Anda di halaman 1dari 40

SEJARAH & KEISTIMEWAAN EMAS

PM Dr Salmy Edawati Yaacob

Pusat Kajian Syariah

Fakulti Pengajian Islam UKM

2020
Aktiviti Mencari Emas
Emas Asli
Emas Asli
Ketulan Emas Terbesar
Sejarah Penemuan Emas

• Ketulan logam kuning yang disebut ‘nugget’


• Tiada tarikh tepat penemuan emas asli pertama
• Ditemukan di gua-gua Spanyol digunakan oleh manusia Paleolitik
sekitar 40,000 SM
• 4000 SM – Sebuah kebudayaan yg berpusat di sebuah daerah yg
pada ketika ini di sebut dengan Eropah Timur mulai menggunakan
emas sebagai objek aksesoris & fashion. Kemungkinan besar emas
tersebut berasal dari Transylvanian Alps atau mungkin juga berasal
dari di daerah pegunungan Pangaion.
Sejarah Penemuan Emas

• 3000 SM – Sebuah peradaban di iraq selatan menggunakan emas


untuk menciptakan perhiasan yang sangat mengagumkan dan
model perhiasan dari peradaban itu masih banyak di pakai
sehingga sekarang.
• 2500 SM – Raja Tomb of Djer di kuburkan bersama perhiasannya.
Dia adalah raja pertama dari dinasti mesir di Abydos, Mesir.
• 1500 SM – Daerah Nubia yang sangat kaya dengan kandungan emas
membuat mesir menjadi negara yang sangat kaya setelah emas di
kenal sebagai alat tukar untuk perdagangan internasional. Di mana
standard unit di timur tengah pada waktu itu menggunakan coin
emas shekel dengan berat 11.3 Gram. Shekel terbuat dari
campuran logam 2/3 emas dan 1/3 perak yang disebut sebagai
electrum.
Samb…

• 1350 SM – Babilon mula menggunakan api sebagai teknik untuk


menguji ketulinan emas.
• 1200 SM – Orang Mesir yang menguasai seni pembuatan emas
memasukkan emas ke dalam daun untuk memperpanjang umur
pakai nya, mereka juga mencampurkan emas dengan logam lain
untuk meningkatkan kekerasan dan variasi warna emas yang di
hasilkan Pada era ini mereka juga mulai menggunakan teknik lost
wax.
• 1091 SM– Emas berbentuk kotak yang berukuran kecil mulai di
gunakan di cina sebagai alat tukar yg sah (wang).
Samb…

• 560 SM– Coin pertama yg dibuat dari emas murni di gali di Lydia
sebuah kerajaan di Asia Minor.
• 300 SM– Orang yunani dan yahudi di Alexandria kuno mulai
mempraktikkan teknik kimia untuk memisahkan emas dari logam
lainnya.
• 50 SM– Romawi mulai mengeluarkan coin emas yang di namai
Aures
Sejarah Emas Sebagai Mata Wang

• Wang logam adalah logam yang ditempa khusus untuk dijadikan


mata wang dan dikuatkuasakan oleh undang-undang setempat.
• Sebelum sistem bimetallic diamalkan, logam pernah digunakan
dalam urus niaga harian sebagai komoditi pertukaran barangan
atau sebagai wang mata benda sahaja yang dikira berdasarkan
timbangan.
• Apabila wang logam diperkenalkan ianya tidak lagi ditimbang
tetapi perkiraannya dikira melalui bilangan. Pada masa itu, nilai
intrinsik logam dan kepercayaan pengguna terhadap pengeluar
mata wang merupakan kekuatan dan kelebihan mata wang logam.
Perlombongan Emas Dunia

• Emas adalah logam paling tinggi nilainya di dunia. Emas sentiasa


mempunyai nilai yang tinggi sejak dari dulu lagi, membuatkan
semua golongan manusia berpusu-pusu cuba untuk mendapatkan
logam ini.
• Dan dengan perubahan zaman telah membuatkan teknologi
perlombongan emas semakin mudah dan cepat.
• 5 syarikat yang melombong 90% daripada emas yang ada di atas
muka bumi. Di antara senarai lombong emas yang disebutkan ini
juga adalah lombong emas paling besar atau terbesar di dunia.
1- Lombong Muruntau (Uzbekistan)

• Pada tahun 2013, sebanyak 71,440 kilogram emas dihasilkan dan


73,708 kilogram pada tahun 2014. Lombong emas terbuka ini
dianggarkan masih mempunyai 4.82 juta kilogram emas untuk
dilombong yang bernilai RM801 billion dan akan menjadi peneraju
lombong emas untuk 60 tahun akan datang.
• Lombong Muruntau dimiliki oleh Navoi Mining dan Metellurgical
Combinant, syarikat milik kerajaan Uzbekistan.
• Navoi Mining memberikan kepercayaan kepada loji terbesar dunia,
iaitu BIOX untuk mengendalikan penapisaan rizab oksida lombong
emas ini.
2-Lombong Emas Grasberg (Indonesia)

• Lombong emas Grasberg di Indonesia merupakan lombong emas utama


dunia untuk jangka masa yang lama. Malah lombong ini masih dianggap
sebagai lombong terbesar di dunia dan lombong tembaga ketiga terbesar
di dunia.
• Ketika ini, Grasberg adalah lombong terbuka dan sedang beralih kepada
operasi gerbang blok bawah tanah bergred tinggi bermula hujung tahun
2017. Pada tahun 2014, Grasberg menghasilkan emas sebanyak 31,184
kilogram emas.
• Syarikat Amerika Syarikat iaitu Freeport-McMoran memiliki 90.64%
daripada lombong ini dan mempunyai 19,500 kakitangan. Baki 9.36%
dimiliki oleh kerajaan Indonesia.
Samb..

• Lombong ini terletak berdekatan Puncak Jaya di Indonesia New


Guinea. Puncak Jaya adalah gunung tertinggi di Papua
membuatkan proses pengekstrakan emas di sini menjadi sangat
sukar.
• Grasberg mula-mula dijumpai oleh ahli geologi Belanda, Jean
Jacques Dozy pada tahun 1936. Tetapi pada tahun 1960, George
Mealey (CEO Freeport-McMoran) dan Forbes Wilson melawati
kawasan ini untuk membuktikan nilainya.
• Selepas Indonesia merdeka pada tahun 1945, Grasberg merupakan
lombong emas pertama dibuka oleh kerajaan Suharto.
3-Lombong Emas Pueblo Viejo (Republik
Dominika)

• Lombong emas Pueblo Viejo yang terletak di Republik Dominika ini


hanya berada sedikit di belakang lombong Grasberg di tangga ke-
2. Lombong ini menghasilkan sebanyak 31,411 kilogram emas pada
tahun 2014 bernilai RM5.22 billion.
• Lombong Pueblo Viejo adalah operasi perlombongan baru yang
hanya dijumpai pada tahun 2012 melalui kerjasama antara
syarikat Barrick Gold yang memiliki 60% dan Goldcorp sebanyak
40% daripada lombong ini. Ia dikatakan mempunyai rizab yang
sangat banyak dan sepatutnya kekal menjadi sumber emas untuk
jangka masa yang lama.
Samb…

• Pueblo Viejo adalah sebuah perkampungan kecil terletak di pantai


selatan Republik Dominika. Syarikat milik kerajaan Republik Dominika
iaitu Rosario Dominicana mula melombong emas di kawasan ini pada
tahun 1975 menghasilkan 141,747 kilogram emas dan perak sepanjang 16
tahun.
• Dan apabila harga komoditi emas jatuh merudum pada tahun 1991,
operasi ini diberhentikan. Pada tahun 2001, syarikat berpangkalan di
Kanada iaitu Placer Dome memenangi kontrak 33 tahun untuk
mengeksploitasi lombong ini. Pada tahun 2006, Placer Dome telah dibeli
oleh Barrick Gold, syarikat perlombongan emas terbesar di dunia.
• Barrick Gold kemudiannya menubuhkan sebuah syarikat untuk
melombong emas di negara ini pada tahun 2009.
4-Lombong Emas Yanacocha (Peru)

• Terletak di rantau Cajamarca, Peru, lombong emas Yanacocha ini


merupakan sebahagian daripada operasi perlombongan emas
berskala besar. Yanacocha terletak 29 kilometer di utara bandar
Cajamarca dan 772 kilometer daripada ibu negara Peru iaitu Lima.
• Lombong emas terbuka ini diiktiraf sebagai lombong emas ke-4
terbesar di dunia walaupun pengeluaran emasnya semakin
berkurang. Pada tahun 2014, Yanacocha menghasilkan sebanyak
27,500 kilogram emas.
5-Lombong Emas Carlin Trend (US)

• Terletak di Nevada, Amerika Syarikat, wilayah perlombongan emas ini


dimiliki oleh Newmont Mining Corporation. Carlin Trend terdiri daripada
perlombongan terbuka dan juga perlombongan bawah tanah.
• Kuari emas ini menyumbang kepada sebahagian besar hasil
perlombongan emas pada tahun 2014, iaitu sebanyak 25,713 kilogram
emas. Namun, jumlah ini lebih rendah daripada jumlah pada tahun 2013
iaitu sebanyak 28,350 kilogram.
• Emas di Carlin Trend mula dijumpai pada tahun 1870an dan disebabkan
keadaan kawasan ini yang sangat teruk, hanya sedikit sahaja emas
dilombong, sehinggalah pada tahun 1909.
• Malah, sehingga tahun 1964, hanya 624 kilogram emas sahaja berjaya
dilombong. Dan bermula tahun 1964 hingga 2008, Carlin Trend
menghasilkan 1.98 juta kilogram (2,000 tan) emas bernilai RM329 billion.
Sejarah Emas di Malaysia

• Semenanjung Malaysia sejak dahulu lagi terkenal dengan emas. Sebelum


kedatangan penjajah di Tanah Melayu, Semenanjung Malaysia juga
dipanggil Semenanjung Emas (merangkumi Semenanjung Malaysia dan
selatan Thailand) oleh Claudius Ptolemy seorang tokoh Yunani di zaman
Rom Kuno
• Berdasarkan sejarah dan sehingga kini, emas paling banyak ditemui di
negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu. Selain itu juga negeri-negeri
lain iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor juga
mempunyai emas.
• Negeri Malaysia Timur Sabah dan Sarawak juga ada emas di temui. Di
Sabah emas ditemui di sekitar Lahad Datu dan Tawau dan Sarawak di Bau
dan Lubok Antu.
Keistimewaan Emas

• Emas atau nama saintifiknya dalam jadual berkala kimia adalah


Aurum atau simbolnya Au.
• Secara saintifiknya ia tidak akan teroksida atau secara mudahnya
ia tidak akan berkarat.
• Oleh sebab itu ia merupakan pengalir elektrik yang terbaik tetapi
oleh sebab ia sangat mahal, wayar elektrik yang digunakan
sekarang ini hanya tembaga.
• Tetapi masih ada alat elektronik memerlukan emas sebagai
kompenannya seperti processor komputer tetapi kuantitinya
terlalu kecil.
1)Diiktiraf Seluruh Manusia sebagai Benda
Berharga

• Seluruh masyarakat percaya kepada nilai emas.


• Manusia bermula dari awal ketamadun sehingga sekarang yakin
dan berpegang emas mempunyai nilai berharga.
• Perang dan ketidakstabilan politik memungkinkan sesebuah
matawang dihapus nilai tetapi emas sentiasa bernilai kepada
manusia.
2) Mempunyai Nilai Intrinsik

• Nilai intrinsik ialah nilai yang tersendiri.


• Tidak memerlukan apa-apa arahan penguatkuasaan undang-undang
mana-mana bank pusat ke atasnya seperti wang kertas, emas
tetap bernilai.
• Warnanya yang keemasan berkilau, merupakan satu logam yang
cantik untuk dipandang. Disebabkan itu, ianya merupakan bahan
utama barang perhiasan wanita.
• Nilai intrinsiknya sangat tinggi dan bernilai. Kerana nilai
intrinsiknya yang tinggi ini, maka emas merupakan logam
penyimpan nilai yang terbaik.
3) Tidak Boleh Dimusnahkan

• Emas merupakan logam yang tidak boleh dimusnahkan.


• Ianya boleh dileburkan pada suhu yang sangat tinggi untuk
dibentuk kembali, namun ianya sama sekali tidak boleh
dimusnahkan dengan mudah.

• Suhu peleburan emas adalah melebihi 1065 darjah celcius


4) Emas Tidak Boleh Dicipta

• Emas merupakan logam semulajadi yang dicipta tuhan, maka ianya


bukanlah boleh dicipta dengan mudahnya secara sintetik dan
sebagainya.
• Logam asli ini tidak boleh dicipta atau dicetak dengan sesuka hati
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti intitusi Federal
reserve atau mana-mana Central Banks.
5) Nisbah Harga Emas yang Tinggi

• Harga nilaian emas adalah sangat tinggi mengikut pernisbahannya.


• Jadi pembelian atau pembayaran sesuatu urusniaga menggunakan emas
sangat efektif.
• Sistem barter yang baik adalah dengan menukarkan emas dengan
barang-barangan lain atau perkhidmatan, kerana ianya tidak
memerlukan jumlah gram yang terlalu tinggi untuk sesuatu urusniaga itu.
• Jika dilihat pada trend sekarang ini, semakin hari semakin sedikit gram
emas yang diperlukan untuk sesuatu urusanniaga, sebagai contohnya kos
megerjakan haji dilihat semakin berkurang setiap tahun dalam kiraan
nilaian dinar emas
Samb…

6) Emas mudah dibahagikan atau ditempa dengan unit-unit yang


kecil

7) Penyimpan nilai yang baik untuk jangka panjang.


Lambang Emas

Lambang Kekayaan

Lambang Kecantikan

Lambang Kekuasaan

Lambang Kejayaan Akhirat


1) Lambang Kekayaan

• Emas itu adalah lambang kekayaan kerana ia adalah wang.


• Wang kertas jika dibandingkan dengan emas adalah ibarat langit
dengan bumi. Wang kertas boleh menjadi matawang bagi beberapa
buah negara tetapi emas boleh menjadi matawang untuk seluruh
dunia.
• Wang kertas tidak mempunyai nilai. Ia diterima pakai kerana
‘dipaksa oleh pemerintah’.
• Menyimpan kekayaan anda dengan emas adalah cara yang paling
baik, selamat dan bijak.
2) Lambang Kecantikan

• Semua orang tahu bahawa emas adalah logam utama untuk membuat barang kemas.
• Sifat uniknya yang berwarna kuning berkilau, lembut, tidak berkarat dan sukar
diperolehi menyebabkan emas mendapat tempat di hati manusia.
• Sejak ribuan tahun yang lalu manusia telah membuat perhiasan menggunakan emas.
Sehingga ke hari ini, kita masih meminati dan menghargai emas.
• Selain itu emas boleh memberi nilai sentimental kepada manusia. Contohnya,
gelang, rantai atau cincin yang mak kita pakai mungkin merupakan harta pusaka
nenek, moyang etc. Ia boleh diwariskan kepada generasi yang akan datang.
• Di India misalnya, masyarakatnya amat menghargai dan menyimpan emas. Sewaktu
perkahwinan, dowri atau mas kawin bagi orang India biasanya adalah emas.
• Lebih banyak emas yang dipakai oleh pengantin perempuan maka ia adalah lebih
baik kerana melambangkan tuah yang akan dibawa oleh pengantin perempuan
kepada keluarga pengantin lelaki.
3) Lambang Kekuasaan

• Raja-raja biasanya menggunakan emas pada mahkota, keris dan


alat-alat kebesaran kerajaan.
• Ini secara tidak langsung mengaitkan emas dengan kekuasaan.
• Kuning menjadi warna Diraja di Malaysia.
4) Lambang Kejayaan di Akhirat

• Al-Quran di dalam surah Al-Hajj menyebut emas adalah simbol


kejayaan dan kemewahan penduduk syurga. Mereka akan
dipakaikan dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian
mereka diperbuat daripada sutera.
• ‘Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman
dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya
beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang
emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera’ (Surah
Al-Hajj:23)
• Kemewahan emas bukan sekadar di dunia juga di akhirat kelak.
Kualiti Emas

• Emas mempunyai pelbagai jenis kualiti dan ketulenan yang


berbezaberdasarkan kandungan emas, iaitu logam Aurum (Au) dalam
sesuatu produk emas dan mempunyai kegunaan, kelebihan dan
kekurangannya masing-masing.
• Kualiti atau mutu emas berdasarkan karat atau nombor yang
menunjukkan peratus kandungan emas. Semakin tinggi nombor karat,
semakin tinggi peratus kandungan emas.
• Karat adalah perkataan Latin iaitu kerátion atau carato yang bermaksud
Biji Kacang Carob yang mempunyai bijinya yang sama berat.
• Pengiraan standard, emas 24K atau emas 999.9 adalah emas paling tulen
dengan peratus ketulenan emas 99.99% , iaitu logam emas tanpa
campuran logam lain.
• 24 Karat adalah ketulenan emas terbesar. Contoh pengiraan, emas 22
karat iaitu mengandungi 22/24 iaitu 0.916667 emas atau dikenali emas
916 atau emas 917 dimana emas 22K, emas 916 atau emas 917 adalah
sama saja.
Mutu Emas

• Emas adalah logam lengai yang paling selamat kerana ia tidak


bertindakbalas dengan unsur lain yang menyebabkan emas sangat sesuai
di gunakan sebagai emas perhiasan wanita.
• Setiap mutu emas mempunyai fungsi atau kegunaannya yang berbeza
kerana sifat emas yang berbeza.
• Contohnya, emas 24K atau emas 999.9 yang mempunyai ketulenan
99.99% adalah emas yang sangat lembut kerana tiada campuran logam
lain, jadi emas 24K ini digunakan sebagai jongkong emas sebagai
pelaburan.
• Karat emas lagi rendah adalah lagi kukuh kerana bercampur dengan
logam lain yang membentuk aloi yang lebih kuat ikatan logamnya.
• Emas dijadikan perhiasan wanita sejak zaman berzaman untuk kelihatan
cantik dan menawan serta melambangkan status kehidupan.
Warna dan Kekerasan Emas

• Setiap kualiti emas berbeza warna, kekerasan dan sifat


fizikalnya.
• Emas yang bercampur dengan logam lain akan kelihatan lebih
merah berbanding warna emas biasa dan begitulah untuk kualiti-
kualiti emas yang lain bergantung kepada logam kedua yang
dicampurkan bersama emas untuk menghasilkan barang perhiasan
emas.
• Jadi, warna emas bukan kuning sahaja, emas juga boleh menjadi
merah, kuning, hijau bergantung kepada logam kedua yang
dicampurkan kepadanya.
Bentuk Emas

• Emas boleh dibentuk dengan pelbagai bentuk dan pelbagai campuran


logam oleh tukang emas bergantung kepada kepakaran dan kemahirannya.
• Emas seberat 1 gram dapat ditempa untuk menghasilkan sekeping logam dengan
panjang dan sisi 1 meter persegi.
• Oleh sebab itu emas juga digunakan dalam pembuatan barangan elektronik.
• Emas sebagai logam lengai yang tidak bertindakbalas dengan unsur atau logam
lain adalah selamat kepada pemakai terutama tubuh manusia yang sentiasa
mengeluarkan peluh atau orang yang mempunyai alergi kulit atau alahan
terhadap logam.
• Jadi, pemilihan kualiti emas untuk perhiasan adalah penting dan perlu
mengenali jenis emas, kualiti dan kegunaan emas.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai