Anda di halaman 1dari 5

POTENSI PELABURAN EMAS DAN RAMALAN HARGA EMAS 2019

Potensi pelaburan emas dan ramalan harga emas 2019 dari kenaikan emas tertinggi
2019 serta sebab harga emas naik tertinggi sejak 2013

Kenaikan harga emas bulan Jun 2019 iaitu melebihi $1,400 auns adalah
kenaikan emas pada tahap tertinggi sejak 2013 yang tidak pernah dilihat dalam
hampir enam tahun. Emas kini ditahap tertinggi sejak 2013 disebabkan oleh beberapa faktor.
Kenapa harga emas naik ke paras tertinggi sejak 2013 ?.

KENAPA HARGA EMAS NAIK TERTINGGI SEJAK 2013


Kenaikkan harga emas disebabkan banyak faktor yang menyebabkan harga emas susah
untuk di ramalkan. Faktor utama kenaikan harga emas Jun 2019 adalah
disebabkan oleh KETEGANGAN EKONOMI DAN KETEGANGAN POLITIK. Harga
EMAS akan naik apabila berlaku ketegangan politik dan ekonomi terutama melibatkan
negara Amerika.

Ketegangan ekonomi berlaku apabila berita dan peristiwa berlaku seperti US Federal
Reserved akan mengurangkan kadar faedah (interest rate). Apabila US Federal Reserved
mengurangkan kadar faedah serta laporan pekerjaan US yang lemah, ia menunjukkan
kelembapan ekonomi US dan kejatuhan matawang dolar. Pada waktu ini pelaburan lain
kurang selamat, jadi pelabur akan beralih arah kepada pelaburan yang selamat iaitu emas.
Kenaikan harga emas tertinggi pada bulan Jun 2019 juga disebabkan oleh ketegangan politik.
Ketegangan politik berlaku apabila 2 kapal tangki diserang di Teluk Oman dan Amerika
menyalahkan Iran. Amerika Syarikat menuduh Iran mendalangi serangan itu yang turut
meningkatkan lagi ketegangan antara Teheran dan sekutu Washington di Teluk.
Maxwell Gold, pengarah strategi pelaburan di Aberdeen Standard Investments berkata,
"Ketegangan lebih lanjut di Timur Tengah boleh membida harga emas lebih tinggi melalui
permintaan yang tidak terjaga dalam jangka pendek," walaupun "faktor utama dalam
mengawal emas sekarang adalah kadar dan kebimbangan kemelesetan. "
Ketegangan politik juga diakibatkan oleh perang perdagangan US vs China yang berterusan
dijangka memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi China, US dan dunia.
Ketegangan Amerika Syarikat dengan China terhadap dasar perdagangan berterusan kerana
peniaga menunggu pertemuan yang diharapkan dan kemajuan ke arah resolusi mengenai
pertikaian perdagangan antara Presiden US iaitu Donald Trump dan Presiden China Xi
Jinping di Sidang Kemuncak Kumpulan 20 pada 28-29 Jun 2019. 600 syarikat US mendesak
presiden Donald Trump untuk menamatkan perang perdagagan secepat mungkin kerana ia
merugikan syarikat US dan pengguna mereka. Kemana pelabur-pelabur akan pergi? Salah
satu aset selamat adalah emas.

RAMALAN HARGA EMAS

Ketegangan ekonomi dan politik yang berlaku menyebabkan penganalisis telah menaikkan
ramalan harga emas. "Demam emas kenaikan harga" baru-baru ini adalah wajar, menurut
penganalisis Citigroup Inc., yang menaikkan ramalan mereka terhadap harga emas.
Gabungan dasar monetari yang longgar, dolar yang lemah, risiko geopolitik yang meningkat
dan pertumbuhan Amerika Syarikat memacu prospek optimistik untuk logam , mereka
berkata.
Kenaikan harga emas juga disokong daripada pembelian emas oleh beberapa bank pusat
global. "Laporan terbaru oleh WGC menunjukkan beberapa bank pusat di Asia termasuk
China, India dan Kazakhstan dan dari Eropah seperti Rusia, Poland dan Hungary telah
mula mengumpul emas, walaupun dalam kuantiti minimum dan itu mula mencerminkan
harga emas," kata broker domestik, Motilal Oswal berkata dalam nota.

Penganalisis mengatakan bahawa harga emas dijangka terus disokong dengan baik dalam
tempoh terdekat. "Secara keseluruhan apabila peningkatan minat bank-bank pusat
terhadap emas, ketidakpastian geopolitik yang semakin meningkat dan kekurangan
persekitaran kemelesetan global, kami percaya harga emas berkemungkinan besar akan
meningkat pada suku yang akan datang. Kami terus mengekalkan kecenderungan positif
yang menyasarkan $ 1435-1440 pada COMEX, " tambah broker tersebut.
Billionaire Paul Tudor Jones, pengurus dana dan pencipta Tudor Investment Corp., berkata
“perdagangan kegemarannya dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang adalah
emas”. Beliau menambah bahawa jika harga boleh melepasi $ 1,400 ia akan menolak kepada
$ 1,700 satu auns "agak cepat.". Rujukan klik Gold Price Going To $1,700 Soon Says
Billionaire Paul Tudor Jones - Bloomberg

POTENSI HARGA EMAS MASA DEPAN

Potensi harga emas pada masa hadapan adalah amat cerah apabila peramal
emas mula menaikkan ramalan harga emas dan dikatakan bahawa tahun 2019 adalah
detik permulaan kenaikan harga emas. Analisa ramalan emas pula menunjukkan harga emas
akan terus menaik bermula tahun 2019. KLIK FORECAST GOLDEN TREND LINES
2019 – 2021 untuk maklumat analis ramalan emas dari tahun 2019 hingga tahun 2021.
Berdasarkan analisis Golden Line Forecasts, menjangkakan harga emas pada tahun
2020 meningkat kepada $2500/oz dan pada tahun 2024 harga emas meningkat
kepada $8000/oz.

Potensi harga emas yang positif juga disokong oleh circle economic iaitu kitaran
ekonomi global yang meleset dalam kitaran lebih kurang 10 tahun. Martin Armstrong
telah menerbitkan Economic Confidence Model (ECM) pada tahun 1990an dan
menyebabkan ianya telah dipenjarakan. Model Keyakinan Ekonomi, Economic Confidence
Model (ECM) adalah kitaran ekonomi global. Ini mencerminkan perubahan aliran modal
global dari Asia dan Eropah ke Amerika Utara. Martin Armstrong menemui Model
Keyakinan Ekonomi 8.6 tahun yang telah meramalkan krisis Keyakinan Ekonomi. Kitaran
Keyakinan Ekonomi 8.6 tahun dijangka rendah pada bulan Jun 2011 dan 2020.
Pada pandangan saya, Model Keyakinan Ekonomi (ECM) adalah berkadar
songsang dengan harga emas. Model Keyakinan Ekonomi merujuk kepada kemelesetan
ekonomi dunia iaitu berkaitan kejatuhan matawang dolar Amerika. Harga emas pula
berkadar songsang dengan mata wang dolar. Jadi, berdasarkan Economic Confidence Model
(ECM) pada tahun 2011 matawang dolar jatuh dan harga emas betul mengalami kenaikan
harga tertinggi. Apabila matawang dolar mengukuh, maka sebaliknya harga emas akan jatuh.
Jadi, ramalan harga emas mengalami kenaikan harga tertinggi pada tahun 2020.
Berdasarkan pengalaman saya 10 tahun dalam pelaburan emas iaitu sejak 2010, Model
Keyakinan Ekonomi (ECM) Martin Armstrong boleh dijadikan rujukan untuk ramalan harga
emas. Sila bandingkan Model Keyakinan Ekonomi (ECM) dengan sejarah harga emas. Klik
PERKONGSIAN PENGALAMAN 10 TAHUN DALAM PELABURAN EMAS untuk
maklumat mengenai pengalaman dalam Pelaburan Emas Public Gold sejak 2010.

Selagi mana ketegangan politik dan ekonomi dirasai, emas akan terus naik. Ini
adalah faktor-faktor fundamental yang menyebabkan emas kembali kepada
harga tertinggi. Semua petunjuk menjurus kepada potensi kenaikan harga emas
untuk jangkamasa panjang. Jadi, sekarang adalah masa untuk emas iaitu masa paling
sesuai mula membeli atau menambah jumlah belian emas. Pembelian emas untuk pelaburan
terbaik adalah emas Public Gold. Pembelian emas pelaburan Public Gold paling selamat,
menguntungkan dan patuh syariah kerana harga emas terendah, harga telus ikut harga emas
dunia, kemudahan jual beli emas online, modal terendah, peratus spread terendah dan
peluang berniaga emas. Maklumat lanjut pelaburan emas fizikal Public Gold whatsapp KLIK
0199185593 (Mohd Zaidi Bin Junus) atau KLIK CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD
untuk panduan membeli emas fizikal Public Gold untuk menjana aset harta, menjana
keuntungan pelaburan, bekalan dana kecemasan, pelindung kejatuhan nilai wang dan
peluang menjana pendapatan pasif sepanjang hayat.

Jadi, sekarang adalah MASA UNTUK EMAS...

Wallahu a’lam bish-shawabi

potensi pelaburan, pelaburan, pelaburan emas, potensi pelaburan emas, emas, potensi emas,
ramalan, ramalan emas, ramalan harga emas, harga emas, harga emas kini, sebab harga
emas naik, mengapa emas naik, kenapa emas naik 2019, harga emas tertinggi 2019, potensi
harga emas, potensi emas masa depan, kitaran ekonomi global, prestasi harga emas, analisa
emas, analisis harga emas, masa terbaik beli emas, pengalaman pelaburan emas, pelaburan
emas public gold,
.

https://www.google.com/amp/s/www.livemint.com/market/commodities/gold-extends-
gains-prices-inch-towards-6-year-high/amp-1561087881208.html
https://www.kitco.com/news/2019-06-12/Gold-Price-Going-To-1-700-Soon-Says-
Billionaire-Paul-Tudor-Jones-Bloomberg.html
https://news.gold-eagle.com/article/forecast-golden-trend-lines-2019-2021/1118
https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/ilmu-pelaburan-emas-percuma-di-
branch-weekly-meeting/
https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/
www.wasap.my/60199185593

Anda mungkin juga menyukai