Anda di halaman 1dari 2

Tips menulis karangan dengan baik A. Apakah yang Perlu Dilakukan Sebelum Menulis Karangan? 1.

Kamu hendaklah membaca dan memahami soalan yang diberikan. 2. Pastikan kamu memahami kehendak soalan, tajuk, dan bentuk karangan yang hendak ditulis. 3. Kegagalan kamu memahami kehendak soalan, tajuk, dan bentuk karangan yang hendak ditulis menyebabkan karangan kamu kekurangan isi dan mungkin akan terkeluar daripada tajuk. 4. Catatkan isi-isi penting yang hendak kamu tulis berdasarkan tajuk karangan. 5. Susun isi-isi penting tersebut mengikut keutamaanya; isi yang paling penting ditulis dahulu dikuti dengan isi yang kurang penting. B. Apakah yang Perlu Dilakukan Semasa Menulis Karangan? Karangan yang baik mestilah ada tiga bahagian utama: i. Pendahuluan ii. Isi iii. Penutup i. Pendahuluan 1. Karangan kamu hendaklah dimulakan dengan pendahuluan dalam satu perengan sahaja. 2. Pendahuluan mestilah berkaitan dengan kehendak soalan dan ada daya penarik. 3. Perenggan pendahuluan adalah mencukupi dengan dua atau tiga baris ayat sahaja. 4. Jangan masukkan isi ke dalam perenggan pendahuluan. ii. Isi 1. Bahagian isi adalah bahagian yang terpenting dalam sesuatu karangan 2. Menurut kehendak peperiksaan, karangan kamu haruslah mempunyai empat isi utama. Setiap isi itu hendalah ditulis dalam satu perenggan yang berasingan. 3. Isi-isi penting haruslah diutamakan. 4. Kembangkan isi dalam bentuk perenggan dengan menggunakan ayat dan cerita yang menarik. 5. Isi adalah bahagian yang paling penting dalam sesebuah karangan. Oleh sebab itu, isi karangan kamu mestilah ditulis dengan bahasa yang menarik dan mudah difahami. 6. Isi-isi yang diceritakan haruslah berkaitan dengan soalan. 7. Jangan ceritakan isi-isi secara meleret-leret dan tidak dapat diterima oleh akal. iii. Penutup 1. Setiap karangan haruslah mempunyai penutup 2. Penutup yang baik merupakan kesimpulan tentang apa yang telah kamu tuliskan sebelumnya. 3. Penutup juga tidak perlu ditulis dengan panjang lebar. dua atau tiga baris ayat sudah memadai untuk menulis penutup. C. Apakah yang Perlu Dilakukan Sesudah Menulis Karangan? 1. Semak dan baca semula karangan kamu setelah selesai menulisnya. 2. Pastikan tiada isi penting yang tertinggal. 3. Cari kesilapan yang mungkin ada seperti kesalahan tatabahasa, penggunaan perkataan, ejaan dan tanda baca. 4. Betulkan setiap kesilapan tersebut. 5. Baiki tulisan yang buruk dan sukar dibaca

Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang : a) Pengenalan b) Isi-isi dan c) Penutup A. PENEGENALAN Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan. B. Isi Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai sekurang-kurangnya empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan.Setiap isi perlu dikembangkan/dihuraikan dan ada contoh/bukti. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis. Tip Antara kaedah mencari isi Kaedah I ( pertanyaan ) Kaedah II ( peta minda ) Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di mana ? Bagaimana ? C. Penutup Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.

Anda mungkin juga menyukai