Anda di halaman 1dari 27

PERATURAN DAN KESELAMATAN

DAN KESIHATAN BENGKEL

Nama : Mohd Hakim Bin Abdul Wahab


Unit : 3 PISMP RBT 1
PERATURAN DAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
BENGKEL
Sesuatu kemalangan boleh terjadi berpunca dari keadaan tempat kerja
yang tidak sesuai dan tidak selamat. Bengkel dan bilik khas yang selamat
amatlah penting untuk mencegah kemungkinan berlakunya kemalangan.
a. Peraturan keselamatan

• Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti


i. - Mengelakkan kemalangan & menyemai sikap
bertanggungjawab di kalangan murid.
- Membantu guru dalam memastikan tempat kerja bebas daripada
perkara yang boleh mendatangkan bahaya semasa menjalankan
kerja praktis.

ii. - Peraturan keselamatan di dalam bengkel terbahagi kepada 3


bahagian iaitu:
a. peraturan keselamatan am
b. peraturan keselamatan diri
c. peraturan keselamatan alatan dan bahan
i. Peraturan keselamatan am
- Mendapatkan kebenaran guru : keluar & masuk bengkel
- Buka semua tingkap dan pintu semasa P&P KH berjalan
- Melabelkan semua alatan dan bahan
- Mengambil tindakan segera jika berlaku kemalangan
- Membersihkan meja dan bengkel setelah selesai aktiviti
- Memastikan semua peralatan dan bahan dijaga dengan baik

ii. Peraturan keselamatan diri


- Mematuhi semua peraturan yang ditetapkan sepanjang masa
- Memakai apron, kasut, baju berlengan pendek dan mengikat
rambut
- Jangan bermain atau bergurau senda semasa berada di bengkel
- Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan
- Mencuci tangan dengan air dan sabun selepas aktiviti di bengkel
- Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera
Etika Pakaian di Dalam Bengkel
* Mempraktikkan cara menyimpan alatan dan bahan dengan selamat
Penggunaan dan penyenggaraan alatan dan bahan yang betul oleh
guru dan murid perlu bagi mengelakan daripada berlakunya
kemalangan di bengkel atau tempat kerja. Selain itu, ia bertujuan
supaya alatan dan bahan sentiasa dalam keadaan baik.

iii. Peraturan keselamatan alatan dan bahan


- Merancang alatan dan bahan yang hendak digunakan mengikut
aktiviti
- Memahami cara-cara menggunakan alatan dan bahan terlibat
- Membersihkan alatan dan menyimpan kembali di tempat
penyimpanan
- Alatan dan yang merbahaya seperti kerosin,petrol, cat dan
peralatan yang tajam seperti gergaji, NT cutter dan sebagainya
hendaklah disimpan di dalam alamari atau tempat yang selamat
- Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kepada
guru dengan segera
* Keselamatan dan Organisasi Bengkel
Di samping itu unit pembelajaran ini juga menekankan
tentang perlunya alatan bantuan kecemasan.

iv. Pengenalan kepada alatan bantuan kecemasan


- Alatan bantuan kecemasan yang terdapat dalam
bengkel adalah peti pertolongan cemas dan alat
pemadam api
- Semua alatan bantuan kecemasan hendaklan
diletakkan di tempat yang sesuai dan tidak tersorok.
- Alatan ini perlu diperiksa dari semasa ke semasa
supaya selamat digunakan
Langkah yang perlu diambil semasa berlaku kemalangan

Berikut adalah contoh langkah kecemasan dan peranan yang perlu diambil oleh guru
dan murid sekirannya berlaku kemalangan atau kecederaan

PERKARA TINDAKAN MURID TINDAKAN GURU PENTADBIR


Kemalangan - laporkan kepada guru - Mengambil tindakan Memberi arahan
dengan serta merta sewajarnya dan kepada guru
- Ikut arahan guru dan mengawal tentang tindakan
jangan cemas keadaan selanjutnya yang
- Memberi bantuan dan perlu diambil
rawatan awal yang
sesuai
dan jika perlu hubungi
doktor
- Laporkan kepada
pentadbir sekolah
- Catatkan pada buku
rekod
kemalangan
Rekod Kemalangan
Rekod kemalangan mengandungi maklumat kecederaan atau kemalangan
yang berlaku di bengkel Kemahiran Hidup. Rekod kemalangan dapat
membantu guru :
i. Mempertingkatkan pengurusan bengkel
ii. Memastikan kemalangan yang sama tidak berulang
iii. Menjadi sumber rujukan kepada pihak tertentu jika memerlukan
siasatan
lanjut
iv. Sebagai bukti untuk menentukan sama adUa langkah-langkah
pencengahan kemalangan yang diamalkan berkesan atau pun tidak

Contoh format rekod kemalangan:

TARIKH NAMA MURID KELAS JENIS KEMALANGAN RAWATAN T.T GURU


26.3.03 AYUB B. LUKMAN 6 JAYA LUKA DI JARI BENGKEL @&
Menyediakan Pelan Kecemasan Di Dalam Bengkel
Sediakan pelan laluan kecemasan di dalam bengkel supaya pengguna
bengkel tersebut mudah untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku apa-
apa kecemasan seperti kebakaran dan lain-lain.
Mentafsir Lukisan Kerja
Membuat Lakaran Reka Bentuk
 Bentuk lakaran dua dimensi (2D), tiga
dimensi (3D), perspektif
 Lakaran 2D –unjuran ortografik
 Lakaran 3D – lakaran oblik atau isometrik.
 Kertas lukisan dan kertas grid, pensel HB
LUKISAN PROJEK LAKARAN 2D

 Lakaran 2D dapat menghuraikan


lakaran projek dengan lebih terperinci.
 Bentuk objek yang sebenarnya dapat
ditunjukkan dalam dua atau tiga
pandangan.
 Lakaran 2D dilukis dalam unjuran
ortografik.
Lakaran 2D
(unjuran ortografik)
Lakaran 3D
 Lakaran 3D dapat memberikan
gambaran sebenar projek yang akan
dibina.
 Daripada lakaran ini, panjang, lebar
dan tinggi projek dapat diketahui.
 Lakaran 3D boleh dibuat melalui
lakaran oblik atau lakaran isometrik.
Contoh lakaran 3D

15
Menilai dan Memilih lakaran yang
paling sesuai
 Perbincangan kumpulan tentang bahan, kos,
alatan dll.
 Perlu ada dimensi yang lengkap
PERSEDIAAN BAHAN
ALATAN TANGAN DALAM KERJA KAYU
1. Alatan menanda dan mengukur
Digunakan untuk mengukur saiz mengikut lakaran serta
menandauntuk memudahkan kerja pemotongan
2. Alatan mengapit atau menyangga

Proses kerja-kerja pemasangan, samada kerja logam


atau kerja kayu, terdapat alat-alat khas hendaklah
digunakan untuk mengapit dan menyangga benda-benda
kerja yang berasingan supaya aktiviti amali dapat
dilakukan dengan mudah dan selamat.Peralatan ini
direkabentuk khas untuk jenis pemasangan yang
tertentu seperti menngapit dan menyangga ialah ragum
meja, apit G, apit F, apit panjang, Apit rencong, kakak
tua, dan lain-lain lagi.
3. Alat memotong
Alat-alat dalam bahagian ini ialah untuk menyediakan
kayu kepada bentuk dan saiz yang diinggini. Alat
memotong ialah gergaji kerat, gergaji belah, gergaji
puting, dan gergaji lengkung halus.
4.Pahat

Terdapat empat (4) jenis pahat dalam proses kerja kayu.


Pahat-pahat ini mempunyai fungsi pelbagai dalam membuat
sesuatu kerja.pahat ini biasanya diperbuat daripada jenis
keluli. Manakala bahagian pemegang atau hulu pula
diperbuat daripada kayu atau plastik yang tahan diketuk dan
tahan lama.
5. Alatan menukul dan memutar
6.Alat menajam
Sejenis alatan tangan yang diperbuat daripada keluli yang bermutu
tinggi. Kegunaan kikir ialah untuk memotong, menipis, dan melicinkan
permukaan sesuatu kerja. Panjang kikir-diukur dari hujung hingga ke
bahunya. Kikir yang biasa digunakan berbentuk segiempat sama, segitiga
tirus, separuh bulat dan bulat.
7.Bahan penyambungan
Bahan penyantuman sebenarnya banyak tetapi di sini hanya mengenai bahan
pemasangan dan kelengkapan dalam kayu dan perabot. Bahan tersebut
memainkan peranan penting bagi menyempurnakan pemasangan serta
memberi pandangan yang menarik seperti kelengkapan dalam pemasangan
tingkap, pembinaan perabot dan lain-lain. Pemilihan bahan tersebut adalah
kerana faktor kekuatan, ketahanan, harga, kaedah pemasangan, kemudahan
dan menarik pada pandangan mata. Diantara bahan pemasangan adalah
seperti paku dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai