Anda di halaman 1dari 5

Forum 2

L20181010987 | MAS AZURA BT AB RAHIM

[Closed]

Senario yang biasa kita lihat pada hari ini setiap kali keputusan peperiksaan di keluarkan ,guru
dan pentadbiran sekolah pasti berbangga dengan pencapaian yang diraih anak didik mereka
apabila ramai yang berjaya melakar keputusan cemerlang,apatah lagi ibu bapa pelajar itu
sendiri.Peperiksaan ini seolah-olah menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang
pelajar itu sendiri. Bagaimanapun ,kebiasaan ini akan berakhir bermula pada tahun 2019,di mana
kerajaan mengumumkan tiada lagi peperiksaan pertengahan dan akhir tahun untuk semua pelajar
di tahun satu .

Merujuk kepada soalan ,seseorang guru itu tahu apa yang telah diajar sewaktu di dalam kelas
telah pelajar kuasai supaya mereka terus kekal cemerlang adalah antaranya melalui langkah
dibawah:

1. Melaksanakan pengajaran yang merangsang pemikiran kritis iaitu dengan merangsang


kemahiran berfikir apa yang ada di dalam kandungan pelajaran, serta membuat soal jawab
sesama pelajar berlandaskan soalan aras tinggi.

2. Guru hendaklah bersedia serta mampu mengendalikan pengajaran berfikir secara kritis
dengan lebih berkesan sewaktu di dalam kelas pdpc sedang berlangsung.

3. Guru cenderung untuk membuat “refleksi” ke atas murid ,kerana dengan cara ini maklumat
akan diperolehi bagi menjadikan seseorang murid itu menguasai secara mendalam sesuatu
konsep ilmu tersebut.

4. Kaedah pengajaran guru juga perlu diubah, iaitu tidak hanya sekadar bertumpu pada buku
teks semata-mata, mungkin sesekali guru meminta pelajar membentangkan apa hasil pelajaran
yang mereka perolehi pada hari tersebut agar murid lebih bersikap berani afektif dan
berketrampilan pada masa-masa akan datang.

Saya melihat sebagai seorang guru, amalan yang boleh seseorang guru itu boleh lakukan di
dalam pdpc yang berteraskan kepelbagaian adalah antaranya merujuk kepada kaedah
pengajaran ,iaitu guru sedaya upaya mengelakkan kaedah pengajaran yang kurang
meningkatkan daya intelek pelajar. Guru hendaklah sentiasa peka dengan keadaan dan situasi
pelajar di dalam kelas yang diajar. Seterusnya guru juga sentiasa bertanya soalan-soalan yang
memerlukan pelajar itu sentiasa berfikir ,kerana dengan wujudnya pelbagai soalan dari guru,
akan membentuk nilai dalam persekitaran bilik darjah pada hari tersebut.Dalam hal ini, persoalan
dan pertanyaan yang berlaku antara guru dan pelajar akan membangunkan sebuah komuniti
berfikir dan sentiasa ingin tahu. Sekiranya suasana berfikir yang di kendalikan oleh guru ini
berjaya dibudayakan, sudah pasti pdpc pada itu berjaya dan pelajar lebih memahami subjek yang
diajar pada hari tersebut walaupun peperiksaan tidak lagi wujud di sekolah-sekolah .

Akhirnya guru mahupon pelajar perlu mengubah persepsi mereka bahawa kecemerlangan
akademik dan penganugerahan bukanlah penyebab utama kecemerlangan di sekolah,bahkan
sebaliknya kita perlu meningkatkan “nilai” kemahiran serta modal insan di sekolah.
Wallahualam.

Jawapan Komen

Bagi pandangan saya terhadap jawapan Saudari ini, telah pun bermulanya awal tahun 2019 ini
tiada lagi peperiksaan bagi murid tahun 1, 2 dan 3. Untuk itu, guru perlu mempelbagaikan
kaedah pengajaran mereka. Guru perlu melaksanakan pentaksiran sendiri bagi mengukur
perkembangan pelajar itu sendiri apabila kerajaan menghapuskan peperiksaan bagi Tahap 1 ini,
dan saya bersetuju saudari mengatakan guru perlu sentiasa bertanyakan soalan kepada murid-
murid bagi memastikan mereka faham dengan apa yg mereka pelajari pada hari tersebut. Secara
tidak langsung, guru dapat mengasah bakat komunikasi para pelajar. Secara keseluruhannya saya
sangat bersetuju dengan sistem pdpc tanpa peperiksaan kerana ianya lebih mendatangkan banyak
kebaikan kepada pelajar. Selain itu juga kaedah pengajaran guru perlu diubah, iaitu tidak hanya
sekadar bertumpu pada buku teks semata-mata. Kebijaksanaan guru adalah mengolah agar
pelajar bukan semata-mata diajarkan menjadi pengguna bahasa yang baik tetapi jauh daripada itu
mereka juga harus dilatih menjadi pelajar yang berupaya “mencipta”. Oleh itu, pendekatan
“Guru Kreatif Pelajar Aktif” harus dilaksanakan dengan memanfaatkan bahan rangsangan dan
bahan rujukan daripada majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pendekatan “Guru
Kreatif Pelajar Aktif” ini sebenarnya sesuai dengan kehendak pengajaran dan pembelajaran
KBSM. Berdasarkan pengalaman dengan menggunakan pendekatan ini, pelajar didapati ikut
terlibat dengan bersungguh-sungguh dalam proses P&P tanpa rasa jemu dan bosan. Di samping
itu, objektif yang dirancang dan yang hendak dicapai pada akhir pengajaran biasanya mudah
dicapai.
L20181010993 | NORAMIEZA BINTI ABDUL RAHIM

[Closed]

Assalamualaikum.

Pada tahun 2019, peperiksaan bagi tahap satu sekolah rendah telah dimansuhkan dan tiada lagi
peperiksaan yang akan dijalankan. Ini memberi pelbagai impak positif terutamanya dikalangan
ibu bapa kerana anak-anak tidak akan terbeban dengan peperiksaan yang dijalankan di sekolah.

Walaupun peperiksaan bagi tahap satu ini dimansuhkan, terdapat pentaksiran yang akan
dilaksanakan oleh guru di dalam kelas iaitu Pentaksiran Alternatif. Pentaksiran alternatif ini akan
menggantikan peperiksaan formal bagi murid tahap satu iaitu tahun 1, 2 dan 3 di semua sekolah
rendah bermula tahun 2019.

Pentaksiran Alternatif ini tertumpu kepada perkembangan pembelajaran murid dan tidak lagi
memberi penekanan kepada peperiksaan. Pentaksiran alternatif adalah sebahagian daripada
proses pembelajaran serta seiring dengan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) iaitu salah
satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang memberi fokus kepada
perkembangan dan kemenjadian murid secara holistik.

Pentaksiran alternatif ini dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui
aktiviti seperti perbincangan, persembahan, kerja projek, tugasan, amali, pemerhatian, portfolio,
pameran dan aktiviti pentaksiran lain iaitu selaras dengan kaedah Pembelajaran Abad Ke-21
yang berteraskan elemen koloborasi, kreativiti, komunikasi, pemikiran kritis dan nilai.

Sebagai seorang guru yang mengajar berteraskan kepelbagaian, saya akan mengaplikasikan
beberapa perkara dalam pdpc seperti berikut:-

1) Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza di dalam kelas.

Contohnya, mengadakan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berbeza dan tidak
hanya tertumpu kepada penerangan sahaja seperti aktiviti berkumpulan, kuiz, permainan dan
sebagainya.

2) Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan gaya pembelajaran murid di dalam


kelas.

Contohnya, murid yang lebih bersifat kinestetik, guru perlu mengadakan aktiviti yang
melibatkan pergerakan seperti eksperimen dan jingsaw II. Manakala murid yang lebih bersifat
auditouri, guru perlu menggunakan elemen-elemen muzik di dalam pengajaran dan pembelajaran
agar murid lebih mudah memahami apa yang diajar oleh guru.

3) Melaksanakan dua kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam satu masa yang sama.
Kaedah ini juga boleh diaplikasikan oleh guru apabila guru tersebut telah mengenalpasti tahap
kebolehan murid-muridnya di dalam kelas. Murid yang tahap kebolehannya sederhana, guru
boleh menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dan murid yang tahap kebolehannya tinggi,
guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan masalah bagi menguji pemahaman
murid berdasarkan sesuatu topik.

4) Mengadakan aktiviti pembentangan di hadapan kelas.

Murid diberi tugasan oleh guru dan diberi masa untuk menyiapkan tugasan tersebut dan
seterusnya membentangkan di hadapan kelas. Aktiviti ini dapat memupuk nilai murni seperti
kerjasama, berani dan tolong-menolong antara satu sama lain.

Justeru itu, guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas serta mengambilkira gaya pembelajaran murid agar pengajaran berjalan dengan berkesan
dan memberi impak yang positif kepada murid serta tidak memberi tekanan kepada murid
walaupun tanpa peperiksaan formal dijalankan di sekolah.

Sekian, terima kasih.

Jawapan Komen

Melangkahnya Murid di alam persekolah mereka dibimbing, diajar, dididikdan diasuh oleh guru
bagi menguasai ilmu kemahiran mengikut Tahap Kukurikulum yang disediakan. Selanjutnya,
pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan yang dijalani. Apabila peperiksaan dimansuhkn dalam
3 Tahun mendatang kepada Pelajar Tahap 1, sebagai ganti dengan pentaksiran, guru perlu
memberikan penekanan dalam pembelajaran dengan mempelbagaikan gaya persembahan
pengajaran kepada pelajar supaya pelajar dapat sepenuhnya dalam apa yang disampaikan oleh
guru itu.

Guru berkualiti adalah mereka yang dapat dan mampu menguasai serta mereaisasikan segala
kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada diri mereka sebagai alat meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Salah satu strategi untuk melahirkan guru
yang berkualiti ialah dengan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru-guru juga perlu diperkenalkan dengan teknik-teknik pengajaran dan terkini yang berkesan
serta menarik minat pelajar. Dengan ini, pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham,
menghayati bahan yang diajar, meningkatkan kemahiran dan aspek kognitif serta manipulasi
mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah
dijalani.

Ini bermakna, guru perlu memiliki kompetensi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
usaha melahirkan pelajar yang memiliki pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan
untuk pembangunan negara. Kajian diperlukan bagi meninjau kompetensi guru-guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar serta
meningkatkan keupayaan mereka menangani cabaran serta perubahan yang pesat dalam dunia
pendidikan pada masa kini. Untuk melahirkan guru berkualiti, mereka mestilah diberikan
peluang seluas-luasnya untuk meningkat dan mengubah dir mereka ke arah yang lebih positif
terhadap kualiti kerja seperti melanjutkan pelajaran dalam bidang yang menjadi kepakaran
mereka.

Sikap positif terhadap kualiti kerja ini perlu dibentuk semoga usaha meningkatkan kualiti akan
menjadi budaya kerja. Dewasa ini, kejutan dan ancaman perubahan bukan lagi merupakan satu
kemungkinan yang masih jauh. Sebaiknya, ia adalah satu realiti yang nyata. Semakin hari,
kejutan perubahan mencabar kejituan masyarakat dan negara.

Oleh itu, keperluan kepada guru berkualiti adalah merupakan pembentukan penting bagi
melahirkan pelajar cemerlang yang menjadi aspirasi negara kita. Justeru itu, dapatlah
disimpulkan bahawa guru yang kreatif dan bersedia dengan pelbagai teknik pengajaran dapat
mempengaruhi suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bakal berlaku dalam bilik
darjah. Tumpuan dan semangat yang ditonjolkan oleh murid akan lebih bermakna jika guru yang
ada di hadapan mereka tampil dengan gaya yang luar biasa seterusnya menggunakan kaedah
pengajaran yang pelbagai dan menarik dari semasa ke semasa. Maka, tidak dapat dinafikan
seorang guru yang berdedikasi dan sering menjadi ikon murid kerap menampilkan pembaharuan.
Teknik pedagogi mereka berjaya membentuk sikap pembelajaran murid seterusnya proses P&P
guru tersebut akan menjadi halwa mulut dalam kalangan murid dan guru.

Anda mungkin juga menyukai