Anda di halaman 1dari 4

JURUTERBANG PENUH CABARAN DAN

BERISIKO
ADAKAH anda bercita-cita ingin memandu pesawat
penumpang dalam usia yang muda?
Kerjaya sebagai juruterbang penuh cabaran serta
berisiko.
Ramai anak muda menyimpan azam dan cita-cita
untuk bergelar juruterbang.
Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan
cabaran dan tidak gentar memandu pesawat di awan
biru.
Memandu kapal terbang bukan seperti memandu
kereta atau kenderaan lain kerana cara pengendalian
amat berbeza.
Untuk memahirkan diri, seseorang itu perlu menjalani
latihan khas di pusat-pusat atau sekolah-sekolah
latihan penerbangan sama ada di dalam atau luar
negara.
Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu
menerbangkan pesawat penumpang dan kargo tanpa
mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat.
Tugas para juru terbang bermula selewat-lewatnya
satu jam sebelum penerbangan.
Mereka akan melaporkan diri dan menerima taklimat
serta maklumat tentang setiap penerbangan yang
bakal dilakukan.
Sebelum itu, juruterbang akan menyemak pelan
penerbangan berdasarkan keadaan cuaca, suhu,
kelajuan angin dan berat pesawat semasa berlepas
serta keperluan bahan api di samping memeriksa
kelengkapan dan peralatan elektronik.
Semasa dalam penerbangan pula, juruterbang akan
membuat pemeriksaan rutin terhadap semua sistem
yang beroperasi dan menerima serta melaksanakan
arahan daripada pengawal lalu lintas udara dari mula
hingga akhir penerbangan.
Keadaan yang paling mencabar ketika bertugas ialah
semasa berlepas, pendakian, penurunan dan
pendaratan yang mana memerlukan penumpuan
penuh setiap juruterbang agar tidak berlaku sebarang
kejadian yang tidak diingini.
Selepas mendapat lesen, juruterbang berpeluang
memandu pelbagai jenis pesawat seperti Fokker,
Airbus, DC-10 dan Boeing.
Kerjaya ini sekarang terbuka luas berikutan
perkembangan pesat industri penerbangan dalam
dan luar negara.
Terdapat banyak syarikat penerbangan sama ada di
dalam mahupun luar negara yang menyediakan
peluang pekerjaan ini.
Daripada segi pendapatan, kerjaya ini menjanjikan
gaji yang cukup lumayan serta ditambah dengan
pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang
cukup mencabar dan berisiko.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan


1. Mempunyai minat mendalam terhadap kerjaya
2. Mempunyai keyakinan diri dan komitmen yang
tinggi serta berani
3. Boleh berkomunikasi dengan baik
4. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan
baik
5. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan
fizik
6. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun
7. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi
fizikal dan mental
8. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang
baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan
tidak buta warna)
9. Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160
cm (5 kaki 4 inci)
10. Sanggup bekerja di luar stesen dalam
tempoh masa singkat atau lama
Syarat mengikuti latihan
Anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau
sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar
negara.

Tempat mengikuti latihan


Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan
termasuklah MAS, Malaysian Flying Academy dan
Mofaz Air Flying Academy manakala di luar negara
seperti di Amerika Syarikat, Australian, Filipina dan
United Kingdom.

Syarat mengikuti latihan


Pelajar berminat perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dengan mendapat kepujian bahasa Melayu
dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik
dan bahasa Inggeris.
Kelayakan yang baik dalam mata pelajaran sains
akan diberi keutamaan. Pemegang ijazah yang
tergolong dalam kumpulan umur di atas dan
memenuhi kelayakan yang diperlukan boleh
memohon.

Anda mungkin juga menyukai