Anda di halaman 1dari 17

PELAN

TINDAKAN KECEMASAN

MRSM BALING
PROSEDUR PELAN TINDAKAN KECEMASAN BANGUNAN

1. Pendahuluan
2. Objektif
3. Skop
4. Definisi Insiden
5. Pasukan Tindakan Kecemasan
6. Prosedur Kecemasan
a. Bunyi Loceng Kecemasan
b. Tempat Berkumpul
c. Melapur Kecemasan Dan Komunikasi
d. Langkah Kecemasan Dan Pengungsian (Evacuation)
7. Nombor Telefon Kecemasan
8. Pelan Lantai Bangunan
9. Peraturan Keselamatan Am
10. Keselamatan Lif
11. Tugas dan Fungsi Pasukan Tindakan Kecemasan
12. Langkah Pengungungsian Bangunan
13. Charta Organisasi Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT)

-2-
1. Pendahuluan

Tujuan menyediakan prosedur ini adalah untuk memberi garis panduan bagi mencegah
kejadian kecemasan dan sekiranya berlaku juga ianya menggariskan cara-cara bertindak dan
kaedah-kaedah menyelamatkan diri apabila berdepan dengan sesuatu krisis kecemasan
terbabit.

Antara kandungan pelan ini adalah:

o Langkah-langkah dan tindakan ke atas kejadian kecemasan/ insiden


o Prosedur pemberitahuan dan pelaporan
o Prosedur pengungsian (evacuation) bangunan

Maklumat yang jelas dan tepat mengenai sesuatu insiden adalah penting bagi memudahkan
semua pihak bagi menangani krisis terbabit dan seterusnya untuk memutuskan tindakan
selanjutnya.

2. Objektif

Kejadian Kecemasan boleh terjadi tidak mengira masa dan dari pelbagai punca. Pelan
Tindakan Kecemasan ini merupakan prosedur bertulis bagi menjelaskan kaedah mengatur,
mengkoordinasi dan mengguna sumber-sumber yang sedia ada bagi persediaan, tindakan,
pemulihan serta meminimumkan kesan negatif dari kejadian terbabit.

Tujuan pelan ini adalah bagi menyediakan informasi yang boleh menyelamatkan nyawa
semasa kejadian kecemasan dan mempercepat pemulihan setelah kejadian berlaku.
Keberkesanan pelan kecemasan ini bergantung kepada komuniti yang mempunyai
pengetahuan dan maklumat mengenai prosedur ini serta kesedaran mengenai tanggung jawab
individu terhadap tindakan kecemasan.

3. Skop

Skop prosedur ini meliputi semua petugas, kakitangan serta sesiapa yang berada di dalam
kawasan Bangunan MRSM Baling. Pasukan Tindakan Kecemasan adalah berfungsi pada
peringkat awal kecemasan bagi memberi bantuan awal sebelum pasukan bantuan khas
seperti Bomba, Hospital, Polis dan badan-badan lain yang berkuasa sampai dan mengambil
alih situasi serta tugas seterusnya. Pasukan ini boleh terus memberi bantuan kepada
pasukan-pasukan ini sekiranya diminta atau dibenarkan oleh pasukan terbabit.

4. Definisi Insiden

Insiden ditakrifkan sebagai kejadian yang tidak diduga atau tidak dirancang yang mempunyai
potensi untuk menyebabkan kecederaan, menjejaskan kesihatan, kerosakan harta benda atau
menjejaskan alam sekitar.

Insiden-insiden yang diliputi oleh prosedur ini antaranya ialah:

o Kebakaran
o Ancaman Bom

-3-
o Bencana Alam (Gempa Bumi, Banjir dll.)
o Kemalangan Di Tempat Kerja
o Penyebaran Gas Atau Bahan Kimia Berbahaya

5. Pasukan Tindakan Kecemasan

5.1. Pasukan ini akan memberi arahan dan koordinasi apabila insiden atau sebarang
kecemasan terjadi. Pasukan ini bertindak dengan serta merta apabila kejadian/ insiden
dimaklumkan. Sebaik sahaja menerima maklumat atau amaran kecemasan pasukan
utama akan menilai dahulu sebelum memutuskan untuk bertindak menangani kejadian
tersebut sebagai kecemasan atau tidak. Sekiranya kejadian/ insiden ditakrifkan sebagai
kejadian kecemasan pasukan seterusnya akan diarahkan untuk bertindak. Pasukan ini
akan menyerahkan tugas kepada pihak Bomba sebaik sahaja sampai dan akan terus
memberi bantuan jika diperlukan.

5.2. Organisasi Pasukan Tindakan Kecemasan

Pasukan ini terdiri dari seorang Komander Kecemasan, dengan dibantu oleh Pegawai
Pengungsian, Pegawai Insiden, Pegawai Keselamatan dan Pencatat Kejadian. Pasukan
Perubatan, Mencari Dan Menyelamat, Memadam Kebakaran dan Penyenggaraan akan
bertindak di bawah pengawasan dan arahan pegawai tersebut. Selain dari itu setiap
syarikat juga mempunyai wakil sebagai Pegawai Tingkat untuk menjalankan tugas-tugas
pengungsian (pengosongan) bangunan semasa kecemasan. Carta organisasi pasukan
adalah seperti Lampiran.

6. Prosedur Kecemasan

6.1. Bunyi Loceng Kecemasan

Tindakan yang diambil apabila mendengar loceng kecemasan;

6.1.1. Bunyi loceng putus-putus

 Bersedia untuk mengosongkan/ pengungsian bangunan.


 Tutup suis kesemua poin peralatan elektrik kecuali lampu.
 Apabila mendengar loceng berpanjangan, ataupun melalui sistem siaraya
(P.A.), tindakan mengosongkan/ pengungsian bangunan bolehlah bermula.
 Ahli Pasukan Tindakan Kecemasan selain dari Pegawai Tingkat/ Floor
Warden hendaklah turun segera berkumpul berhampiran Bilik Kawalan
bersama ketua pasukan masing-masing.
 Pengurus Kecemasan akan menentukan sama ada pengungsian perlu
dilaksanakan atau sebaliknya.
 Pegawai Tingkat perlu menghubungi Pegawai Pengungsian menggunakan
Interkom Bomba bagi mendapatkan arahan melaksanakan pengungsian.

-4-
6.1.2. Bunyi loceng berpanjangan

 Tutup semua suis peralatan elektrik.


 Tutup pintu dan tingkap.
 Ahli Pasukan Pemadaman atau Mencari dan Menyelamat perlu melapur diri
kepada Ketua Pasukan dan Pegawai Insiden sebelum meneruskan tugas
masing-masing.
 Keluar meninggalkan bangunan melalui tangga dan turun ke bawah (jangan
gunakan lif). Jangan membawa apa-apa barang bersama anda.
 Semasa menuruni tangga, jangan berpatah balik dan jangan bertolak-tolak.
 Orang terakhir yang meninggalkan pejabat hendaklah menutup pintu keluar
pejabat.
 Laporkan diri kepada Pegawai Tingkat di tempat berkumpul dan jangan
tinggalkan tempat berkumpul sehingga di arah berbuat demikian.

6.2. Tempat Berkumpul

Tempat berkumpul yang ditetapkan adalah di _________________________________


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________.

PETA LOKASI SEPERTI DILAMPIRAN

-5-
6.3. Melapur Kecemasan dan Komunikasi

Sistem perhubungan yang pantas dan berkesan adalah mustahak semasa kecemasan
kerana ini akan membantu mempercepat tindakan penyelesaian dan memastikan
maklumat yang tepat diperolehi.

Di antara sistem komunikasi yang adea adalah seperti berikut:

6.3.1. Sistem Siaraya (PA System)

Dalam keadaan di peringkat awal kecemasan sekiranya bekalan elektrik tidak


terputus, pengumuman boleh dibuat bagi memaklumkan keadaan semasa
kecemasan yang sedang berlaku dan untuk memberitahu sebarang tindakan
yang sedang diambil. Pengumuman juga akan dibuat untuk mendapatkan
kerjasama semua penghuni (termasuk pelawat) untuk keluar dari bangunan ke
tempat berkumpul sekiranya perlu.

6.3.2. Walkie Talkie

Alat perhubungan ini akan digunakan untuk membantu pasukan berkomunikasi


dengan Komander dan antara satu dengan yang lain semasa mengendalikan
kecemasan.

6.3.3. Inter Floor Interkom

Alat perhubungan ini telah sedia terpasang di setiap tingkat bangunan


berhampiran tangga kecemasan (Laluan 1, 3 & 5) dan akan digunakan oleh
pasukan bagi berhubung dengan Bilik Kawalan semasa pengungsian
bangunan.

6.4. Peralatan dan Kelengkapan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT)

Bagi menghadapi sebarang bencana dan kecemasan, Pasukan telah diperlengkap


dengan peralatan yang perlu di antaranya;

6.4.1. Alat Pengusung (Stretcher)


6.4.2. Alat Perhubungan Radio (Walkie Talkie)
6.4.3. Peralatan Pertolongan Cemas
6.4.4. Loud Hailer/Megaphone
6.4.5. Safety Vest

6.5. Langkah-Langkah Kecemasan

A. Tindakan yang perlu diambil semasa berlakunya kecemasan di bangunan.

 Memberhentikan semua kerja-kerja yang sedang di jalankan dan menutup semua


suis.
 Bunyikan isyarat kecemasan yang berhampiran dan hubungi pihak Bomba.
 Mengambil semua barang-barang yang penting.
 Menutup semua pintu-pintu dan tingkap.
 Memberitahu kepada bilik pengawal dengan segera.

-6-
 Cuba memadamkan kebakaran.
 Keluar dari bangunan dengan mengikut peraturan:
1) Dengan berbaris.
2) Jangan lari atau berlumba-lumba.
3) Dahulukan orang-orang yang kurang sihat/wanita-wanita.

 Gunakan jalan yang selamat, pintu-pintu yang senang dilalui.


 Jangan gunakan lif semasa berlaku kecemasan.
 Jangan berpatah balik ke belakang semasa hendak meninggalkan bangunan.
 Jangan bersembunyi di dalam tandas atau tempat tersorok.
 Apabila keluar hendaklah berkumpul di tempat lapang/perhimpunan yang
ditetapkan.
 Pintu-pintu pagar utama hendaklah dibuka semasa kecemasan bagi memudahkan
laluan keluar.
 Jangan mengeluarkan kenderaan yang diletakkan di basemen semasa
kecemasan termasuk kenderaan rasmi.
 Melaporkan diri kepada ketua atau orang-orang yang bertanggungjawab.
 Jangan buat bising dan kelam-kabut.
 Jangan meninggalkan kawasan berlaku kecemasan sehingga mendapat arahan
dari ketua atau majikan.

B. Tindakan yang perlu diambil sekiranya terperangkap di dalam asap dan api.

 Bertenang dan jangan panik


 Bernafas secara perlahan dan jika ada gunakan tuala basah untuk sekali menutup
mata, hidung dan mulut.
 Pintu-pintu pejabat hendaklah ditutup supaya asap tidak merebak ke bahagian lain
dan melambatkan pembakaran.
 Jika asap telah memenuhi ruang bilik, gunakan dinding sebagai panduan untuk
menyelamatkan diri.
 Cuba hampiri tingkap dan menjerit atau melambai-lambai tangan untuk
mendapatkan bantuan pasukan menyelamat.
 Jika pintu panas, jangan cuba membukanya kerana dikhuatiri api berada di
hadapan.
 Merangkak ke lantai pejabat untuk mencari jalan keluar kerana udara bersih masih
terdapat di paras lantai.

7. Nombor Telefon Kecemasan

Butir-butir Nombor Telefon Agensi Khidmat Kecemasan/Keselamatan, Jawatankuasa Kecemasan dan


Pasukan Tindakan Kecemasan adalah seperti berikut:

NO. TELEFON
BIL NAMA TUGAS
PEJABAT HANDPHONE
1 PENGURUS KECEMASAN
2 PEGAWAI KESELAMATAN
3 PEGAWAI INSIDEN
5 PEGAWAI PENGUNGSIAN
6 KETUA PTK
7 PENGAWAL KESELAMATAN
8

-7-
AGENSI KHIDMAT NO. TELEFON
BIL NO. TELEFON TALIAN TERUS
KECEMASAN/KESELAMATAN KECEMASAN

1 PDRM
2 JBPM
999
3 JPAM
5 Hospital
6 SJAM
7 BSMM
8
9
10

8. Pelan Lantai Bangunan

SEPERTI DILAMPIRAN

-8-
9. Peraturan Am Keselamatan

 Setiap kakitangan perlu mengambil berat ke atas keselamatan diri sendiri


 Semua kemalangan mesti dilaporkan kepada Ketua Jabatan masing-masing.
 Pastikan tempat kerja anda berada dalam keadaan bersih dan kemas.
 Keadaan atau tempat yang tidak selamat perlu dilaporkan kepada Ketua Jabatan masing-
masing.
 Matikan suis semua peralatan elektrik apabila tidak digunakan atau habis waktu pejabat.
 Keselamatan elektrik adalah tanggung-jawab semua. Laporkan segera kepada Ketua
Jabatan anda jika terdapat keadaan yang tidak selamat untuk tindakan selanjutnya.
 Semua tanda “DILARANG MEROKOK” mesti dipatuhi setiap masa.
 Puntung rokok yang masih menyala, jangan dibuang ke dalam tong sampah. Gunakan
tempat membuang habuk/puntung rokok.
 Pastikan ruang laluan, ruang legar, ruang ke pintu kecemasan dan ruang tangga
hendaklah dikosongkan setiap masa.
 Pastikan pintu rintangan api sentiasa tertutup dan tidak berkunci.
 Pastikan anda mengetahui jalan keluar kecemasan yang terdekat semasa berlaku
kebakaran dan mengetahui tempat pusat berkumpul yang telah ditetapkan.
 Pastikan anda mengetahui tempat dan cara-cara menggunakan semua alat-alat
kecemasan pemadaman api yang terdapat di tempat anda.
 Jenis-jenis alat pemadam api yang terdapat:
1) Serbuk Kering (Stored Pressure Type);
Digunakan untuk memadamkan kebakaran berpunca daripada bahan pepejal
(Kelas A), bahan cecair (Kelas B) dan elektrik /gas (Kelas C).
2) Carbon Dioxide (CO2)
Digunakan untuk memadam kebakaran berpunca dari bahan cecair (Kelas B) dan
elektrik serta gas (Kelas C) terutama di kawasan yang terkurung.
 Sekiranya berlaku kecemasan:
1) Maklumkan kepada Ketua Jabatan dan Pegawai Tingkat.
2) Bunyikan Loceng Kecemasan
3) Hubungi pihak Bomba – jika perlu.
 Cuba padamkan api dengan alat-alat pemadam kebakaran.

-9-
10. Keselamatan Lif

A. Sistem keselamatan yang terdapat di dalam lif

10.1. Sistem Keselamatan Dalam Lif.

Semua lif dilengkapi dengan sistem interkom dan loceng kecemasan untuk
memudahkan penumpang berkomunikasi terus dengan bilik kawalan atau bilik
pengawal keselamatan.

10.2. Penanda Visual Audio.

Semua lif mempunyai penanda visual audio menunjuk aras tingkat di mana kedudukan
lif itu berada.

10.3. Bekalan Kuasa Untuk Sistem Lif.

10.3.1. Jika bekalan elektrik TNB terputus, hanya lif-lif no. 1, 2 & 5 akan berfungsi
dengan sokongan bekalan elektrik jana kuasa tunggu sedia, sementara lif-lif
yang lain akan secara automatik berhenti ke tingkat bawah.
10.3.2. Sistem lampu, kipas udara, loceng kecemasan dan interkom akan terus
berfungsi dengan sokongan bekalan jana kuasa tunggu sedia.
10.3.3. Jika jana kuasa tidak berfungsi, sokongan daripada bateri akan berfungsi
secara automatik untuk tempoh selama empat jam.
10.3.4. Jika berlaku kebakaran semua lif kecuali lif bomba (no. 5) akan secara
automatik ke tingkat bawah.

B. Langkah-langkah yang perlu diambil jika terperangkap dalam lif

 Bertenang dan jangan panik.


 Sila tekan loceng kecemasan untuk menghubungi bilik kawalan dan bilik
pengawal.
 Tunggu sehingga juruteknik atau pasukan penyelamat datang.

C. Perkara-perkara yang dilarang semasa terperangkap dalam lif

 Jangan merokok.
 Jangan keluar melalui siling lif.
 Jangan cuba membuka lif.

Pihak senggaraan akan menghantar bantuan dengan secepat mungkin apabila menerima
panggilan.

- 10 -
11. Tugas, Fungsi dan Tanggungjawab Pasukan Tindakan Kecemasan

A. Komander Pasukan

 Mengawal keseluruhan aktiviti kecemasan.


 Beroperasi dari bilik kawalan/gerakan kebakaran/kecemasan.
 Dibantu oleh Pegawai Pengungsian, Pegawai Insiden dan Pegawai Keselamatan.
 Menilai dan menentukan keadaan di mana kecemasan benar-benar berlaku yang
memerlukan melaksanakan prosedur kecemasan.
 Berkoordinasi dengan Pegawai Pengungsian, Pegawai Insiden dan Pegawai Keselamatan.
 Memaklumkan pengurusan dan pegawai perhubungan insiden.
 Mengerah segala usaha untuk menyelamatkan mangsa dan mengurangkan kerosakan
harta.
 Bekerjasama (Liaise) dengan Jabatan Bomba, Polis dan lain-lain jabatan berkenaan.
 Membuat penilaian semula ke atas prosedur dan kemudahan-kemudahan.
 Membantu merangka pelan tindakan kecemasan, menilai dan mengemas kini dari semasa
kesemasa.
 Merangka/melaksanakan latihan untuk pasukan.

B. Pegawai Keselamatan (Safety)

 Bertindak sebagai Pembantu Komander Kecemasan.


 Mencatatkan setiap aktiviti yang berlaku semasa kecemasan dengan terperinci.
 Membantu merangka pelan tindakan kecemasan, menilai dan mengemas kini dari semasa
kesemasa.
 Menyediakan laporan “post mortem” selepas kejadian atau selepas latihan/ “drill”
dilaksanakan.

C. Pegawai Pengungsian

 Bertanggungjawab ke atas aktiviti pengungsian bangunan.


 Perlu berada di kawasan perhimpunan/ tempat berkumpul.
 Berkoordinasi /berkomunikasi dengan Pengurus Kecemasan, Pegawai Tingkat dan
Pasukan Perubatan.
 Memastikan pengiraan kakitangan yang berkumpul dilaksanakan.
 Memeriksa/ menyiasat kakitangan/ orang yang hilang.
 Mendapatkan dan mengumpulkan maklumat mengenai bilangan dan jumlah kakitangan
yang berkumpul di pusat berhimpun, anggota penyelamat dan pemadam kebakaran yang
sedang bertugas dan mangsa-mangsa yang sedang diselamatkan atau terperangkap.
 Melantik Ketua Tingkat/ Floor Warden.
 Mengenal pasti penghuni setiap tingkat.
 Melatih Ketua Tingkat/ Floor Warden.

D. Pegawai Insiden/ Operasi

 Bertanggungjawab untuk mengawal dan mengawasi insiden/ kejadian bencana.


 Beroperasi dari bilik gerakan kecemasan.
 Sentiasa memaklumkan perkembangan insiden/kejadian dan tindakan yang sedang
diambil kepada Pengurus Kecemasan.

- 11 -
 Mengerah dan memantau Pasukan Memadam Kebakaran dan Pasukan Mencari dan
Menyelamat melaksanakan tugas-tugasnya.
 Memastikan integriti Sistem Melawan/ Mencegah Kebakaran di bangunan.
 Memastikan pintu keluar semasa kecemasan mempunyai petunjuk/papan tanda yang
jelas.
 Memastikan peralatan mencegah/ memadam kebakaran berkeadaan baik.
 Mengemas kini papan nama Pegawai Tingkat/ Warden.

E. Pegawai Keselamatan (Security)

 Bertanggungjawab ke atas keselamatan di kawasan bangunan.


 Mengawasi dan mengendalikan pergerakan penghuni yang keluar dari bangunan ke
tempat berkumpul yang ditetapkan.
 Menghalang pergerakan kenderaan di kawasan bencana (Kenderaan di dalam tidak
dibenarkan keluar dan sebaliknya).
 Meletakkan pengawal keselamatan di setiap pintu keluar dan persimpangan jalan.
 Mengawasi kawasan bencana dan menghalang orang luar dari memasuki kawasan
bencana.
 Memastikan laluan untuk kenderaan kecemasan (Bomba dan Ambulans) tidak terhalang.
 Menjaga dan mengawal pintu utama dan memberi panduan kepada Bomba apabila tiba ke
kawasan.
 Memastikan operator telefon melayani setiap panggilan yang diterima.
 Selepas waktu pejabat Pengawal Keselamatan terkanan bertanggungjawab ke atas
prosedur kecemasan.

F. Waden Tingkat (Floor Warden)

 Bertanggungjawab terhadap pengungsian penghuni di zon/ kawasan yang ditentukan.


 Mempunyai senarai penghuni/ petugas-petugas di dalam zon/kawasan kawalannya.
 Memastikan semua penghuni di zon/kawasan mengosongkan kawasan kerja.
 Memeriksa semua bilik, tandas, pantree, stor dll.
 Melaporkan kemajuan pengungsian bangunan dan keadaan mangsa melalui interkom
Bomba.
 Membantu melawan kebakaran sebelum pasukan pemadaman tiba.
 Mengeluarkan kelengkapan pemadaman kebakaran dari tempat simpanan.
 Mengemas kini senarai nama penghuni di tingkat pada setiap masa.
 Melaksanakan pengiraan penghuni dan melaporkan kepada Pegawai pengungsian.
 Mengambil tahu mengenai kakitangan yang kurang upaya dan wanita yang mengandung.
 Periksa kawasan bagi menentukan apa-apa perkara yang luar biasa.
 Memaklumkan secepat mungkin keadaan yang sedang berlaku dan tindakan yang diambil.
 Mengarah orang luar/ pelawat mengikuti aktiviti kecemasan yang sedang dijalankan.
 Memastikan pintu rintangan api di kawasan setempat sentiasa tertutup.
 Memeriksa kawasan bagi memastikan semua pekerja/ kakitangan bertindak sewajarnya
semasa kecemasan.
 Memastikan kakitangan turun dengan teratur melalui tangga kecemasan.
 Memeriksa dan melaporkan halangan yang terdapat di laluan keluar kecemasan.

G. Pasukan Pertolongan Cemas/Perubatan Kecemasan

 Berkumpul di kawasan yang ditetapkan bagi mengendalikan penghuni yang cedera.

- 12 -
 Bersedia dengan peralatan/ kelengkapan bantuan kecemasan.
 Bertindak segera ke atas penghuni yang cedera seperti yang diarahkan oleh Pegawai
Insiden/ Operasi.
 Memberi bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa yang telah dikeluarkan.
 Membantu Pasukan Ambulans setelah ketibaannya.

H. Pasukan Pemadam Kebakaran

 Berkumpul berhampiran bilik gerakan kecemasan.


 Memakai uniform/ pakaian keselamatan yang lengkap (Jaket Keselamatan, Kasut, Helmet
dan Sarung Tangan).
 Menjalankan tugas memadam kebakaran di lokasi yang diarahkan oleh Pengurus
Kecemasan
 Mengetahui tempat dan lokasi alat-alat pencegahan dan memadam kebakaran di setiap
tingkat.
 Melaporkan status kerja-kerja pemadaman dan sentiasa berkomunikasi dengan bilik
gerakan (Pegawai Insiden)
 Mengarah Pasukan Penyenggaraan untuk membantu memastikan operasi yang selamat
(To do make safe operations).

I. Pasukan Mencari dan Menyelamat

 Berkumpul berhampiran bilik gerakan kecemasan.


 Memakai uniform/ pakaian keselamatan yang lengkap
 Membawa bersama-sama peralatan menyelamat yang disediakan
 Menjalankan tugas mencari dan menyelamat mangsa-mangsa setelah lokasinya
dimaklumkan oleh Pegawai Insiden.
 Melaporkan status kerja-kerja mencari dan menyelamat dan sentiasa berkomunikasi
dengan Pegawai Insiden.

J. Pasukan Senggaraan

 Berkumpul berhampiran Bilik Gerakan Kecemasan


 Memastikan peralatan dan kelengkapan memadam kebakaran berfungsi.
 Melaporkan tempat berlaku kebakaran kepada Pengurus Kecemasan dan Pegawai
Insiden.
 Bersama-sama Pasukan Pemadam Kebakaran ke tempat di mana kebakaran berlaku.
 Menjalankan senggaraan berancang ke atas kelengkapan pencegahan dan pemadaman
kebakaran.
 Menguji kelengkapan pencegahan kebakaran dari semasa ke semasa.

- 13 -
Langkah Pengungsian Bangunan

Carta Aliran Bertindak Semasa Proses Pengungsian Dan Keselamatan Kebakaran

Pengumuman dan loceng  Pengumuman akan dibuat melalui sistem


dibunyikan siaraya
 Loceng kecemasan akan dibunyikan

Semua Kakitangan  Bersedia untuk bertindak

 Berhentikan semua tugas anda


Berhenti membuat kerja  Matikan semua poin elektrik (kecuali
lampu)

 Tunggu arahan dari Ketua Jabatan


 Semua AJK Bertindak lakukan tugas dan
t/jawab anda.
Keluar dari bangunan  Keluar mengikut jalan keluar kecemasan.
 Jangan gunakan lif.
 Keluar dengan teratur dan tertib.
 Jangan patah balik.

 Berbaris mengikut syarikat masing-


masing.
Pergi ke kawasan Pusat  Tunggu panggilan nama dibuat oleh Ketua
Berkumpul anda.
 Beritahu Ketua anda jika nama anda tidak
dipanggil.
 Tentukan rakan sekerja anda berada dalam
kumpulan. Jika tiada maklumkan kepada
Ketua.
 Tunggu arahan selanjutnya.

Masuk semula ke pejabat


 Arahan akan disampaikan oleh Pegawai
masing-masing Bomba melalui Pengurus Kecemasan.
 Semua AJK Bertindak menghadiri
mesyuarat post-mortem bersama pegawai
bomba.

- 14 -
BIL PASUKAN TINDAKAN KECEMASAN (ERT) NO. TELEFON

1 Komander ERT SHAHRIZAL BIN MOHD SADERI 019-2748248

Pengurus Kecemasan
2 Safety Officer RUSIDI BIN MUSTAPHA 019-9847705

3 Pegawai Insiden MUSTAFA BIN OSMAN 013-4403802

4 Pegawai Pengungsian JAFNI BIN GHAZALI 019-4132255

5 Pegawai Keselamatan MOHD SAIFUL NIZZAM BIN ZAKARIA

6 Pengawal Keselamatan PENGAWAL MRSM BALING

7 Komunikasi SYAHRIZAN BIN MOHD AMIN


KAMAL FADHLY BIN AMIR SHARIFUD-DIN

8 Trafik SYAWAL IDHAM BIN SHAFEI

MOHD SYUHAIRI BIN MD ISA


GURU PENASIHAT KADET POLIS
9 Pasukan Perubatan MUHAMAD FAKRI BIN WASOH

Kecemasan NURSYAHIERA BINTI AZMIN

(First Aid) YAHAYA BIN WAAI


BADAR BIN ABDUL HAMID
SUHAIMI BIN HJ HAMID
ANWARUDDIN BIN ZAKARIA
AINA SYAZWANI BINTI ABDAN
SITI SARAH BINTI BAHRUN
GURU PENASIHAT PBSM MRSM BALING
10 Pasukan Mencari Dan MOHD SOFFIAN BIN ABDUL RAZAK
Menyelamat MOHD ARIFF BIN MOHD SHAH BUDIN

(Rescue) MAHZAL BIN MAT ISA


NORDIN BIN JAMALUDIN
ROSLINA BINTI ISHAK
AZLANI BIN ABDULLAH SANI
NOR AISHAH BINTI ABU BAKAR
NASRIAH BINTI SUDIN
GURU PENASIHAT PENGAKAP MRSM BALING
11 Pasukan Pemadam AZMI BIN SAAD
Kebakaran (Fire) MOHAMAD YUSRI BIN MAT YUSOF
MOHD SHAKRI BIN ABD AZIZ
RAMLI BIN ABD LATEH
GURU PENASIHAT JPAM MRSM BALING

BIL PASUKAN TINDAKAN KECEMASAN (ERT) NO. TELEFON


12 Waden Tingkat (Floor RAHIZAD BIN HASHIM

Warden) JOHARI BIN SULAIMAN


RUHAYAH BT HAJI WA DAUD
KHAIRIL AZRI BIN MOHD HABIBOLLAH
SITI AISHAH BT CHE HAT
MOHAMAD GHAFUR B MOHAMAD YUSOF
SHAFIZI BIN MOHAMAD ZAHARI
MOHAMMAD FAZRI BIN ALIAS
MUHAMMAD REDZUAN BIN SAIDI
MOHAMAD KHAIRUL AIZUDDIN BIN KHASIM

- 15 -
MOHD SYARIFUAD BIN ABDULLAH
MUNIRAH BINTI BAHARUDIN
NUR AINI BT NORDIN
NUR SYAFAWATI RAWAIDA BT MOHD SHUKRI
ROHAIDA BT ABDUL ROIS
NADZIRAH BINTI MOHAMAD YUSOF
NOR SYAMSIAH BINTI HALIM
AZURA BINTI ANAS
NURHAFIZAH BT ABDUL KARIM
FARAH IFFAH BINTI MD HASHIM
13 Senggaraan REDZUAN BIN ZAKARIA
MOHAMAD AZRUN BIN RAMLI

BADARUDIN BIN ZAINUDDIN

- 16 -
CARTA ORGANISASI PASUKAN TINDAKAN KECEMASAN (ERT)

KOMANDER ERT
SHAHRIZAL BIN MOHD SADERI
SAFETY OFFICER
RUSIDI BIN MUSTAPHA

PEGAWAI PENGUNGSIAN PEGAWAI OPERASI PEGAWAI KESELAMATAN


JAFNI BIN GHAZALI MUSTAFA BIN OSMAN MOHD SAIFUL NIZZAM BIN ZAKARIA

PEGAWAI TINGKAT
RAHIZAD BIN HASHIM
PASUKAN PASUKAN PENCARI PASUKAN MEMADAM KESELAMATAN
JOHARI BIN SULAIMAN
RUHAYAH BT HAJI WA DAUD PERUBATAN DAN PENYELAMAT KEBAKARAN MUHAMAD RASHIDI B ABU
KHAIRIL AZRI BIN MOHD HABIBOLLAH OTHMAN
SITI AISHAH BT CHE HAT MUHAMAD FAKRI BIN MOHD SOFFIAN BIN ABDUL AZMI BIN SAAD AHMAD AFINDIY BIN ZAINI
MOHAMAD GHAFUR B MOHAMAD YUSOF WASOH RAZAK MOHAMAD YUSRI BIN MAT ROSMAINI IRSHAM BIN
SHAFIZI BIN MOHAMAD ZAHARI NURSYAHIERA BINTI AZMIN MOHD ARIFF BIN MOHD SHAH YUSOF ROMLI
MOHAMMAD FAZRI BIN ALIAS YAHAYA BIN WAAI BUDIN MOHD SHAKRI BIN ABD AZIZ MOHD NAJIB BIN M NOOR
MUHAMMAD REDZUAN BIN SAIDI BADAR BIN ABDUL HAMID MAHZAL BIN MAT ISA RAMLI BIN ABD LATEH MOHAMAD NAJIB BIN
MOHAMAD KHAIRUL AIZUDDIN BIN SUHAIMI BIN HJ HAMID NORDIN BIN JAMALUDIN ABDUL HALIM
KHASIM ANWARUDDIN BIN ZAKARIA ROSLINA BINTI ISHAK
MOHD SYARIFUAD BIN ABDULLAH AINA SYAZWANI BINTI AZLANI BIN ABDULLAH SANI
MUNIRAH BINTI BAHARUDIN ABDAN NOR AISHAH BINTI ABU
NUR AINI BT NORDIN SITI SARAH BINTI BAHRUN BAKAR KOMUNIKASI
NUR SYAFAWATI RAWAIDA BT MOHD NASRIAH BINTI SUDIN
SHUKRI SYAHRIZAN BIN MOHD
ROHAIDA BT ABDUL ROIS AMIN
NADZIRAH BINTI MOHAMAD YUSOF KAMAL FADHLY BIN AMIR
NOR SYAMSIAH BINTI HALIM SHARIFUD-DIN
AZURA BINTI ANAS
PENYELENGGARA
NURHAFIZAH BT ABDUL KARIM REDZUAN BIN ZAKARIA
FARAH IFFAH BINTI MD HASHIM MOHAMAD AZRUN BIN
RAMLI TRAFIK
BADARUDIN BIN
SYAWAL IDHAM BIN SHAFEI
ZAINUDDIN
MOHD SYUHAIRI BIN MD
ISA

- 17 -

Anda mungkin juga menyukai