Anda di halaman 1dari 37

USN 6133

FIQH AL-SIRAH
NOTA 6

AIDA HARTINI NAN
JABATAN USULUDDIN
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
ISRAK MIKRAJ

 Allah memulia dan menggembirakan Rasulullah
melalui peristiwa Israk Mikraj
 Israk:
berasal daripada kata kerja asra yang bererti perjalanan
malam
Perjalanan daripada Mekah ke Baitul Maqdis
 Mikraj:
menurut kamus Lisan al-'Arab bererti sesuatu yang
menyerupai tangga yang digunakan oleh roh manusia
untuk ke langit setelah dipisahkan daripada jasad
perjalanan daripada Baitul Maqdis ke alam tinggi
 Firman Allah s.w.t:


''Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril
(dalam bentuknya yang asal) pada waktu yang lain.
(Iaitu) di Sidrat al-Muntaha. Berhampiran dengannya
terdapat syurga tempat tinggal (Muhammad melihat
Jibril) ketika Sidrat al-Muntaha diliputi oleh sesuatu
yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak
berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula)
melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat
sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang
paling besar''
(al-Najm, ayat 13–18).
 berlaku pada 1 malam yang sama ditemani malaikat
Jibril

 Berlaku bukan sahaja dengan roh tetapi bersama-
sama jasad Rasulullah s.a.w
 Tidak berlaku sebarang perjumpaan bersemuka
dengan Allah s.w.t
 Tidak mempunyai tarikh yang tepat tentang bila
berlakunya peristiwa
 Ulama bersepakat bahawa peristiwa ini berlaku
selepas Rasulullah SAW dilantik menjadi Rasul dan
sebelum Baginda SAW berhijrah dari Mekah ke
bumi Yathrib
 Hadis Riwayat Aisyah r.a


“Sesiapa yang mengatakan bahawa Muhammad melihat
Tuhannya, maka dia melakukan satu pembohongan
yang besar terhadap Allah s.w.t”

 Firman Allah s.w.t


“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya
(Nabi Muhammad) pada malam hari Masjidil Haram ke
Masjidil Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya, untuk
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan)
Kami. Sesungguhnya Allah lah yang Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui”
(al-Isra: 1)
 PERJALANAN ISRAK

1. Baginda SAW mengalami pembedahan dada yang
dilakukan oleh Malaikat Jibril AS
2. Hati Baginda SAW telah dicuci dengan air zamzam
dan kemudian dituangkan hikmah, ilmu dan iman
ke dalam dada Rasulullah SAW
Hikmah:
menunjukkan bahawa hati merupakan punca segala
amalan manusia
peristiwa Israk Mikraj amat tinggi nilainya
sehinggakan ia dimulakan dengan persediaan
kerohanian melalui proses penyucian hati
2. Nabi didatangkan binatang tunggangan iaitu Buraq
(haiwan yang berwarna putih. Saiznya lebih kecil dari

himar. Memiliki sayap dibahagian peha. Ketangkasan
umpama kilat.

3. Nabi ditemani oleh Malaikat Jibrail


4. Nabi diarahkan untuk berhenti pada tempat2 sejarah
untuk memuliakan tempat tersebut dengan cara
menunaikan solat 2 rakaat:
Yathrib
Tursina (tempat Nabi Musa bermunajat kepada
Allah)
Bayt al-Laham (tempat Nabi Isa a.s dilahirkan)
5. Gambaran yang diperlihatkan kepada Rasulullah
s.a.w dalam perjalanan ke Aqsa

kaum yang sedang bercucuk tanam lalu terus
menuai hasil tanaman mereka, dan apabila selesai
dituai, hasil tanaman yang baru keluar semula
seolah-olah belum lagi dituai. Keadaan ini berlaku
berulang-ulang kali, maka Rasulullah SAW
diberitahu oleh Jibril AS bahawa gambaran itu
menunjukkan ganjaran Allah SWT kepada kaum
yang berjihad di jalan Allah yang digandakan pahala
kebajikan mereka (al-'Asqalani 2003, 7/253; al-
Haythami 2001, 1/92).
satu kaum yang terdiri daripada lelaki dan
perempuan, mereka memakan daging mentah yang

busuk, sedangkan daging masak dan elok ada di sisi
mereka. Menurut Jibril AS, mereka adalah lelaki dan
perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki
dan perempuan itu masing-masing mempunyai
isteri atau suami yang sah (al-'Asqalani 2003, 7/253;
al-Haythami 2001, 1/92).
sekumpulan manusia yang sedang mengumpul kayu
api, mereka tidak mampu untuk memikulnya,

namun mereka terus menambah beban kayu
tersebut. Keadaan ini adalah gambaran bagi orang
yang gagal menunaikan amanah yang
dipertanggungjawabkan ke atas mereka (al-'Asqalani
2003, 7/254; al-Haythami 2001, 1/92).

6. Setibanya di Masjid al-Aqsa, Rasulullah SAW turun
daripada Buraq dan kemudian masuk ke dalam masjid
lalu mengimamkan solat yang disertai oleh sekalian
para Nabi dan Rasul yang terdahulu daripada Baginda
SAW
 PERJALANAN MIKRAJ
1. Mikraj iaitu sebuah tangga yang indah dari syurga (Ibn
Kathir 2007, 55)

2. Baginda SAW dan Jibril AS menaiki setiap tingkatan langit
dunia yang terdiri daripada tujuh peringkat dan bertemu
dengan para Rasul terdahulu:
 Nabi Adam a.s
 Nabi Yahya a.s dan Nabi Isa a.s
 Nabi Yusuf a.s
 Nabi Idris a.s
 Nabi Harun a.s
 Nabi Musa a.s
 Nabi Ibrahim a.s (bersandar di Baitul Makmur – tempat
Malaikat melakukan Tawaf. 70000 yang mengelilingi dan
tidak akan kembali)
3. Rasulullah SAW telah dinaikkan ke Sidrat al-Muntaha1
untuk bertemu dengan Allah SWT, iaitu untuk menerima


perintah solat lima waktu
4. tempat tersebut dinamakan Sidrat al-Muntaha kerana
pengetahuan para Malaikat terhenti di situ, dan tiada
sesiapa yang boleh melepasinya melainkan Rasulullah SAW
 pangkal Sidrat al-Muntaha terdapat empat batang anak
sungai, dua daripadanya ialah sungai ''batin'' iaitu
sungai di syurga, manakala dua lagi sungai merupakan
sungai ''zahir'' iaitu yang terdapat di dunia bernama
sungai Nil dan Furat
 digambarkan seperti sepohon pokok yang mempunyai
buah yang besar seperti tempayan dan daunnya pula
lebar seperti telinga gajah
4. Rasulullah s.a.w diberi pilihan antara arak,susu dan
madu. Maka nabi memilih susu yang menunjukkan

kepada fitrah (fitrah suka kepada kebaikkan dan fitrah
Islam)
5. Nabi s.a.w difardukan 50 waktu solat (berlaku dialog
antara nabi dan Nabi Isa serta nabi dgn Allah sehingga
diturunkan menjadi 5 waktu solat sahaja (dikekalkan
nilai ganjaran sebaganyak 50 waktu)
 SELEPAS PERISTIWA ISRAK MIKRAJ
1. Rasulullah SAW dibawa turun ke langit dunia

semula untuk kembali ke Bayt al-Maqdis.
Rasulullah SAW telah dibawa menaiki Buraq untuk
pulang ke Mekah pada malam yang sama
2. Nabi belajar cara membaca dan amalan melakukan
solat bersama Jibril
3. Nabi menyampaikan peristiwa israk Mikraj kepada
masyarakat Quraisy
4. Berlaku penerimaan dan penolakan
 RESPON MASYARAKAT QURAISY TERHADAP
PERISTIWA ISRAK MIKRAJ


1. Meraka ragu-ragu dengan ceita Rasulullah dan
minta Rasulullah SAW menceritakan perihal Bayt
al-Maqdis
2. Allah mengurniakan ilham kepada Nabi s.a.w
tentang setiap inci binaan dan nabi gambarkan
kepada musyrik Quraisy secara jelas
3. Penerimaan keseluruhan yang ditunjukkan oleh
Abu Bakar sehingga digelak sebagai as-Siddiq
(membenarkan)
HIKMAH ISRAK MIKRAJ

 Hikmah terbesar dalam membahaskan israk mikraj
adalah berkaitan dengan kepercayaan dan keimanan
 Menjelaskan tentang 3 tema hikmah yang penting iaitu
uluhiyah, nubuwwah dan qhaybiyyah
 HIKMAH ULUHIYAH
1. Meliputi 3 perkara iaitu
Tidak dapat melihat Allah s.w.t ketika proses
pemfardhuan solat
Berkaitan dengan ihsan Allah s.w.t
Berkaitan dengan qada’ dan qadar Allah
1. Tidak melihat Allah s.w.t:
Ketika berdialog dengan Allah nabi tidak melihat

Allah bahkan melihat 1 bentuk cahaya
“Abu Dzar berkata: aku pernah bertanya kepada
Rasulullah, Apakah kamu melihat Tuahnmu? Beliau
menjawab “Hanya cahaya, bagaimana mungkin aku
boleh melihatnya” (riwayat Muslim)

Hadis Riwayat Aisyah r.a


“Sesiapa yang mengatakan bahawa Muhammad
melihat Tuhannya, maka dia melakukan satu
pembohongan yang besar terhadap Allah s.w.t”
2. Qada’ dan qadar Allah:
melalui perjumpaan Nabi bersama dengan Nabi

Adam di langit 1 (menunjukkan bahawa di sebelah
kanan nabi adam ada sekumpulan manusia yang
apabila Nabi Adam melihatnya akan tersenyum.
Ada sekumpulan manusia pula di belah kirinya yang
apabila Nabi adam melihatnya, Nabi akan menangis)
Menjelaskan konsep penerimaan Nabi bahawa akan
ada umatnya yang akan masuk syurga dan akan ada
yang masuk neraka.
3. Ihsan Allah s.w.t
Menurunkan kefarduan solat daripada 50 kepada 5
waktu sahaja

Memberi ganjaran kebaikkan dengan 10 pahala
sedangkan balasan keburukan hanya 1 dosa sahaja
Memberi ganjaran pada niat untuk melakukan
kebaikkan tetapi tidak mencatat pada niat untuk
melakukan keburukan
 HIKMAH NUBUWWAH
1. Keimanan kepada kewujudan nabi-nabi yang
terdahulu

2. Keimanan kepada pertemuan antara Nabi Muhammad
dan nabi-nabi terdahulu di tingkatan langit
3. Percaya kepada peristiwa israk mikraj ini sendiri
sebagai mukjizat kepada nabi muhammad s.a.w yg
terbukti melalui al-Quran dan hadith
4. Percaya berlakunya israk mikraj bersama2 roh dan
jasad
5. Mukjizat kenabian juga terjadi ketika nabi mampu
menggambarkan bayt al-aqsa kepada golongan
musyrik melalui ilham daripada Allah s.w.t
 HIKMAH QHAYBIYYAT
1. Kewujudan Malaikat

2. Peritiwa Hari Akhirat
3. Syurga
4. Neraka
5. Luh Mahfuz
6. Sidratul Muntaha
7. Bayt al-Makmur
8. Telaga Kauthar
9. Kewujudan Syaitan
 HIKMAH PEMFARDHUAN SOLAT
1. Menunjukkan solat adalah ibadah yang paling
penting dijaga.

2. Menunjukkan solat sebagai kaedah berhubung
dengan Allah

 HIKMAH BAYT AL-AQSA


1. Menunjukkan keistimewaan aqsa sebagai tempat
ibadah
2. Allah menjaga kebajikan dan kekekalan Aqsa
sehingga akhirat
 HIKMAH PEMILIHAN SUSU
1. Susu itu sendiri menunjukkan fitrah kehidupan
manusia yang hidup bermula dengan susu

2. Fitrah = agama Islam (agama fitrah kepada semua
umat manusia)
3. Fitrah = manusia secara fitrahnya suka kepada
kebaikkan dan benci kepada kemungkaran
BAIAH AQABAH 1

 PEMELUKAN ISLAM OLEH ORANG-ORANG
ANSAR SEBELUM BAIAH AQABAH 1
1. Rasulullah s.a.w ditemukan dengan golongan Ansar
pada musim haji di Mekah
2. Mereka menerima dakwah Nabi atas 3 perkara:
 Mengenali Nabi Muhammad seperti yang diucapkan
oleh orang2 yahudi (merujuk pada Taurat dan Injil)
 Mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran dan mengakui
kebenaran
 Keperibadian Raasulullah s.a.w
3. Perjumpaan pertama dengan Rasulullah s.a.w adalah
seramai 6 orang (Khazraj):
 As’ad bin Zurarah

 Auf bin al-Harith (Bani Najjar)
 Rafi’ bin Malik (Bani Zariq)
 Qutbah bin Amir (Bani Salimah)
 Uqbah bin Amir (Bani Haram)
 Jabin bin Abdullah (Bani Abid bin Adi)

4. Semua memeluk agama Islam melalui shahadah dan


memohon baginda untuk selesaikan isu pergaduhan kaum
mereka
5. Mereka berjanji untuk bertemu dengan Rasulullah pada
haji tahun berikutnya
 BAIAH AQABAH 1


1. Berlaku pada tahun 12 kenabian di Aqabah
2. Seramai 12 orang yang menyertai perjanjian ini (10
khazraj + 2 Aus)
3. 5 dari mereka pernah bertemu Rasulullah ketika
pertemuan pertama.
Muaz bin al-Harith
Zaqwan bin Qais
Ubadah bin al-Shamit
Yazid bin Thailabah
Al-Abbas bin Ubadah
Ibnu al-Haitham bin al-Taiyihan
Uwaim bin al-Sa’idah
4. Mereka memperbaharui keislaman dan berbaiah dengan


Rasulullah s.a.w
5. Baiah Aqabah 1 = Baiah al-Nisa (kerana isinya belum
berhubung kait dengan perang kerana perang belum difardukan
dan baiah ini dilakukan bersama-sama para wanita di Mekah)
6. Isi kandungan Baiah Aqabah 1:
 Tidak mensyirikkan Allah
 Tidak mencuri
 Tidak berzina
 Tidak membunuh anak
 Tidak mengadakan fitnah
 Tidak mengingkari Rasulullah s.a.w
7. orang2 ansar berjanji akan bertemu Nabi pada tahun
berikutnya dengan membawa lebih ramai orang untuk berbaiah
 UTUSAN DAN DUTA ISLAM KE MADINAH
1. Rasulullah menghantar Mus’ab bin Umair dan

Abdulullah bin Ummu Maktum sebagai wakil
Rasulullah untuk menyebarkan agama Islam di
Madinah
2. Tanggungjawab: menyebarkan Islam dan
membacakan ayat al-uran kepada penduduk
Madinah/follow up akidah (memberi motivasi kepa
mereka yg Islam)
3. Metodologi dakwah: mauizah hasanah dan dialog
- Usaid bin Khudair dan Sa’ad bin Mu’az (Ketua
Kabilah Aus) telah memeluk Islam setelah mendengar
bacaan al-Quran Mus’ab bin Umair
 HIKMAH BAIAH AQABAH 1
1. Allah mengkehendaki agar para pendukung ajaran

Rasulullah datang daripada luar (bukan dari kaum
dan keturunan salasilah)
Supaya tidak timbul tuduhan bahawa dakwah
Rasulullah bersifat nasionalisme (menghilangkan
keraguan kerhadap ajaran nabi)

2. Pemelukan Islam dengan cara yang mudah oleh


golongan Ansar:
Allah telah mempersiapkan Madinah untuk
dijadikan sebagai negara Islam yang pertama
3. Syahadah dilanjutkan dengan Baiah:
Menjelaskan bahawa, setiap keimanan terhadap

risalah Rasulullah, wajib disertai dengan keimanan
kepada keesaan Allah dan syariatnya

4. Pengutusan Mus’ab bin Umair dan Abdulullah ibnu


Maktum ke Madinah:
Menjelaskan bahawa tugas penyebaran dakwah
bukan tanggungjawab Rasulullah semata2
Pewaris nabi mesti ikut apa yg nabi buat (dakwah)
BAIAH AQABAH 2

1. Berlaku pada tahun 13 kenabian
2. Disertai seramai 73 orang2 Madinah (62 khazraj, 11
Aus) turut disertai dengan 2 orang wanita iaitu
Nusaibah binti Kaab dan Asma binti Amru
3. Arahan Rasulullah s.a.w supaya berjumpa di Aqabah
pada waktu malam supaya tidak diketahui puak
Quraisy
4. Rasulullah s.a.w ditemani oleh Abbas bin Abdul
Mutalib (dengan tujuan untuk memohon kaum Ansar
memberi perlindungan kepada Muhammad s.a.w)
5. Barra’ bin Ma’rur (wakil kaum Ansar) memberikan jaminan
keselamatan kepada Rasulullah s.a.w

6. Mereka kemudian melakukan perjanjian baru bersama
dengan Rasulullah s.a.w dimulai dengan As’ad bin Zurarah

7. Isi kandungan Baiah Aqabah 2:


 Untuk mendengar dan taat dalam segala keadaan yang
dialami Nabi.
 Untuk menafkahkan harta ketika dalam sulit dan mudah
 Untuk menyuruh kepada yang benar dan mencegah dari
yang salah.
 Untuk mengharap redhs Allah dan tidak takut atau risau
dengan celaan orang lain.
 PERBEZAAN BAIAH 1 DAN 2
1. Bilangan orang yang berbaiah. Berlaku peningkatan yang

cepat selepas diwakilkan Mus’ab untuk sebarkan Islam
di Madinah
2. Beza dari aspek isi kandungan Baiah:
Baiah 1 hanya merupakan baiah yang bersifat sementara
Baiah 1 fokus kepada persediaan mereka untuk
mengesakan Allah dan membuang amalan-amalan
jahiliah
Baiah 2 fokus kepada jihad dan pengorbanan (akan
diturunkan kefarduan perang selepas penghijrahan ke
Madinah)
Baiah 2 menguji tahap keimanan melalui kesediaan untuk
berjihad
 PENSYARIATAN PERANG SELEPAS BERLAKU
PENGHIJRAHAN KE MADINAH


‘Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang
diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya
dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuasa
menolong mereka”
(Al-Hajj: 39
1. Sebab disyariatkan perang pada waktu ini:
 Persediaan dengan pengenalan tentang Islam,seruan
kepada Islam dengan mengutarakan dalil2 Quran dan
bukti2 melalui mukjizat
 - Mewajibkan perang setelah wujudnya “Dar al-Islam”
sebagai tempat pertahanan
 HIKMAH BAIAH AQABAH 2
1. Berlaku peningkatan bilangan yang berbaiah

menunjukkan kesediaan Ansar menerima Islam dan
kemudianya menyebarkannya
2. Ujian keseksaan Nabi dan orang Islam dihikmahkan
dengan kehadiran sekumpulan manusia yang
memberi sokongan penuh kepada Nabi dan
ajarannya
3. Kesabaran Nabi dan kaum muslimin dibina selama
13 tahun, cukup bersedia untuk hadapi perang
dengan beretika
4. Wajib berhijrah dari darul Harbi ke Darul Islami
(hindarkan kemudaratan untuk kemaslahatan yang

lebih besar) – buka ruang dan peluang untuk Islam
tersebar dalam keadaan yang lebih harmoni

5. Nilai ketaatan kepada Allah dan ajarannya adalah


dengan pengorbanan jiwa,harta dan tenaga

Anda mungkin juga menyukai