Anda di halaman 1dari 16

FOLIO KERJAYA DAN IMPIAN

Nama : Muhammad Zulhiqmi b. Mohd Jamil



No.Maktab : 11353

No.Kad Pengenalan: 950619-14-5457



Nama guru :













1URUTERBANG

Kerjaya sebagai juruterbang sememangnya glamor tetapi penuh cabaran serta berisiko.
Ramai anak muda menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar seorang juruterbang. Kerjaya
ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran dan tidak gentar memandu
pesawat di awan biru.
Memandu kapal terbang bukan seperti memandu kereta atau kenderaan lain kerana cara
pengendalian amat berbeza. Untuk memahirkan dir seseorang itu perlu menjalani latihan
khas di pusat-pusat atau sekolah-sekolah latihan penerbangan sama ada di dalam atau luar
negara.
Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang dan
kargo tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat. Tugas para juru terbang bermula
selewat-lewatnya satu jam sebelum penerbangan. Mereka akan melaporkan din dan menerima
taklimat dan maklumat tentang setiap penerbangan yang bakal dilakukan.
Sebelum penerbangan juruterbang akan menyemak pelan penerbangan berdasarkan keadaan
cuaca, suhu, kelajuan angin dan berat pesawat semasa berlepas serta keperluan bahan api di
samping memeriksa kelengkapan dan peralatan elektronik.
Semasa dalam penerbangan pula, juruterbang akan membuat pemeriksaan rutin terhadap
semua sistem yang beroperasi dan menerima serta melaksanakan arahan daripada pengawal lalu
lintas udara dan mula hingga akhir penerbangan.
Keadaan yang paling mencabar ketika bertugas ialah semasa berlepas, pendakian, penurunan
dan pendaratan yang mana memenlukan penumpuan penuh setiap juruterbang agar tidak berlaku
sebarang kejadian yang tidak diingini.
Selepas mendapat lesen, juruterbang berpeluang memandu pelbagai jenis pesawat seperti
Fokker, Airbus, DC-b dan Boeing.
Kerjaya ini sekarang terbuka luas berikutan perkembangan pesat industri penerbangan dalam
dan luar negara. Terdapat banyak syarikat penerbangan sama ada di dalam mahupun luar negara
yang menyediakan peluang pekerjaan sebagai juruterbang.
Daripada segi pendapatan, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah
dengan pelbagai insentiI lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN
(i) Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya
(ii) Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani
(iii) Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini
(iv) Boleh berkomunikasi dengan baik
(v) Menguasai bahasa Melayu dan Inggenis dengan baik
(vi) Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan Iizik
(vii) Berumur di antara 18 hingga 24 tahun
(viii)Mempunyai rekod kesihatan yang baik daripada segi Iizikal dan mental
(ix) Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik
(penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna)
(ix) Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 mci)
(x) Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama


SYARAT MENGIKUTI LATIHAN PENERBANGAN

Untuk menjadi seorang juruterbang pesawat penumpang atau kargo, anda perlu lulus latihan
penerbangan dan institut atau sekolah penerbangan yang diiktiraI dalam dan luar negara.

TEMPAT MENGIKUTI LATIHAN PENERBANGAN

Terdapat banyak sekolah latihan penerbangan di dalam atau luar negara. Di antara sekolah
latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Malaysian Flying Academy dan MoIaz Air
Flying Academy, manakala di luar negara seperti di Australia, Filipina, United Kingdom dan
Amerika Syarikat.
Semasa berada di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan penerbangan secara teori
dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan jayanya, anda
akan memperoleh lesen penerbangan yang melayakkan anda sebagai juruterbang.


SYARAT MENGIKUTI LATIHAN PENERBANGAN

Pelajar yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan perlu lulus Sijil Pelajaran
Malaysia(SPM) dengan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, Iizik dan bahasa Inggeris.
Kelayakan yang baik dalam mata pelajaran sains akan di beri keutamaan. Pemegang ijazah
tergolong dalam kumpulan umur di atas dan memenuhi kelayakan yang diperlukan seperti diatas.


7 Faktor Kejayaan Anda Menjadi 1uruterbang

Terdapat 7 Iaktor utama yang menentukan anda boleh berjaya menjadi seorang juruterbang.
Anda haruslah menguasai 7 perkara ini jika mahu mencapai cita-cita anda. Faktor-Iaktor ini tidak
mempunyai urutan tertentu kerana semuanya adalah sama penting antara satu sama lain.
Pencapaian Akademik
Pencapaian akademik yang cemerlang akan memudahkan anda untuk terpilih mengikuti sesi
pemilihan juruterbang kadet di syarikat penerbangan,
Sekiranya keputusan SPM anda kurang` cemerlang, anda masih berpeluang memohon dengan
menggunakan diploma/ijazah kejuruteraan.
Tetapi kelayakkan akademik yang cemerlang semata-mata tidak menjamin 100 anda akan
terpilih untuk dilatih menjadi juruterbang kadet di akhir sesi pemilihan.
Anda perlu mempunyai lebih daripada kelayakan akademik yang cemerlang untuk berjaya.
Kelayakan Fizikal & Optik
Seseorang bakal juruterbang mestilah mempunyai ketinggian dan berat badan yang dikehendaki.
Ketinggian minimum ialah 163 cm (5 kaki 4 inci). Berat badan minimum kurang penting tetapi
calon mestilah mempunyai nisbah jisim yang normal.
Indeks Jisim Badan (BMI) merupakan satu kaedah dimana ketinggian badan dibahagikan dengan
berat badan. Jumlah yang diperolehi mestilah normal. Tidak terlalu kurus atau tidak terlalu
gemuk.
Keupayaan optik juga penting dalam dunia penerbangan. Jika anda menghadapi masalah rabun
kaedah yang paling selamat ialah dengan menggunakan kaedah LASIK(Laser Assisted in-Situ
Keratomileusis). Kos rawatan mencecah ribuan ringgit tetapi hasilnya sangat memuaskan dan
selamat. Jika anda tidak mampu mengeluarkan wang sebanyak itu, anda boleh menggunakan
petua tradisional masyarakat dahulu. Kaedah ini mengambil sedikit masa dan perlu diamalkan
setiap hari. Sediakan 20 helai daun sirih dan kunyit dan keduanya diparut. Letakkan di atas
penapis dan tuangkan air panas dan diperah. Minum air yang telah ditapis itu satu gelas setiap
hari
SiIat Kepimpinan
Seseorang juruterbang harus mempunyai siIat ini kerana nyawa ratusan penumpang dan anak
kapal berada di tangan mereka. Juruterbang yang bertanggungjawab akan sentiasa memastikan
nyawa penumpang dan anak kapal lebih penting bebanding nyawa mereka sendiri jika berlaku
sebarang masalah.
SiIat kepimpinan juga melambangkan kematangan seseorang itu untuk membuat keputusan di
saat-saat yang sangat genting. Selain itu siIat ini juga penting untuk mengurus situasi cemas dan
panik jika berlaku sebarang masalah.
Seorang juruterbang yang betanggungjawab akan sentiasa berdisplin mengikuti prosedur
penerbangan sebelum bertugas.
Keyakinan Diri
Keyakinan diri mungkin mempunyai sedikit persamaan dengan siIat kepimpinan seseorang tetapi
ianya adalah lebih penting.
Seseorang juruterbang itu haruslah sentiasa yakin terhadap kebolehannya untuk menghadapi
sebarang masalah dan mampu menyelesaikan sebarang masalah dengan cepat.
Keyakinan diri juga penting semasa sesi pemilihan kerana penemuduga akan menilai keyakinan
anda melalui komunikasi anda dengan mereka. Seperti yang telah dimaklumkan, soalan yang
akan ditanya oleh mereka adalah bersiIat provokasi dengan tujuan untuk menganggu emosi anda.
Jika seseorang calon itu tenang dan bersiIat cool` semasa temuduga, mereka akan lebih mudah
terpilih untuk menjadi seorang juruterbang kadet.
Cara yang paling berkesan untuk menjadi yakin ialah melalui pemakaian anda. Jika anda
memakai pakaian yang sesuai dan kelihatan segak, anda akan berasa lebih yakin untuk berjalan,
bercakap dan berIikir. Selain itu, banyakkan berlatih bercakap seorang diri di hadapan cermin.
Minat Yang Mendalam
Jika anda berjaya menjadi seorang juruterbang suatu hari nanti, ianya adalah kerana anda terlalu
serius menjadi seorang juruterbang. Menjadi seorang juruterbang adalah sangat kompetetiI.
Hanya mereka yang serius sahaja akan berjaya.
Apabila anda serius, anda akan berusaha sedaya-upaya untuk berjaya di dalam bidang ini. Walau
apa pun masalah yang dihadapi anda berusaha mencari jalan penyelesaiannya. Inilah satu sikap
murni seorang bakal juruterbang.
Anda juga akan sentiasa mendapatkan maklumat terkini tentang bidang penerbangan. Anda akan
bersikap ambil tahu`.
Di dalam sesi pemilihan, jika anda mempunyai banyak pengetahuan untuk berjaya menjadi
juruterbang, anda akan menghadapi semua peringkat dengan mudah tanpa perasaan cemas.
Itulah tujuan anda membeli e-buku ini. E-buku ini akan membantu anda mendapatkan panduan
yang sangat berguna berkaitan kerjaya juruterbang.
Di zaman Teknologi Maklumat (IT), banyak maklumat boleh diakses di internet dengan mudah,
cepat dan murah. Gunakan kesempatan ini sebaik mungkin untuk mendapatkan segala maklumat
tentang dunia penerbangan agar boleh dijadikan sebagai pengetahuan tambahan kepada anda.










Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi utama global. Dalam bidang penerbangan,
Bahasa Inggeris akan digunakan sebagai perhubungan antara juruterbang dengan menara
kawalan traIik udara. Tidak kira di Malaysia, Singapura atau di Jepun sekali pun, Bahasa
Inggeris tetap menjadi bahasa rasmi penerbangan.
Itulah sebab mengapa penguasaan Bahasa Inggeris menjadi kriteria utama dalam pemilihan
juruterbang kadet. Setiap juruterbang mestilah boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik
dari segi pembacaan, penulisan, percakapan dan pendengaran.
Semasa mengikuti kursus penerbangan, juruterbang kadet akan mempelajari ilmu penerbangan di
dalam Bahasa Inggeris. Latihan perhubungan radio (Radio Telephony) juga akan dibuat dengan
menggunakan Bahasa Inggeris.
Jika anda menghadapi masalah menguasai Bahasa Inggeris, anda boleh mempelajarinya dengan
sangat mudah dan percuma di www.eIIortlessenglishclub.com. Di sini anda akan mempelajari
satu kaedah mudah bagaimana menguasai bahasa Inggeris tanpa membaca dan tanpa
mempelajari Grammar dan Vocabulary .
Lebih menakjubkan anda tidak perlu berusaha langsung untuk mempelajari dengan kaedah rahsia
ini. Apa yang perlu anda buat hanyalah mendaItar secara percuma di laman web ini dan anda
akan diberikan beberapa siri audio. Anda boleh menyimpannya di dalam teleIon bimbit, pemain
MP3 atau Ipod untuk dimainkan. Anda boleh belajar dengan mendengar sahaja samada semasa
makan, minum, memandu kereta, menaiki bas, LRT atau ke mana sahaja.
Berpuluh-puluh ribu orang telah berjaya dengan kaedah ini. Ingat, anda hanya akan mencapai
cita-cita selepas anda serius untuk melakukannya. Penguasaan Bahasa Inggeris dengan kaedah
ini adalah yang paling mudah dan cepat.
Kemampuan Kewangan
Kewangan merupakan salah satu Iaktor penting untuk anda berjaya menjadi juruterbang. Jika
anda bercadang mendapatkan lesen juruterbang komersial secara bersendirian, anda haruslah
mempunyai kemampuan kewangan sendiri atau dari ibu bapa untuk menampung yuran pengajian
anda.
Terdapat bantuan pinjaman dari agensi tertentu termasuk MARA dan PTPTN tetapi syarat-
syaratnya sangat ketat. Jika anda tidak berjaya mendapatkan pinjaman dari pihak MARA atau
PTPTN, ibu bapa anda boleh menggunakan simpanan akaun ke-2 KWSP mereka (jika ada) untuk
tujuan membiayai yuran pengajian anak mereka.
Jika tiada juga, anda haruslah mencari dana kewangan sendiri. Bagi kebanyakkan daripada anda,
ianya adalah satu masalah yang sangat besar dan mustahil untuk diselesaikan. Yuran pengajian
penerbangan adalah di antara RM240,000 hingga RM300,000. Satu jumlah yang sangat besar.
Antara cara paling mudah untuk mendapatkan lesen juruterbang komersial secara percuma`
ialah dengan mendapatkan biasiswa penerbangan dari syarikat penerbangan komersial. Setiap
tahun, semua syarikat penerbangan akan mengambil atau melantik juruterbang kadet untuk
dijadikan sebagai juruterbang perantis (apperantice pilot) bagi menampung tenaga kerja syarikat
mereka.
Sebagai contoh, Air Asia melantik ramai juruterbang kadet baru setiap tahun kerana syarikat itu
membeli banyak pesawat-pesawat baru bagi menampung operasi penerbangan mereka yang
semakin sibuk setiap tahun. Jumlah pesawat yang mereka tempah bukanlah sedikit tetapi
mencecah sehingga 250 pesawat baru.
Kesemua pesawat-pesawat ini akan dihantar sedikit demi sedikit setiap bulan. Bayangkan berapa
ramai juruterbang baru diperlukan untuk menerbangkan pesawat-pesawat baru mereka. Jangan
lepaskan peluang anda untuk menerbangkan salah satu daripadanya.
Jika anda tidak sanggup menanggung kos latihan sebanyak RM300,000 untuk mendapatkan
lesen juruterbang komersial, anda haruslah berusaha untuk berjaya mendapatkan biasiswa
penerbangan dari syarikat penerbangan. Untuk berjaya anda haruslah membuat persiapan dan
persediaan supaya anda tidak tidak tergolong dalam kumpulan 99 yang akan gagal. Anda harus
mengetahui rahsia yang diketahui kumpulan 1 yang akan berjaya dipilih untuk menjadi
juruterbang kadet.








HADIS LALAT DAN SAINS

ARTIKEL INI DIMUATKAN DALAM MAJALAH-i BULAN APRIL 2006


Mengikut riwayat Bukhari dari Abu Hurairah, nabi bersabda, 'Apabila lalat terjatuh ke dalam
bekas minum salah seorang antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah lalat itu kerana pada
sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai
penyakit. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah. Benarkah
pada lalat terdapat punca-punca penyakit serta penawar?



Lalat memang dikenali di seluruh dunia. Pada tahun 1964, ahli-ahli sains mengenal pasti 80,000
spesies lalat di seluruh dunia. Lalat rumah dikenali sebagai Musca domestica. Lalat ini mudah
ditemui di mana-mana termasuk di kepulauan Arab. Luther West dalam buku The HouseIly - Its
Natural History, Medical Importance, And Control, terbitan New York pada tahun 1951,
menyatakan lalat jenis Musca domestica banyak terdapat di kawasan Timur Tengah. Justeru,
apabila nabi bersabda tentang lalat, besar kemungkinan baginda sedang menceritakan tentang
lalat dari jenis ini.



Lalat buah atau Iruit-Ilies yang kadang kala dikenali juga sebagai lalat arak atau wine Ilies serta
lalat cuka atau vinegar Ilies, juga banyak terdapat di Timur Tengah. Jenis yang agak terkenal
daripada kumpulan ini ialah yang bernama Drosophila melanogaster. Kajian di dalam bidang
entomologi mendapati lalat jenis ini jinak dengan manusia dan sering terdapat di kawasan buah-
buahan yang banyak berlaku proses Iermentasi. Justeru, arak merupakan tarikan kepada lalat
jenis ini. Di samping itu ia juga menyukai suhu yang tinggi seperti yang disebutkan oleh Harold
Oldroyd dalam buku The Natural History oI Flies. Mekah dan Madinah mempunyai suhu yang
tinggi. Persekitarannya subur dengan pohon-pohon kurma dan anggur dan kedua-dua ini
digunakan untuk membuat arak. Minuman arak, apatah lagi di zaman jahiliah, merupakan
budaya hidup orang-orang Arab. Tidak akan meriah sesuatu majlis tanpanya. Orang Arab begitu
memuja arak hinggakan bahasa arab mempunyai lebih kurang 250 kalimat yang melambangkan
arak. Hal ini disebutkan dalam TaIsir al-Azhar oleh Hamka. Ketika Islam datang arak belum
diharamkan. Islam hanya mengharamkannya selepas berlakunya hijrah ke Madinah dan selepas
diwajibkan ibadah solat. Justeru, persekitaran yang seperti ini yang kaya dengan arak cukup
sesuai untuk pembiakan lalat Drosophila melanogaster.



