, pidato dan bercerita di peringkat sekolah turut
menyemai minat membaca. Melalui pertandingan ini, murid yang muncul sebagai juara perlu diberi
ganjaran sebagai motivasi agar terus membaca. Pondok bacaan di kawasan sekolah yang dilengkapi
dengan surat khabar, majalah dan buku cerita mampu menyuntik semangat untuk membaca dalam
kalangan murid.
Selain itu, aktiviti membaca buku oleh guru bersama murid atau menjemput murid membaca
ulasan atau sinopsis buku yang dibaca oleh mereka semasa perhimpunan sekolah dapat
menggalakkan usaha murni ini. Guru-guru juga boleh melanggan surat khabar dan majalah untuk

bacaan murid di samping dapat memperluas aktiviti akhbar dan majalah dalam kelas.
Kesimpulannya, minat membaca dalam kalangan murid hendaklah ditekankan sejak peringkat awal
lagi. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa melentur buluh, biarlah daripada rebungnya.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Taja 200 Utusan Malaysia
Jayakan Program Nilam,' Utusan Malaysia, 28 Februari
2012)
Soalan 2:Pemahaman
(35 markah)
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i)

Berikan maksud rangkai kata desakan peperiksaan.


(2 markah)

(ii)

Pengarang mengemukakan beberapa cara oleh ibu bapa untuk menyemai minat membaca
dalam kalangan anak-anak mereka.
Nyatakan cara-cara tersebut.
(3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang murid itu kurang
berminat untuk membaca?
Kemukakan empat punca.
(4 markah)

(5)
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah industri kecil
dan sederhana (IKS) dan kekangan yang dihadapi untuk memajukan industri tersebut.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Industri kecil dan sederhana (IKS) merupakan wadah bagi menghasilkan perkhidmatan dan
produk atau kerja tangan yang dihasilkan oleh masyarakat kampung menggunakan cara tradisi
tempatan yang diwarisi daripada nenek moyang. Usaha memajukan IKS sentiasa mendapat
perhatian daripada pihak kerajaan kerana industri ini mempunyai kepentingan yang banyak
terhadap negara dan rakyat. Hal ini terbukti apabila kerajaan terus memberi galakan dan modal
kepada pengusaha-pengusaha IKS agar industri ini berkembang maju seiring dengan perkembangan
sektor-sektor yang lain. Walaupun IKS berskala kecil, sumbangannya dalam pertumbuhan ekonomi
negara amat besar.
Kewujudan IKS secara tidak langsung dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada
penduduk kampung. Seterusnya, kewujudannya dapat mengurangkan kadar penghijrahan penduduk
desa ke pusat-pusat bandar. Perusahaan IKS juga dapat meningkatkan warisan budaya negara. Hal
ini demikian kerana kebanyakan hasil kraf tangan adalah unik dan bermutu. Keunikan ini pastinya
dapat menarik perhatian para pelancong asing datang ke negara kita untuk melihat lebih dekat hasil
industri yang popular di kampung-kampung berkenaan. Malahan, sesebuah kampung itu akan
mempunyai identiti hasil pengeluaran produknya sendiri dan seterusnya akan menjadi batu loncatan
yang menjurus kepada hasrat negara.
Selain itu, kewujudan IKS juga dapat menggalakkan penduduk desa melibatkan diri dalam
dunia perniagaan. Jika pada masa dahulu, IKS diusahakan oleh golongan wanita secara kecilkecilan, kini usahawan IKS semakin banyak bilangannya di negara kita. Apa yang menariknya,
golongan usahawan IKS kini bukan lagi terdiri daripada golongan yang berpendidikan rendah
malah industri ini kini telah menarik minat golongan lepasan universiti. Modal yang kurang dan kos
penyelenggaraan yang begitu rendah membolehkan penduduk desa memperluas aktiviti perniagaan
mereka ke seluruh negara serta mempelbagaikan produk sampingan selain produk utama.
Pelbagai usaha telah dilakukan sama ada oleh kerajaan atau swasta bagi memantapkan IKS.
Contohnya, pelancaran dan penyusunan semula program Satu Daerah Satu Industri. IKS dapat
dimajukan dengan cara melahirkan kakitangan yang berpendidikan tinggi dan terlatih tanpa
mengorbankan nilai-nilai tradisi. Kita perlu belajar dari negara-negara jiran beberapa kemahiran dan

teknologi terkini bagi menghasilkan produk tempatan yang berkualiti. Perubahan daya fikir, budaya
kerja dan kualiti produk perlu dilakukan mengikut kesesuaian dan keadaan semasa supaya industri
ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan industri lain.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Pengusaha IKS Perlu
Kreatif' oleh Ifqdar A. Rahman, Utusan Malaysia, 2 Julai
2012)
Soalan 2:Pemahaman
(35 markah)
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i)

Apakah maksud rangkai kata unik dan bermutu?


(2 markah)

(ii)

Pengarang mengemukakan beberapa langkah untuk memajukan industri kecil dan


sederhana (IKS) di negara kita.
Nyatakan tiga daripada langkah tersebut.
(3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah usahawan IKS dapat bersaing dengan jenama produk
atau perkhidmatan yang kukuh dan terkenal di pasaran?
Jelaskan dua cara.
(4 markah)

10

(6)
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan guru
dalam bidang pendidikan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasa profesion
keguruan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Guru merupakan tunggak atau agen utama kepada keberkesanan pendidikan. Betapa baik
sistem pendidikan sekalipun, kalau agen yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab itu tidak
efektif, maka matlamat untuk mencapai kesempurnaan insan tidak akan tercapai. Kejayaan dan
keberkesanan dalam bidang pendidikan negara berhubung rapat dengan kesedaran, keinsafan dan
tanggungjawab sebagai pendidik di samping mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya.
Sebagai seorang pendidik, guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan
mempunyai keluhuran peribadi yang tinggi. Hal ini penting kerana segala tindak-tanduk guru sering
diperhati dan dicontohi oleh masyarakat.
Guru yang selalu diumpamakan 'bagai lilin membakar diri' memainkan banyak peranan
dalam bidang pendidikan sama ada di peringkat menengah rendah mahupun menengah atas. Salah
satu peranan utama guru adalah untuk menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan kepada muridmurid. Hasilnya lahirlah golongan profesional, tokoh tersohor, ahli korporat, politikus terkemuka
termasuk Perdana Menteri yang menerajui kepimpinan negara. Selain itu, tugas guru juga adalah
untuk melahirkan generasi yang prihatin, cekap dan berwawasan dalam membangun dan
memajukan negara. Dalam hal perpaduan, sumbangan guru sememangnya amat besar. Murid yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa dapat bertolak ansur, bermuafakat, bekerjasama dan
tolong-menolong. Hasil kesepakatan ini akan memudahkan pihak kerajaan untuk memberi tumpuan
kepada pembangunan dan kemajuan negara.
Tugas guru bukan setakat menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid malah
membimbing murid-murid supaya berbudi pekerti, berakhlak mulia, berdikari, rajin berusaha dan
bertanggungjawab. Di tangan gurulah letaknya harapan bagi membentuk masyarakat beragama,
berilmu, beriman, berakhlak, berteknologi dan berbudaya. Dalam hal kasih sayang, guru sangat
mengasihi anak didiknya seperti dia menyayangi anaknya sendiri. Sikap kasih sayang yang
ditunjukkan oleh guru dapat membentuk disiplin murid yang baik dan seterusnya wujud perasaan
hormat kepada guru-guru dan rakan sebaya.
Seorang guru yang baik sentiasa memberi nasihat, bimbingan dan dorongan kepada muridmuridnya. Dorongan dan motivasi yang diberikan ini mampu melahirkan murid yang cemerlang

11

sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum. Seperkara lagi, pada zaman sekarang ini guru
terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah murid. Walau bagaimanapun, situasi ini berjaya
ditangani oleh guru dengan cara yang halus dan bersopan. Hakikatnya tugas sebagai guru sungguh
mulia kerana guru telah diamanahkan untuk mendidik anak bangsa.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Peranan Guru Jana Transformasi
Pendidikan' oleh Mohd. Fadzly Mohd Isa, Utusan Malaysia, 14 Mei 2011)
Soalan 2:Pemahaman
(35 markah)
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i)

Berikan maksud rangkai kata tugas dan tanggungjawab.


(2 markah)

(ii)

Pengarang mengemukakan beberapa kriteria yang harus dimiliki oleh seseorang guru
dalam menjaminkejayaandankeberkesanandalambidangpendidikannegara.
Nyatakan kriteria-kriteria tersebut.
(3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah profesion perguruan lebih banyak dimonopoli oleh
golongan wanita berbanding golongan lelaki?
Berikan empat sebab.
(4 markah)

12

(7)
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
memartabatkan batik Malaysia dan masalah yang dihadapi untuk memajukan industri batik.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Batik ialah hasil warisan agung Malaysia yang bernilai tinggi berikutan proses untuk
menghasilkannya memerlukan fokus dan ketekunan yang tinggi terutama yang membabitkan
lukisan tangan tanpa bantuan teknologi cetak mahupun digital. Seni batik diperkenalkan di negara
kita sejak tahun 1910 lagi. Walaupun perkembangan batik sudah sebegitu lama, sambutan
masyarakat terhadap penggunaan batik kurang memberangsangkan.
Menyedari hakikat ini, mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
mewajibkan anggota perkhidmatan awam kecuali anggota beruniform memakai batik buatan
tempatan pada setiap 1 dan 15 hari bulan pada setiap bulan. Langkah ini telah memberi nafas
baharu kepada industri batik negara untuk terus berkembang. Langkah kerajaan ini adalah bijak dan
tepat pada masanya dalam usaha menghidupkan seni warisan negara. Selain itu, kerajaan
menggalakkan pengusaha batik melakukan penyelidikan merangkumi penggunaan kain, warna asli,
ketahanan warna basuhan, kelunturan, corak dan ketahanan gosokan. Pengusaha batik juga digesa
agar menggunakan teknologi baharu seperti mesin dan komputer untuk menghasilkan rekaan batik
yang menarik dan berkualiti. Penggunaan teknologi moden bukan sahaja dapat meningkatkan
produktiviti bahkan kualiti batik lebih terjamin.
InisiatifPerbadananKemajuanKraftanganMalaysiayangmengadakanprogrampemasaran
danpromosidipusatbelibelah,pusatpelancongan,hoteldanpameranpameranantarabangsapatut
diberi pujian. Promosi ini bukan sahaja dapat mempertingkat hasil jualan, bahkan dapat
memperkenalkanbatikbuatantempatankeseratadunia.Selainitu,pelbagaiusahajugadilakukan
untukmemartabatkan batikMalaysiakeluarnegarasepertimencari lokasilokasibaharuselain
menambahkan jumlah koleksi seperti baju, kemeja, dompet, beg tangan, kasut dan sebagainya.
PerbadananPembangunanPerdaganganLuarMalaysia(MATRADE)jugatidakketinggalanuntuk
bekerjasamadengansyarikattempatandenganmemperkenalkanmerekakepadaagenagendiluar
negaramelaluipenganjuranmajlismajlisfesyen.
WalaupunadasesetengahpihakmelabelkanbatikMalaysiahanyasesuaiuntukkelompokatau
golongan pekerja tertentu, kita harus berbangga kerana produk kebanggaan negara ini turut
mencatat pelbagai evolusi termasuk menghiasi badan pengguna yang bercita rasa mewah,
mementingkan kualiti, keselesaan dan ciriciri eksklusifnya. Oleh itu, sebagai warisan tradisi

13

khazanahbangsa,senibatikperlulahdipeliharaagarkeindahanyangterpancarmelaluinyatidak
terusdilupakanolehgenerasiakandatang. Usaha untuk memartabatkan batik amat perlu supaya
generasi sekarang mengenali warisan dan kebudayaan negara kita untuk meningkatkan jati diri
rakyat Malaysia.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Dunia Baharu Batik
Malaysia,' Berita Harian, 6 Julai 2012)
Soalan 2:Pemahaman
(35 markah)
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i)

Apakah maksud rangkai kata warisan agung?


(2 markah)

(ii)

Pengarangmengemukakanbeberapafaktorpemeliharaansenibatiksebagaiwarisantradisi
khazanahbangsa.
Nyatakanfaktorfaktortersebut.
(3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan yang timbul sekiranya orang ramai mengagungagungkan batik dari negara luar berbanding batik keluaran tempatan?
Jelaskan dua kesan.
(4 markah)

14

(8)
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
berlakunya jenayah dalam kalangan murid dan langkah-langkah untuk mengatasinya.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Murid sekolah ialah aset negara yang amat berharga. Golongan ini bakal menjadi pewaris
kepimpinan negara bagi menentukan kesinambungan kepimpinan dan pembentukan masyarakat
berwibawa yang akan membawa Malaysia ke mercu kecemerlangan. Persoalannya, mampukah
golongan murid pada masa kini memikul tanggungjawab tersebut? Lihat sahaja jenayah yang
dilakukan oleh mereka. Saban hari ada sahaja kes-kes jenayah yang terpampang di dada akhbar.
Namun, itu bukanlah angka yang sebenar kerana masih banyak salah laku murid disembunyikan
oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa demi menjaga nama baik sekolah dan keluarga.
Perkembangan media massa pula pada masa kini semakin sukar untuk dikawal pengaruhnya.
Kemudahan yang diperoleh daripada pelbagai laman sosial di internet, rancangan televisyen dan
sebagainya sepatutnya memberikan kesenangan kepada rakyat. Bagaimanapun, dek kurang
kesedaran dalam kalangan murid kemudahan ini tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Melalui internet, banyak maklumat palsu dan gambar-gambar lucah dipaparkan manakala televisyen
pula kerap menyajikan adegan keganasan sehingga mempengaruhi golongan murid. Selain itu,
pengaruh perbandaran yang semakin cepat menular ke kawasan luar bandar turut mempercepat
berlakunya kegiatan jenayah dalam kalangan murid.
Sikap ibu bapa yang mementingkan kebendaan menyebabkan mereka terlupa akan
tanggungjawab untuk mendidik dan mengajar anak-anak supaya menjadi insan yang berguna telah
menyumbang kepada salah laku dalam kalangan murid sekolah. Ibu bapa tidak mempunyai masa
yang cukup dan selalu balik lewat menyebabkan mereka gagal untuk mendidik dan memberikan
kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak. Terdapat juga ibu bapa yang
memberikan sepenuh kebebasan kepada anak-anak. Kesempatan ini telah digunakan oleh anak-anak
mereka untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak di pusat beli-belah, pusat
hiburan dan sebagainya. Remaja yang suka melakukan aktiviti ini akan cuba mempengaruhi rakanrakan lain yang senasib. Akibat pengaruh rakan sebaya, mereka terjerumus dalam kumpulan
gengster dan samseng dalam kalangan remaja dan akhirnya melakukan jenayah seperti buli, peras
ugut dan penagihan dadah.
Sikap sesetengah guru yang kurang memberikan perhatian dalam menangani kes disiplin di
sekolah turut mendorong kepada berlakunya jenayah dalam kalangan murid. Kurangnya tindakan

15

menyebabkan murid-murid yang sedia bermasalah dari segi disiplin bebas melakukan apa-apa
sahaja mengikut kehendak hati mereka. Usaha-usaha untuk menangani masalah jenayah mahupun
gejala sosial dalam kalangan murid memerlukan perancangan yang teliti dan penglibatan yang
positif daripada semua pihak supaya masalah ini dapat ditangani secara sistematik dan berkesan.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Jangan Sembunyi Jenayah Pelajar'
oleh Azian Aziz, Utusan Malaysia, 20 Oktober 2011 )
Soalan 2:Pemahaman
(35 markah)
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i)

Berikan maksud rangkai kata terpampang di dada akhbar.


(2 markah)

(ii)

Pengarang mengemukakan beberapa tanggungjawab yang harus dipikul oleh golongan


murid bagi memacu kegemilangan negara.
Nyatakan tanggungjawab-tanggungjawab tersebut.
(3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika usaha untuk membanteras kegiatan jenayah
dalam kalangan murid gagal ditangani dengan berkesan?
Kemukakan empat akibat.
(4 markah)

16

(9)
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha untuk
memupuk semangat perpaduan di sekolah dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sejarah telah membuktikan, kegagalan untuk mewujudkan perpaduan antara kaum akan
membawa kepada isu perkauman. Jika disingkap dasar pendidikan negara pada zaman penjajah,
memang ada usaha mereka untuk memecahbelahkan perpaduan kaum di negara kita. Pihak penjajah
mewujudkan sistem persekolahan yang berasingan mengikut kaum sehingga membentuk semangat
perkauman yang menebal. Sekiranya sistem ini diteruskan dan perpaduan luntur ditambah pula
dengan ketirisan integriti serta patriotisme, negara pasti akan bergolak kerana wujudnya dorongan
untuk bertelagah. Keharmonian dan kebebasan yang kita nikmati kini tidak akan dapat bertahan
lama.
Menyedari hakikat ini, maka Penyata Razak 1956 diperkenalkan untuk menyatukan murid
pelbagai bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Laporan
Rahman Talib 1960 pula telah mengukuhkan fungsi Penyata Razak melalui sistem persekolahan dan
kurikulum sekolah yang sama. Usaha ini diteruskan sehingga kini dengan pelbagai penambahbaikan
demi golongan yang bakal menjadi penentu hala tuju negara. Selain dasar pendidikan, pihak
sekolah juga kreatif menyusun kegiatan untuk memupuk perpaduan seperti membentuk kumpulan
diskusi majmuk dalam kelas dan jadual bertugas yang mencerminkan kumpulan perpaduan.
Perpaduan juga dapat disemai melalui penghayatan untuk melahirkan rasa bangga menjadi
warganegara Malaysia melalui mata pelajaran Sejarah, aktiviti kuiz kenegaraan atau Larian Jalur
Gemilang.
Perpaduan di sekolah juga dapat dipupuk dengan menyemai semangat setia kawan, tolak
ansur dan toleransi contohnya ketika sambutan perayaan kaum. Selain itu, perpaduan juga disemai
di sekolah dengan menerapkan nilai-nilai rohani dan budaya bersama murid pelbagai kaum melalui
mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Penubuhan sekolah wawasan yang
menggabungkan ketiga-tiga sekolah rendah, iaitu SRK, SRJK(C) dan SRJK(T) turut menyumbang
ke arah perpaduan antara kaum. Selain berkongsi segala kemudahan, murid juga dapat bergaul
ketika bersukan, makan di kantin malahan hubungan dalam kelas lebih erat apabila kedudukan meja
dan kerusi berselang-seli.
Kegiatan kokurikulum di sekolah juga mampu memupuk perpaduan melalui aktiviti sukan,
kelab, badan beruniform, persatuan atau perkhemahan. Melalui cara ini, perpaduan dan integrasi

17

nasional dapat dicapai dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Seterusnya, usaha ini
dapat melahirkan masyarakat yang harmoni, saling bekerjasama dan mempunyai persefahaman
yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Rakyat pelbagai kaum juga akan sentiasa menghayati
perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi demi kesejahteraan hidup
bersama di bumi Malaysia.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Minda Pengarang: Suburkan Semangat Perpaduan
Harus Bermula dari Sekolah,' Berita Harian, 2 September 2010)
Soalan 2:Pemahaman
(35 markah)
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i)

Apakah maksud rangkai kata penentu hala tuju negara?


(2 markah)

(ii)

Pengarang mengemukakan beberapa kesan buruk sistem persekolahan yang berasingan


mengikut kaum.
Nyatakan kesan-kesan tersebut.
(3 markah)

(iii) Perpaduan kaum amat dipentingkan oleh pemerintah di setiap negara yang mempunyai
masyarakat majmuk?
Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?
Berikan tiga sebab.
(4 markah)

18

(10)
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan buruk
tabiat merokok dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
Tabiat merokok telah sebati dalam kalangan masyarakat dunia termasuk penduduk di negara
kita. Pada masa dahulu tabiat ini didominasi oleh golongan lelaki tetapi akibat pengaruh semasa dan
gaya hidup yang baharu semakin banyak golongan wanita yang merokok pada masa kini. Bagi
perokok daripada golongan wanita, mereka menganggap bahawa merokok sebagai lambang gaya
hidup moden. Wanita yang merokok juga sering berasakan mereka mempunyai stail yang tersendiri
dan berbangga dengan gaya hidup mereka. Terdapat juga golongan wanita yang merokok sebagai
cara untuk menurunkan berat badan. Namun, golongan wanita yang merokok mempunyai risiko
yang lebih tinggi berbanding golongan lelaki.
Kajian menunjukkan bahawa sebatang rokok mengandungi 4000 bahan kimia yang
berbahaya termasuk nikotin dan karbon dioksida. Kandungan nikotin dalam rokok merupakan
faktor yang menjadi penyebab ketagihan. Nikotin ialah sejenis dadah beracun yang digunakan
sebagai agen pembasmi makhluk perosak. Oleh itu, tidak hairanlah merokok amat sinonim dengan
penyakit yang berbahaya seperti kanser paru-paru, kanser mulut, batuk kering, penyakit jantung,
barah pundi kencing dan kerongkong serta masalah saluran pernafasan. Selain menjejaskan
kesihatan, merokok juga boleh melemahkan akal fikiran seseorang.
Tabiat merokok mendedahkan perokok wanita terhadap risiko menghidapi barah payudara
dan barah pangkal rahim. Perokok yang mengambil lebih daripada 20 batang rokok dalam sehari
akan menghadapi 10 - 15 kali ganda risiko maut akibat serangan jantung. Wanita hamil yang
merokok pula akan membahayakan janin dalam kandungannya dan bayi yang dilahirkan oleh
wanita yang merokok lebih terdedah kepada risiko untuk mendapat penyakit dan kematian pada
tahun pertama kelahirannya selain berhadapan dengan kematian bayi dalam kandungan. Perokok
wanita yang menyusui bayinya pula memindahkan nikotin kepada bayi tersebut secara langsung
menerusi susu badan.
Selain orang yang berada di sekitar perokok berisiko secara tidak langsung, amalan merokok
juga mendatangkan beberapa tabiat yang tidak baik. Golongan yang ketagihan rokok sanggup
mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli rokok. Perokok juga biasanya tidak
mementingkan kebersihan kerana membuang abu dan puntung rokok di merata-rata tempat. Amalan
merokok sebenarnya tidak mendatangkan sebarang kebaikan dan sebaliknya mendatangkan lebih

19

banyak keburukan terutama murid-murid sekolah yang masih belum matang fikirannya. Masa muda
yang seharusnya diisi dengan menimba ilmu sebanyak yang mungkin menjadi sia-sia apabila
sebahagian besar daripada mereka bersikap tidak sabar untuk berlagak sebagai golongan dewasa
dengan menjadikan rokok sebagai lambang kedewasaan.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Merokok Merentas Sempadan Gender'
oleh Zamilah Zahid, Dewan Siswa, November 2011)
Soalan 2:Pemahaman
(35 markah)
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i)

Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata penyebab ketagihan?


