Anda di halaman 1dari 5

 

FUNGSI DAN PERANAN MPP


Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ditubuhkan bagi memberi
pendedahan dan pengalaman pada pelajar menjadi pemimpin
di masa depan, selain membantu pihak pegurusan Institut
menangani masalah disiplin pelajar. MPP juga berfungsi
sebagai saluran bagi para pelajar mengemukakan masalah
- masalah mereka kepada pihak Institut. MPP hendaklah
diwujudkan bagi memenuhi tanggungjawab itu.

MPP dianggotai oleh tiga belas orang ahli yang dipilih melalui
pilihanraya. Sembilan kerusi yang dipertandingkan adalah bagi
kerusi umum dan 4 kerusi yang selebihnya adalah bagi kerusi
jabatan.
MPP akan diketuai oleh seorang Presiden (YDP), Naib
Presiden (NYDP) yang juga merangkap Ketua Asrama,
Setiausaha, Bendahari, 4 orang wakil jabatan dan juga
exco - exco biro kebajikan, biro kerohanian, biro
akademik, biro sukan dan kebudayaan.

Untuk bertanding bagi kerusi umum, pelajar hendaklah


mengambil borang di BPPL pada hari penamaan calon manakala
bagi kerusi jabatan, pihak jabatan akan mencalonkan pelajar -
pelajar yang difikirkan sesuai bagi bertanding untuk kerusi
jabatan.

Objektif Utama MPP

 Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa.

 Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di


samping memaksimumkan penggunaan kemudahan
sedia ada.

 Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar.

 Menggalakkan penyertaaan aktif pelajar dalam


perlaksanaan setiap aktiviti yang dirancang.
 Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan
berhubung kebajikan pelajar kepada pihak
pengurusan.

MISI

Menjadi perantara di antara pelajar JMTI dengan pihak


pengurusan ataupun sebaliknya menyediakan satu saluran
pembangunan diri untuk pelajar dari aspek sahsiah, akademik
dan kokurikulum.

VISI

Memastikan kebajikan dan hak pelajar JMTI tidak terabai serta


memastikan pelajar dapat menikmati keselesaan dan kemudahan
di JMTI bagi memudahkan pelajar.

PERANAN MPP

 Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa.

 Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di


samping memaksimumkan penggunaan kemudahan
sedia ada.

 Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar.

 Menggalakkan penyertaaan aktif pelajar dalam


perlaksanaan setiap aktiviti yang dirancang.

 Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan


berhubung kebajikan pelajar kepada pihak
pengurusan.
 MPP memainkan peranan penting dalam
mengenalpasti dan mendengar luahan masalah
berhubung hal-hal kebajikan, disiplin, keperluan dan
hak-hak pelajar.

TUGAS-TUGAS MPP

YDP
- Ketua Organisasi MPP
- Ketua Semua Pelajar
- Menjaga Disiplin dan kebajikan pelajar

NYDP
- Membantu Tugas – Tugas YDP
- Ketua Penghuni Asrama
- Menjaga Disiplin dan kebajikan pelajar

SETIAUSAHA
- Mencatat minit mesyuarat
- Urusan surat – menyurat MPP
- Membantu Tugas – Tugas YDP
- Menjaga Disiplin dan kebajikan pelajar

BENDAHARI
- Urusan kewangan
- Mengemaskini akaun dan memantau segala perbelanjaan MPP
- Menjaga Disiplin dan kebajikan pelajar

BIRO KEROHANIAN DAN PEMBANGUNAN INSANIAH


- Merancang dan menjalankan aktiviti kerohanian.
- Merancang dan menjalankan aktivti kesedaran dan
pembangunan jati diri.
- Menjaga Disiplin dan kebajikan pelajar.
- Eg. – Minggu Penghayatan Nilai – Nilai Islam ( Kempen Tutup
Aurat, Menghormati sesama manusia, etc...), kursus
pembangunan jati diri..

BIRO KEBAJIKAN, KESELAMATAN DAN KECERIAAN


- Menjaga Disiplin dan kebajikan pelajar
- Memastikan keselamatan pelajar terjamin
- Merancang dan menjalankan kempen – kempen keselamatan.
- Merancang dan menjalankan aktiviti menceriakan kawasan
institut.
- Eg. – Kempen keselamatan lalulintas, Kempen Antidadah,
Gotong royong menghias kawasan Institut sempena hari
kemerdekaan, etc...

BIRO AKADEMIK DAN KEUSAHAWANAN


- Membantu agar maklumat sampai kepada semua pelajar
- Merancang dan menjalankan program – program untuk
membantu pelajar dalam pengurusan masa dan teknik belajar
dengan betul.
- Merancang dan menjalankan program – program untuk menarik
minta pelajar dalam bidang keusahawanan.
- Menjaga Disiplin dan kebajikan pelajar
- Eg – Seminar motivasi – teknik belajar dengan berkesan,
seminar pengurusan masa, making money with blogging, etc...

BIRO KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PERPADUAN


- Merancang dan menjalankan aktiviti yang boleh mengeratkan
hubungan sesama pelajar dan dengan staff.
- Membantu menguruskan hal – hal berkaitan pelajar bukan islam
- Menjaga Disiplin dan kebajikan pelajar
- Eg – Expo kebudayaan, malam kebudayaan, kempen
pemakaian pakaian tradisional, etc...

BIRO SUKAN DAN REKREASI


- Merancang dan menjalankan aktiviti sukan dan riadah
- Menjaga Disiplin dan kebajikan pelajar
- Eg – sukan interdept, etc..

BIRO ASRAMA
- Membantu menyampaikan maklumat berkaitan asrama dan
surau kepada penghuni asrama
- Membantu menjaga kebajikan pelajar bagi isu – isu makanan di
dewan makan.
- Memastikan keselamatan penghuni – penghuni asrama
- Mengimarahkan Surau serta memastikan penghuni
mengimarahkan surau.
- Menjaga Disiplin dan kebajikan pemghuni asrama
- Eg – gotong royong asrama, sukan inter blok asrama,
pertandingan menghias blok asrama.

Anda mungkin juga menyukai