Anda di halaman 1dari 3

MINGGU 6

18 FEBRUARI 2015 - 20
FEBRUARI 2015
bersamaan dengan
27 RABIULAKHIR 1437H 1

3 FEBRUARI 2015
bersamaan dengan

13 RABIULAKHIR 1437H

CHINESE ZODIAC

KISAH SERIGALA & 7 EKOR ANAK KAMBING


Pada zaman dahulu,seekor ibu kambing telah melahirkan tujuh ekor anak.Pada suatu hari,ibu kambing hendak keluar
mencari makanan.Ibu kambing memberitahu kepada anak anaknya,"Serigala sangat licik,jadi apabila kamu semua
mendengar suara dan melihat empat kuku hitamnya,jangan buka pintu."
Serigala berasa begitu gembira setelah melihat ibu kambing meninggalkan rumahnya.Ia pun mengetuk pintu
dengan kuat,"Cepat buka pintu,ibu sudah balik!"Tetapi anak anak kambing berkata,"Ini bukan suara ibu,suara ibu
sangat lembut dan halus."
Serigala tidak putus asa.Ia membeli kapur dan memakannya.Hasilnya,suara telah menjadi lembut.Kemudian ia
pergi mengetuk pintu rumah kambing."Cepat buka pintu,ibu sudah balik dan membawa banyak makanan yang enak!"
Walaupun suara serigala telah menjadi lembut,tetapi anak anak kambing telah melihat kuku hitam dan tajam
itu,lalu berkata,"Kamu bukan ibu kami.Kamu adalah serigala kerana kamu ada kuku yang hitam lagi tajam."
Serigala mencari tuan kilang penggilaing dan memaksanya membuatkan kuku hitam menjadi putih.Serigala
sekali lagi mengetuk pintu rumah kambing.Anak anak kambing melihat kuku putih itu dan menyangkakan ibu mereka
telah balik.
Setelah anak anak kambing membukakan pintu,serigala terus menelan enam ekor anak kambing sekali
gus.Seekor anak kambing yang terselamat sempat bersembunyi di bawah kotak jam.Setelah kenyang,serigala tertidur
di bawah sepohon pokok.
Apabila ibu kambing balik,ia melihat keadaan rumah yang kucar kacir itu.Ia terus mencari anak
anaknya.Akhirnya ia menjumpai anak kambing yang bersembunyi di bawah kotak jam.
Anak kambing yang terselamat itu memberitahu ibunya perkara yang telah terjadi.Ibu kambing berasa begitu
sedih dan berkata,"Serigala sudah kekenyangan,mesti ia tidak pergi jauh dari sini.Kita pergi carinya sekarang juga!"
Akhirnya ibu kambing dan anaknya menjumpai serigala yang sedang tidur di bawah pokok.Ada sesuatu yang
bergerak di dalam perut serigala.Jadi ibu kambing pun menyuruh anaknya balik ke rumah mengambil gunting dan
jarum.
Ibu kambing terus membelah perut serigala dengan gunting.Ia berjaya menyelamatkan keenam enam ekor
anaknya.Anak anak kambing tidak mengalami sebarang kecederaan.Ini kerana serigala hanya menelan dan tidak
mengunyah mereka.Apabila ibu kambing melihat anak anaknya masih hidup,ia berasa begitu gembira.
Ibu kambing menyuruh anak anak mencari batu batu untuk diisi ke dalam perut serigala.Setelah memasukkan
batu batu sehingga penuh,ibu kambing menjahit semula perut serigala.Setela serigala terjaga,ia merasa kekenyangan
dan berasa sangat dahaga.
Serigala berjalan ke tebing sungai.Ia tidak boleh berjalan cepat kerana perutnya berat.Ia masih tidak
menyedari bahawa perutnya telah diisi penuh dengan batu.
Oleh kerana perutnya terlalu berat,ketika serigala membongkok untuk meminum air,ia telah terjatuh ke dalam
sungai dan mati lemas.Ibu kambing dan anak anaknya berasa begitu gembira apabila melihat serigala telah mati
lemas.

Anda mungkin juga menyukai