Anda di halaman 1dari 51

POTENSI EMAS

UNTUK
PELABURAN

Dr. Salmy Edawati Yaacob


Ahli Jawatankuasa Syariah ANGKASA (JSA)

Sesuaikah Pelaburan dalam


Emas?
Fungible (boleh
nampak/pegang)
Tahan lasak
Mempunyai nilai intrinsik
Mudah cair (liquid)

Asas Perbincangan
Dalil emas sebagai aset/harta beharga
manusia
Keistimewaan dan kelebihan emas sebagai
asas pelaburan
Bentuk-bentuk pelaburan emas dan isu
syariah
Cadangan pelaburan emas dalam koperasi

Pendahuluan
Emas

adalah komoditi & alat perantara yang


benilai -alat penyimpan nilai terbaik.
Masyarakat dunia semakin sedar -aset
simpanan dan pelaburan.
Terdapat banyak syarikat,institusi perbankan
menjalankan aktiviti penjualan dan pelaburan
emas di Malaysia
Pelaburan emas: aktiviti yang melibatkan
pembelian emas, penyimpanan dan menjualnya
pada harga tinggi untuk memperoleh
keuntungan.

Emas dalam Islam


Emas

dan perak-dua logam yg


diiktiraf syarak sebagai thaman
Kerana nilai thaman penciptaan
emas dan perak oleh Allah swt, dan
dgn nilaian itu wujud harta benda
lain
Terbukti sehingga kini-logam paling
berharga dan menjadi piawaian mata
wang dunia.

Emas dalam al-Quran

Harta

Mata
Wang

Penyimp
an Nilai

Emas dalam Islam: Harta


Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada
manusia: kesukaan kepada benda-benda yang
diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan
anak-pinak; harta benda yang banyak berpikulpikul, dari emas dan perak; kuda yang bertanda
lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta
kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah
kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada
sisi Allah ada tempat kembali yang sebaikbaiknya (iaitu Syurga). (Ali- Imran: 14).

Emas dalam Islam: Mata


Wang

Dan di antara ahli kitab, ada orang yang jika kamu amanahkan dia
menyimpan sejumlah besar harta (Qintar) sekalipun, ia akan
mengembalikan (dengan sempurna) kepadamu. Dan ada pula di
antara mereka yang jika kamu amanahkan menyimpan sedinarpun,
ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali jika kamu selalu
menagihkannya. Yang demikian itu ialah kerana mereka
mengatakan: Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai
orang-orang yang Ummi dan mereka pula selalu berkata dusta
terhadap Allah s.w.t sedang mereka mengetahui (bahawa mereka
adalah berdusta(surah al-Imran 3:75)

Emas dalam Islam:


Penyimpan Nilai
Dan

(ingatlah) orang-orang yang menyimpan


emas dan perak serta tidak membelanjakannya di
jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka
dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi
sakitnya. (Surah al-Tawbah ayat 34)

Larangan

iktinaz emas dan perak


Bukti emas dan perak telah berperanan sebagai
penyimpan nilai kekayaan.
Fungsi ini telah berlaku sebelum al-Quran
diturunkan lagi dan menjadi alat simpanan sejak
zaman berzaman.

Emas dalam Islam:


Pelaburan
Prinsip

asas dalam hukum hakam


muamalat adalah harus selagi tidak
ada dalil yang mengharamkannya
Aktiviti pelaburan emas di benarkan
syarak secara umumnya selagi
syarat dan garis panduan bay sarf
dan pertukaran barangan ribawi
dipenuhi

Emas dalam Islam: Dalil


Emas

dan perak-daripada enam jenis barangan


ribawi yang disepakati ulama selain daripada
tamar, garam, gandum, dan barli.
Ubadah bin al-Samit (r.a.) menyatakan:
Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w
melarang menjual emas dengan emas, perak
dengan perak, gandum dengan gandum, barli
dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan
garam kecuali bersamaan, ain denga ain, maka
sesiapa yang menambah ataun minta tambah
maka dia telah melakukan riba. (Bukhari dan
Muslim)

Emas dalam Islam


Allah

s.w.t. mengkhususkan hukum


hakam kepada emas di dalam
syariatNya-manusia terlindung sifat
haloba/ berwaspada terhadap
keistimewaan emas.
Allah s.w.t mengaitkan hukum
hakamnya - riba.
Transaksi- emas dan perak perlu
mematuhi peraturan khusus elak riba.

Emas dalam Islam: Ibn


Khaldun
Kemudian

Allah Taala menciptakan


daripada dua logam emas dan perak
sebagai nilai untuk setiap harta. Dua
jenis ini merupakan simpanan dan
perolehan kebanyakan manusia di
dunia.

