Anda di halaman 1dari 18

PENDAHULUAN

Kebakaran/ bencana adalah satu malapetaka yang boleh mengakibatkan


kerosakan, kecacatan, kemusnahan harta benda, dan kehilangan nyawa
akibat daripada malapetaka tersebut. Mangsa kebakaran dan bencana pada
umumnya terperangkap disebabkan masalah laluan atau tiadanya pelan
tindakan yang sistematik dan tersusun yang memungkinkan mangsa untuk
menyelamatkan diri. Oleh yang demikian, panduan ringkas ini diharapkan
dapat memberikan maklumat asas berkenaan apa tindakan yang perlu
dibuat sekiranya berlaku keadaan kecemasan yang disebabkan samada oleh
kebakaran atau pun bencana.

OBJEKTIF
1.

Untuk mengurangkan kesan kecemasan dan kemalangan jiwa terhadap


anggota akibat daripada kebakaran dan bencana yang terjadi.

2.

Untuk mencegah dan mengurangkan kerosakan harta benda jabatan akibat


daripada insiden kebakaran dan bencana yang terjadi.

3.

Untuk mengadakan pelan yang sistematik dan berkesan bagi memastikan


anggota mengungsikan bangunan apabila berlakunya keadaan kecemasan
akibat daripada kebakaran/bencana dengan segera dan teratur.

PROSEDUR PENGUNGSIAN BANGUNAN

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SETELAH MENDENGAR


BUNYI LOCENG AMARAN KEBAKARAN/BENCANA
1.

Jangan panik. Berhenti daripada melakukan kerja dan dengar arahan


daripada Ketua Tingkat masing-masing.

2.

Jika berkesempatan, simpan dan kunci semua dokumen rasmi/sulit yang


penting di dalam kabinet besi atau almari. Pastikan barangan peribadi yang
penting (beg tangan/handphone) dibawa bersama atau disimpan.

3.

Matikan semua peralatan perkakasan elektrik (komputer, mesin fotostat)


kecuali lampu.

4.

Setelah arahan pengungsian bangunan diberikan, keluar dengan cepat dan


teratur (jangan berlari) melalui pintu kecemasan sepertimana yang
ditetapkan.

5.

Sekiranya tertinggal barangan peribadi, jangan masuk kembali ke dalam bilik


atau aras kecuali mendapat kebenaran daripada Ketua Tingkat.

6.

Hendaklah berhimpun di tempat yang dikhaskan berdasarkan papan tanda


yang
menunjukkan
tempat
perkumpulan
mengikut
Bahagian/Seksyen/Cawangan/Unit dan tingkat/aras masing-masing untuk
dikira bilangan anggota (head count).

7.

Sekiranya anda mengesyaki rakan anda masih berada di dalam bangunan,


maklumkan segera kepada Ketua Tingkat anda.

8.

ATURAN PENGUNGSIAN
BANGUNAN
Anda hanya boleh memasuki semula ke dalam bangunan setelah disahkan
KETIKA
BERLAKUNYA
INSIDEN
selamat
dan dibenarkan
oleh Ketua Blok.
KEBAKARAN ATAU BENCANA
LALUAN KECEMASAN MENGIKUT
LALUAN TANGGA TERDEKAT DENGAN
LOKASI DI MANA ANGGOTA BERADA.
PASTIKAN LALUAN TERSEBUT SELAMAT
DAN TIADA HALANGAN

PERINGATAN PENTING !!!


Menurut Jabatan Bomba dan
Penyelamat, hanya 3 minit sahaja
masa yang diperuntukkan untuk
mengungsikan bangunan andai
terjadinya kebakaran tidak
terkawal. Sekiranya masa yang
diambil melebihi 3 minit,
kebarangkalian untuk anda keluar
dalam keadaan selamat adalah
CARTA ALIR

PELAN KECEMASAN KEBAKARAN FIRE


ALARM
FIRE ALARM

Pengungsian
Bangunan

Siasat Punca Kebakaran


PENGUMUMAN 1

0"

TIDAK

API

Kebakaran Kecil / Terkawal

YA

Kebakaran Besar / Tidak Terkawal

PENGUMUMAN 3

n Alat Pemadam Api Untuk Padamkan Kebakaran Menelefon Pihak Bomba Dan Maklumkan:
Nama Pemanggil
PENGUMUMAN 2
Jenis Kecemasan
Tempat Kejadian

Tempat Berkumpul

KAEDAH PENGUMUMANHead Count

PENGUMUMAN 1
Sila ambil perhatian, siren amaran kebakaran yang
kedengaran sebentar tadi adalah False Alarm. Sila kembali
bertugas dan sekian terima kasih.

PENGUMUMAN 2
Sila
ambil
perhatian,
keadaan
kecemasan
yang
mengakibatkan siren amaran kebakaran tadi telah diatasi.
Sila kembali bertugas dan sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN 3
SILA AMBIL PERHATIAN !!!
Semua kakitangan di Bangunan E1 di arah untuk
mengungsikan bangunan dengan segera dan harap
bertenang. Sila gunakan tangga kecemasan berdekatan dan
anda dilarang menggunakan lif. Sila patuhi arahan yang
diberi oleh ketua tingkat dan berkumpul di tempat
berhimpun
yang
ditetapkan
mengikut
bahagian/seksyen/cawangan atau unit masing-masing.

CARTA ALIR
PELAN KECEMASAN BENCANA

MAKLUMAN PENTING UNTUK SEMUA


PENGHUNI

1.

Mana-mana anggota yang bertugas pada hari cuti umum/perayaan, sila


tuliskan nama anda pada buku pendaftaran di Lobi Utama. Sekiranya anda
membawa bersama anak-anak anda/ahli keluarga/rakan, sila catitkan butiran
bilangan anak-anak anda/ahli keluarga/rakan pada buku pendaftaran
tersebut. Ini untuk memudahkan aktiviti mencari dan menyelamat sekiranya
berlaku keadaan kecemasan pada hari tersebut.

2.

Mana-mana anggota yang bertugas pada hari minggu/cuti perayaan/lain-lain


cuti umum, sekiranya bilangan yang bertugas melebihi seorang di aras/unit
yang sama, sila lantik salah seorang dari anda sebagai Ketua Tingkat.
Sekiranya berlaku keadaan kecemasan pada hari berkenaan, Ketua Tingkat
yang dilantik bertanggungjawab bagi memastikan kesemua ahli-ahli
tingkatnya turun dan berkumpul di tempat yang ditetapkan dalam keadaan
yang teratur dan selamat.

3.

Mana-mana anggota kesihatan yang bertanggungjawab dalam mengadakan


dan mengendalikan mesyuarat di blok Wisma JUPEM bersama-sama dengan
anggota lain-lain jabatan/lain-lain blok/lain-lain agensi, sekiranya berlaku
keadaan kecemasan dan telah diarahkan untuk mengungsikan bangunan,
sila pastikan semua ahli mesyuarat turun dalam keadaan selamat dan
teratur. Pastikan anda membawa bersama-sama buku kehadiran mesyuarat
bagi tujuan memudahkan urusan mencari dan menyelamat seandainya ada
di kalangan ahli mesyuarat yang masih terperangkap di dalam bangunan.

4.

Sekiranya keadaan kecemasan kebakaran/bencana berlaku pada hari cuti


umum/cuti perayaan, sila maklumkan kejadian tersebut melalui telefon
kepada pihak Keselamatan (03-XXXXXX), Ketua Blok, XXXXXXXXXXXXXXXX
dan Penolong Ketua Blok PBKK Blok, XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX.

PELAN TEMPAT BERKUMPUL UNTUK BLOK

SUSUNAN BARISAN BERKUMPUL


MENGIKUT ARAS

TANGGUNGJAWAB DAN TUGAS


AHLI PASUKAN BERTINDAK KECEMASAN
(ERT)
KETUA BLOK

1.

Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap


anggota serta persekitaran tempat kerja.

keselamatan

penghuni

atau

2.

Menyediakan peruntukan dan sumber untuk aktiviti latihan dan peralatan


keselamatan dan kecemasan.

3.

Memastikan organisasi mempunyai pelan tindakan kecemasan terkini.

4.

Mengisytiharkan bencana.

5.

Mengaktifkan pelan tindakan kecemasan terkini.

6.

Mengeluarkan
arahan
berhubung
tindakan
sewajarnya
seperti
mengumumkan pengungsian bangunan apabila berlaku kecemasan atau
memberi kebenaran untuk anggota pulang ke rumah.

7.

Memaklumkan kepada Pengerusi Pasukan Bertindak Kebakaran


Kecemasan IPKKM mengenai kejadian kecemasan yang berlaku

8.

Memastikan maklumat terkini yang diterima, lengkap dan jelas.

9.

Bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis dan Hospital


untuk tindakan selanjutnya.

10.

Memastikan maklumat untuk penyiasatan insiden yang berlaku dikumpulkan


untuk dianalisa dan melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan.

dan

PENOLONG KETUA BLOK


1.

Menjalankan tugas-tugas Ketua Blok E1 semasa ketiadaan beliau.

2.

Membantu Ketua Blok E1 melaksanakan tanggungjawabnya.

3.

Membantu dalam memastikan Pelan Tindakan Kecemasan, Kebakaran dan


Bencana sentiasa dikemaskini.

4.

Memastikan segala peralatan/sumber yang diperlukan dapat disediakan.

5.

Merancang, menyelaras, memantau aktiviti bagi memastikan kesiapsiagaan


Pasukan Bertindak Kebakaran dan Kecemasan dalam menghadapi
kebakaran, kecemasan dan bencana.

6.

Melaporkan mengenai kecemasan yang berlaku pada Ketua Blok

7.

Menasihatkan Ketua Blok untuk mengumumkan pengungsian bangunan jika


berlaku kecemasan.

8.

Mengumumkan pengungsian bangunan jika berlaku kecemasan dengan


keizinan Ketua Blok.

9.

Menghubungi bomba dan polis jika berlaku kecemasan.

10.

Mengawal selia keadaan sekitaran kejadian.

11.

Mewujudkan pusat kawalan (command centre) di luar bangunan.

12.

Mengumpul maklumat terkini dan lengkap untuk dimaklumkan pada Ketua


Blok, pihak bomba dan polis.

13.

Menyimpan pelan bangunan dan pelan pengungsian setiap aras.

KETUA TINGKAT/ARAS
1.

Hendaklah mahir dengan pelan pengungsian kebakaran termasuk tempat


atau jalan keluar kecemasan serta kawasan yang dikhaskan untuk
berhimpun.

2.

Hendaklah mahir dengan operasi sistem penggera, tempat dan penggunaan


alat pemadam api.

3.

Memastikan papan tanda tunjuk arah pengungsian bangunan diletakkan di


tempat yang strategik.

4.

Menyimpan dan mengemaskini senarai semua anggota.

5.

Mengadakan orientasi atau latihan kepada anggota berkenaan dengan pelan


pengungsian bangunan termasuk peranan yang spesifik semasa
pengungsian bangunan.

6.

Berkomunikasi dengan Pengurus Bangunan dan Ketua Tingkat yang lain.

7.

Mengawal selia laluan keluar kecemasan serta memastikan laluan dan jalan
keluar bangunan tiada halangan.

8.

Melaporkan pada Ketua Blok berkenaan laluan untuk anggota keluar dan
jalan keluar yang dihalang.

9.

Memastikan semua anggota berkumpul setempat di assembly point dalam


barisan yang ditetapkan dan membuat laporan pada Ketua Blok.

10.

Memaklumkan pada Ketua Blok dan pihak Bomba dan Penyelamat setelah
head count dilakukan dan didapati bilangan anggota adalah tidak
mencukupi.

11.

Menyimpan dan mengemaskini (setiap bulan) senarai nama anggota yang


bertugas di aras yang berkenaan, termasuk anggota kurang upaya dan
hamil.

12.

Meminta maklumat dari anggota kaunter (pegawai khidmat pelanggan)


berkenaan bilangan pelawat di aras tersebut pada waktu kejadian
kecemasan.

13.

Menerima aduan kecemasan dari sesiapa yang berada di aras yang


berkenaan sekiranya berlaku kecemasan.(i.e kebakaran,gegaran)

14.

Memaklumkan pada Ketua Blok apabila menerima aduan kecemasan.

15.

Melakukan head count anggota dan pelawat.


SEMASA AMARAN KECEMASAN AKTIF

16.

Menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada anggota di semua bilik dan


ruang kerja termasuk tandas.

17.

Melakukan head count bilangan anggota yan bertugas di aras berkenaan.

18.

Memaklumkan pada Ketua Blok sekiranya bilangan tidak mencukupi

PASUKAN PEMADAM
1.

Ketua pasukan pemadam hendaklah merancang dan melaksanakan aktiviti


bagi memastikan kesiapsiagaan Pasukan Bertindak Kebakaran dan
Kecemasan menghadapi sebarang kecemasan dan bencana.

2.

Memastikan alat pemadam api berfungsi dan diselenggarakan secara


berkala.

3.

Memadam kebakaran jika keadaan mengizinkan dengan menggunakan


pemadam api.

4.

Jika kebakaran yang berlaku tidak mengancam, matikan suis elektrik dan
biarkan lampu terpasang.

PASUKAN PENYELAMAT
1.

Ketua Pasukan Penyelamat hendaklah merancang dan melaksanakan aktiviti


bagi memastikan kesiapsiagaan PasukanTindakan Kecemasan menghadapi
kecemasan dan bencana.

2.

Membantu kakitangan di dalam bangunan pergi ke zon selamat.

3.

Memberi pertolongan cemas kepada mangsa semasa menyelamat jika perlu.

4.

Sentiasa bersiap sedia dengan kotak First Aid Kit dan memastikan
peralatan mencukupi.

5.

Semasa amaran kecemasan aktif

6.

Mengambil tindakan dan membuat laporan serta merta pada Ketua Pasukan
Tindakan Kecemasan.

7.

Mewujudkan Pusat Rawatan Kecemasan di luar bangunan.

8.

Memberi rawatan awal kepada mangsa yang terlibat

AHLI PASUKAN BERTINDAK BENCANA (ERT)

Anda mungkin juga menyukai