Anda di halaman 1dari 22

DiodPemancarCahaya(LED)

LEDbolehdidapatidalam
pelbagaiwarna.LEDmempunyai
duakaki,iaitukakianoddankaki
katod.Kakianod(+)hendaklah
disambungpadapuncapositif.
Kakikatod()pulahendaklah
disambungpadapuncanegatif.
LEDtidakakanmenyalajika
disambungpadapuncayang
salah.
PENDAHULUAN
Sains adalah satu kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi dan juga bagaimana alam semulajadi ini memberi kesan kepada kita
dan persekitaran. Informasi yang diperolehi melalui kajian secara saintifik dikenali sebagai pengetahuan saintifik. Melalui pengetahuan saintifik
ini banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi.Aplikasi kepada pengetahuan saintifik untuk kegunaan manusia pula dikenali sebagai
teknologi. Manusia menggunakan teknologi dalam setiap aspek kehidupannya. Oleh itu, sains merupakan sebahagian daripada kehidupan
seharian kita.
Pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah membantu manusia dalam kehidupan seharian. Dengan kemajuan dalam bidang
sains dan teknologi ini pelbagai ciptaan telah diperkenalkan untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja manusia, di samping tidak
memerlukan peralatan tambahan, ia memberikan hasil yang lebih bermutu. Ini telah memberi banyak manafaat kepada manusia terutamanya
dalam bidang domestik, pengangkutan, pertanian, komunikasi dan perubatan.
BIDANG DOMESTIK
Dalam bidang ini sains membantu manusia melakukan kerja-kerja seharian dengan lebih mudah dan cepat. Banyak masa dapat
dijimatkan dan masa ini boleh digunakan untuk memberi tumpuan kepada keluarga dan kerjaya. Contohnya ; periuk memasak nasi elektrik,
cerek elektrik dan mesin pengisar mampu membantu para ibu semasa memasak.

Selain daripada itu, mesin pencuci pakaian dan penyedut hampagas ( vacuum cleaner ) pula dapat membantu para ibu kurangkan
penggunaan tenaga mereka semasa mengemas rumah.Selain daripada itu sains juga menjadikan kehidupan lebih selesa di mana kipas angin atau
penghawa dingin dapat menyejukkan bilik yang panas, pelbagai jenis lampu menerangi malam yang gelap dan tilam yang empuk untuk tidur
yang lena.
PERTA
NIAN

Anda mungkin juga menyukai