Anda di halaman 1dari 24

PERLEMBAGAAN MAJLIS

PERWAKILAN PELAJAR
KOLEJ VOKASIONAL
KUALA KRAI
PERKARA 1 – NAMA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL KUALA
KRAI

Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional KUALA KRAI

MPPKVKK merupakan singkatan kepada Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Kuala
Krai yang bertindak mewakili pelajar dalam segala hal dan menyuarakan isi hati dan
pandangan pelajar kepada sesebuah Institusi Pengajian Tinggi. MPPKVKK juga
bertanggungjawab dalam membantu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam aspek
kemahiran, akademik, sukan, sesuai dengan prinsip kemenjadian pelajar yang di gariskan
di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu seimbang dari segi Jasmani, Emosi,
Rohani dan Intelektual.

PERKARA 2 – BAHASA RASMI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ


VOKASIONAL KUALA KRAI

Bahasa pengantar adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

PERKARA 3 – LOGO MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL KUALA


KRAI

PERKARA 4 – MAKSUD LOGO MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ


VOKASIONAL KUALA KRAI

Gear : Melambangkan jati diri pelajar Kolej Vokasional Kuala Krai sebagai pelajar yang
menjulang aliran TVET.

Warna latar biru : Melambangkan sikap tenang para pelajar kolej di dalam memartabatkan
pendidikan TVET.

Jalur Kuning : Melambangkan Konsep beraja yang diamalkan di negeri Kelantan.


Jalur Orange : Melambangkan kesepaduan JERI mengikut Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Jalur Merah : Melambangkan keberanian dan iltizam yang kuat warga kolej di dalam
menempuh segala cabaran di dalam Pendidikan TVET pada masa kini dan hadapan.

PERKARA 5 - VISI MISI DAN MOTTO MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ


VOKASIONAL KUALA KRAI

A. Visi

Melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi dan berketerampilan dalam bidang akademik
dan kepimpinan

B. Misi :

1. Menerapkan nilai kempimpinan berintegriti ke aras amalan pengurusan dan budaya


kerja cemerlang
2. Memperkasakan modal indan yang merangkumi segenap aspek pembangunan
pelajar dalam menghasilkan graduan berketerampilan.
3. Menjada pelajar yang mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi

C. Motto :

“DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN”

PERKARA 6 – ALAMAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL


KUALA KRAI

Majlis Perwakilan Kolej Vokasional Kuala Krai,

18000 Kuala Krai, Kelantan.

PERKARA 7 – MAJLIS TERTINGGI PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL


KUALA KRAI

A. Penaung

Pengarah Kolej Vokasional Kuala Krai


B. Penasihat

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional Kuala Krai

PERKARA – 8 BIDANG TUGAS UMUM MAJLIS TERTINGGI PERWAKILAN PELAJAR


KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI

1. Fungsi Majlis Tertinggi ialah mengelola dan mengatur hala tuju dan gerak kerja, serta
membuat keputusan atas perkara – perkara mengenai perjalanan Majlis Perwakilan Pelajar
mengikut objektif dan peraturan yang telah ditetapkan.

2. Majlis Tertinggi hendaklah bermesyuarat sekiranya dirasakan perlu sekurang-kurang


dua bulan sekali. Pengumuman bagi setiap mesyuarat hendaklah dibuat kepada semua
yang terlibat dua hari sebelum mengadakan mesyuarat. Presiden MPPKVKK secara
individu boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi pada bila – bila
masa.

3. Berkuasa menolak sesuatu aktiviti yang bercanggah dengan objektif dan peraturan
Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Kuala Krai.

4. Membincangkan dan merancang perjalanan Majlis Perwakilan Pelajar berdasarkan


peruntukan dalam peraturan serta bersesuaian dengan objektif Kolej Vokasional Kuala Krai.

PERKARA 9 – OBJEKTF PENUBUHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ


VOKASIONAL KUALA KRAI

Seperti yang dinyatakan dalam Perkara 11 Bahagian 2 Peraturan Tatatertib Pelajar ILJTM
(Pindaan 2011) menyatakan tujuan dan fungsi Majlis Perwakilan Pelajar antaranya ialah :

1. Sedaya upaya memastikan penambahbaikan kebajikan pelajar secara komprehensif


dalam mewujudkan satu suasana yang kondusif melalui kerjasama semua pihak.

2. Memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar Institusi


Pengajian Tinggi.

3. Menerapkan budaya integriti dalam kalangan warga Kolej Vokasional Kuala Krai.
4. Menjadi medium perantaraan pelajar dan pihak pengurusan Kolej Vokasional Kuala
Krai dalam penyampaian informasi yang lebih efektif secara konsisten kepada kedua-dua
pihak.

5. Menyemarakkan suasana keharmonian di Kolej Vokasional Kuala Krai melalui


kerjasama berpersatuan berdasarkan kebajikan Pelajar.

6. Merencanakan pembentukan mahasiswa yang seimbang dari aspek jasmani, emosi,


rohani dan intelek seterusnya menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

7. Memartabatkan nama Kolej Vokasional Kuala Krai ke peringkat kebangsaan dan


antarabangsa.

8. Merancang dan mengendalikan program – program ke arah mewujudkan kerjasama


yang padu di antara pelajar dan pihak pengurusan Kolej Vokasional Kuala Krai.

9. Berkongsi idea dan tenaga untuk mengembangkan pemikiran dan kecemerlangan


dalam akademik dan Berorganisasi.

10. Berganding bahu dengan semua pihak dalam merealisasikan misi dan visi Kolej
Vokasional Kuala Krai.

11. Menjalankan apa – apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Penasihat Majlis
Perwakilan Pelajar dari semasa ke semasa.

PERKARA 10 – FUNGSI UTAMA PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL


KUALA KRAI

1. Untuk memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar-


pelajar Kolej Vokasional Kuala Krai.
2. Tertakluk kepada arahan Pengarah dan Unit Hal Ehwal Pelajar untuk merancang dan
menyelia kemudahan-kemudahan pelajaran, aktiviti-aktiviti kerohanian dan keagamaan,
kebajikan dan perkara – perkara yang berkait rapat dengan pelajar.

3. Untuk membuat representasi kepada Unit Hal Ehwal Pelajar tentang segala perkara
berhubungan atau berkenaan dengan keadaan tempat tinggal dan kehidupan pelajar-
pelajar di Kolej Vokasional Kuala Krai.

4. Untuk menjalankan apa-apa aktiviti lain yang ditentukan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar
dari semasa ke semasa.

PERKARA – 11 HAK ASASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL


KUALA KRAI (MPPKVKK)

Semua Exco MPPKVKK boleh menggunakan kemudahan – kemudahan dan perkhidmatan


yang disediakan oleh pihak Unit Hal Ehwal Pelajar dengan mematuhi peraturannya serta
mendapat kebenaran. Semua MPPKVKK boleh mengikuti semua aktiviti Kolej tanpa
sebarang halangan kecuali telah ada sabitan yang dikeluarkan oleh Majlis Tertinggi
MPPKVKK bahawasanya Exco tersebut tidak dibenarkan untuk menghadiri aktiviti yang
ditetapkan atau apa – apa jua aktiviti atas alasan yang difikirkan munasabah bergantung
kepada MPPKVKK serta unit HEP. Semua exco berhak mengetahui perkembangan dan
perubahan dalam struktur organisasi serta pergerakan MPPKVKK. Semua pelajar berhak
menyuarakan pandangan kepada MPPKVKK menggunakan saluran-saluran yang beretika.

