Anda di halaman 1dari 4

Sejarah SPBT

1971 Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan bantuan buku teks

kepada pelajar daripada keluarga kurang mampu.
1974 Majlis Tindakan Negara menetapkan dasar kelayakan SPBT:
semua murid SK layak tanpa mengira status sosio ekonomi keluarga.
murid SJK dan SM mengikut syarat dan peringkat
- RM 200 semua anak layak
- Had maksimum pendapatan RM 500
1983 SPBT diperluaskan ke SMAR. semua murid layak SPBT
1986 Pindaan Dasar Kelayakan SPBT
Semua murid SK dan SMAR layak SPBT
Lain-lain sekolah mengikut had pendapatan keluarga
- RM 700 ke bawah semua layak
- RM 701 hingga RM 800 seorang anak ditanggung oleh ibu bapa.
- RM 801 hingga RM 900 dua orang anak ditanggung oleh ibu bapa.
- RM 901 hingga RM 1000 tiga orang anak ditanggung oleh ibu

1998
Semakan semula dasar kelayakan SPBT
SK dan SM had pendapatan maksimum RM 1500
lain-lain sekolah tidak berubah
4 April 2001
- Pindaan Dasar Kelayakan SPBT
SK dan SMAR had pendapatan maksimum RM 2000
lain-lain sekolah tidak berubah
4 Ogos 2001
- Pindaan Dasar Kelayakan SPBT SJK (c) & (T)
Satu had pendapatan.
RM 1000 ke bawah tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan
PERATURAN PINJAMAN BUKU TEKS

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pelajar mestilah mematuhi
syarat-syarat peraturan pinjaman yang telah ditetapkan oleh Unit SPBT
sekolah sebagaimana berikut :
Menulis nama di ruang yang disediakan pada setiap buku.
Membalut buku dengan pembalut plastic.
Stapler, double-sided, binding tape ,adalah dilarang sama sekali.
Tidak meninggalkan buku di merata-rata tempat dan di bilik darjah
sewaktu lepas sekolah atau cuti persekolahan.
Membawa buku ke sekolah sewaktu mata pelajaran berkenaan dijalankan.
Tidak memberi pinjam kepada pelajar lain.
Memastikan buku sentiasa berada di dalam keadaan baik dan selamat.
Mengganti balik buku-buku yang hilang dengan harga buku teks
Menghantar buku tepat pada tarikh yang ditetapkan.
Lain-lain yang ditetapkan kemudian.

Dimaklumkan juga bahawa mana-mana pelajar yang tidak membalut buku
teks dan meninggalkan buku teks mereka di dalam meja/ laci, pihak sekolah
berhak untuk merampas dan mengambil tindakan. Pelajar yang berkenaan akan
diambil tindakan seperti berikut:

Pelajar diberi amaran.
Pelajar dikehendaki membayar denda setengah daripada harga buku
tersebut untuk setiap buku teks yang dirampas. Sekiranya buku teks tersebut
tidak berbalut, pelajar dikehendaki membayar denda tambahan sebanyak
RM 2.00(Dua ringgit sahaja) untuk setiap buku yang tidak dibalut dan bayaran
denda lain yang telah ditetapkan oleh Unit SPBT.
Sekiranya pelajar tidak menuntut buku-buku tersebut, pada akhir tahun
nanti pelajar dikehendaki membayar harga bagi setiap buku yang dirampas.
Pelajar juga hendaklah memastikan buku teks yang diperolehi dibawa
mengikut jadual bagi setiap matapelajaran. Sekiranya didapati pelajar tidak
membawa buku teks semasa waktu pembelajaran bagi matapelajaran tertentu,
pihak sekolah juga berhak mengambil kembali buku teks yang telah dibekalkan.
Pihak SPBT juga telah menurunkan kuasa kepada semua guru matapelajaran/
guru tingkatan untuk mengenakan denda sebanyak RM 2.00 bagi kesalahan
tidak membalut atau tidak membawa buku teks semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.

Bagi buku teks yang dirampas:
Pelajar mestilah berurusan secara terus dengan Guru SPBT untuk
mendapatkan semula buku tersebut. Pelajar juga tertaklukepada peraturan yang
dikeluarkan oleh unit SPBT sekolah.
Tempoh tuntutan barang rampasan hanya 2 minggu sahaja .

Anda mungkin juga menyukai