Anda di halaman 1dari 18

Portfolio Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling KAUNSELOR 1

Menjalankan tugas rutin Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Tugas-tugas yang dijalankan adalah berdasarkan kepada 10 jenis khidmat utama program bimbingan yang dijalankan di sekolah. Secara Umum menyelaras semua program dari tingkatan 1 hingga tingkatan Enam Menyediakan rekod perundingan klien setiap bulan mengikut jantina dan tingkatan.- Rujuk borang laporan Matlamat unit sekurang-kurangnya seminggu mendapatkan 3 klien individu dan dua kelompok bimbingan. Melaksanakan program motivasi / kemahiran belajar ke kelas waktu guru ganti. Merancang dan melaksanakan program Motivasi dan kemahiran Belajar untuk pelajar tingkatan Enam bawah dan Enam atas . Menyelaras modul utnuk Program Kepimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Asrama. Menyelaras dan merancang Program berkaitan Minggu Orientasi Asrama dan Pelajar Tingkatan Enam Bawah. Menyelaras modul untuk Program Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan, Kepimpinan Pengerusi dan setiausaha Kelab dan Persatuan. Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat berkaitan kerjaya pelajar. Mengurus Borang UPU pelajar STPM. Setiausaha program sekolah Selamat Guru Penasihat PRS dan ProSTAR sekolah Malaksanakan Kajian Tindakan dari masa ke semasa mengikut keperluan. Menyerahkan Perancangan dan Laporan Tahunan setiap program kepada pihak pengurusan Sekolah, PPD dan JPN Terengganu Menjalankan tugas dan arahan dari pihak sekolah, PPD dan JPN dari masa ke semasa.

Portfolio Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling KAUNSELOR 2


Menjalankan tugas rutin Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Tugas-tugas yang dijalankan adalah berdasarkan kepada 10 jenis khidmat utama program bimbingan yang dijalankan di sekolah. Sebagai Setiausaha Unit Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas - Jadual waktu masing-masing Menyediakan, mengemaskini dan menjaga rekod maklumat perundingan klien setiap bulan mengikut jantina dan tingkatan. Matlamat unit sekurang-kurangnya seminggu mendapatkan 3 klien individu dan satu kelompok bimbingan. Penyelaras Program Kepimpinan dan Kemahiran Belajar KRK sekolah Merancang dan melaksanakan program untuk pelajar Tingkatan Tiga - termasuk Motivasi dan kemahiran belajar Guru Penasihat PRS sekolah Menyelaras permohonan dan kemasukan pelajar ke SMBP dan SMT. Menyerahkan Perancangan dan Laporan serta dokumentasi setiap program di bawah kelolaan tugas masing-masing Melaksanakan Kajian Tindakan kepada kumpulan sasaran serta mengenalpasti kelemahan dan kakuatan yang ada . Menjalankan tugas dan arahan dari pihak sekolah, PPD dan JPN dari masa ke semasa.

Portfolio Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling KAUNSELOR 3


Menjalankan tugas rutin Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Tugas-tugas yang dijalankan adalah berdasarkan kepada 10 jenis khidmat utama program bimbingan yang dijalankan di sekolah. Menjalankan Tugas sebagai Penolong Penyelaras Unit Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Pengajaran dan Pembelajaran Intervensi di dalam kelas - Jadual waktu masingmasing Menyediakan, mengemaskini dan menjaga rekod maklumat perundingan klien setiap bulan mengikut jantina dan tingkatan. Matlamat unit sekurang-kurangnya seminggu mendapatkan 3 klien individu dan satu kelompok bimbingan. Penyelaras Program Orientasi Pelajar Tingkatan Satu Merancang dan menyelaras program untuk pelajar sidang petang (Tingkatan Satu dan Dua) - termasuk Motivasi dan kemahiran belajar Menyelaras dean mengemaskini semua rekod kemasukan dan keluaran rekod kesihatan dan kemajuan pelajar sidang petang. Guru Penasihat Kelab ProSTAR sekolah Setiausaha keceriaan dan kebersihan UPBK. Menyerahkan Perancangan dan Laporan serta dokumentasi setiap program di bawah kelolaan tugas masing-masing Melaksanakan Kajian Tindakan kepada kumpulan sasaran masing-masing untuk mengenalpasti kelemahan dan kakuatan yang ada serta keperluan masing-masing. Menjalankan tugas dan arahan dari pihak sekolah, PPD dan JPN dari masa ke semasa.

Portfolio Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling KAUNSELOR 4


Menjalankan tugas rutin Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Tugas-tugas yang dijalankan adalah berdasarkan kepada 10 jenis khidmat utama program bimbingan yang dijalankan di sekolah. Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas - Jadual waktu masing-masing Menjalan Tugas sebagai Penolong Setiausaha Unit Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Menyediakan, mengemaskini dan menjaga rekod maklumat perundingan klien setiap bulan mengikut jantina dan tingkatan. Matlamat unit sekurang-kurangnya seminggu mendapatkan 3 klien individu dan satu kelompok bimbingan. Penyelaras Program Orientasi Pelajar Tingkatan Empat Merancang dan menyelaras program untuk pelajar (Tingkatan Empatedan Lima) termasuk Motivasi dan kemahiran belajar . Menyelaras dan mengemaskini semua rekod kemasukan dan keluaran rekod kesihatan dan kemajuan pelajar sidang pagi. Sentiasa mengemaskini papan maklumat UPBK. Menyelaras dan merekod semua stok inventori peralatan UPBK dan buku-buku rujukan. Mengurus permohonan borang UPU pelajar SPM. Menyerahkan Perancangan dan Laporan serta dokumentasi setiap program di bawah kelolaan tugas masing-masing . Melaksanakan Kajian Tindakan kepada kumpulan sasaran masing-masing dan mengenalpasti kelemahan dan kakuatan yang ada serta keperluan-keperluan pelajar. Menjalankan tugas dan arahan dari pihak sekolah, PPD dan JPN dari masa ke semasa.

Portfolio Bidang Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling


Tugas-tugas yang dijalankan adalah berdasarkan kepada 10 jenis khidmat utama program bimbingan yang dijalankan di sekolah. Penerangan tugas yang disenaraikan seperti yang berikut ini bukan mengikut keutamaan. Keutamaan tugas bergantung kepada keadaan dan keperluan pelajar, sekolah dan komuniti di mana program bimbingan itu diadakan 1. Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang sudah mendapat latihan secara khusus dalam bidang bimbingan dan kaunseling dari Maktab Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Institut Perguruan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti PUTRA Malaysia dan Universiti di dalam negeri dan universiti di luar yang lain.

Portfolio Bidang Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling


2. Inventori Individu Dan Rekod i. Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang pelajar. Ii. Bertanggungjawab mengumpul dan merekodkan butiranbutiran berkait dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar. Iii. Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling. iv. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar. v. Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan. vi. Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu atau berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar.

Portfolio Bidang Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling


3. i. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan pelajaran kepada pelajar misalnya melalui risalah- risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah. Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan, pelajaran,sosial dan peribadi. Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan dengan tepat. Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan lain. Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat. Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah AIDS, bahaya merokok dan inhalen.

ii. iii. iv. v.

vi.

Portfolio Bidang Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling


4. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Kelompok i. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri, vokasional / kemahiran, kognitif-afektif, psikososial, fizikal-seksual dan kerohanian pelajar. ii. Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu, misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa kesemasa. iii. Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan SPM, SPMV dan STPM iv. Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti mereka

Portfolio Bidang Tugas Bimbingan & Kaunseling


5. Perkhidmatan Kaunseling . Kaunseling dengan pelajar secara individu kelompok mengenai: i. Kaunseling dengan pelajar secara individu kelompok mengenai a) Pencapaian akademik yang tidak memuaskan. b) Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain. c) Kerjaya, pelajaran dan peribadi. d) Tidak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum. e) Masalah disiplin seperti ponteng, budaya melepak, merokok dan bertumbuk . ii. Kaunseling keluarga. Ini boleh diadakan jika perlu dan jika guru kaunseling boleh mengendalikannya. iii. Kaunseling tunjuk ajar Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan, dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah .

Portfolio Bidang Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling


6. Perkhidmatan Penempatan i. Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurukulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan dan kemampuan. ii. Penempatanke Kerjaya, a) Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman ke kerjaya (jika program seumpama ini diadakan). b) membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vakasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik). c) membantu menempatkan pelajar lepasan sekolah menengah untuk memasuki institusi-institusi IPTA, IPTS dan Institusi Kemahiran dan Ke kerjaya.

Portfolio Bidang Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling


7. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah Dan Inhalen i. Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjukajar dalam menanam dan memupuk sikap dan nilai membenci dadah dan inhalen. ii. Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan. iii. Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada Kementerian atau Jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah di peringkat sekolah.

Portfolio Bidang Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling


8. Perkhidmatan Konsultasi Dan Rujukan i. Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta. ii. Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di sekolah. iii. Membantu ibu bapa atau penjaga pelajar dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar. iv. Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah. v. Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar. vi. Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah kepada agensiagensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakarkanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.

Portfolio Bidang Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling

9. Perkhidmatan Penyelarasan Resos i. Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi lain. ii. Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum. iii. Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah. iv. Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi- agensi dan komuniti setempat. .

Portfolio Bidang Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling

10. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa i. Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawal kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran. ii. Menghubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan. iii. Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru. iv. Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di kalangan pelajar. v. Mengadakan kaunseling keluarga jika didapati pasti bahawa masalah yang dihadapi oleh pelajar berpunca daripada keluarga.

Portfolio Bidang Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling


11. Perkhidmatan Penilaian i. Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya seperti, Program kemahiran belajar, Kem Jati Diri, Program Kepimpinan, Pogram KRK, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar. ii. Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.

Portfolio Bidang Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling


12. Sistem Fail, Rekod Dan Dokumentasi i. Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling, seorang guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling, mengadakan sistem fail, menyimpan rekod, perhubungan awam, surat menyurat, pengelolaan unit bimbingan, pengendalian bahan bercetak, penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian.

E. GURU PENOLONG BIMBINGAN DAN KAUNSELING (AJK)


Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang membantu secara khusus perlaksanaan program atau aktiviti bimbingan di sekolah. Mereka ini sebagai pegawai yang membantu kepada guru kanan bimbingan dan kaunseling. 1. Tugas Guru Penolong Bimbingan Dan Kaunseling i. Membantu dalam mengendalikan inventori individu dan rekod. ii. Membantu dalam perkhidmatan memberi maklumat. iii. Membantu dalam perkhidmatan bimbingan kelompok. iv. Membantu dalam perkhidmatan kaunseling. v. Membantu dalam perkhidmatan penempatan. vi. Membantu dalam perkhidmatan mencegah penggunaan dadah dan inhalen. vii. Membantu dalam pekhidmatan konsultasi dan rujukan. viii. Membantu dalam perkhidmatan penyelarasan resos. ix. Membantu dalam perkhidmatan penilaian. x. Membuat pesanan dan membuat stok bahan-bahan bimbingan. xi. Membantu menghasilkan dan mengurus bahan cetak dan bukan cetak bimbingan, seperti poster, risalah, dokumen, berita dan pita vcd.

Portfolio Bidang Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling


2. Tugas Guru Lain Dalam Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling. i. Membantu mengenal pasti pelajar-pelajar berisiko untuk intervensi kaunseling. ii. Membantu mengumpul data mengenai profil pelajar. iii. Membantu memberi bimbingan 'tunjuk ajar' iv. Membantu memberi maklumat kerjaya, pendidikan pencegahan dadah, latihan dan maklumat semasa. v. Membantu melaksanakan program dan aktiviti pelajar. vi.Membantu pelajar bermasalah melalui konsultasi dengan guru bimbingan dan kaunseling.

Anda mungkin juga menyukai