Apa yang signiIikan ialah, lalat daripada kedua-dua jenis ini, iaitu Musca domestica dan
Drosophila melanogaster (terutamanya Drosophila melanogaster), menjadi bahan kajian utama
para ahli sains pada hari ini bertujuan untuk mengenali penyakit-penyakit manusia serta penawar
baginya. Justeru, Iokus nabi tentang lalat dalam konteks penyakit dan penawar, amat relevan
dengan isu kesihatan dan perubatan pada hari ini.



Lalat dan Penyakit



Sabda nabi yang bermaksud, 'Pada sebelah sayapnya mengandungi penyakit, adalah satu
pernyataan umum yang menunjukkan lalat merupakan agen pembawa penyakit kepada manusia.
Ia juga mengisyaratkan bahawa lalat mengandungi banyak kuman yang memudaratkan. Sabda
nabi ini hanya dapat diIahami pada abad-abad terkemudian. Pada tahun 1577, Mercurialis
melontarkan pandangan tentang kemungkinan lalat merupakan serangga pembawa penyakit
kepada manusia, tetapi pendapat ini tidak dapat dikukuhkan dengan bukti. Hanya pada abad
kesembilan belas sahaja kajian yang mendalam dilakukan untuk mengesahkan perkara ini,
contohnya, kajian yang dilakukan oleh ProIesor J. Leidy pada tahun 1871. Beliau yang
merupakan seorang pakar dalam bidang ilmu serangga atau entomologist mendapati lalat adalah
pembawa pelbagai kuman kepada manusia. Pada tahun 1929, H.Y. Yao, I.C. Yuan dan D. Huie
mengkaji lalat-lalat di Beijing dan mendapati luarannya mengandungi lebih kurang 3,683,000
kuman bakteria dan dalamannya mengandungi 6-8 kali ganda kuman berbanding luarannya. Hal
ini disebutkan dalam buku Insect Immunology oleh Edward A. Steinhaus terbitan New York.



Pada tahun 1912, risalah pendidikan kesihatan di Amerika memperkenalkan lalat sebagai
serangga paling berbahaya yang pernah dikenali manusia selama ini`. Lalat dikenal pasti
sebagai agen pembawa penyakit demam kepialu, taun, cirit birit, sakit mata, dan banyak lagi.



Lalat Memiliki Penawar



Sabda nabi, 'Dan pada sebelah sayap (lalat) ada penawar, menunjukkan, walaupun lalat ialah
agen pembawa kuman serta penyakit, namun tubuh lalat yang sama juga memiliki penawar serta
bahan anti kuman yang bermanIaat bagi manusia.



Hal ini disahkan oleh para saintis pada abad ke-20. Sebagai contoh, Shope pada tahun 1927, dan
Glaser 1938, mendapati ada kuman-kuman virus dalam badan lalat yang berIungsi membunuh
kuman-kuman bakteria. Kajian ke atas lalat rumah Musca domestica menunjukkan, ia
mengandungi virus bacteriophage yang mampu membunuh kuman-kuman Staphylococcus
muscae, Escherichia coli, Salmonella paratyphi dan Eberthella typhosa yang menjadi penyebab
kepada penyakit cirit birit dan demam kepialu. Inilah penemuan virus bacteriophage yang
pertama di dalam serangga dan ia merangsang kepada penemuan-penemuan yang lain.



Sebelum itu, pada tahun 1926, J.I. Duncan menemui bahan-bahan aktiI pembunuh bakteria di
dalam usus lalat rumah. Pada tahun 1939 pula, Lal, Ghosal dan Mukherji mendapati lalat mampu
mengubah kuman taun vibrio cholera kepada bentuk yang lain yang tidak berbahaya. Penemuan-
penemuan ini dilaporkan dalam buku The HouseIly - Its Natural History, Medical Importance,
And Control oleh Luther West.



Penemuan sains pada abad ke-20 juga menyedarkan manusia tentang betapa benarnya sabda nabi
yang bermaksud, 'Celuplah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar.
Pusingan hidup lalat bermula dengan telur. Telur menetas dan mengeluarkan larva, kemudiannya
berubah kepada pupa dan kemudian barulah menjadi lalat dewasa. Semua ini adalah proses yang
perlu dilalui oleh seekor lalat. Lalat di dalam bentuk larva (maggots) amat bermanIaat pada
manusia.



Sebagai contoh, M.A. Stewart, pada tahun 1934, mendapati lalat berbentuk larva, ketika
dicelupkan` ke dalam luka-luka, mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat yang
menjadikan luka itu alkali. Di dalam keadaan ini kuman-kuman dapat dibunuh di samping
meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel. Di samping itu larva-larva ini berperanan
menelan kuman-kuman bakteria dan membunuhnya. S.W. Simmons pada tahun 1935 pula
mendapati, lendir yang dikeluarkan oleh larva mampu membunuh kuman-kuman bahaya seperti
Staphylococcus aureus, Haemolytic streptococci dan Clostridium welchii. Tambahan daripada
itu, pada tahun yang sama, W. Robinson mendapati larva juga mengeluarkan allantoin. Allantoin
merupakan bahan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel. Penemuan-penemuan ini
dilaporkan dalam buku Insect Immunology karangan Edward Steinhaus.



Penemuan-penemuan ini menjadikan larva lalat begitu popular digunakan bagi merawat luka-
luka terutamanya pada tahun 1930-an. Walau bagaimanpun popularitinya mula menurun selepas
penemuan ubat-ubat antibiotik. Baru-baru ini, bermula tahun 1982, penggunaan larva menjadi
popular semula berdasarkan kajian-kajian saintiIik terkini. Hal ini dilaporkan oleh Fakulti
Perubatan Universiti Indiana di Sound Medicine: October 10, 2010
. Sebagai contoh, ia dicadang untuk digunakan bagi merawat luka disebabkan kencing manis.
Hal ini dilaporkan dalam jurnal Diabetes Health terbitan Mac 1995. Antara institusi perubatan
yang telah menggunakan pendekatan ini ialah Long Beach Veterans AIIairs Medical Center. Di
Belanda pula pakar-pakar perubatan melaporkan mereka berjaya merawat sebelas kes luka yang
teruk dengan menggunakan larva lalat. Kaedah ini berjaya mengawal inIeksi kuman dan
menyelamatkan kes-kes ini dari pembedahan amputasi. Hal ini dilaporkan dalam jurnal Clinical
InIectious Diseases.



Kuasa penawar yang ada pada lalat memang menakjubkan. Dalam sebuah buku karangan Dr.
Ghyath Hasan al-Ahmad bertajuk al-Tibb al-Nabawi Ii Daw al-Ilm al-Hadith (Prophetic
Medicine in the Light oI Modern Science) terbitan tahun 1955, dilaporkan tentang satu
eksperimen yang dilakukan oleh Dr. Nabh Da`ish di Universiti Raja Abdul Aziz di Riyadh.
Beliau menyediakan sepuluh kultur bakteria (bacterial cultures) dan dimasukkan seekor lalat ke
dalamnya tanpa dicelupkan lalat itu ke dalam kultur. Beliau kemudiannya menyediakan 10 lagi
kultur bakteria dan dimasukkan serta dicelupkan lalat ke dalamnya sebanyak sekali. Selepas itu
disediakan pula lagi 10 kultur bakteria dan pada kali ini lalat dicelupkan ke dalam kultur
sebanyak dua kali. Perbuatan ini disusuli dengan penyediaan 10 lagi kultur bakteria dan lalat
dicelupkan ke dalamnya sebanyak tiga kali. Dr. Nabh Da`ish mendapati kuman terus hidup dan
membiak dalam kultur yang pertama yang mengandungi lalat yang tidak dicelup. Dalam kultur
yang kedua kuman-kuman tidak mampu membiak malah sebahagiannya terbunuh dan aktiviti
antikuman ini meningkat dalam kultur ketiga dan keempat. Penemuan ini menunjukkan
pengeluaran bahan antikuman tertentu oleh lalat ada perkaitan dengan perbuatan mencelup lalat
ke dalam cecair. Ia selari dengan sabda nabi yang disebutkan sebelum ini. (Untuk perincian sila
baca buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden` karangan Dr. Danial bin Zainal Abidin,
terbitan PTS Publication).



Nukilan

Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria)

Beliau ialah Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

Pengamal Perubatan selama 20 tahun,

Motivator Radio Malaysia Pulau Pinang selama 10 tahun,

Penulis 10 buah buku, Kolumnis Majalah-i

Pemudah Cara Pelbagai Korporat dan Institusi,

Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai