Anda di halaman 1dari 11

PROSEDUR KAWAD KEBAKARAN

1. Setiap sekolah hendaklah menjalankan kawad kebakaran dan kecemasan disekolah


masing-masing.

2. Kawad kebakaran tersebut hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sekali di


dalam masa setahun.

3. Diantara tujuan utama diadakan kawad kebakaran dan kecemasan di bangunan-


bangunan adalah:

a. Supaya pelajar yang terancam boleh bertindak dengan tenang dan teratur
b. Supaya jalan keluar dan tangga keselamatan (routes of escape) digunakan mengikut

kaedah yang dirancang.


c. Supaya tindakan pengosongan bangunan dilaksanakan dengan cepat dan teratur.
d. Melatih AJK Pengurusan Krisis yang dilantik menjalankan tugas dengan sempurna
dan mengikut prosedur.
e. Supaya dapat menguji keupayaan bertindak serta kekesanan alat-alatan kebombaan

dan kecemasan pada sesebuah bangunan tersebut.

4. Langkah-langkah Pencegahan Kebakaran:

a. Pemastian alat pemadam api dan saluran bantu mula dalam keadaan sempurna.
b. Guru-guru kelas mengumpul dan merekod pelajar yang selamat/tidak selamat..
c. Notis-notis arahan dipaparkan pada papan kenyataan.

5. Laluan Kecemasan

a. Pemastian laluan kecemasan yang sedia ada mencukupi untuk mengatasi sebarang
kecemasan dan tidak dihalangi.
b. Tempat perhimpunan yang selamat.
c. Semua penghuni terlibat - kaedah menyelamat penghuni cacat/cedera hendaklah
diadakan.
d. Semua aktiviti latihan direkodkan.

6. Persediaan-persediaan berikut hendaklah dipastikan bagi menjalankan kawad


kebakaran:
1). Mewujudkan Jawatankuasa bertindak di setiap bangunan/bahagian dan melantik
AJK Pengosongan Bangunan dan Penolong-Penolongnya.
a. Sebagai tanda pengenalan/pengecaman, AJK Pengosongan Bangunan hendaklah
memakai topi/helmet yang bewarna merah umpamanya.
b. Bertanggungjawab kepada semua penghuni semasa pengosongan bangunan
sehngga dipastikan keadaan bangunan selamat untuk dihuni semula atau sehingga
tanggungjawab tersebut diambilalih oleh pegawai pasukan perkhidmatan sama
ada yang berkaitan kebakaran atau lain-lain kecemasan.
c. Memastikan bantuan pertolongan cemas pertama diberikan, jika perlu.

2). Menyediakan pelan lantai (floor plan) dan rancangan tindakan.

3). Tindakan Sewaktu Menjalankan Latihan

 Bunyikan loceng kecemasan


TINDAKAN MEREKA/PENGHUNI YANG MENDENGAR AMARAN ‘MENGOSONGKAN
BANGUNAN’
a.Keluar dari bangunan mengikut pintu yang paling dekat dan selamatkan diri
dengan seberapa cepat yang boleh

b. Laporkan diri di tempat perhimpunan dan pastikan nama anda dipanggil


semasa
perbarisan.

c. Semasa mengosongkan bangunan TIDAK dibenarkan:-


i. Berhenti atau berpatah balik untuk mengambil barang-barang.
ii. Pintas memintas atau tolak menolak antara satu sama lain.
iii. Jangan bergurau senda atau melawak.
iv. Jika terdapat penghuni yang sakit, cedera atau cacat, bantu mereka untuk
keluar dari
bangunan.
v. Hanya selepas bangunan anda diisytiharkan selamat, barulah anda boleh
masuk semula ke dalam bangunan dengan teratur.

d. Guru Tingkatan, panggil baris dan periksa kehadiran pelajar masing-masing


di tempat perhimpunan dan lapor kepada AJK Pengosongan Bangunan.

e. AJK Pengosongan Bangunan laporkan kepada Setiausaha Pengurusan


Krisis/Pegawai Bomba faktor masa, cara-cara pengosongan/ menyelamat
dijalankan/ulasan.

Penutup

Kebakaran atau apa-apa kecemasan di bangunan-bangunan boleh berlaku pada


bila-bila masa dan keadaan tanpa diduga. Kebakaran dan kecemasan boleh
meragut nyawa, mencederakan dan memusnahkan harta benda. Latihan kawad
kebakaran dan kecemasan adalah merupakan suatu langkah persediaan atau
berjaga-jaga bagi menghadapi segala kemungkinan-kemungkinan yang mungkin
berlaku. Di dalam apa jua keadaan sekalipun, perlu dingatkan bahawa
menyelamat nyawa adalah lebih penting daripada menyelamat harta benda.
TATACARA LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN

Tujuan
1.Memastikan warga sekolah dapat berhimpun di kawasan selamat dalam jangka masa
singkat.
2.Meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga sekolah tentang keperluan
melakukan tindakan
sewajarnya dengan tenang dan berdisiplin tetapi segera semasa kecemasan.
3.Mengelakkan gangguan atau situasi kelam-kabut semasa operasi menyelamat atau
memadamkan kebakaran yang sebenar dijalankan.

Tatacara
1.Loceng akan dibunyikan berpanjangan sebanyak tiga kali sebagai tanda kebakaran
berlaku.

2.Tindakan Guru yang Sedang Mengajar


2.1 Mengawal pelajar keluar daripada kelas dan menghala ke tempat yang sepatutnya.

2.2 Sentiasa berada bersama-sama dengan pelajar.


2.3 Memastikan perkara-perkara yang berikut dilaksanakan sebelum mengikut pelajar
ke tempat berhimpun:
i. Alatan mengajar yang digunakan selamat semasa ditinggalkan.
ii. Suis alatan elektrik dimatikan.
iii. Semua pelajar telah keluar daripada kelas.

3. Tindakan Pelajar
3.1 Pelajar di dalam kelas jangan panik dan takut.
3.2 Jangan berebut-rebut semasa keluar dari kelas.
3.3 Beratur berdua-dua dan turun/ keluar mengikut tangga/ laluan yang paling dekat.
3.4 Jangan bising.
3.5 Semua pelajar berjalan pantas ke tempat perhimpunan yang ditetapkan (rujuk
pelan latihan).
3.6 Kelas pertama yang sampai di kawasan perhimpunan hendaklah membuat satu
barisan (lelaki di hadapan) di bahagian paling kanan tempat tersebut. Tindakan ini
diikuti oleh kelas yang kedua sampai di kawasan perhimpunan dan seterusnya(berbaris
menghadap ke arah bangunan sekolah).

4. Tindakan Guru Kelas


4.1 Mendapatkan Jadual Kedatangan Pelajar daripada staf pejabat.
4.2 Memastikan bilangan pelajar yang berada di tempat yang ditetapkan sama dengan
bilangan pelajar yang hadir pada hari itu. Semak Jadual Kedatangan Pelajar.
4.3 Mendapatkan maklumat pelajar yang ada di kawasan perhimpunan dan nama
pelajar yang tiada di kawasan perhimpunan tetapi hadir ke sekolah pada hari tersebut
daripada ketua kelas.
4.4 Memaklumkan nama pelajar yang tidak berada di kawasan perhimpunan kepada
guru yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

5. Tindakan Guru Prasekolah dan Pembantu (PPM)


5.1 Bersedia membantu kes-kes kecemasan.
5.2 Melaksanakan kerja menyelamat jika perlu.

6. Tindakan Pengawal Keselamatan


6.1 Membantu guru-guru mengawal pelajar.

7. Tindakan Staf Pejabat


7.1 Menelefon pihak bomba.
7.2 Membawa semua Jadual Kedatangan Pelajar untuk diedarkan kepada guru-guru
kelas di tempat perhimpunan yang ditetapkan.
7.3 Berada bersama-sama dengan guru dan pelajar di tempat yang telah ditetapkan.

Catatan/ peringatan
1. Semua warga sekolah mesti berada di tempat perhimpunan selewat-lewatnya
dalam masa LIMA MINIT. Kelas yang sampai selepas had masa ini dianggap gagal
menyelamatkan diri.
2. Latihan akan diadakan pada bila-bila masa sepanjang sesi persekolahan.
3. Semua guru dan pelajar terlibat dalam latihan ini. Sila beri kerjasama sepenuhnya.
REKOD LATIHAN KECEMASAN KAWAD KEBAKARAN

BIL TARIKH LATIHAN 1 LATIHAN 2 LATIHAN 3 CATATAN


(JAN-MAC) (APRIL-JULAI) (OGOS-NOV.)
LAPORAN LATIHAN KAWAD KECEMASAN KEBAKARAN

Tarikh :

Hari :

Masa Mula :

Masa Akhir:

Kehadiran Murid :

Kehadiran Guru/PPM :

Laporan:…………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Masalah semasa latihan kawad kebakaran :


………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Cadangan/Kesimpulan :

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Disediakan oleh: Disahkan oleh :


……………………………………………… ……………………………………….

REKOD PEMERIKSAAN ALAT PEMADAM API & PENYELENGGARAAN

BIL TAHUN (JAN-MAC) (APRIL-JULAI) (OGOS-NOV.) CATATAN


LAPORAN PEMERIKSAAN/ PENYELENGGARAAN ALAT PEMADAM API

Tarikh :

Hari :

Masa :

Nama Pegawai Pemeriksa :

Laporan:…………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Tindakan :
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Cadangan/Kesimpulan :

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

……………………………………………… ……………………………………….

Anda mungkin juga menyukai