Anda di halaman 1dari 10

09/02/2006

Adakah anda ingin menjadi seorang kaunselor?

KAUNSELOR IALAH SEORANG YANG:


sanggup mendengar semua persoalan anda menerima tanpa syarat menerima dan merahsiakan apa
yang anda katakan menghormati diri anda sebagai seorang individu

BAGAIMANA CARA BERJUMPA DENGAN KAUNSELOR


datang seorang atau dengan rakan-rakan anda datang memberitahu KAUNSELOR suatu tarikh yang
boleh ditentukan untuk sesi kaunseling mengisi borang temujanji kaunseling yang didapati di bilik
kaunseling (biasanya di Sekolah dan IPT)

BAGAIMANA KAUNSELING DIJALANKAN


Kaunseling Individu: pertemuan anda dengan kaunselor anda Kaunseling Kelompok: pertemuan
anda dan rakan-rakan anda dengan kaunselor

APAKAH PERKHIDMATAN KAUNSELING


Perkhidmatan percuma ini disediakan kepada anda untuk menolong anda menyelesaikan persoalan-
persoalan mengenai: peribadi dan emosi anda perlakuan yang tidak waras, pendiam, susah bergaul
dan selalu berpandangan negatif
perkembangan pelajaran
belajar dengan lebih berkesan
memilih kerjaya dan merancang masa depan
menghisap rokok, menghidu gam dan menyalahguna dadah
ujian personaliti

KAUNSELING BUKAN UNTUK


mempengaruhi kepercayaan, fikiran, perasaan, kelakuan dan sikap individu
menyelesaikan masalah individu
memberi nasihat atau pandangan
memberi maklumat sahaja
menemuramah atau berbual tanpa tujuan
menilai kekuatan dan kelemahan individu

MATLAMAT KAUNSELING
supaya individu memahami diri dan situasinya
supaya individu menerima diri dan situasinya serta mempunyai pandangan yang lebih objektif dan
realistik
supaya individu mengenalpasti keperluannya
supaya individu dapat membuat rancangan yang realistik dalam kehidupannya
APAKAH PENGALAMAN YANG BOLEH ANDA PEROLEH MELALUI KAUNSELING
Kesedaran kendiri tentang kekuatan dan kelemahan anda
Melihat kejujuran, keberanian dan sikap terbuka anda
Melatih bagaimana menyelesaikan masalah dalam kehidupan
Mempunyai perasaan positif dan simpati terhadap orang lain
Mengembangkan bakat, minat, kebolehan dan potensi anda

APAKAH KAUNSELING KELOMPOK


Kaunseling ialah pertemuan antara seorang kaunselor dengan beberapa orang (antara 3-10) peserta
atau klien
Dalam situasi ini ahli-ahli berinteraksi antara satu sama lain (bukan dengan kaunselor sahaja)
Ahli-ahli tolong-menolong antara satu sama lain dalam proses mengenal diri
Ahli-ahli cuba mengatasi masalah masing-masing untuk mencapai matlamat yang ditentukan

PERSOALAN-PERSOALAN YANG BOLEH DIBINCANGKAN DALAM KAUNSELING KELOMPOK


Pelajaran
Penyesuaian sekolah dan rumah
Masalah berkaitan dengan situasi sosial
Kerjaya
Personaliti/Peribadi

MATLAMAT KELOMPOK
membantu pertumbuhan pelajar-pelajar dalam bidang akademik serta mewujudkan interaksi
individu yang lebih sihat
mewujudkan program pencegahan yang boleh mengurangkan krisis dalam diri dan krisis antara
individu
mengurangkan masalah disiplin serat mewujudkan suasana lebih seronok di sekolah

FAEDAH KAUNSELING KELOMPOK


peserta lebih memahami pelbagai ragam manusia lain dan mengetahui bagaimana orang lain
mempersepsikan sesuatu
peserta lebih menghormati orang lain terutamanya mereka yang berbeza daripada dirinya sendiri
peserta mempelajari kemahiran-kemahiran sosial dalam berbicara dan juga berhubung dengan
orang lain
peserta mengenalkan keperibadian dirinya supaya dapat mewujudkan perasaan sejiwa (belonging)
hasil daripada penyertaaan dalam kelompok seseorang ahli itu dihormati dan diterima oleh ahli-ahli
lain
PERANAN KAUNSELOR/FASILITATOR
Memandu kelompok dalam interaksi dan perkembangannya
Menggalakkan pertumbuhan interaksi, pilihan, mengenal diri dan perpaduan kelompok
Mengimbangkan kadar penglibatan dan interaksi ahli menurut keperluan diri dan keperluan
kelompok
PENGERTIAN KAUNSELING

Apakah Kaunseling?

Kaunseling ialah satu proses menolong tetapi bukan merupakan aktiviti memberi nasihat . Dalam
proses menolong , seorang kaunselor akan membina satu perhubungan yang profesional dengan
klien dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien menjadi lebih sedar
tentang kelebihan dan kekurangannya , kebolehan , kemampuan dan keupayaannya . Klien akan
dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindakbalasnya dengan orang lain dan
suasana yang mempengaruhi hidupnya. Dengan kesedaran ini klien dapat memahami realiti
hidupnya lalu boleh membuat rancangan untuk masa depannya.

(Petikan di ambil dari tulisan Aminah Hj Hashim , Rusnani Abd Kadir & Nordin Kardi ... UPM )

Senarai Tugas

BIDANG TUGAS GURU DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Tugas-tugas yang dijalankan adalah berdasarkan kepada 10 jenis khidmat utama program
bimbingan yang dijalankan di sekolah. Penerangan tugas yang disenaraikan seperti yang berikut ini
bukan mengikut keutamaan. Keutamaan tugas bergantung kepada keadaan dan keperluan pelajar,
sekolah dan komuniti di mana program bimbingan itu diadakan.

KETUA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

(Guru yang terlatih dalam bidang bimbingan dan kaunseling secara khusus. Dalam konteks ini
bermaksud guru-guru yang sudah mendapat latihan secara khusus dalam bidang bimbingan dan
kaunseling dari Maktab Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Sultan Idris, Institut Perguruan
Darul Aman, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia, dan universiti-universiti
di luar dan di dalam negeri yang lain).

Tugas Ketua Bimbingan dan Kaunseling

1. Inventori Individu Dan Rekod


Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang pelajar
Bertanggung jawab mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait dengan penilaian dan
pentafsiran minat pelajar.
Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling.
Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar.
Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar
bermasalah untuk tujuan pemulihan.
Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu atau berguna untuk
membantu perkembangan diri pelajar.

2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat.


Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan pelajaran kepada
pelajar, misalnya, melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya
dan buletin sekolah.
Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan, pelajaran, sosial dan
peribadi.
Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan dengan tepat.

Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan
lain.
Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru-guru dan
anggota masyarakat.
Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya merokok dan inhalen.

3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok


Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar
(instructional) yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri, vokasional, kognitif-afektif,
psikososial, fizikal-seksual dan moral agama pelajar.
Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling tunjuk ajar
mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu, misalnya masalah disiplin,
masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar
dari semasa ke semasa.
Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan, SPM, SPMV dan STPM.
Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti mereka.

4. Perkhidmatan Kaunseling

Kaunseling dengan pelajar secara individu atau kelompok mengenai:


Pencapaian akademik yang tidak memuaskan.
Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.
Kerjaya, pelajaran dan peribadi.
T
idak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum.
Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, mrokok, bertumbuk dan menggunakan dadah
dan bahan inhalen.
Kaunseling keluarga. Ini boleh diadakan jika perlu dan jika guru kaunseling boleh
mengendalikannya.
Kaunseling tunjuk ajar -- Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar
perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran
berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan dan menghindar diri dari tercebur dalam
penggunaan dadah dan inhalen.

5. Perkhidmatan Penempatan

Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan dan
kemampuan.
Penempatan pekerjaan:
Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja (jika program
seumpama ini diadakan).
Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan sistem memperoleh data
atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan
teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik).
Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki institusi-institusi pekerjaan.

6. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen


Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam
menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah dan inhalen.
Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan
rawatan.
Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada kementerian atau jabatan
Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah diperingkat sekolah.

7. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan


Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi, kerjaya,
pelajaran dan sebagainya apabila diminta.
Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai
program bimbingan di sekolah.
Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar.
Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi
perkhidmatan bimbingan di sekolah.
Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi
kemajuan pelajar.
Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah
kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai
kebajikan dan sebagainya.

8. Perkhidmatan Penyelarasan Resos


Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan
agensi lain.
Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam
program bimbingan di sekolah.
Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti
bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat.

9. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa


Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawasi kemajuan pelajar
terutamanya dalam pelajaran.
Mengubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan.
Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru.
Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di kalangan pelajar.
Mengadakan kaunseling keluarga jika dikenal pasti bahawa masalah yang dihadapi pelajar berpunca
daripada keluarga.

10. Perkhidmatan Penilaian


Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya seperti
Pembimbing Rakan Sebaya, Pembimbing
Rakan Dinamik, Kem Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar.
Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.

11. Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi

Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling, seorang guru
bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran di bilik bimbingan
dan kaunseling, mengadakan sistem fail, menyimpan rekod, perhubungan awam, surat menyurat,
pengelolaan unit bimbingan, pengendalian bahan bercetak, penyediaan laporan aktiviti dan tugas
lain yang diarah oleh jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah,
Negeri dan Kementerian.
GURU PENOLONG BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang membantu secara khusus perlaksanaan program atau
aktiviti bimbingan di sekolah. Mereka ini sebagai staf yang menjadi pembantu kepada guru kanan
bimbingan dan kaunseling.

Tugas Guru Penolong Bimbingan dan Kaunseling:


Membantu dalam mengendalikan inventori, individu dan rekod.
Membantu dalam perkhidmatan memberi maklumat.
Membantu dalam perkhidmatan bimbingan kelompok.
Membantu dalam perkhidmatan kaunseling.
Membantu dalam perkhidmatan penempatan.
Membantu dalam perkhidmatan mencegah penggunaan dadah dan inhalen.
Membantu dalam perkhidmatan konsultasi dan rujukan.
Membantu dalam perkhidmatan penyelarasan resos.
Membantu dalam perkhidmatan penilaian.
Membuat pesanan dan membuat stok bahan-bahan bimbingan.
Membantu menghasilkan dan mengurus bahan cetak dan bukan cetak bimbingan seperti poster,
risalah, dokumen, berita, slaid dan pita video.

GURU-GURU LAIN (MATA PELAJARAN & KELAS)

Tugas Guru-guru lain dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling :


Membantu mengenal pasti pelajar-pelajar berisiko untuk intervensi kaunseling.
Membantu mengumpul data mengenai profil pelajar.
Membantu memberi bimbingan 'tunjuk ajar'.
Membantu memberi maklumat kerjaya, pendidikan pencegahan dadah, latihan dan maklumat
semasa.
Membantu melaksanakan program dan aktiviti pelajar.
Membantu pelajar bermasalah melalui konsultasi dengan guru bimbingan dan kaunseling.

PERANAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) boleh membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan program
bimbingan di sekolah. Pembimbing Rakan Sebaya merupakan satu tenaga positif untuk
membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok pelajar-pelajar yang mungkin sukar
didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling atau guru-guru lain. PRS ini merupakan khidmat
sokongan kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Golongan remaja boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai masalah atau hal yang
mengganggu mereka, dengan lebih mudah dan lebih berkesan lagi. Di tiap-tiap sekolah memang
wujud sekumpulan kecil pelajar yang tidak boleh menerima dan membina perhubungan dengan
orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah. Pengaruh rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan
remaja ini. Oleh itu, dengan latihan dan asuhan yang sesuai, Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah
diwujudkan di sekolah. Nama-nama lain yang mempunyai sama konsep dengan PRS ialah Kaunselor
Sebaya, Tutor Sebaya, Mentor Sebaya, Buddy, Kakak/Abang Angkat atau Kelompok Sebaya
Sokongan.

Tugas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS):


Merapati rakan sebaya dan mengenal pasti mereka yang bermasalah dan merujuk mereka kepada
guru bimbingan dan kaunseling.
Menjadi pendengar yang peka kepada curahan perasaan rakan sebaya dan memberi sokongan
emosi dalam keadaan krisis.
Memberi penjelasan mengenai bahaya penggunaan dadah, arak, merokok, hubungan jantina, dan
pencabulan kehormatan. Mrujuk, jika perlu, kepada guru bimbingan dan kaunseling dengan
persetujuan mereka.
Membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik melalui sistem mentor atau tutor sebaya.
Membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok.
Membantu dalam memberi latihan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, membuat
keputusan dan kemahiran kaunseling kepada rakan sebaya.
Membantu dalam melatih kumpulan sebaya untuk persediaan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya
yang baru.
Membantu dalam aktiviti orientasi pelajar baru, mengelolakan unit bimbingan sekolah,
perpustakaan bimbingan, papan kenyataan bimbingan dan aktiviti lain yang ada kaitan dengan
bimbingan kerjaya, sosial dan isu-isu remaja.
Menjadi penggerak kepada ahli-ahli unit untuk melaksanakan aktiviti sekolah.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR

Peringkat : Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah/Rendah


Jawatan : Pegawai Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (DG3/DG6)
Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
sekolah.
Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan,
soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu
bapa dan bekas pelajar.
Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar
melalui sebarang media yang sesuai.
Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar
(instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.
Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan
beretika.
Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan matapelajaran
elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPVM dan STPM.
Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan
dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di
institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi
dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa,
guru, kakitangan bukan guru, dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam
proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara
menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
sekolah.
Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling.
Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan
peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang
memerlukannya.
Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.
Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah
Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi,
kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

Aktiviti
[list=1]
Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
sekolah.
Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan
, soal selidik , temu bual dan perbincangan dengan pelajar , guru , pentadbir, kakitangan sekolah,
ibubapa dan bekas pelajar .
Merancang , mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
Mengumpul , menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar
melalui sebarang media yang sesuai .
Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar
(instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum .
Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profrsional dan
beretika .
Merancang, melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
Merancang, melaksana dan mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata
pelajaran elektif untuk peperiksaan UPSR dan Ujian Bulanan
Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan
dadah , rokok dan alkohol.
Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di
Sekolah Menengah terpilih.
Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi
dan rujukan berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa,
guru , kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses
pendidikan dan perkembangan pelajar.
Membuat penilaian aktiviti , modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara
menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
sekolah.

Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan beban resos perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling.
Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan
peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah .
Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru , kakitangan dan siapa sahaja yang
memerlukannya.

Menjadi personel perhubungan /seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

Menjadi Ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah

Menjadi Penyelaras dalam Program Mentor-Mentee sekolah.

Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi.


kem jaya diri , kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai