Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN AIR PANAS,

SETAPAK, 53200 KUALA LUMPUR

PANDUAN KAWAD DAN KECEMASAN

LOCENG KECEMASAN 1

( 1 ) SITUASI YANG BERKAITAN

1. Situasi yang berkaitan dengan Loceng Kecemasan 1 ialah kebakaran kecil, kebakaran
besar, kebocoran gas dan semua situasi yang memerlukan warga sekolah meninggalkan
bangunan dan berkumpul di tempat terbuka.

( 2 ) MEMBUNYIKAN LOCENG ISYARAT

1. Sesiapa yang ternampak situasi berkaitan hendaklah memberitahu pihak pejabat dengan
segera supaya Loceng Kecemasan 1 dapat dibunyikan secepat mungkin.

2. Loceng kecemasan 1 iaitu bunyi loceng elektrik yang berterusan selama 2 minit
akan dibunyikan oleh pihak di pejabat. Apabila bekalan elektrik terputus, isyarat adalah
melalui healer, wisel dan alat yang bersesuaian serta dibunyikan oleh pihak yang berada
di pejabat.

( 3 ) MENGOSONGKAN BANGUNAN

1. Apabila Loceng Kecemasan 1 dibunyikan, Guru Semasa hendaklah memberi arahan


kepada murid untuk bertenang dan tidak panik. Seterusnya, Guru Semasa akan memberi
arahan kepada murid untuk keluar dari bangunan dalam keadaan teratur. Pastikan suis
kipas dan lampu ditutup. Murid dari setiap kelas hendaklah disusun dalam dua barisan dan
kemudian meninggalkan bilik itu mengikut laluan yang ditentukan di dalam Pelan Laluan
Kecemasan. Murid perlu meninggalkan beg dan semua barang di dalam kelas.

2. Semasa bergerak, murid hendaklah senyap, tidak terburu-buru, tidak berlari atau
memotong barisan. Guru Semasa akan mengiringi murid dan membawa mereka keluar
bersama-sama ke tempat berkumpul terdekat berdasarkan Pelan Laluan Kecemasan.

3. Murid yang sedang mengadakan Pendidikan Jasmani di padang atau gelanggang


sekolah hendaklah dikumpulkan dengan segera oleh Guru Semasa. Guru Semasa perlu
membawa murid bergerak ke tempat berkumpul terdekat berdasarkan Pelan Laluan
Kecemasan.

4. Pihak Pentadbir yang berada di pejabat perlu memastikan Beg Kecemasan sampai ke
Tempat Berkumpul 1, 2 dan 3.

5. Guru yang tidak terlibat dengan kelas, AKP, pekerja dan lain-lain pihak hendaklah keluar
dari bangunan dan bergerak ke tempat berkumpul terdekat berdasarkan Pelan Laluan
Kecemasan.

6. Sekiranya ada murid yang tidak berada di bilik darjah semasa Loceng Kecemasan 1
dibunyikan, Guru semasa hendaklah mengenalpasti murid tersebut dan melaporkan
kepada AJK Kecemasan di tempat berkumpul. Guru Semasa tidak perlu menunggu murid
tersebut balik ke kelas tetapi sebaliknya terus membawa murid lain ke tempat berkumpul.
7. Murid yang tidak berada di dalam bilik darjah semasa Loceng Kecemasan 1 dibunyikan,
hendaklah terus bergerak ke tempat berkumpul terdekat dengan segera, kemudian
melaporkan diri kepada AJK Kecemasan terlibat.

8. Warga sekolah tidak dibenarkan memasuki semula bangunan untuk mengambil barang
ataupun mencari mana-mana individu kecuali mendapat kebenaran daripada Guru Besar
atau Agensi Kecemasan.

( 4 ) KECEMASAN PADA WAKTU REHAT

1. Jika Loceng Kecemasan 1 dibunyikan pada waktu rehat, warga sekolah yang berada di
kantin hendaklah berhenti makan dan bergerak ke Tempat Berkumpul 2 dengan segera.

( 5 ) TEMPAT BERKUMPUL

1. Kawasan yang telah ditetapkan sebagai Tempat Berkumpul adalah berdasarkan tempat
yang terdekat semasa Loceng Kecemasan 1 dibunyikan. Jika hari hujan, Tempat
Berkumpul 1 adalah di Dewan Perdana, manakala Tempat Berkumpul 2 dan 3 pula adalah
di Kantin.

( 6 ) LALUAN YANG HARUS DIIKUTI

1. Warga sekolah perlu mengikut laluan yang terdapat di dalam Pelan Laluan Kecemasan
untuk mengelakkan kesesakan semasa meninggalkan bilik dan menuruni tangga.

( 7 ) PANGGILAN BARIS

1. Dua orang Guru atau AKP yang sampai di Tempat Berkumpul perlu bertindak sebagai
AJK Kecemasan. AJK Kecemasan perlu memakai vest keselamatan yang terdapat di
dalam Beg Kecemasan untuk mudah dikenali. AJK Kecemasan akan mencatatkan status
panggilan baris murid, guru, AKP, pekerja dan pihak lain yang berada di Tempat
Berkumpul. Mereka juga perlu mengisi laporan Tempat Berkumpul. AJK Kecemasan akan
melaporkan kepada Ketua Tempat Berkumpul laporan yang berkaitan.

2. Setelah murid sampai ke tempat berkumpul, panggilan baris akan dilakukan. Guru
Semasa akan mengira jumlah murid yang berada di Tempat Berkumpul. Kemudian, Guru
Semasa akan melaporkan jumlah murid kepada AJK Kecemasan. AJK Kecemasan boleh
dikenali melalui vest keselamatan yang dipakai.

3. Ketua Tempat Berkumpul akan menerima laporan dari AJK Kecemasan dan melaporkan
kepada Ketua Kecemasan. Kemudian, Ketua Kecemasan akan melaporkan kepada Pihak
Bomba dan Agensi Kecemasan laporan yang berkaitan.

( 8 ) MEMASUKI SEMULA BANGUNAN

1. Loceng Kecemasan 1 iaitu bunyi loceng elektrik yang berterusan selama 2 minit
akan dibunyikan oleh pihak di pejabat menandakan keadaaan selamat dan warga sekolah
dibenarkan memasuki semula bangunan.

2. Guru Semasa akan mengiringi murid dan membawa mereka balik ke kelas berdasarkan
laluan Pelan Laluan terkini.
LOCENG KECEMASAN 2

( 1 ) SITUASI YANG BERKAITAN

1. Situasi yang berkaitan dengan Loceng Kecemasan 2 ialah serangan serangga berbisa,
haiwan berbahaya dan semua situasi yang memerlukan warga sekolah tidak meninggalkan
bangunan dan berada di tempat tertutup.

( 2 ) MEMBUNYIKAN LOCENG ISYARAT

1. Sesiapa yang ternampak situasi berkaitan hendaklah memberitahu pihak pejabat dengan
segera supaya Loceng Kecemasan 2 dibunyikan secepat mungkin.

2. Isyarat kecemasan iaitu bunyi loceng elektrik yang berselang-seli selama 2 minit
akan dibunyikan oleh pihak di pejabat. Apabila bekalan elektrik terputus, isyarat adalah
melalui healer, wisel dan alat yang bersesuaian serta dibunyikan oleh pihak yang berada
di pejabat.

( 3 ) BERADA DI DALAM BANGUNAN

1. Apabila Loceng Kecemasan 2 dibunyikan, Guru Semasa hendaklah memberi arahan


kepada murid untuk bertenang dan tidak panik. Seterusnya, Guru semasa akan memberi
arahan kepada murid untuk menutup pintu serta tingkap bilik darjah atau bilik yang terlibat.
Murid hendaklah berada di dalam kedaan senyap dan tidak dibenarkan untuk
meninggalkan bilik tersebut.

2. Murid yang sedang mengadakan Pendidikan Jasmani di padang atau gelanggang


sekolah hendaklah dikumpulkan dengan segera oleh Guru Semasa. Guru Semasa perlu
membawa murid bergerak masuk ke bilik terdekat.

3. Guru yang tidak terlibat dengan kelas, AKP, pekerja dan lain-lain pihak juga hendaklah
berada dalam bilik yang terdekat.

4. Sekiranya ada murid yang tidak berada di bilik darjah semasa Loceng Kecemasan 2
dibunyikan, Guru Semasa hendaklah mengenalpasti murid tersebut dan melaporkan
kepada pihak pejabat jika murid tersebut masih tidak pulang selepas 10 minit.

5. Warga sekolah tidak dibenarkan meninggalkan bangunan kecuali mendapat kebenaran


daripada Guru Besar atau Agensi Kecemasan.

( 4 ) KECEMASAN PADA WAKTU REHAT

1. Jika isyarat kecemasan 2 dibunyikan pada waktu rehat, warga sekolah yang berada di
kantin hendaklah meneruskan aktiviti seperti biasa dan tidak perlu meninggalkan kantin.

( 5 ) KELUAR DARI BANGUNAN

1. Loceng kecemasan 2 iaitu bunyi loceng elektrik yang berselang-seli selama 2 minit
akan dibunyikan oleh pihak di pejabat menandakan keadaaan selamat dan warga sekolah
dibenarkan keluar dari bangunan.

Anda mungkin juga menyukai