Anda di halaman 1dari 5

Unit pembangunan pelajar

Latar belakang

Bahagian Pembangunan Pelajar (B2P) merupakan nadi utama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM.
Bahagian ini bertanggungjawab dalam mengurus dan membangunkan pelajar melalui aktiviti dan latihan.
Bertanggungjawab dalam merealisasikan usaha penerapan nilai-nilai keunggulan dalam diri pelajar.

Objektif

Membangunkan potensi pelajar dalam aspek mental, fizikal dan kerohanian menerusi program dan aktiviti dalam
bentuk kurikulum dan bukan kurikulum.

Objektif operasi

Memperkukuh dan memperkayakan ilmu pengetahuan, kemahiran pembelajaran selain memupuk nilai murni
serta sikap proaktif dalam diri mahasiswa.
Melahirkan dan meningkatkan kualiti kepemimpinan dan pengurusan organisasi pelajar.
Merancang dan menguruskendalikan perkhidmatan dan kemudahan am bagi pelajar melestarikan suasana
kampus yang kondusif bagi tujuan pembangunan akademik khususnya pembangunan sahsiah.
Menzahirkan matlamat untuk melahirkan generasi pelajar yang cergas, tangkas, memiliki daya saing serta daya
juang yang tinggi bagi mencapai kecemerlangan.
Mewujudkan kumpulan pelajar yang memahami hak dan keistimewaan serta tanggungjawab mereka terhadap
diri, agama bangsa dan negara.
Menjunjung dan menghormati aspirasi serta cita-cita negara melalui pelaksanaan fungsi Unit-Unit yang terdapat
di bawah B2P.

Pusat Ko-kurikulum

Pengenalan
Pusat Kokurikulum Universiti Malaysia Pahang telah ditubuhkan pada 16 Januari
2009, sejajar dengan hasrat universiti untuk melahirkan insan yang seimbang dan
bersahsiah tinggi. Ia juga bertindak sebagai pemankin dalam melahirkan pelajar dari
segi semangat jati diri, berinovasi, cekal dan mempunyai sahsiah yang tinggi melalui
aktiviti-aktiviti kokurikulum yang terancang dan berinovasi. Pusat ini berperanan
dalam penawaran kursus-kursus berkredit kokurikulum universiti. Segala aktiviti ko-
kurikulum dalam kursus yang ditawarkan, dirangka agar pelajar mendapat ilmu yang
baharu.
Objektif
Memperkukuhkan dan memperkasakan program kokurikulum berkredit
melalui perancangan dan pengurusan yang bersistematik.
Memberi galakan kepada para graduan memilih program berdasarkan minat
dan keupayaan masing-masing.
Melahirkan para graduan yang mempunyai jati diri yang tinggi, berilmu,
berintegriti, kretif dan inovatif sejajar dengan kehendak universiti.
Merencana aktiviti kokurikulum dan memberi pengiktirafan aktiviti kehidupan
kampus melalui kaedah Learning Outcome (LO) & Kemahiran Insaniah (KI) selaras
dengan modul kemahiran insaniah IPTA demi melahirkan pelajar IPT yang holistik
dibidang IQ,EQ dan SQ.
Fungsi
1.Menyelaraskan Subjek berkredit kokurikulum kepada pelajar.
Buka penawaran subjek kepada semua fakulti.
Tambah/Buang(Add/Drob) subjek.
Penjadualan kursus.

2.Menguruskan dan melaksanakan aktiviti kokurikulum pelajar


Menguruskan kokurikulum 1
Menguruskan kokurikulum 2

3.Menguruskan peralatan Kokurikulum


Pembelian peralatan
Pinjaman peralatan.
Merekod menjaga dan menyelenggara peralatan

4.Mengurus dan menilai Subjek Kokurikulum.


Melaksanakan penafsiran dan penilaian.

5.Menyediakan pengkreditan tentang subjek-subjek baru.


Membuat kertas kerja dan silibus untuk dibawa ke Senat

6.Melantik jurulatih berkelayakan.


Perlantikan jurulatih.
Tuntutan elaun jurulatih/pembantu jurulatih.
PUSAT SUKAN

Fungsi Pusat Sukan

Fungsi Pusat Sukan

Fungsi utama Pusat Sukan adalah untuk menyokong matlamat Universiti bagi melahirkan
pelajar yang berkualiti dan berdaya saing dengan meningkatkan Kemahiran Insaniah (soft
skill) melalui program-program sukan. Dengan itu, Pusat Sukan UPM telah mengenalpasti
beberapa fungsi utamanya. Antaranya adalah :

Mengelola kejohanan sukan peringkat Universiti, Kebangsaan dan Antarabangsa.

Menyediakan atlit bagi sesuatu kejohanan atau pertandingan.

Merancang dan melaksanakan program pembangunan sukan serta latihan sukan.

Menjalankan urusan pentadbiran dan kewangan dengan cekap dan berkesan.

Mengurus tadbir dan menyediakan kemudahan dan peralatan sukan.

Merancang penyediaan atlit Sukan Prestasi Tinggi melalui Jurulatih bertauliah, latihan
berterusan dan sistematik.

PUSAT KESIHATAN

Pusat Kesihatan UiTM ditubuhkan pada tahun 1974 untuk menyediakan perkhidmatan perubatan
dan kesihatan primer kepada warga UiTM. Pusat Kesihatan dikendalikan oleh staf yang terdiri
daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian serta staf-staf sokongan yang lain. Pusat kesihatan
ini terletak di Lot 1, Jalan Bijak 1/22, Seksyen 1, UiTM Shah Alam. Terdapat juga unit Kesihatan di
semua kampus cawangan.
Perkhidmatan di Pusat Kesihatan dibahagikan kepada 5 unit utama iaitu Unit Perubatan, Unit
Kesihatan Awam, Unit Kesihatan Mulut, Unit Diagnostik & Perkembangan Perubatan dan Unit
Farmasi. Unit-unit utama ini disokong oleh 2 unit lagi iaitu Unit Pentadbiran dan Unit ICT. Semua
kemudahan ini disediakan untuk pelajar dan kakitangan UiTM.

Fungsi Pusat Kesihatan:

Meningkatkan mutu dan taraf kesihatan masyarakat Universiti Teknologi MARA


Memperkembangkan fungsi perubatan, kesihatan, farmaceutikal dan pergigian sebagai
Pusat Kesihatan yang serba lengkap
Memperluaskan perkhidamtan kesihatan untuk melahirkan masyarakat UiTM yang sihat
Antara perkhidmatan yang disediakan:

Perkhidmatan pesakit luar perubatan


Perkhidmatan pesakit luar pergigian
Rawatan kecemasan
Wad rawatan sementara
Cucian luka dan surgeri minor
Kemudahan makmal perubatan
Kemudahan X-ray
Perkhidmatan farmasi
Perkhidmatan ambulan dan panggilan kecemasan
Perkhidmatan kawalan vektor
Perkhidmatan kawalan mutu makanan
Promosi kesihatan

ALUMNI

Alumi merupakan sebuah persatuan yang dianggotai oleh bekas pelajar sesebuah Universiti yang telah
menamatkan pengajian dengan jayanya. Semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia
mempunyai persatuan alumni sendiri yang memberikan sumbangan dalam memajukan universiti
masing-masing sama ada sumbangan dari segi kewanagan, kepakarann dan pelbagai lagi.

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mula mengambil pelajar untuk mengikuti pengajian pada sesi
akademik 2007/2008. Jangka masa untuk kesemua program yang ditawarkan di UMK adalah selama
empat (4) tahun. Oleh yang demikian, semua pelajar berkenaan akan menamatkan pengajian pada
semester Disember Sesi Akademik 2010/2011. Pelajar-pelajar berkenaan akan menjadi perintis kepada
penubuhan Persatuan Alumni UMK.

Penubuhan Persatuan Alumni UMK adalah termaktub dalam Perlembagaan UMK, seksyen 27. Mengikut
Seksyen 27(1), seramai tidak kurang 30 orang siswazah Universiti diperlukan untuk membentuk dan
menubuhkan persatuan Alumni Universiti. Berdasarkan Seksyen 27(2), Persatuan Alumni perlu ditadbir
berdasarkan perlembagaan dan kaedah-kaedah yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti.

Visi

Membentuk landasan komunikasi dua hala yang berkesan antara alumni dan alma mater.
Misi

Mewujudkan perkongsian pintar antara alumni dengan Universiti disamping mengekalkan


perhubungan rapat yang berterusan antara para graduan dan pihak universiti.
Objektif

Memupuk semangat cintakan alma mater dengan menyumbangkan kepakaran dan kemahiran
serta kewangan bagi membangunkan kecemerlangan Universiti.
Mengumpul maklumat graduan bagi mengenalpasti kebolehpasaran graduat Universiti Malaysia
Kelantan dalam memperoleh pekerjaan selepas menamatkan pengajian.
Mengeratkan hubungan silatulrahim yang sedia wujud.
Menjadi pemudahcara bagi penyampaian maklumat yang terkini dan berkesan.
Peranan Dan Fungsi

Memantau dan mengemaskini data rekod alumni.


Menjejaki alumni dan menyimpan maklumat kemajuan kejayaan alumni serta menyediakan
mekanisme sokonngan yang diperlukan
Sebagai pengantara penyebaran maklumat berkaitan dengan pekerjaan.
Menjadi rakan kongsi kerajaan dan swasta dalam mengendalikan keperluan sumber tenaga
kerja, seminar, bengkel dan aktiviti yang melibatkan universiti.
Menjadi urusetia bersama bagi majlis dan program yang melibatkan alumni.

Anda mungkin juga menyukai