(2) Keistimewaan Emas


Sebagai Alat Pelaburan
Mempunyai Nilai Tersimpan
Nilaian /Urusniaga
Antarabangsa
Kalis Inflasi,Stabil dan
Kebal
Tahan Lasak

Istimewa Emas:
Simpanan Nilai
Store

of value - mempunyai nilai


tersimpan bermula awal tamadun.
Aset paling bernilai, penting dan selamat.
Wang kertas bertukar ganti-tidak emas
Harga emas turun naik ttp tetap bernilai
berbanding logam lain-nilai intrinsiknya.
Aset unik-jaminan kewangan dan
simpanan selamat -semasa negara
mengalami krisis dan ekonomi yang teruk.

Istimewa Emas:
Urusniaga/Nilaian Antarabangsa
Boleh

dibeli dan dijual di serata pelusuk dunia


pada bila-bila masa-aset paling cair.
Pengiktirafan emas seluruh dunia
Dijadikan perantara pertukaran yang dipercayai
di kebanyakan negara semasa kejatuhan
ekonomi.
Nilai jangka panjang, tidak dipengaruhi oleh
polisi ekonomi mana-mana kerajaan dan tidak
bergantung kepada promise to pay.
Pusat urusniaga antarabangsa - maklumat
berterusan selama 24 jam sehari mengenai
harga emas.

Istimewa Emas: Tahan


Lasak
Emas boleh kekal dalam bentuknya.
Kepingan-kepingan emas adalah sukar

dipalsukan kerana beberapa


keistimewaan yang wujud pada keduadua logam tersebut seperti warna,
dengung bunyi dan kekerasannya.
Mempunyai kilauan kilat yang istimewa
-tidak boleh dihilangkan walaupun diuji
dengan asid yang kuat.

Istimewa Emas:Kalis
Inflasi
Sejarah

membuktikan harga emas


semakin meningkat setiap tahun.
Era sistem monetari dunia
berasaskan emas 1800- adalah sifar
inflasi.
Nilaian emas adalah lebih stabil
berbanding dengan logam lain,
komoditi lain atau wang kertas.

Istimewa Emas: Kalis


Inflasi
Pergerakan

harga emas lebih perlahan, stabil


berbanding instrumen pelaburan yang lainkusyen terhadap kekerapan turun & naiknya
nilai di pasaran saham
Tidak dipengaruhi oleh keuntungan syarikat.
Apabila nilai saham menurun berterusan, nilai
emas kebiasaannya akan naik, menjadikannya
portfolio pelaburan pilihan
Emas sebagai perlindungan terhadap serangan
inflasi dan turun naik nilai matawang.
Aset terbaik melindungi portfolio pelaburan
sesebuah syarikat.

Bukti emas stabil Kalis


Inflasi

Between 1880 and 1914, the period when the united


states was on the "classical gold standard," inflation
averaged only 0.1 percent per year

Kenaikan Harga Emas:


10 Tahun

Bentuk Pelaburan Emas

Emas
Fizikal

Akaun
Emas

Emas
Maya

Emas Fizikal

Syiling Emas
Jongkong
Emas
Barang
Kemas

Emas Fizikal
Syiling Emas

Dinar Emas
Kijang Emas
Canadian
Maple Leaf
Austaralian
Nuggets
Singapore
Lion
Swiss Pamp
Swiss
Kinebar

Jongkong
Emas
Public Gold
Swiss
Kinebar
Swiss Pamp
Habib Jewels
Poh Kong

Barang
Kemas
Habib Jewels
Poh Kong
Public Gold
Seri Pinang
Wan
Mohammad
Lain-lain

Emas Fizikal: Barang


Kemas

Akaun Emas
Public Bank Gold
Investment Account
(GIA)
Maybank Gold
Investment Account
(GSPA)
KFH Gold Account-I
(GAI)

Akaun Emas
CIMB Gold Deposit
Account (GDA)
OUB Gold Saving Account
(GSA)
City Bank Gold Account
Al-Rajhi Gold Account
(Gold-i)

Emas Maya
Emas

diniagakan untuk pelaburan


secara bukan fizikal
Platform elektronik
Biasanya ditawar oleh broker forex
Pelabur buka akaun di broker forexarahan membeli (open position)dan
menjual emas (close position) dgn
harga paparan di platform
Tidak boleh tuntut emas fizikal

Perbandingan Keuntungan
Pelaburan

Isu Syariah: Kenapa ada


Isu?
Emas

adalah barangan RIBAWI (dalil


hadis/thaman)
Urusniaga perlu berasaskan syarat
barangan ribawi:
Serah terima dalam majlis akad
2) Tiada penangguhan
3) Persamaan kadar pertukaran sama
jenis
1)