PERKARA – 12 KEAHLIAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL


KUALA KRAI

Exco Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional KUALA KRAI adalah terdiri daripada
pelajar Kolej Vokasional KUALA KRAI yang berdaftar secara sah dan mempunyai rekod
disiplin dan akademik yang baik.
PERKARA – 13 PENTADBIRAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ
VOKASIONAL KUALA KRAI

1. Presiden
2. Naib Presiden
3. Setiausaha
4. Naib Setiausaha
5. Bendahari
6. Naib Bendahari
7. Ketua Exco Helwani
8. Ketua Exco Agama dan Kerohanian
9. Ketua Exco Sukan dan kebudayaan
10. Ketua Exco Penerbitan dan ICT
11. Ketua Exco Kolej Kediaman.
12. Ketua Exco Akademik.
13. Ketua Exco Penerangan dan Hubungan Luar.
14. Ketua Exco Keusahawanan

PERKARA – 14 BIDANG KUASA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ


VOKASIONAL KUALA KRAI

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Kuala Krai.

1. Mengetuai barisan kepimpinan MPPKVKK.


2. Mempengerusikan mesyuarat MPPKVKK.

3. Memanggil untuk diadakan mesyuarat MPPKVKK pada bila-bila masa.

4. Memantau aktiviti setiap Exco MPPKVKK.

5. Memberi nasihat dan bimbingan kepada MPPKVKK


6. Bertanggungjawab dalam mengawal selia Exco Kebudayaan.

7. Bertanggungjawab dalam merancang dan menyusun atur aktiviti MPPKVKK dengan


dibantu Naib Presiden dan Setiausaha.

8. Mewakili Exco dan pelajar bagi sebarang urusan rasmi dengan pihak pentadbiran

9. Menyampaikan ucapan mewakili pelajar dalam sebarang aktiviti rasmi.

10. Membuat keputusan dalam perkara-perkara tertentu yang tidak bercanggah dengan
dasar Kolej Vokasional KUALA KRAI.

11. Memaklumkan setiap keputusan mesyuarat kepada penasihat (K.Bhg. HEP) dan
Setiausaha Agong.

12. Menerima arahan atau maklumat dari pihak pentadbiran dan kemudiannya
menyalurkannya kepada pelajar dari semasa ke semasa.

13. Menyimpan dan mengemaskini fail Yang Di-Pertua.

14. Menyemak laporan mingguan setiap Ketua Exco MPPKVKK sebelum diserahkan
kepada Bahagian HEP

15. Menyemak kertas kerja dasar program dan aktiviti yang dikemukakan oleh setiap Exco
Majlis Perwakilan Pelajar sebelum diproses oleh Bahagian HEP.

16. Bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar yang lain.

17. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Pelajar arahan semasa pihak
pentadbir Kolej Vokasional KUALA KRAI.
Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional KUALA KRAI

1. Membantu Presiden Memantau aktiviti setiap Exco MPPKVKK


2. Memberi nasihat dan bimbingan kepada Exco MPPKVKK
3. Bertanggung jawab dalam mengawal selia Exco.

4. Menyampaikan ucapan mewakili pelajar dalam sebarang aktiviti rasmi sekiranya


Presiden tidak dapat hadir.

5. Bersama-sama Presiden bertanggung jawab dalam merancang dan menyusun atur


aktiviti-aktiviti MPPKVKK.

6. Membantu Presiden dalam mewakili Exco dan pelajar bagi sebarang urusan rasmi
dengan pihak pentadbiran.

7. Menyimpan dan mengemaskini fail Pengurusan MPPKVKK.

8. Menyemak kertas kerja dasar program dan aktiviti yang dikemukakan oleh setiap Exco
MPM sebelum diproses oleh Bahagian HEP.

9. Bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan yang lain.

10. Mematuhi Peraturan dan Etika MPPKVKK dan arahan semasa pihak pentadbir Kolej
Vokasional KUALA KRAI.

Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional KUALA KRAI

1. Mengendalikan segala urusan kesetiausahaan MPPKVKK


2. Menguruskan surat panggilan mesyuarat MPPKVKK
3. Menguruskan surat menyurat kepada pihak luar melalui Bahagian HEP.
4. Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat MPPKVKK
5. Menyimpan dan mengemaskini fail Setiausaha MPPKVKK
6. Bertanggungjawab dalam mengawal selia Exco Penerbitan dan Publisiti

7. Menyediakan laporan akhir MPPKVKK.

8. Mengumpulkan dan mengemaskini port folio ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan pihak
pentadbir Kolej Vokasional.

9. Mengumpul dan memanjangkan fail laporan akhir setiap Exco kepada Bahagian HEP.

10. Mengumpul dan menyerahkan fail setiap Exco apabila Majlis Perwakilan Pelajar
dibubarkan oleh HEP.

11. Bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan pelajar yang lain.

12. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan arahan
semasa pihak pentadbir Kolej Vokasional KUALA KRAI.

Naib Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional KUALA KRAI

1. Menguruskan surat panggilan mesyuarat MPPKVKK


2. Menguruskan surat menyurat kepada pihak luar melalui Bahagian HEP.

3. Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat MPPKVKK


4. Menyimpan dan mengemaskini fail Setiausaha MPPKVKK
5. Bertanggungjawab dalam mengawal selia Exco Penerbitan dan Publisiti
6. Menyediakan laporan akhir MPPKVKK.
7. Mengumpul dan memanjangkan fail laporan akhir setiap Exco kepada Bahagian HEP.
8. Mengumpul dan menyerahkan fail setiap Exco apabila MPPKVKK yang dibubarkan
oleh HEP.
9. Bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi MPPKVKK yang lain.
10. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan arahan
semasa pihak pentadbir Kolej Vokasional KUALA KRAI.

Bendahari Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional KUALA KRAI

1. Berperanan dalam menyediakan bajet bagi setiap program induk yang dianjurkan oleh
MPPKVKK.

2. Menyediakan laporan bajet untuk pembentangan dalam mesyuarat MPPKVKK


3. Merekodkan setiap pembelian barang dan menyimpan resit pembelian bagi tujuan
tuntuan semula kepada bahagian HEP.

4. Berperanan dalam membuat permintaan / tempahan barang bagi kegunaan sesuatu


program MPPKVKK.
5. Bertanggungjawab dalam mengawal selia Exco Helwani.

6. Membuat permintaan daripada bahagian HEP berkaitan barang keperluan dalam bilik
mesyuarat MPPKVKK.

7. Menyediakan, menguruskan dan mengemaskini rekod keluar masuk duit.

8. Membuat tempahan makanan bagi program yang dianjurkan MPPKVKK.


9. Menguruskan dan mngemaskini fail bendahari dari semasa ke semasa.

10. Berbincang dengan Yang Di-Pertua berkenaan bajet bagi sesuatu program yang ingin
dijalankan.

11. Menyemak bajet dalam kertas kerja bagi projek yang di anjurkan oleh para ketua Exco.

12. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan arahan
semasa pihak pentadbir Kolej Vokasional KUALA KRAI.
Naib Bendahari Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional KUALA KRAI

1. Membantu Bendahari Kehormat dalam menyediakan bajet bagi setiap program induk
yang dianjurkan oleh MPPKVKK.

2. Membantu Bendahari Kehormat menyediakan laporan bajet untuk pembentangan


dalam mesyuarat MPPKVKK.

3. Membantu merekodkan setiap pembelian barang dan menyimpan resit pembelian bagi
tujuan tuntuan semula kepada bahagian HEP.

4. Bertanggungjawab dalam mengawal selia Exco Helwani.

5. Membuat permintaan daripada bahagian HEP berkaitan barang keperluan dalam bilik
mesyuarat MPPKVKK.

6. Membantu menyediakan, menguruskan dan mengemaskini rekod keluar masuk duit.

7. Menguruskan dan mngemaskini fail bendahari dari semasa ke semasa.

8. Mematuhi Peraturan dan Etika Majlis Perwakilan Pelajar dan arahan semasa pihak
pentadbir Kolej Vokasional KUALA KRAI.

Exco Helwani ( Hal Ehwal Wanita)

1. Membantu dan bekerjasama dengan pihak pengurusan Kolej Vokasional KUALA KRAI
dalam aktiviti berkaitan Helwa Helwi.

2. Merancang dan menguruskan aktiviti berkaitan kebajikan pelajar dan aktiviti-aktiviti


yang sesuai dengan pelajar.
3. Menguruskan, mengemaskini dan menyimpan fail Exco Helwa Helwi.

4. Mengadakan mesyuarat AJK Exco dari semasa ke semasa.

5. Mendapatkan maklumat berkaitan dengan masalah pelajar dan menyalurkan kepada


HEP untuk tindakan selanjutnya.

6. Membuat laporan makanan dan aduan kepada pihak HEP berlaku sesuatu yang tidak
menyenangkan pelajar dari segi makanan dan minuman.

7. Menerima dan membuat aduan tentang masalah perkhidmatan kemudahan-


kemudahan pelajar dari semasa ke semasa.

8. Menyediakan senarai nama para pelajar yang berpuasa sunat untuk urusan tempahan
juadah berbuka puasa di Dewan Makan.

9. Menyediakan jadual tarikh para pelajar pulang bercuti ( cuti semester / cuti
pertengahan semester / cuti perayaan ) untuk diserahkan kepada pihak HEP.

10. Membuat laporan kerosakkan asrama lelaki dan perempuan.

11. Menyediakan senarai barang keperluan kebajikan asrama lelaki dan perempuan dan
diserahkan kepada pihak HEP untuk tindakan selanjutnya.

12. Bertanggungjawab dalam soal kebersihan asrama dan menyediakan jadual kebersihan
asrama.

13. Mendapat dan menyampaikan maklumbalas dari segi keselamatan pelajar sama ada
pelajar lelaki atau pelajar perempuan kepada pihak HEP.

14. Menguruskan perlantikan AJK Exco Helwa Helwi.


15. Membuat fail rekod bagi semua keperluan peralatan di asrama.

16. Menganjurkan aktiviti gotong-royong sekurang-kurangnya sebulan sekali.

17. Menyediakan laporan Exco untuk pembentangan dalam MPPKVKK.


18. Bekerjasama dengan Ketua Exco MPPKVKK yang lain dan JAKSA (Jawatankuasa
Asrama).
19. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Pelajar dan arahan semasa
pihak pentadbir Kolej Vokasional KUALA KRAI.

Exco Agama dan Kerohanian

1. Membantu dan bekerjasama dengan pihak pengurusan Kolej Vokasional KUALA KRAI
dalam aktiviti berkaitan keagamaan dan pembangunan jati diri insan.

2. Merancang dan menguruskan aktiviti bercorak keagamaan dan pembangunan jati diri
insan serta dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan pelajar Kolej Vokasional KUALA KRAI.

3. Menguruskan aktiviti surau dan pengimarahan surau sebagai pusat kegiatan Islam di
Kolej Vokasional KUALA KRAI.

4. Menguruskan perlantikan AJK Exco Agama dan Kerohanian.

5. Mengadakan mesyuarat AJK Exco dari semasa ke semasa.

6. Bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan Surau at-Taqwa.

7. Menjadikan surau sebagai pusat aktiviti perhubungan dan informasi Kolej Vokasional
KUALA KRAI.
8. Menguruskan, mengemaskini dan menyimpan, dokumen berkenaan Exco Kerohanian.

9. Menyediakan laporan Exco untuk perbentangan dalam mesyuarat Majlis Perwakilan


Pelajar Kolej Vokasional KUALA KRAI.

10. Memantau keadaan dan peralatan surau Al-Hidayah dari semasa ke semasa.

11. Bekerjasama dengan Ketua Exco MPPKVKK yang lain dan JAKSA.

12. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Pelajar dan arahan semasa
pihak pentadbir Kolej Vokasional KUALA KRAI.

Exco Penerangan dan Hubungan Luar

1. Membantu dan bekerjasama dengan semua Exco dalam mengendalikan aktiviti yang
berlangsung dimana-mana kawasan Kolej Vokasional KUALA KRAI termasuk di luar Kolej.

2. Menguruskan semua penggunaan PA system di semua program.

3. Merancang dan mengendalikan kelab dan persatuan kesenian Kolej Vokasional


KUALA KRAI.

4. Menguruskan perlantikan AJK Exco.

5. Mengadakan mesyuarat AJK Exco dari semasa ke semasa.

6. Menyimpan dan mengemaskinikan fail Exco Penerangan dan Hubungan Luar.

7. Menyediakan laporan Exco untuk perbentangan dalam mesyuarat MPPKVKK.

8. Bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan Dewan Kolej.


9. Mengatur dan menyusun segala peralatan yang berkaitan di Dewan Kolej.

10. Menyelaras penggunaan dewan besar bagi setiap aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar.

11. Memastikan persediaan dari segi protokol untuk sesuatu program pelajar berjalan
dengan lancar.

12. Bekerjasama dengan Ketua Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Pelajar yang lain.

13. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Mahasiswa Pelajar dan arahan
semasa pihak pentadbir Kolej Vokasional KUALA KRAI.

Exco Penerbitan dan ICT

1. Bertanggungjawab menyediakan pengisian pada semua papan kenyataan yang


berkaitan.

2. Menguruskan perlantikan AJK Exco Penerbitan dan ICT.

3. Merancang serta menerbitkan buletin bulanan dan risalah yang berkaitan untuk edaran
seperti yang telah ditetapkan.

4. Menghasilkan Album Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS (aktiviti sepanjang sesi)


untuk dimuat naik ke laman sosial MPPKVKK.

5. Bertanggungjawab dalam mengambil gambar setiap program Kolej Vokasional KUALA


KRAI.

6. Menyediakan laporan program bersertakan dengan gambar untuk di muatnaik ke


dalam laman sosial MPPKVKK.
7. Merujuk kepada pihak HEP sebelum menerbit dan mengedarkan buletin/ risalah atau
apa apa bentuk penerbitan.

8. Menyediakan bahan-bahan ilmiah untuk cetakan

9. Bertanggungjawab dalam mengawal selia laman sosial MPPKVKK.

10. Membantu memperkenalkan Majlis Perwakilan Pelajar kepada institusi lain.

11. Mengadakan mesyuarat AJK Exco Publisiti Dan Penerbitan dari semasa ke semasa.

12. Menyimpan dan mengemaskini fail Exco Publisiti Dan Penerbitan.

13. Menyediakan laporan Exco Publisiti Dan Penerbitan untuk perbentangan dalam
mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional KUALA KRAI

14. Bekerjasama dengan Ketua Exco MPPKVKK yang lain.

15. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Pelajar dan arahan semasa
pihak pentadbir Kolej Vokasional KUALA KRAI.

Exco Sukan Dan Kebudayaan

1. Membantu dan bekerjasama dengan pihak pengurusan Kolej Vokasional KUALA KRAI
dalam mengendalikan aktiviti berkaitan sukan dan kokurikulum.

2. Merancang dan mengendalikan program bercorak kesukanan dan permainan yang


bersesuaian dengan pelajar Kolej Vokasional KUALA KRAI.

3. Merancang dan membuat bajet aktiviti kesukanan.

4. Merancang dan mengendalikan kelab dan persatuan sukan yang berkaitan.


5. Menguruskan perlantikan AJK Exco Sukan Dan Kebudayaan.

6. Mengendalikan mesyuarat AJK Exco Sukan Dan Kebudayaan dari semasa ke semasa.

7. Menyimpan dan mengemaskini fail Exco Sukan Dan Kebudayaan.

8. Menyediakan laporan Exco Sukan Dan Rekreasi untuk pembentangan dalam


mesyuarat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

9. Bekerjasama dengan Ketua Exco MPPKVKK dan JAKSA yang lain.

10. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Pelajar dan arahan semasa
pihak Pentadbir Kolej Vokasional KUALA KRAI.

PERKARA – 15 PERLETAKAN JAWATAN DAN PERLUCUTAN JAWATAN MAJLIS


PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI

Sebarang permohonan perletakan jawatan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Yang
Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar beserta alasan munasabah. Pengesahan perletakan
jawatan hanya akan berlaku setelah berbincang dan diputuskan dalam mesyuarat Ahli
Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional KUALA KRAI serta dimaklumkan
kepada unit HEP.

PERKARA – 16 PERLUCUTAN JAWATAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ


VOKASIONAL KUALA KRAI

Perlucutan jawatan hanya akan berlaku dengan sebab-sebab berikut :

1. Salah laku yang jelas bertentangan dengan dasar dan peraturan Kolej Vokasional
KUALA KRAI.
2. Meninggal dunia.

PERKARA – 17 KEKOSONGAN JAWATAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ


VOKASIONAL KUALA KRAI

Jika kekosongan jawatan berlaku dalam Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, pemilihan baru akan
diputuskan melalui mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar dengan mengadakan
Pilihan Raya Sulit Kolej Vokasioanal KUALA KRAI dan tempoh perjawatannya adalah
sehingga tamat sesi pentadbiran tersebut.

PERKARA – 18 SUMBER KEWANGAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ


VOKASIONAL KUALA KRAI

Sumber-sumber kewangan untuk aktiviti MPP KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI


adalah daripada peruntukan yang disediakan oleh unit HEP, Badan Pemuafakatan Ibu
Bapa dan agensi-agensi lain yang releven, bagi aktiviti yang telah di rancang. Sumber
kewangan juga boleh didapati daripada kalangan ahli MPP KOLEJ VOKASIONAL
KUALA KRAI.

Cadangan Peruntukan Tetap dari Badan Pemuafakatan Ibu Bapa : RM15.00 seorang
ahli/tahun.

PERKARA – 19 PILIHAN RAYA SULIT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ


VOKASIONAL KUALA KRAI

Pilihan Raya Sulit Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional KUALA KRAI diada jika
kekosongan jawatan berlaku dalam Ahli Majlis Perwakilan Pelajar dimana pemilihan baru
akan diputuskan melalui mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar iaitu membuat
penamaan colan selama satu minggu dari tarikh kekosongan jawatan tersebut.

PERKARA – 20 TARIKH BERKEMPEN PILIHAN RAYA SULIT MAJLIS PERWAKILAN


PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI
Kempen Pilihan Raya Sulit Kolej Vokasional KUALA KRAI akan diadakan selama satu
minggu selepas penamaan calon dikeluarkan oleh Majlis Tertinggi Perwakilan Plajar Kolej
Vokasional KUALA KRAI.

PERKARA – 21 BENTUK PILIHAN RAYA SULIT KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI

Pilihanraya adalah berbentuk undi sulit dan terbuka kepada semua ahli Majlis Majlis
Perwakilan Pelajar Kolej Vokasiona KUALA KRAI.
PERKARA – 22 JAWATANKUASA PILIHAN RAYA SULIT KOLEJ VOKASIONAL
KUALA KRAI

Jawatankuasa Pilihanraya Sulit Kolej Vokasional KUALA KRAI adalah sebuah badan bebas
berkecuali yang ditubuhkan oleh Majlis Tertinggi Pewakilan Pelajar dan dipimpin oleh
Setiausaha Agong Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional KUALA KRAI.

Semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar boleh dilantik menganggotai Jawatankuasa


Pilihanraya ini kecuali ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang dicolankan untuk bertanding
dalam pilihan raya sulit ini.

Jawatankuasa Pilihanraya tersebut adalah terdiri daripada :

i. Pengarah Pilihanraya

ii. Setiausaha Pilihanraya

iii. Bendahari Pilihanraya

iv. AJK Pilihanraya

Tempoh Jawatankuasa Pilihanraya berakhir dengan terbentuknya ahli Majlis Perwakilan


Pelajar yang baru.

Berhak mengundi tetapi tidak berhak diundi dalam pilihanraya.

Jawatankuasa Pilihanraya tidak dibenarkan berkempen bagi mana-mana calon yang


bertanding dalam pilihanraya.

Sebarang keputusan berkaitan dengan pilihanraya sulit yang telah dipersetujui oleh Majlis
Tertinggi Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional KUALA KRAI adalah muktamad dan
sebarang campur tangan daripada sebarang pihak adalah tidak dilayan dan berhak ditolak.

PERKARA 23 – TUGAS AM JAWATANKUASA PILIHAN RAYA SULIT KOLEJ


VOKASIONAL KUALA KRAI

1. Melaksanakan urusan pilihanraya termasuk menyemak daftar-daftar pemilih untuk


pilihanraya.

2. Menyelenggarakan urusan pencalonan seperti penyediaan borang pencalonan dan


memastikan prosedur pencalonan berjalan dengan betul.

3. Mengira undi setelah pengundian dijalankan.

4. Menjaga segala amanah yang diserahkan berhubung dengan pilihanraya

5. Menyediakan peraturan khas pilihanraya dan syarat-syarat berkenaan calon-calon


pilihanraya.

PERKARA 24 – TUGAS PENGARAH JAWATANKUASA PILIHANRAYA

1. Mempengerusikan Jawatankuasa Pilihanraya dan memastikan perjalanan


Jawatankuasa mematuhi peruntukan perlembagaan.

2. Mengesahkan senarai calon serta membatalkan pencalonan bagi mana-mana calon


yang campur tangan dalam urusan Jawatankuasa Pilihanraya.

3. Mengesahkan kertas keputusan pilihanraya bersama Setiausaha Jawatankuasa.

4. Mengisytiharkan keputusan pilihanraya.


PERKARA 25 - TUGAS SETIAUSAHA JAWATANKUASA PILIHANRAYA

1. Mengedarkan pekeliling mesyuarat jawatankuasa dan menjalankan tugas yang


selayaknya sebagai setiausaha di dalam Jawatankuasa.

2. Melaksanakan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihanraya.

3. Mengesahkan kertas keputusan pilihanraya bersama-sama Pengarah Jawatankuasa

PERKARA 26 - TUGAS BENDAHARI JAWATANKUASA PILIHANRAYA

1. Bertanggungjawab mengendalikan hal-ehwal kewangan yang berkaitan dengan

Jawatakuasa Pilihanraya.

2. Mencatat segala wang keluar masuk yang digunakan oleh Jawatankuasa Pilihanraya.

3. Membantu Pengarah dan Setiausaha Jawatankuasa Pilihanraya dalam melaksanakan


tugastugasnya.

PERKARA 27 - TUGAS AJK KECIL JAWATANKUASA PILIHANRAYA

Membantu mengendalikan segala urusan – urusan yang berkaitan dengan pilihanraya


MPPKVKK.
PERKARA 28 – CARA MEMINDAAN PERLEMBAGAAN

1. Mana – mana Ahli Tertinggi dan Majlis P erwakilan Pelajar boleh mengemukakan usul
dan cadangan secara bertulis kepada Setiausaha Agung untuk dibentangkan dalam
Mesyuarat Majlis Pewakilan Pelajar bagi tujuan meminda Perlembagaan Majlis Perwakilan
Pelajar.

2. Perlembagaan juga boleh dipinda dalam Mesyuarat Agung Khas yang diadakan oleh
Majlis Perwakilan Pelajar.

3. Sebarang pindaan yang berlaku hendaklah dengan persetujuan dua pertiga (2/3)
daripada ahli yang hadir dan berkuatkuasa serta – merta setelah diluluskan di dalam Majlis
Tertinggi Perwakilan Pelajar.

Anda mungkin juga menyukai