Anda di halaman 1dari 10

Peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad S.A.

Peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad S.A.W l Assalamualaikum.


Harap tak terlambat untuk Ana ucap Salam Israk Mikraj buat semua. Tarikh 27
Rejab merupakan tarikh memperingati Peristiwa Israk & Mikraj Nabi
Muhammad S.A.W. Peristiwa Israk dan Mikraj ni berlaku setahun sebelum
Hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Mekah ke Madinah.

Peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad S.A.W

Bila sebut tentang Israk dan Mikraj ni, kita semua akan teringat kisah perjalanan
Baginda Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail. Perjalanan ini
dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa Israk dan Fasa Mikraj. 

Fasa Israk merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W menaiki


binatang yang dikenali sebagai Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke
Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

Manakala fasa Mikraj pula merupakan perjalanan Baginda dari Masjidil Aqsa
ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Nabi Muhammad S.A.W
ini telah diabadikan oleh Allah SWT di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 1 yang
berbunyi :

‫ا‬1ۚ 1َ‫هُ ِم ْن آيَاتِن‬1َ‫هُ لِنُ ِري‬1 َ‫ا َحوْ ل‬11َ‫ار ْكن‬ َ ‫ْج ِد اَأْل ْق‬
َ َ‫ الَّ ِذي ب‬1‫صى‬ ِ ‫ُسب َْحانَ الَّ ِذي َأس َْر ٰى بِ َع ْب ِد ِه لَ ْياًل ِّمنَ ْال َم ْس ِج ِد ْال َح َر ِام ِإلَى ْال َمس‬
‫صي ُر‬ ِ َ‫ِإنَّهُ ه َُو ال َّس ِمي ُع ْالب‬

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam
dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati
sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha
Melihat.” 

Apa yang menarik tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini tak lain tak bukan
ialah proses perjalanan Rasulullah S.A.W dari kota Mekah ke Masjid Aqsa dan
seterusnya naik ke langit ketujuh dalam satu malam sahaja.

Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan
bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj tersebut berlaku dalam satu malam dan
dalam keadaan Baginda Nabi sedar. Ini bermaksud ianya berlaku pada jasad dan
roh Nabi Muhammad S.A.W, bukan sekadar rohnya sahaja.

Pendapat ini selari dengan ayat Al-Quran di atas di mana Allah S.W.T
menegaskan pada ayat “asra bi ‘abdihi lailan” yang bermaksud memperjalankan
hambaNya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan itu merujuk
kepada Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya
serentak bukannya rohnya sahaja.

Peristiwa Ajaib Israk dan Mikraj

Peristiwa Semasa Perjalanan Israk

Peristiwa Israk dan Mikraj bermula dari perjalanan Baginda Nabi dari Masjidil-
Haram ke Masjidil-Aqsa di mana perjalanan tersebut diiringi oleh malaikat
Jibrail.

Sepanjang perjalanan tersebut, apabila tiba di satu-satu tempat yang mulia dan
bersejarah, Rasulullah SAW telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan
bersolat sebanyak dua rakaat. Di antara tempat-tempat tersebut ialah:

• Negeri Thaibah (Madinah) - tempat di mana Rasulullah SAW akan melakukan


hijrah.

• Bukit Tursina - tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah
S.W.T.

• Baitul-Laham - tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan

Dikatakan dalam perjalanan itu juga Nabi Muhammad S.A.W juga menghadapi
gangguan dari jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-
peristiwa yang amat ajaib. Di antara peristiwa-peristiwa tersebut ialah :
1. Kaum yang sedang bercucuk tanam dapat terus menuai hasil tanaman
mereka. Dan apabila dituai, hasil tuaian yang baru keluar semula seolah-olah
belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.

Lalu Jibrail memberitahu Rasulullah S.A.W bahawa kaum tersebut ialah kaum
yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan kepada mereka
sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Baginda melewati sebuah tempat yang berbau harum. Kemudian Jibrail


memberitahu bahawa bau tersebut datang dari kubur tukang sisir rambut anak
Fir’aun iaitu Masyitah bersama suami dan anak-anaknya. 

Ini termasuk kubur bayinya yang dapat bercakap untuk menguatkan iman
ibunya yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah
S.W.T dan enggan mengakui Fir’aun sebagai Tuhan.

3. Sekumpulan manusia yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali


dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian
dilakukan berkali-kali.

4. Jibrail memberitahu Rasulullah ‫ﷺ‬: “Itulah orang² yang berat kepala mereka
untuk sujud (solat)."

Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur)
dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan
bara api dan batu dari neraka Jahannam.

Kata Jibrail : “Itulah orang² yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk
sedangkan daging masak ada di sisi mereka.

Kata Jibrail: “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan
lelaki dan perempuan itu masing² mempunyai isteri / suami.”

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.

Kata Jibrail: “Itulah orang yang makan riba.”


7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya,
tapi ditambah lagi kayu yang lain.

Kata Jibrail: “Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima
amanah yang lain.”

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting
besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti
biasa.

Kata Jibrail: “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang
dia sendiri tidak melakukannya.”

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.

Kata Jibrail: “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat
dimasukinya semula lubang itu.

Kata Jibrail: “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian


menyesal, tapi sudah terlambat.”

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.
Rasulullah ‫ ﷺ‬tidak memperdulikannya.

Kata Jibrail: Itulah dunia. “Jika Rasulullah ‫ ﷺ‬memberi perhatian kepadanya,


nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah ‫ﷺ‬
berhenti. Rasulullah ‫ﷺ‬tidak menghiraukannya.

Kata Jibrail: “Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.”

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah ‫ ﷺ‬untuk


bertanyakan sesuatu.
Kata Jibrail: “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari
kiamat.”

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬turun dari Buraq. Kemudian


masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala
anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bekas yang berisi
arak dan susu. Rasulullah ‫ ﷺ‬memilih susu lalu diminumnya.

Kata Jibrail: “Baginda ‫ ﷺ‬membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih,
nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Peristiwa Semasa Perjalanan Mikraj

Perjalanan mikraj merupakan perjalanan Baginda ke Hadhratul-Qudus untuk


menemui Allah S.W.T. Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga.
Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke
pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Tangga Pertama:

Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan
Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang² yang makan riba` dan harta
anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat
huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Di Tangga Kedua:

Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan
bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Di Tangga Ketiga:

Naik langit ketiga. Rasulullah ‫ ﷺ‬bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Di Tangga Keempat:

Naik tangga langit keempat. Rasulullah ‫ ﷺ‬bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Di Tangga Kelima:

Naik tangga langit kelima. Rasulullah ‫ ﷺ‬bertemu dengan Nabi Harun A.S.
yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Di Tangga Keenam:

Naik tangga langit keenam. Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬bertemu dengan Nabi².


Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah ‫ ﷺ‬mengangkat kepala (disuruh
oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk
70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di Tangga Ketujuh:
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi
Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh
beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah ‫ﷺ‬.

Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Dikau akan berjumpa dengan Allah 1‫سبحانه وتعالى‬
pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah
untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu:

“LAH HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.”

Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda,

“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik
tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:

“SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH


ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA
BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM.”

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok
dalam syurga.”

Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah ‫ ﷺ‬dan Jibrail
masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul² di atas
Baitullah di Mekah).

Di Tangga Kelapan:

Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-


Muntaha. Rasulullah ‫ ﷺ‬menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu:
Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah.
Buah, daun², batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi
permata² yang indah. Unggas² emas berterbangan. Semua keindahan itu tak
terperi oleh manusia. Baginda ‫ ﷺ‬dapat menyaksikan juga sungai Al-Kautsar
yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat
neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Di Tangga Kesembilan:

Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ‫ﷺ‬masuk


di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat
seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang
lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak
memaki ibu bapanya.

Di Tangga Kesepuluh:

Rasulullah ‫ ﷺ‬sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu


dapat menyaksikan Allah ‫الى‬11‫بحانه وتع‬11‫ س‬dengan mata kepalanya, lantas sujud.
Kemudian berlakulah dialog antara Allah 1‫ سبحانه وتعالى‬dan Muhammad, Rasul-
Nya:

Allah ‫سبحانه وتعالى‬: “Ya Muhammad!”

Nabi Muhammad ‫ﷺ‬: “Labbaika.”

Allah ‫الى‬1111‫بحانه وتع‬1111‫س‬: “Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami


perkenankan.”

Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬: “Wahai Tuhanku! Dikau telah ambil Ibrahim sebagai
Khalil dan Dikau berikan dia kerajaan yang besar. Dikau berkata-kata dengan
Musa. Dikau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi.
Dikau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Dikau kurniakan kepada
sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan
angin. Dikau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat
menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Dikau
lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.”

Allah 1‫سبحانه وتعالى‬: “Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai
penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan
buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan
dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (Surah
Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku
berikanmu ayat² di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di
bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah
dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji² Liwa-ul-hamd,
maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku
fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat.”

4. Selesai Munajat

Selepas selesai munajat, Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬di bawa menemui Nabi Ibrahim
A. S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah ‫ﷺ‬
merayu kepada Allah 1‫ سبحانه وتعالى‬agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah
waktu solat itu.

Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya
Allah 1‫الى‬11‫ سبحانه وتع‬perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam
dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-


Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam
yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa
yang satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18
bulan sebelum hijrah).

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

Penutup

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang
diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk
kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani
perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.

Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang
penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa
mengingati Allah ‫ سبحانه وتعالى‬dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-
benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan
berbagai-bagai kejahatan.

Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah
percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). 

Orang² kafir di zaman Nabi ‫ ﷺ‬langsung tidak mempercayai, malahan


memperolok-olokkan Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬sebaik Baginda  bercerita kepada
mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang
membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah ‫سبحانه وتعالى‬. Allah ‫ سبحانه وتعالى‬telah
menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda  ‫ﷺ‬.

Firman Allah 1‫سبحانه وتعالى‬:

‫ا‬1ۚ 1َ‫هُ ِم ْن آيَاتِن‬1َ‫هُ لِنُ ِري‬1 َ‫ا َحوْ ل‬11َ‫ار ْكن‬ َ ‫ْج ِد اَأْل ْق‬
َ َ‫ الَّ ِذي ب‬1‫صى‬ ِ ‫ُسب َْحانَ الَّ ِذي َأس َْر ٰى بِ َع ْب ِد ِه لَ ْياًل ِّمنَ ْال َم ْس ِج ِد ْال َح َر ِام ِإلَى ْال َمس‬
١﴿ ‫صي ُر‬ ِ َ‫ِإنَّهُ ه َُو ال َّس ِمي ُع ْالب‬

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam
dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati
sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha
Melihat.” **(Surah Al-Israa’: Ayat 1)**

‫وهللا أعلم بالصواب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Anda mungkin juga menyukai