Isu Syariah
Emas Fizikal

Akaun Emas

Jual beli
ansuran
Manipulasi alRahnu
Jual, jamin beli
dgn hibah
Pelaburan emas
hiasan
Pembelian
emas dgn kad
kredit
Beli emas
secara online
Beli emas dgn
lock harga, ETA

Tidak boleh
mengeluarkan
emas fizikal
Pengeluaran
emas fizikal
yang dihadkan
Akaun emas
dengan konsep
qard

Emas Maya
Isu Laverage
manfaat
pinjaman
adalah riba
Isu Qabd
tiada berlaku
penyerahan
fizikal
Isu penjualan
barang tanpa
ada dlm
pegangan

Isu Syariah: Emas Fizikal


Jual

beli emas secara ansuran


Menetapkan caj perkhidmatan ke
atas baki pinjaman
Cadangan: Simpanan amanah dan
akad termenterai apabila simpanan
mencukupi. Serah terima emas
berlaku.

Isu Syariah: Akaun Emas


Gharar-

Tiada emas fizikal hanya


benchmarked harga emas
Hanya KFH dan al-Rajhi mempuyai
emas fizikal
Akad di KFH- Sarf dan Qard
Akad di al-Rajhi Sarf dan Hifz

Potensi Emas dalam


Koperasi

Pembiayaan al-Rahnu
Matlamat-

mendapat pinjaman dan


menggunakan emas sebagai cagaran
Aqad yang terlibat Qard Hasan, Al-Rahnu,
Ujrah
Keuntungan koperasi- sewaan jaga emas
Apabila pencagar/penghutang gagal bayar
qard hasan, pajak gadai (murtahin) boleh
menjual asset gadaian dan mengambil
bayaran tertunggak
Lebihan wajib diberi kepada penghutang
(pencagar)

Isu Syariah: Al-Rahnu


Pemberian

qard al-hasan adlah


untuk tolong menolong dan tidak
boleh dikenakan sebarang bayaran
Setiap penambahan daripada jumlah
hutang adalah riba
Caj perkhidmatan (upah simpan)dilihat sebagai mengambil faedah
daripada jumlah pinjaman

Penjelasan Caj
Simpanan
Pengiraan

upah simpan bulanan


berdasarkan harga emas yang
digadai bukan atas nilai pinjaman.

Kos

penyimpanan ruang/tempat
simpanan kebal (saiz emas) & risiko
kehilangan

Contoh pengiraan
Nilai

marhun-nilai emas yang akan kita


gadai.
Pinjaman - sejumlah wang yang akan bank
serahkan pada kita.
Harga Emas 24k Bank Rakyat = RM 130.00
Item = 100g pamp suisse 24k
Nilai Marhun= RM 130.00 x 100g= RM
13,000.00
Kadar Pinjaman= RM 13,000.00 x 65%= RM
8450.00

Contoh pengiraan
Nilai

marhun melebihi RM 5001


(skim Az-Azhab).
Kadar upah simpan emas bulanan
bagi setiap RM 100 ialah RM 0.75.
Upah Simpan Sebulan= RM
13,000.00 x RM 0.75/100= RM 97.50
Kadar Upah Simpan bagi 6Bulan=
RM 97.50 x 6= RM 585.00

Akad Emas

Potensi Emas dalam


Koperasi

DANA
KOPERASI

Aplikasi Emas dalam


Koperasi

Cadangan Produk Koperasi:


Akaun Emas Berasaskan Qard
Ciri-ciri Akaun

Gram Emas

Minima belian
emas

5 gram, 10 gram
atau 50 gram
(bergantung
kepada pakej)
1 gram

Minima Belian
Seterusnya
Minima Jualan
1 gram
Minima Baki dalam 2 gram

Cadangan Produk Koperasi:


Akaun Emas Berasaskan Qard

Tiada Isu Syariah

Penutup
Emas

diakui sebagai jaminan harta umat

Islam.
Pelbagai bentuk pelaburan diwujudkan atas
keistimewaan emas sebagai penyimpan nilai
terbaik.
Ketamakan manusia telah membelakangkan
prinsip syariah dalam transaksi emas.
Emas sebagai barangan ribawi yang perlu
menepati syarat pertukaran ribawi utk
mengelakkan daripada berlaku riba.

Penutup
Namun,

terdapat kaedah yang menepati


syarak boleh dipraktikkan dalam
pelaburan emas.
Inovasi pelaburan emas berasaskan
syariah telah dipraktikkan oleh institusi
kewangan, perbankan Islam serta
syarikat-syarikat emas di Malaysia.
Maka, sudah tiba masanya koperasikoperasi di Malaysia mengorak langkah
dalam menjadikan emas sebahagian
daripada instrumen pelaburan.

Anda mungkin juga menyukai