(2 markah)

(ii)

Pengarang mengemukakan beberapa faktor yang mendorong sesetengah golongan wanita


merokok.
Nyatakan faktor-faktor tersebut.
(3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah terdapat murid-murid sekolah yang menjadikan tabiat
merokok sebagai lambang kedewasaan?
Jelaskan dua sebab.
(4 markah)

20

(11)
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan
kemalangan jalan raya dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kemalangan jalan raya sama ada yang melibatkan kecederaan ataupun maut meninggalkan
pelbagai implikasi kepada keluarga, pihak insurans, hospital, kerajaan dan sebagainya. Bagi mereka
yang terlibat dengan kemalangan jalan raya dan didapati bersalah, tentunya akan dikenakan
tindakan undang-undang. Waris mangsa yang terkorban pula tentunya sukar untuk menghadapi
tragedi yang memilukan mereka kerana mangsa yang terkorban tidak mungkin dapat dihidupkan
semula. Mereka yang mengalami kecederaan pula mungkin akan cacat seumur hidup manakala
mereka yang terselamat kemungkinan mengalami trauma ekoran kejadian tersebut.
Daripada perspektif psikologi, terdapat ciri-ciri individu yang mempunyai kecenderungan
untuk menyumbang kepada kemalangan jalan raya. Individu yang gemar bersosial dengan rakanrakan di luar rumah lebih cenderung untuk ditimpa kemalangan. Individu yang kurang akur
terhadap undang-undang jalan raya juga sentiasa terdedah kepada kemalangan. Begitu juga dengan
individu yang mementingkan diri dan tidak bertimbang rasa cenderung untuk mengalami
kemalangan. Selain itu, individu yang memiliki sifat psikotik, iaitu seseorang yang agresif, tidak
berperikemanusiaan dan tidak memahami masalah orang lain jelas menjadi penyumbang utama
terhadap peningkatan jumlah kemalangan ini.
Kemalangan jalan raya juga turut mendatangkan implikasi negatif terhadap ekonomi negara.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha kerugian ekoran kemalangan jalan raya
ialah RM9 bilion setahun atau dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang
bernilai RM528 bilion pada tahu 2010. Selain itu, kerajaan juga terpaksa mengeluarkan peruntukan
yang tinggi untuk tujuan baik pulih, tuntutan insurans dan bil perubatan akibat kemalangan.
Kemalangan yang melibatkan golongan pekerja turut menjejaskan produktiviti negara. Lebih-lebih
lagi, jika melibatkan pekerja yang mempunyai kepakaran tinggi. Kehilangan mereka merupakan
suatu kerugian terhadap sesebuah organisasi. Hal ini demikian pihak syarikat terpaksa
mengeluarkan kos yang tinggi untuk mengambil pekerja yang baharu yang kurang berpengalaman.
Seperkara lagi, kebanyakan mangsa korban jalan raya berusia antara 16 sehingga 25 tahun.
Golongan ini merupakan aset negara kerana mereka mempunyai kemahiran, kepakaran dan tenaga
yang kuat untuk menjana ekonomi. Kekerapan kemalangan jalan raya menyebabkan para pelabur

21

hilang keyakinan terhadap negara. Pelancong asing pula mungkin tidak mahu mengunjungi negara
kita lagi jika mereka pernah melalui satu pengalaman yang ngeri ketika menaiki kenderaan awam
yang dipandu oleh pemandu yang tidak bertimbang rasa.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Negara Rugi RM9 Bilion Akibat
Kemalangan Jalan Raya,' Utusan Malaysia, 3 Disember 2011)
Soalan 2:Pemahaman
(35 markah)
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i)

Berikan maksud rangkai kata menjana ekonomi.


(2 markah)

(ii)

Pengarang mengemukakan beberapa ciri individu dari sudut psikologi yang menyumbang
kepada kemalangan jalan raya.
Nyatakan tiga daripada ciri tersebut.
(3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, apakah punca lain berlakunya kemalangan jalan raya selain kecuaian
manusia?
Jelaskan dua punca.
(4 markah)

22

(12)
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan
penerokaan hutan dan usaha-usaha untuk melestarikan kawasan hutan. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Projek Empangan Bakun yang mengundang pelbagai kontroversi dikritik hebat terutama
oleh rakyat di sekitarnya merupakan salah satu projek gergasi di Sarawak yang masih segar dalam
lipatan sejarah negara kita. Hal ini mungkin kerana masih ada dalam rakyat negara kita yang
mempunyai kesedaran yang baik tentang masa depan alam sekitar. Ketika era 90-an, golongan
pencinta alam sekitar telah melahirkan rasa bimbang tentang pembukaan tanah secara besar-besaran
untuk padang golf, pembinaan jalan raya, pertanian dan pembalakan. Bantahan ini ada
kewajarannya kerana hutan diteroka dengan sewenang-wenangnya akan menimbulkan banyak
masalah kepada manusia.
Penerokaan dan penebangan hutan menyebabkan permukaan tanah terdedah. Apabila hujan
turun, tanah yang tiada cengkaman akar akan mudah terhakis. Keadaan ini tentunya akan
menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan banjir kilat. Selain itu, penerokaan hutan yang
berleluasa menyebabkan negara kehilangan pusat tadahan air hujan semula jadi. Jika perkara ini
dibiarkan, lambat-laun negara akan mengalami masalah kekurangan bekalan air. Sungai-sungai
yang berhampiran dengan kawasan pembalakan turut menerima kesan negatif. Tebing-tebing sungai
akan runtuh dan menyebabkan tahap kedalaman sungai menjadi cetek. Akibatnya, banyak hidupan
di dalam sungai seperti ikan, ketam, siput dan udang terjejas. Keadaan ini sudah tentu juga akan
menjejaskan pendapatan golongan nelayan yang bergantung hidup terhadap hasil sungai.
Penerokaan hutan turut menjejaskan kawasan rekreasi. Ekoran penerokaan hutan, kawasan
air terjun untuk pelbagai aktiviti rekreasi semakin berkurangan bahkan ada yang tercemar dengan
teruk. Keadaan ini tentunya tidak mengizinkan aktiviti seperti berkayak dan memancing dilakukan
oleh orang ramai. Hutan merupakan sumber oksigen utama dalam kitaran ekologi. Manusia dan
haiwan menyedut oksigen yang dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan manakala tumbuh-tumbuhan
pula bernafas dengan menyebut karbon dioksida yang dilepaskan oleh manusia dan haiwan.
Begitulah hakikatnya manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan saling bergantung antara satu sama
lain untuk kelangsungan hidup di atas muka bumi ini.
Pendapatan masyarakat orang Asli daripada hasil hutan seperti rotan, petai, madu lebah,
akar-akar kayu dan sebagainya juga akan terjejas akibat penerokaan ini. Tidak cukup dengan itu,
penerokaan hutan juga menyebabkan berlakunya kepupusan pokok-pokok kayu yang bernilai tinggi

23

seperti pokok cengal, meranti, jelutung dan balau. Impaknya industri pembalakan negara akan
terjejas. Kesan penebangan hutan turut menjejaskan hidupan liar seperti harimau, badak, singa, ular
dan sebagainya. Haiwan-haiwan tersebut bukan sahaja kehilangan habitat bahkan kehilangan
sumber makanan.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Hentikan Kerja Bersih
Hutan,' Utusan Malaysia, 18 Oktober 2012)
Soalan 2:Pemahaman
(35 markah)
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i)

Maksud rangkai kata projek gergasi.


(2 markah)

(ii)

Pengarang mengemukakan beberapa kepentingan hutan demi keseimbangan ekologi.


Nyatakan kepentingan-kepentingan tersebut.
(3 markah)

(iii) Masih terdapat sebilangan masyarakat di negara kita yang bersikap tidak endah tentang
kepentingan hutan walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menyedarkan mereka.
Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?
Berikan tiga sebab.
(4 markah)

24

(13)
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan sains dan
teknologi dalam kehidupan manusia dan cara-cara untuk memupuk minat terhadap sains.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah memperkenalkan program
TAP@Mosti beberapa tahun yang lalu dalam usaha untuk memperkenalkan teknologi sains dan
membangunkan kawasan sasaran berdasarkan keperluan masyarakat setempat. Usaha ini dilakukan
sejajar dengan kepentingan sains dalam pembinaan tamadun manusia. Kemampuan menguasai
bidang sains, penyelidikan dan pembangunan (R&D) merintis lebih banyak kajian yang mampu
meningkatkan kesejahteraan manusia. Penguasaan dalam bidang sains oleh rakyat akan
menyumbangkan pelbagai teknologi untuk kegunaan mereka. Peranan dan usaha MOSTI sedikit
sebanyak dapat membuka mata dunia luar apabila lebih banyak kepakaran tempatan dimanfaatkan
terhadap rakyat dan negara.
Sumbangan sains dalam bidang kesihatan jelas dilihat dengan pelbagai kaedah rawatan
dicipta untuk menyelamatkan nyawa manusia di samping ciptaan pelbagai peralatan seperti
penggunaan radioaktif untuk merawat kanser, pembedahan menggunakan laser, penghasilan mesin
x-ray dan mesin imbasan. Para saintis turut mencipta ubatan dan vaksin yang dapat mempercepat
penyembuhan penyakit kronik. Kemajuan sains turut menyumbang perkembangan dalam sektor
pertanian. Penggunaan teknologi moden bukan sahaja dapat meningkatkan pengeluaran malah
masalah kekurangan tenaga pekerja khususnya di kawasan desa dapat diatasi dengan segera.
Sektor pembinaan dan industri turut berkembang hasil kemajuan sains dan teknologi.
Penghasilan jentera-jentera moden membolehkan manusia membina bangunan-bangunan pencakar
langit seperti Empire State di New York, Taipei 101 di Taiwan dan Menara Berkembar Petronas di
negara kita. Kemajuan sains juga membantu mempercepat kerja-kerja di sektor perkilangan.
Penciptaan robot-robot dan mesin yang canggih dapat meningkatkan pengeluaran di samping dapat
menjamin kualiti produk. Bagaimanapun, sikap ingin menunjukkan kekuatan dan mengaut
keuntungan ciptaan sains disalahgunakan oleh manusia. Mereka mencipta senjata perang dan
mengujinya melalui peperangan yang meragut nyawa banyak rakyat dan memusnahkan negara yang
terbabit. Bahan kimia yang dicipta untuk kemudahan manusia pula menjejaskan kesihatan sekiranya
tidak digunakan dengan betul apabila manusia menjadikannya jalan pintas untuk mendapatkan
keuntungan segera.

25

Kemunculan komputer dan internet pula melahirkan masyarakat yang bermaklumat. Melalui
internet, manusia berpeluang untuk berkomunikasi dengan menghantar mel elektronik kepada
sesiapa sahaja. Memandangkan begitu banyak kepentingan sains terhadap negara dan rakyat,
wajarlah pelbagai pihak memastikan lebih banyak rakyat di negara kita mempunyai pengetahuan
sains dan teknologi. Usaha ini perlu mendapat kerjasama yang padu daripada rakyat demi mencapai
wawasan negara untuk muncul sebagai sebuah negara maju yang baharu di persada dunia.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'MOSTI Bawa Teknologi kepada
Masyarakat' oleh Laupa Junus, Utusan Malaysia, 31 Januari 2011)
Soalan 2:Pemahaman
(35 markah)
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i)

Maksud rangkai kata mempercepat penyembuhan penyakit kronik.


(2 markah)

(ii)

Pengarang mengemukakan beberapa masalah yang timbul akibat penyalahgunaan ciptaan


sains.
Nyatakan masalah-masalah tersebut.
(3 markah)

(iii) Masalah kemerosotan jumlah murid aliran sains di sekolah dan pelajar jurusan sains di
pusat-pusat pengajian tinggi membimbangkan pelbagai pihak.
Pada pendapat anda, apakah kesannya terhadap negara?
Kemukakan empat kesan.
(4 markah)

26

(14)
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengatasi
obesiti di sekolah dan kesan masalah itu terhadap murid-murid. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Obesiti dikaitkan dengan masalah berat badan yang berlebihan atau masalah kegemukan. Di
Malaysia, isu obesiti semakin mendapat perhatian apabila kajian mendapati 15 peratus rakyat
Malaysia menghidap penyakit tidak berjangkit dan 60 peratus daripadanya ialah golongan remaja
yang berumur 18 tahun ke bawah. Kebanyakannya ialah murid sekolah rendah dan sekolah
menengah yang mengalami obesiti dan diabetes. Menyedari hakikat ini, usaha mengawal berat
badan dalam kalangan murid sekolah perlu dilakukan dengan kerjasama pelbagai pihak terutama
pihak sekolah dan ibu bapa.
Di sekolah, guru dapat menerapkan pengetahuan tentang pemakanan yang seimbang dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru juga dapat menasihati murid supaya mengambil
makanan dalam saiz yang sedikit. Selain itu, pihak pengurusan sekolah perlu memantau penjualan
makanan dan minuman di kantin sekolah agar tidak menjual makanan yang berlemak dan minuman
berkarbonat. Usaha ini perlu dilakukan secara berterusan supaya murid-murid tidak gagal untuk
mengurangkan badan berat yang berlebihan. Pengaruh pelbagai makanan yang menarik di pasaran
mendorong perasaan ingin makan walaupun tidak lapar. Tekanan yang dihadapi juga menyebabkan
seseorang itu menjadi kuat makan selain selera makan yang sukar dikawal dalam kalangan murid.
Pihak sekolah juga harus diberikan kuasa untuk melarang penjualan makanan yang banyak
gula kepada murid-murid selepas waktu persekolahan oleh penjaja di luar pagar sekolah. Guru
penasihat kelab atau persatuan pula perlu menyertakan ceramah tentang amalan pemakanan yang
sihat dalam aktiviti tahunan sekolah bagi meningkatkan kesedaran murid-murid tentang
kepentingan menjaga keseimbangan makanan. Selain itu, senaman beramai-ramai sebelum
bermulanya kelas boleh direalisasikan demi meningkatkan kecergasan diri selain dapat
mengurangkan lebihan lemak yang terkumpul dalam tubuh murid-murid.
Guru juga boleh membuat pemantauan tentang Indeks Berat Badan (BMI ) murid dan
merekodkannya dalam kad laporan. Sekiranya bilangan murid yang obes banyak maka pihak
sekolah boleh mendapatkan nasihat pakar profesional kesihatan dengan kerjasama Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG). Satu cara lagi adalah dengan mengadakan kempen gaya hidup sihat di
peringkat sekolah. Keprihatinan kerajaan tentang peningkatan jumlah murid yang obes turut

27

mendapat sokongan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Pihak kementerian dengan


kerjasama pihak sekolah telah melancarkan pelbagai kempen gaya hidup sihat. Usaha ini tidak akan
berhasil sekiranya ibu bapa tidak memberikan kerjasama untuk mengatasi masalah obesiti pada usia
yang masih muda ini.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Minda Pengarang: Ibu Bapa Mesti Beri
Kerjasama Bantu Kerajaan Atasi Obesiti di Sekolah,' Berita Harian, 19 April 2011)
Soalan 2:Pemahaman
(35 markah)
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i)

Apakah yang maksud rangkai kata gaya hidup sihat?


(2 markah)

(ii)

Pengarang menyatakan beberapa faktor yang mungkin menggagalkan usaha murid-murid


untuk mengurangkan badan berat yang berlebihan.
Nyatakan faktor-faktor tersebut.
(3 markah)

(iii) Jelaskan pendapat anda tentang dua peranan ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak
mereka menghadapi masalah obesiti.
(4 markah)

28

(15)
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor aliran
vokasional menjadi pilihan banyak murid dan kesan-kesannya terhadap pembangunan
negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pelancaran transformasi Vokasional Teknik (Voctech) yang dilakukan oleh kerajaan pada
tahun 2010 berjaya mengubah sikap ibu bapa terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Senario
ini bermula apabila Kementerian Pengajian Tinggi telah mengarahkan Jabatan Pengajian Politeknik
menjalankan kajian yang bertujuan untuk menaikkan taraf kedudukan politeknik bagi membolehkan
institusi tersebut menawarkan kursus peringkat ijazah. Usaha menaikkan taraf institusi itu dibuat
berikutan politeknik semakin menjadi pilihan pelajar lelaki yang meminati jurusan kemahiran.
Jurusan kemahiran bukan lagi untuk pelajar yang lemah dalam pelajaran malah menjadi satu
pilihan yang baik dalam pembinaan dan pembangunan kerjaya generasi muda pada masa kini
walaupun mempunyai kelulusan akademik yang baik. Tambahan pula, pada masa kini sudah wujud
dasar berkaitan pendidikan vokasional yang menyamakan taraf Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia
(SPVM) dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu, lulusan SPVM yang baik juga
berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Tidak cukup dengan itu, sekolah
yang pada asalnya berteraskan vokasional telah dinaikkan taraf kepada sekolah teknik yang
mempunyai reputasi lebih bermutu dan berprestij.
Perubahan yang positif ini telah mengubah persepsi masyarakat terhadap kerjaya dan
pendidikan dalam bidang kemahiran sekali gus menjadikan bidang ini lebih diminati oleh banyak
orang. Sekolah vokasional juga tidak lagi dianggap sebagai tempat pelajar yang gagal dalam
peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada masa dahulu atau Penilaian Menengah Rendah
(PMR) pada masa kini. Pemegang SPVM pula dianggap tidak setaraf dengan mereka yang lulus
dalam SPM apabila gagal untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana pusat pengajian tinggi setelah
tamat tingkatan lima. Oleh sebab itu, pada masa dahulu banyak pelajar yang berkelulusan baik dan
berminat dalam bidang kemahiran kurang mendapat galakan daripada ibu bapa untuk memasuki
sekolah vokasional kerana takut dicap sebagai pelajar yang lemah.
Pembangunan negara yang pada masa kini yang menitikberatkan sektor perindustrian telah
membuka mata banyak pihak terhadap kepentingan bidang kemahiran. Peluang lebih banyak
terbuka kerana banyak kilang didirikan dan memerlukan banyak tenaga kerja yang berkemahiran.

29

Selain itu, institusi latihan kemahiran seperti sekolah vokasional, sekolah teknik, Institut
Kemahiran Mara (IKM), Giat Mara dan sebagainya telah meningkatkan kerjasama dan mewujudkan
hubungan yang erat dengan sektor industri supaya dapat terus berkembang maju sejajar dengan
kemajuan teknologi dan keperluan tenaga kerja menjelang tahun 2020.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Aliran Vokasional Pilihan Ramai Pelajar'
oleh Hazwan Faisal Mohamad, Berita Harian, 12 Januari 2012)
Soalan 2:Pemahaman
(35 markah)
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i)

Apakah maksud rangkai kata bermutu dan berprestij?


(2 markah)

(ii)

Pengarang menyatakan beberapa sebab pendidikan dalam jurusan kemahiran kurang


mendapat perhatian masyarakat pada masa dahulu.
Nyatakan sebab-sebab tersebut.
(3 markah)

(iii)

Jelaskan pendapat anda tentang dua faktor jurusan kemahiran dapat menjamin masa
hadapan yang baik kepada golongan pelajar pada hari ini.
(4 markah)

30

(16)
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah
perkembangan blog dan cara-cara untuk mempopularkan blog sendiri. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Media siber menjadi wadah yang lebih luas berbanding media elektronik dan media cetak
selaras dengan zaman ledakan teknologi maklumat. Kewujudan media siber menjadi semakin
popular dengan munculnya satu aplikasi yang dinamakan web log atau ringkasnya blog. Sebagai
satu wadah yang bebas dan terbuka, blog boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akses
internet. Seseorang itu tidak perlu membeli komputer bersama modem untuk tujuan ini kerana
dengan adanya kemudahan kafe siber mereka boleh melakukan aktiviti memblog dengan kadar
bayaran yang rendah.
Perkembangan internet dan dasar keterbukaannya secara tidak langsung telah memperluas
fungsi blog. Blog yang bermula sebagai catatan peribadi untuk berkongsi tentang sesuatu yang
menarik bersama pelayar internet telah menjadi media siber yang paling berpengaruh pada hari ini
kerana jumlah pembuat blog dan laman blog telah berkembang dengan drastik sejak diperkenalkan
di negara ini. Bagi golongan yang ingin menjadi penulis, wartawan atau tugas-tugas yang
memerlukan kemahiran menulis, blog dapat menjadi salah satu dari tapak permulaan. Menulis blog
dengan kerap akan menjadikan penulis berasa lebih yakin akan dirinya melalui pendapat-pendapat
yang dikemukakan selain mampu menjana pemikiran yang lebih positif, kreatif, dan kritis.
Persekitaran masyarakat yang maju, kompleks dan wujudnya banyak isu serta masalah
menjadikan aktiviti menulis blog kian berkembang. Blog dapat dijadikan saluran komunikasi untuk
meluahkan pendapat yang bernas tentang sesuatu isu. Golongan remaja yang masih dalam proses
menuju kematangan wajar menggunakan kebaikan blog ini untuk menjadikan mereka sebagai orang
dewasa yang matang dan berfikiran terbuka. Blog juga menjadi saluran yang berkesan bukan sahaja
untuk menyuarakan pendapat terhadap sesuatu isu daripada perspektif seorang remaja tetapi juga
menjadi saluran untuk berdebat dan menyuarakan pendapat secara matang. Blog dan menulis blog
ialah fenomena baharu kerana seseorang itu bebas menyuarakan pendapat asalkan tidak menyalahi
undang-undang atau berunsurkan hasutan atau fitnah.
Seseorang yang bijak memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat pada hari ini dapat
menjadikan laman blog sebagai suatu ruang untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah.
Sesuatu barangan atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan kepada pelanggan kini boleh diiklankan

31

melalui beberapa pengendali dalam dunia pengiklanan internet seperti Google Adsense, ADster, dan
Banner Box. Perniagaan secara maya ini selain dapat menjimatkan masa dan tenaga, keuntungan
yang diperoleh peniaga pula berlipat ganda. Bagi pihak pengguna, mereka bebas membuat pilihan
ketika ingin membeli sesuatu barangan tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Buat Duit dengan Blog'
oleh Mohd. Khairul Mohd. Ali, Utusan Malaysia, 23 Oktober
2012)
Soalan 2:Pemahaman
(35 markah)
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat anda sendiri.
(i)

Berikan maksud rangkai kata tapak permulaan.


(2
markah)

(ii)

Pengarang mengemukakan beberapa kelebihan menggunakan laman blog untuk


memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan?
Nyatakan kelebihan-kelebihan tersebut.
(3
markah)

(iii)

Jelaskan pendapat anda tentang dua ciri yang perlu ada pada pemilik blog.
(4
markah)

32

(17)
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca graduan
menganggur dan kesan-kesan terhadap masyarakat dan negara. Panjang rumusan anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Graduan dan pengangguran ialah dua istilah yang sinonim dengan masalah pembangunan
dan kemajuan negara apabila sebahagian besar daripadanya membabitkan lulusan dalam bidang
pengajian yang kurang mendapat permintaan dalam pasaran kerjaya termasuk sains sosial dan
kemanusiaan. Golongan yang berkelulusan tinggi ini merupakan aset penting negara. Namun,
jumlah graduan yang menganggur semakin meningkat pada setiap tahun. Pengangguran dalam
kalangan graduan di negara ini bukanlah kerana tiada pekerjaan tetapi kerana sikap individu itu
sendiri.
Sekurang-kurangnya terdapat lima masalah utama yang dihadapi oleh majikan apabila
berhadapan dengan graduan yang baharu menamatkan pengajian mereka. Masalah-masalah tersebut
adalah seperti kurang latihan industri, kurang kemahiran berkomunikasi dan penguasaan bahasa
Inggeris yang lemah, kurang kemahiran menyelesaikan masalah, gagal meyakinkan majikan untuk
mengambil mereka bekerja kerana sikap suka bertukar-tukar kerja dan tiada keyakinan diri apabila
mempunyai pelbagai kelemahan dan kekurangan diri. Selain itu, terdapat juga segelintir graduan
yang masih terikat dengan tempat kelahiran dan tidak mahu keluar mencari pekerjaan di tempat
lain.
Graduan di negara ini juga dikatakan terlalu memilih pekerjaan terutama kerja makan gaji.
Mereka sebenarnya masih berpeluang untuk memilih pekerjaan kerana memang wujud banyak
peluang pekerjaan dalam pasaran. Walau bagaimanapun, sikap memilih pekerjaan yang boleh
memberi pendapatan yang lumayan membataskan peluang mereka. Jawatan akauntan dan peguam
selalunya menjadi pilihan berbanding juruteknik dan kerani. Justeru, graduan yang bersikap
sebegini akan terus menjadi penganggur terhormat kerana bilangan jawatan untuk pekerjaan
tersebut adalah sangat terhad.
Masalah pengangguran dalam kalangan graduan dapat dikekang dengan memberi kesedaran,
dorongan dan latihan kerjaya. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi memang ada mewujudkan

33

latihan kerjaya bagi graduan dalam bidang pengajian yang mendapat permintaan rendah dalam
pasaran kerja. Apabila tamat pengajian, para graduan ini perlu melalui pusat latihan kerjaya yang
diselia oleh Kementerian Sumber Manusia. Program pemulihan sikap pula meliputi kursus bina
semangat, kursus motivasi dan latihan kemahiran asas. Jika sikap terlalu memilih pekerjaan berjaya
hilang dari dalam diri para graduan, pelbagai galakan dapat diberikan oleh kerajaan sama ada
berbentuk khidmat nasihat, latihan ataupun pinjaman modal. Graduan harus mengambil sikap
positif untuk mengubah pemikiran mereka. Dari sudut lain, majikan juga perlu bersikap praktikal
dalam membuat dasar kerana tidak semua syarikat atau bahagian dalam sesebuah syarikat itu
memerlukan penguasaan bahasa Inggeris yang terlalu baik.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Lima Punca Siswazah Gagal Dapat Kerja,'
Utusan Malaysia, 1 Mac 2010)
Soalan 2:Pemahaman
(35 markah)
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat anda sendiri.
(i)

Apakah maksud rangkai kata aset penting negara?


(2
markah)

(ii)

Pengarang menyatakan beberapa langkah untuk menangani isu pengangguran dalam


kalangan graduan.
Nyatakan langkah-langkah tersebut.
(3
markah)

(iii)

Jelaskan pendapat anda tentang dua sebab sikap malas menjadi salah satu punca sesetengah
individu tidak bekerja di negara ini.
(4
markah)

34

(18)
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca yang
menyebabkan indeks gejala sosial semakin melonjak dan peranan pelbagai pihak untuk
mengatasi masalah ini. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sikap menuding jari kepada pihak-pihak tertentu terhadap masalah gejala sosial golongan
remaja amat tidak adil kerana pelbagai pihak terlibat dalam masalah ini. Proses perbandaran yang
bermula sejak tahun 1970-an dan semakin pesat pada tahun 1980-an sehingga kini telah mengubah
kehidupan masyarakat daripada kehidupan tradisi kepada kehidupan moden dan kebaratan. Selain
perubahan ekonomi daripada pertanian kepada perindustrian yang berasaskan sains dan teknologi,
sikap masyarakat juga berubah daripada prihatin kepada sikap tidak mahu menjaga tepi kain orang.
Nilai-nilai baharu ini bukan sahaja diamalkan oleh masyarakat bandar malah mempengaruhi cara
hidup masyarakat luar bandar yang mempunyai hubungan langsung dengan masyarakat bandar.
Sebahagian besar daripada ibu bapa di bandar menghabiskan waktu untuk mencari rezeki
menyebabkan mereka mengambil mudah soal mengasuh anak dan menyerahkannya kepada pihak
sekolah atau guru agama. Golongan remaja yang tidak mempunyai hubungan rapat dengan keluarga
dan disisihkan oleh sekolah kerana lemah dalam akademik berasa kecewa lalu mencari jalan
alternatif untuk mengisi kekosongan. Mereka yang lemah kawalan diri akan mula menubuhkan
kumpulan sendiri dan melakukan vandalisme, menonton bahan lucah, menghisap ganja, memeras
ugut, membuli, dan mencuri selain terlibat dalam kumpulan sosial seperti Black Metal, Skin Head,
dan sebagainya.
Selain itu, dasar pendidikan negara yang lebih cenderung kepada pendidikan sains dan
teknologi tanpa memberi penekanan terhadap pendidikan agama sebagai perisai konkrit untuk
berhadapan dengan cabaran semasa juga menjuruskan golongan remaja ke dalam gejala ini.
Tambahan pula, sistem pendidikan yang menekankan kejayaan akademik. Perkembangan teknologi
dan komunikasi yang semakin canggih pula membolehkan segala maklumat tersebar ke seluruh

35

dunia dapat diperoleh dan disebarkan tanpa sempadan dalam masa yang singkat. Tanpa pegangan
yang kukuh, golongan yang masih mentah ini mudah tenggelam punca dalam budaya baharu yang
dominan ini akibat sikap remaja yang suka mencuba perkara-perkara yang baharu.
Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang banyak terhadap sebarang tindakan dan perlakuan
golongan remaja kerana mereka menghabiskan lebih banyak masa bersama rakan sebaya
berbanding ibu bapa. Rakan sebaya mendedahkan mereka kepada dunia baharu lagi asing dan
akhirnya mengubah sedikit demi sedikit perkembangan sosial serta psikologinya. Remaja ialah aset
penting kepada kesinambungan pembangunan bangsa dan negara. Sekiranya baik remaja, maka
baik dan majulah negara dan jika sebaliknya, maka musnah dan hancurlah negara.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Tangani Gejala Sosial Tugas Semua Pihak'
oleh Nik Safiah Karim, Berita Harian, 25 April 2010)
Soalan 2:Pemahaman
(35 markah)
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat anda sendiri.
(i)

Berikan maksud rangkai kata perisai konkrit.


(2
markah)

(ii)

Pengarang mengemukakan beberapa kesan proses perbandaran terhadap masyarakat?


Nyatakan kesan-kesan tersebut.
(3
markah)

(iii)

Pada pendapat anda, apakah masalah yang akan timbul jika gejala sosial dalam kalangan
remaja tidak diatasi dengan sebaik-baiknya?
Jelaskan dua masalah.
(4 markah)

36

(19)Soalan1:Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah merealisasikan
gagasan 1Malaysia dan cara-cara untuk mencapai gagasan tersebut. Panjang rumusan anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Negara kita disegani kerana perjuangan negara berdasarkan perpaduan kaum. Perjuangan
yang terkini ialah gagasan 1Malaysia mempunyai dua asas penting, iaitu sifat toleransi dan
'penerimaan secara total' yang bermaksud masyarakat tidak ragu-ragu tentang kepelbagaian budaya
yang wujud dalam negara. Gagasan ini dilaksanakan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Usaha ini berteraskan penerimaan antara
kaum dengan rakyat Malaysia, prinsip kenegaraan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan
Rukun Negara serta keadilan sosial. Rakyat Malaysia kini telah mencapai tahap tertinggi dalam
gagasan 1Malaysia apabila mampu meraikan kepelbagaian budaya di negara ini.
Semangat 1Malaysia yang wujud dalam diri setiap rakyat Malaysia terutama golongan
remaja menyedarkan mereka betapa pentingnya perpaduan demi kelangsungan kegemilangan
negara. Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara dapat mengelakkan tanah air kita
daripada dijajah baik secara fizikal mahupun mental. Ilmu dan integriti yang menjadi salah satu
nilai penting dalam kerangka 1Malaysia diharap dapat menjadi pegangan dan amalan bukan sahaja
dalam usaha untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan bahkan menjadi asas untuk menjamin
kestabilan dalam mencapai kemajuan dan pembangunan untuk rakyat dan negara.
Dasar kerajaan yang berdiri atas prinsip 1Malaysia akan memastikan setiap kelompok etnik
dan masyarakat terbela nasibnya. 1Malaysia menghargai dan menghormati identiti setiap kaum dan
menganggap semua kaum sebagai aset. Formula 1Malaysia akan berjaya untuk melahirkan budaya
kecemerlangan dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab. Perpaduan tidak akan
tercapai jika kita tidak mempunyai warganegara yang berkualiti dan aktif dalam menunaikan
tanggungjawab mereka. Gagasan 1Malaysia memerlukan usaha untuk berjuang bagi masa hadapan
dengan ciri kewarganegaraan satu bangsa, satu bahasa dan satu negara. Hal ini demikian kerana

37

kepelbagaian masyarakat menjadi satu kelebihan dan kekuatan kepada negara untuk lebih maju dan
berjaya.
Penglibatan dalam bidang sukan di peringkat negara ataupun antarabangsa yang merentasi
semua sempadan dan setiap kejayaan merupakan hasil komitmen sebagai satu pasukan atau institusi
yang diwakili oleh pemain bukannya sebagai kejayaan peribadi. Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) juga dilihat sebagai wadah terbaik untuk menjayakan gagasan 1Malaysia kerana
mempunyai modul yang dapat memupuk perpaduan kaum melalui aktiviti dalam kumpulan remaja.
Selain itu, usaha untuk menggilap potensi dan menyerlahkan bakat dalam pelbagai bidang seperti
reka cipta oleh golongan yang berbakat, berkualiti dan mempunyai jati diri turut menyumbang ke
arah merealisasikan gagasan 1Malaysia.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Gagasan 1 Malaysia Capai Tahap Tertinggi' oleh
Assim Hassan dan Mohd. Hasriq Amiruddin, Utusan Malaysia, 21 Januari 2011)
Soalan 2:Pemahaman
(35 markah)
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat anda sendiri.
(i)

Apakah maksud rangkai kata kelangsungan kegemilangan negara?


(2 markah)

(ii)

Pengarang mengemukakan beberapa contoh yang menunjukkan usaha untuk merealisasikan


gagasan 1Malaysia.
Nyatakan contoh-contoh tersebut.
(3 markah)

(iii)

Sebagai murid yang berwawasan, jelaskan dua persediaan yang perlu anda lakukan untuk
menjayakan gagasan 1Malaysia.
(4 markah)

38

(20)Soalan1:Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang
menyebabkan industri buku negara kurang berkembang dan cara-cara untuk mengatasinya.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Penubuhan Kota Buku di Kuala Lumpur di bawah Perbadanan Kota Buku merupakan satu
lagi usaha kerajaan untuk menjadikan buku sebagai wadah yang cukup berkesan dalam mendidik
masyarakat serta mewujudkan ilmu dan nilai yang sesuai dengan budaya kita. Penerbit pula dapat
memenuhi tanggungjawab sosial mereka dengan menerbitkan buku-buku yang dapat
membangunkan daya intelek, sosial dan budaya selari dengan aspirasi bangsa. Bagaimanapun,
prestasi industri buku negara masih belum boleh dibanggakan jika dilihat pada jumlah judul buku
baharu yang diterbitkan, budaya membaca, organisasi dalam industri perbukuan serta kesungguhan
pelbagai pihak untuk terlibat dan memberikan sokongan terhadap sasaran kerajaan untuk
menerbitkan 26 000 judul buku setahun.
Rendahnya tabiat membaca dalam kalangan penduduk, kurangnya daya membeli buku, saiz
penduduk yang kecil dan sistem pengedaran dan pengangkutan yang lembap terutama di kawasan
luar bandar memberikan kesan terhadap penerbitan buku yang bergantung pada unit pengeluaran
berskala besar. Jumlah pengeluaran yang sedikit menyebabkan buku menjadi mahal dan penerbit
tidak memperoleh keuntungan. Tambahan pula, jika buku itu hanya untuk dihabiskan dalam tempoh
beberapa tahun. Keadaan penjualan buku yang tidak memberangsangkan ini menyumbang kepada
kelembapan industri buku negara.
Selain itu, perkembangan industri buku tidak bergerak seiring dengan kemajuan negara dan
mengikut jejak langkah industri lain yang sudah mantap kerana kekurangan perkakasan dan perisian
dari segi teknologi dan kepakaran. Tugas editor sebagai kakitangan utama dalam membuat
perancangan dan corak buku yang akan diterbitkan tidak berkembang kerana faktor-faktor dalaman
dunia penerbitan. Begitu juga dengan kakitangan lain seperti penulis, penterjemah, pereka grafik,
pelukis dan sebagainya yang perlu lebih kreatif dan inovatif. Penerbit juga perlu kreatif dalam
memilih judul yang hendak diterbitkan, rangka promosi, pemasaran dan penjualan.

39

Walaupun kegiatan menulis buku belum menjadi budaya dalam masyarakat, negara kita
bukannya kekurangan penulis. Namun, tidak banyak orang yang bersedia untuk menulis kerana
usaha itu tidak mendapat keuntungan yang setimpal dengan masa dan penyelidikan yang dilakukan
berpunca daripada jumlah jualan buku yang rendah sehingga memberikan kesan terhadap royalti
yang diterima oleh penulis. Selain itu, wujudnya masalah birokrasi di universiti yang tidak
memberikan pengiktirafan kepada golongan yang menulis buku dalam bahasa Melayu kerana
dianggap tidak bertaraf global. Oleh itu, industri buku negara perlu diberi nafas baharu melalui
pelbagai strategi dan pendekatan agar boleh keluar daripada kemelut yang membelenggu industri
buku negara selama ini.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Ke Mana Arah Kota Buku'
oleh Nazmi Yaakub, Berita Harian, 7 Februari 2012 )
Soalan 2:Pemahaman
(35 markah)
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat anda sendiri.
(i)

Berikan maksud rangkai kata kemelut yang membelenggu.


(2
markah)

(ii)

Pengarang mengemukakan beberapa contoh yang menunjukkan kepentingan buku dalam


masyarakat.
Nyatakan contoh-contoh tersebut.
(3
markah)

(iii)

Jelaskan pendapat anda tentang dua kewajaran industri buku negara harus dijana oleh buku
bahasa Melayu bukannya buku bahasa asing.
(4 markah)

40

Anda mungkin juga menyukai