Anda di halaman 1dari 12

STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP)

PELAN TINDAKAN PENGOSONGAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN /


BENCANA PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI DAN KLINIK-KLINIK KESIHATAN
KOTA TINGGI

1.0 TUJUAN STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP)

SOP ini disediakan bertujuan untuk :

1.1 Pegawai / kakitangan dan orang awam dapat bertindak dengan tenang dan
selamat semasa kecemasan / bencana seperti kebakaran atau gempa bumi
yang memerlukan tindakan pengungsian bangunan pejabat dan klinik

1.2 Warga PKDKT dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan


selamat dan teratur semasa berlaku kecemasan / bencana

1.3 Kemudahan dan peralatan yang sedia ada dapat digunakan mengikut
perancangan untuk menyelamatkan diri

1.4 Pemindahan keluar warga PKDKT/Klinik dan pelanggan daripada bangunan


dapat dilakukan dengan teratur dan pantas

2.0 DIBANGUNKAN OLEH

2.1 Jawatankuasa Keselamatan Pengurusan - rujuk Carta Organisasi JK


Keselamatan EKSA PKDKT

3.0 KUMPULAN SASARAN PENGGUNA SOP

3.1 Pegawai Keselamatan Pengurusan

3.2 Penolong Pegawai Tadbir

3.3 Pengawal Keselamatan

3.4 Pegawai –pegawai

3.5 Staf Sokongan


3.6 Orang awam / Pelawat yang berada di bangunan PKD/Klinik

4. PENGGUNAAN SKOP SOP

SOP ini digunakan bagi menentukan pelan tindakan ketika kecemasan / bencana
dilaksanakan secara jelas, seragam, terancang dan memenuhi segala prosedur
keselamatan di mana-mana lokasi atau bangunan PKD/Klinik.

5. RINGKASAN PROSEDUR

Secara umumnya, jika berlaku kecemasan / bencana, tindakan-tindakan berikut perlu


diambil dengan segera iaitu :

5.1 Memastikan bunyi alarm automatik / membunyikan alat pengera manual /


wisel

5.2 Cuba lawan kebakaran jika kebakaran yang berlaku adalah kecil

5.3 Menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat / Pegawai Keselamatan

5.4 Pegawai Keselamatan membentuk Pasukan Emergency Response Team


(ERT) secara adhoc

5.5 Menghentikan mesin / proses kerja dan memutuskan bekalan kuasa

5.6 Memastikan semua dokumen penting disimpan dan dikunci dengan selamat

5.7 Mengosongkan bangunan dengan teratur dan pantas

5.8 Bergerak ke tempat berkumpul atau Assembly Point dengan teratur dan
pantas

5.9 Mengambil kedatangan untuk dilaporkan kepada Pegawai Keselamatan


Jabatan / Pasukan Emergency Response Team

5.10 Pegawai Keselamatan Jabatan / Pasukan Emergency Response Team (ERT) /


Pengawal Keselamatan perlu menyampaikan keseluruhan maklumat kecemasan /
bencana kepada Komander Operasi Bomba yang tiba di lokasi.

5.11 Pegawai Keselamatan juga perlu memaklumkan secara terperinci perihal


kecemasan kepada Pegawai Kesihatan Daerah dengan segera.
6. PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN

Prosedur kecemasan ini hendaklah digunapakai semasa kebakaran. Ia menjelaskan


langkah-langkah yang perlu diambil semasa kebakaran bagi tujuan mengatasi semua
jenis kemalangan yang berlaku. Berikut adalah tindakan ketika berlaku kecemasan.

6.1 Tindakan Menyelamatkan Diri

Apabila kedengaran loceng penggera (isyarat kecemasan kebakaran), semua warga


PKDKT/Klinik dan orang awam / pelawat hendaklah :

i. Hentikan kerja serta-merta dan matikan semua punca elektrik berdekatan


anda serta cabutkan plug

ii. Hendaklah KELUAR IKUT LALUAN PELAN KECEMASAN BANGUNAN

iii. Jangan berlari, tolak-menolak dan panik

iv. Jangan berpatah-balik untuk mengambil barang yang tertinggal

v. Berikan kerjasama sepenuhnya dan patuhi arahan Pasukan Emergency


Response Team (ERT)

vi. Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan iaitu di PARKIR AWAM – TEMPAT
BERKUMPUL (Assembly Point)

vii. Sila hubungi Balai Bomba terdekat di talian 07-8831444 (Kota Tinggi) atau 07-
8221444 (Bandar Penawar), atau dail TALIAN KECEMASAN 999

viii. Sila rujuk PELAN KECEMASAN/KEBAKARAN PKDKT dengan teliti


6.2 Tindakan Jawatankuasa (Pegawai Keselamatan/Pasukan Emergency
Response Team (Pasukan ERT)

i. Bunyikan wisel berulang kali (jika alarm automatik tidak berbunyi) gunakan PA
sistem jika perlu

ii. Matikan semua punca elektrik dan cabut plug

iii. Sekiranya kebakaran berlaku di peringkat awal dan tidak mengancam


keselamatan diri, sila jalankan usaha memadam.

iv. Jika didapati kebakaran telah merebak dan ada penghuni di bangunan tersebut,
beri arahan untuk mengosongkan bangunan.

v. Arahkan semua lapisan kakitangan/ pelanggan/ pelawat keluar bangunan


melalui pintu kecemasan (jika releven) dan tutup pintu rintangan api selepas keluar.

i. Arahkan semua lapisan kakitangan/ pelanggan/pelawat berkumpul di tempat


berkumpul (Assembly Point) PARKIR AWAM – TEMPAT BERKUMPUL dan pastikan
keadaan terkawal.

iii. Buat panggilan baris (roll-call) di tempat berkumpul dengan


menggunakan SENARAI KEHADIRAN dan semak sekiranya ada yang masih tertinggal
dalam bangunan bagi kumpulan di bawah kawalan masing-masing.

iv. Jangan benarkan sesiapa pun masuk ke bangunan tersebut melainkan yang
berkenaan sahaja.

v. Hubungi Pegawal Keselamatan bertugas di pondok kawalan untuk bantuan.


Jika perlu, terus hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

vi. Sedia untuk bekerjasama dengan anggota BOMBA dalam segala aspek.

vii. Sekiranya terdapat kemalangan atau kecederaan, pastikan pesakit diberikan


rawatan kecemasan dan dihantar ke klinik/hospital terdekat (mengikut keadaan).
6.3 Tindakan Pegawai Keselamatan

i Ketika berlaku kecemasan/ bencana pihak kawalan keselamatan perlu


memastikan tiada kenderaan keluar dan masuk ke dalam kawasan bangunan

ii. Pondok kawalan perlu di kawal rapi oleh Pengawal Keselamatan (pintu hadapan,
dan belakang) dan perlu mencegah sesiapa sahaja yang tidak berkenaan daripada
memasuki kawasan bangunan.

iii. Pegawai Keselamatan perlu membantu Pasukan Emergency Response Team


jika bantuan diperlukan

6.4 Panduan Menyelamatkan Diri Semasa Kebakaran

i. Cara-cara Bergerak Semasa Terperangkap Di Dalam Asap

Ketika kebakaran, asap merupakan ancaman kerana ia bergerak mendahului api,


panas, menyesakkan pernafasan serta beracun dan boleh menyekat jalan
menyelamatkan diri dari kebakaran. Sebagai panduan menyelamatkan diri dari
kebakaran asap, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

1. Bertenang, sabar dan berfikir. Panik atau kelam kabut boleh mengakibatkan anda
bertindak dengan cara yang salah.

2. Sebelum membuka pintu, pastikan dahulu, jika panas biarkan tertutup. Cari jalan
lain untuk menyelamatkan diri.

3. Jika terperangkap dalam asap, rendahkan diri seberapa boleh sebaiknya


merangkak di atas lantai dan bernafas pendek-pendek (melalui hidung hingga sampai
ke tempat selamat)

4. Kepulan asap yang banyak biasanya boleh menggelapkan/ mengaburkan


pandangan. Dalam keadaan sedemikian, gunakan belakang tangan untuk meraba jalan
menyusur dinding hingga bertemu pintu keluar.

ii. Terperangkap Di Dalam Bangunan Terbakar

Jika anda terperangkap di dalam bangunan semasa berlaku kebakaran, anda


hendaklah bertindak seperti berikut:

1. Cuba buka seberapa banyak pintu bertutup antara jarak anda dengan api.
2. Sebagai makluman, pintu-pintu boleh menjadi penyelamat nyawa anda. Tutupkan
pintu di belakang anda dan jauhkan diri dari asap dan bahang. Sumbat celah-celah
pintu dan lubang angin dengan kain atau apa sahaja bahan yang sesuai bagi
mengelakkan asap masuk (pilih bilik bertingkap dan tunggu untuk diselamatkan)

3. Pergi ke tingkap bagi mendapatkan udara bersih dan beri isyarat minta bantuan

4. Buka tingkap di atas dan di bawah untuk membolehkan udara kotor keluar dan
udara bersih masuk

5. Jika keadaan semakin buruk, pandang keluar tingkap, balut kaki dengan
baju, carpet atau sebagainya (basahkan jika perlu) bagi menahan kepanasan

6. Jangan cuba terjun dari tingkap atau tingkat yang tinggi. Ramai orang terbunuh
kerana tergopoh-gapah terjun. Tunggu BOMBA atau pasukan penyelamat, jika benar-
benar tiada jalan lain lagi.

6.5 Prosedur Keselamatan Bagi Pemegang Kunci Keselamatan

Kunci merupakan satu alat penting dalam menentukan keselamatan sesebuah Jabatan.
Beberapa langkah yang perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan kunci pejabat
adalah seperti berikut :

1. Pemegang kunci induk keseluruhan PKDKT/Klinik adalah dipegang oleh Pegawai


yang dilantik sahaja yang akan memegang semua kunci jabatan. Setiap pengguna
perlu mengisi Buku Rekod Kunci PKD/Klinik jika terdapat keperluan sahaja.

2. Pemegang kunci asal untuk setiap fasiliti lain di PKDKT/Klinik, adalah dipegang
oleh Ketua Jabatan/ Ketua Jururawat/ EO.

3. Untuk tujuan penggunaan di luar waktu bekerja harian; kunci perlu di ambil
daripada kotak kunci di Bilik Penolong Pegawai Tadbir/Ketua Jururawat. Walau
bagaimanapun, untuk kes-kes kecemasan di klinik, kunci bilik kecemasan dipegang
oleh Pegawai yang bertugas atas panggilan supaya perkhidmatan kecemasan dapat
diberikan dengan cepat.

4. Kunci-kunci grill untuk memasuki Pejabat/Klinik adalah dipegang oleh Pembantu


Am Pejabat/ Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) dan dibuka pada waktu pagi sekitar
jam 7.30 pagi dan ditutup pada waktu petang sekitar jam 5.30 petang mengikut jadual
masing-masing. Keselamatan Pejabat /Klinik adalah di bawah tanggungjawab
Pembantu Am Pejabat/PPK ini.
5. Setiap jenis kunci tidak boleh diserahkan kepada pegawai lain tanpa kebenaran
dan adalah DILARANG dibuat ‘PENDUA’ kecuali atas sebab-sebab tertentu.

6.6 Panduan Keselamatan Bagi Kawasan Parkir Kenderaan dan Kawasan Pili
Bomba

Bagi memudahkan tindakan segera diambil oleh semua pihak, berikut merupakan
beberapa perkara penting yang perlu dipatuhi bagi menjamin tiada halangan berlaku
semasa sebarang kecemasan/bencana :

i. Dilarang meletak kenderaan secara BERLAPIS (Double Parking) di perkarangan


PKDKT/Klinik pada setiap masa

ii. Meletak kenderaan mestilah secara BERUNDUR sesuai dengan dasar


pelaksanaan EKSA PKDKT

iii. Dilarang meletakkan motosikal di mana-mana kaki lima bangunan PKDKT/Klinik

i. Dilarang meletakkan kenderaan di dalam petak kuning pili bomba

7.0 TAKRIF

Takrif adalah istilah khusus untuk menjelaskan beberapa perkara yang perlu diingati
dan difahami oleh setiap warga PKDKT/Klinik serta anggota yang terlibat semasa
diancam bencana:

7.1 Assembly Point : tempat berkumpul iaitu satu lokasi yang selamat daripada
lokasi kebakaran/bencana iaitu di PARKIR AWAM – TEMPAT BERKUMPUL. Sila
rujuk PELAN KECEMASAN/ KEBAKARAN

7.3 Call Point : Loceng Penggera Kebakaran

7.4 Pasukan Emergency Response Team (Pasukan ERT) : merupakan satu


JawatankuasaAdhoc yang dibentuk oleh Pegawai Keselamatan Jabatan ketika
kecemasan/ bencana

7.5 Notis Kebakaran :

· Makluman Jenis bunyi penggera kebakaran

· Cara menghubungi Perkhidmatan Bomba, dan

· Kaedah melawan kebakaran


7.6 Nada Bunyi
Loceng Penggera :
Bunyi Loceng Berpanjangan

· Apabila mendengar loceng penggera berbunyi


berpanjangan, ataupun arahan melalui P.A sistem, tindakan
segera mengosongkan bangunan perlu dimulakan.

· Pasukan Emergency Respose Team perlu memulakan


arahan bagi membantu kerja-kerja pemadaman kebakaran/
menyelamat.

7.7 Jenis-jenis kelengkapan/ peralatan bencana yang terdapat di PKD Kota


Tinggi/ sebahagian Klinik :

Bil Jenis

1. Sistem Penggera Manual / Wisel

2. Peralatan Melawan Kebakaran

Alat Melawan Kebakaran Manual:

· Alat Pemadam Api Mudah-Alih


· Pili Bomba

· Gelung Hos (sekiranya ada)

8.0 KELAYAKAN PERSONAL DAN TANGGUNGJAWAB

8.1 AJK Keselamatan Induk di Jabatan/Unit perlu diberi pendedahan dan


kursus/latihan mengenai Kawalan Keselamatan dan pendedahan tentang aspek
menghadapi bencana seperti melawan kebakaran dan tanggungjawab semasa
kebakaran.

8.2 Pegawal Keselamatan perlu menghadiri latihan serta kursus yang dianjurkan oleh
Bomba.

8.3 Setiap Pejabat/Klinik mestilah melakukan aktiviti latihan pengungsian bangunan 2


tahun sekali .

9.0 PELAN TINDAKAN PENGOSONGAN BANGUNAN

Apabila berlaku kebakaran, prosedur atau peraturan mencegah dan melawan


kebakaran perlu diikuti bagi memastikan keselamatan bangunan dan manusia terjamin.

CATATAN/
SENARAI SEMAK
BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB

1. Memaklumkan dengan segera kepada Pegawai Warga PKDKT/Klinik yang


Keselamatan Jabatan tentang kecemasan/ bencana berhampiran kawasan bencana
yang berlaku untuk tindakan diperingkat Jabatan

2. Pegawai Keselamatan Jabatan membentuk Pegawai Keselamatan


Pasukan Quick Response Team secara adhoc Jabatan/Pasukan ERT

3. Hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pegawai Keselamatan


berserta maklumat seperti berikut: Jabatan/ Pasukan ERT

· Maklumat ringkas pengadu


· Lokasi bencana

· Peringkat bencana

· Maklumat ringkas berkaitan bencana

/maklumat mangsa yang tercedera

4. Memastikan loceng penggera yang berbunyi berterusan Pegawai Keselamatan


(sebagai isyarat mengosongkan bangunan). Jabatan/ Pasukan ERT

5. Bergerak dengan segera ke tempat berkumpul Warga PKD


(Assembly Point) mengikut Pelan Laluan Kecemasan

6. Mengaturkan dan memastikan proses pengungsian Pegawai Keselamatan


bangunan berlaku di setiap aras Jabatan/Pasukan ERT/Warga
PKD/Klinik

7. Keluar daripada bilik kerja dan memastikan perkara Warga PKD/Klinik


berikut diberi perhatian sebelum menyelamatkan diri
ke tempat berkumpul (bergantung kepada situasi) :

i. Wang tunai dan dokumen-dokumen penting


dimasukkan ke dalam kabinet besi dan dikunci; dan

ii. Tutup semua peralatan komputer atau matikan


suis elektrik

8. Semasa menuruni tangga, jangan berpatah balik jangan


berbuat bising, bertolak-tolak atau berlari

9. Bertenang dan tinggalkan tempat itu dengan secepat Warga PKD/Klinik


mungkin.

10. Bergerak dengan posisi membongkok, jika anda Warga PKD/Klinik


terpaksa bergerak melalui kawasan berasap.

11. Jangan memecahkan barisan semasa mengungsi, jangan Warga PKD/Klinik


berlari potong-memotong.

12. Laporkan diri di tempat berkumpul dan jangan Warga PKD/Klinik / Pasukan ERT
tinggalkan tempat berkumpul sehingga diarahkan
berbuat demikian

13. Pastikan berkumpul di tempat yang telah dikhaskan Pasukan ERT


(Assembly Point) dan mengambil kehadiran.

14. Menyemak senarai kakitangan yang berkumpul. Pasukan ERT

15. Melaporkan keadaan kepada Pegawai Bomba dan Ketua Pegawai Keselamatan Jabatan/
Keselamatan Jabatan Pasukan ERT

16. Memberikan rawatan awal kepada mangsa yang Pasukan Kesihatan/ Pasukan ERT
tercedera

17. Bersedia bertindak membantu pihak bomba jika Pasukan ERT


diperlukan misalnya bantuan peralatan, maklumat
tentang tekanan air dan saluran bekalan elektrik

10.0 CADANGAN KURSUS DAN LATIHAN

10.1 Semua warga PKD/Klinik dicadangkan untuk menjalani latihan secara berkala.
Latihan hendaklah merangkumi:

• Pencegahan Kebakaran/Bencana

• Tindakan Apabila Mendengar Bunyi Penggera

Cara Menghubungi Perkhidmatan Bomba Dengan Betul

• Lokasi Dan Cara Mengguna Peralatan

• Laluan Menyelamatkan Diri

• Tempat Berkumpul

• Mengambil Kedatangan

10.2 Latihan (seelok-eloknya tidak diumumkan terlebih dahulu) hendaklah


dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) kali setiap dua tahun. Latihan dianggap berjaya
jika semua pekerja dapat mengosongkan bangunan dan berada di tempat berkumpul
dalam masa 25 MINIT selepas loceng penggera berbunyi.
10.3 Kakitangan perlu diberikan kursus dan latihan asas supaya sentiasa bersedia
jika berlaku bencana. Kursus dan latihan tersebut boleh dilakukan dua (2) tahun sekali.

10.4 Pegawai dan kakitangan mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai alat
pencegahan kebakaran dan selok-belok bangunan iaitu:

· Kedudukan alat pemadam api yang paling berhampiran dan tahu cara untuk
menggunakannya.

· Jalan keluar yang berhampiran dan laluan menuju jalan keluar

· Bagi keselamatan, laporkan kepada Pegawai Berkenaan jika anda tidak


mendengar isyarat amaran semasa ujian pengungsian bangunan.

a) Jika mana-mana pintu keluar atau jalan keluar di halang dengan longgokan barang-
barang

b) Jika sebarang alat pemadam api hilang, terlindung, dirosakkan atau tidak boleh
digunakan lagi

c) Jika kunci “Pintu Laluan Kecemasan Terakhir” hilang

11.0 PENJAGAAN KAWASAN BANGUNAN

11.1 Mengamalkan penjagaan kawasan yang bersih dan teratur

11.2 Bersihkan dan buang sampah sarap

11.3 Penyimpanan yang betul bahan-bahan mudah terbakar

Anda mungkin juga menyukai