Anda di halaman 1dari 5

PENULISAN ESEI ( AKADEMIK)

Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang


kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan media
pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan.
Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan
Latin yang bermaksud perantara. Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa
maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem,
televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar.
Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan
pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran,
perasaan, perhatian, minat serta perhatian murid dan seterusnya terjadinya proses
pembelajaran.

Kriteria pemilihan media haruslah dikembangkan sesuai dengan tujuan yang


ingin dicapai, kondisi dan kesukaran yang ada dengan melihat kemampuan dan sifat-sifat
khasnya dengan media yang berkaitan. Memilih media tidak boleh dilakukan secara
sebarangan, melainkan dipilih atas kriteria tertentu. Kesalahan pada saat pemilihan, baik
pemilihan jenis media mahupun topik yang dimediakan, akan membawa akibat panjang
yang tidak kita inginkan dikemudian hari.

Antara kriteria pemilihan media yang boleh diambil kira adalah media sesuai
dengan teori. Pemilihan media ini harus dipilih atas kesesuaian dengan teori. Media yang
dipilih bukan kerana minat guru terhadap suatu media yang dianggap paling bagus, namun
dipilih atas teori yang dinilai dari segi sudut penelitian sehingga telah teruji kesahihannya.
Pemilihan media harus merupakan bagian integral dari keseluruhan proses pembelajaran
yang fungsinya untuk meningkatkan efisien dan efektif pembelajaran.
Bahan bantu mengajar merupakan alat ataupun media yang digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran seseorang guru bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan
penyampaian isi pelajaran yakni dalam sesi pembelajaran.
Media pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran, pembelajaran dan latihan
terbahagi kepada lapan iaitu:

a. Media tayang kaku (transparensi, slaid, mikrofilem)


b. Media tayang gerak (video, filem, cakera)
c. Grafik (lukisan, poster, kartun)
d. Gambar kaku (gambar foto, kad imbasan, poskad)
e. Media pameran (model, boneka, diorama)
f. Media paparan (papan kapur, papan flanel, papan berita)
g. Media audio (tutur, pita audio, cakera padat)
h. Media cetak (modul pengajaran, buku teks, akhbar, majalah)

Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang kebanyakannya


melibatkan kemahiran lisan: mendengar dan bertutur tidak kira dalam pelajaran Bahasa
Melayu, Sejarah, Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan lain-lain. Dalam pembelajaran
Bahasa Melayu khususnya, kemahiran ini sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan
bahan berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu
(secara khusus kemahiran lisan), pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan
keselamatan murid-murid, suasana dan kecenderungan pembelajaran murid:

Kesesuaian dengan perkara Penjelasan

Objektif dan matlamat (a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan
pengajaran dapat membantunya mencapai objektif dan
matlamat pengajaran;
(b) Selaras dan menepati hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Kerajaan Malaysia;
(c) Sesuai dengan kebudayaan, adat resam,
kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat
tempatan.

Pendekatan, kaedah dan (a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan
teknik pengajaran pemilihannya ditentu lebih terdahulu.
Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan
murid-murid yang belajar bahasa Melayu; dan
(b) Mengambil kira latar belakang pendidikan,
status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar;

Suasana pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran


akan meninggalkan kesan yang baik kepada murid-
murid;
(b) Elemen penting dalam suasana pembelajaran
ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan bahan; dan
(c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan
motivasi tinggi, mendorong, menggerak, merangsang,
mengarah dan menentukan reaksi murid-murid
terhadapnya

Minat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai,


selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-
murid belajar.

Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi perhatian
kepada perkara-perkara berikut:

Bahan yang dipilih mesti mencabar.


Tiga perkara penting dalam proses pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran
dan tingkah laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran),
kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang. Sehubungan
dengannya, bahan yang pilih dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh
mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi
prinsip-prinsip berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada
yang kompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang mengandungi
fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum, (v) bahan umum kepada
bahan teori, (vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan datang, dan (vii) bahan yang
bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi.

Bahan yang menepati objektif pengajaran.


Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan
bahasa Melayu. Sehubungan dengannya, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi
untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P & P yang dipilih itu semestinya
juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu. Antara lain, perkara yang boleh diberi
perhatian, ialah (i) pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan,
minat, latar belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan perlu teratur
mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, (iii) mengandungi maklumat @
fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv) kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur
murid, (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan, dan
(vi) bahan bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulangkaji.

Bahan yang menarik minat murid-murid.


Hal ini demikian kerana reka letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu
dijilid; bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas;

Bahan yang jimat dan murah


Perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah);

Bahan yang praktikal


Dari segi boleh guna, ekonomik digunakan secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat
juga dalam P & P mata pelajaran lainnya;

Bahan yang bersifat luwes -


Bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam kalangan dan di antara
mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah.

Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar
adalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran
bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut:

Kemahiran menggunakan sumber yang sedia ada menjadikan pengajaran dan


pembelajaran lebih berkesan, seperti alat bantuan mengajar dan bahan bantuan mengajar
dan bahan bantuan belajar kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi, bahan rujukan
tambahan, bahan maklumat tambahan dan sebagainya menjadi inspirasi guru untuk
memudah dan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran
dan pembelajaran hendaklah yang lebih relevan dengan hasil pembelajaran serta isi
pembelajaran. Sumber itu dapat mempercepat dan menjimat masa pembelajaran, menarik
minat murid, dan boleh disertai oleh semua murid. Maklumat dari sumber berkenaan adalah
tepat, pengolahan yang mudah difahami, senang digunakan dan boleh diubah dan sesuai
dengan keadaan semasa.
Apabila seluruh potensi insan dibangunkan secara intergrasi atau bersepadu, ia bakal
melahirkan insan yang berketrampilan yang mampu menyumbangkan segala kebolehan
untuk kebaikan diri, masyarakat dan Negara. Hati adalah penentu dalam pembangunan insan
kerana hati menjadi punca penggerak dan keinnginan manusia dan dari hati juga lahirnya
pertimbangan dan nilai sesuatu amalan. Hati perlu menjalani proses pendidikan upaya
lahirnya hati yang bersih, baik dan bermanfaat. Intergrasi ilmu yang bersandarkan kepada al-
Quran dan as-Sunnah dan dikaitkan dengan berbagai cabang ilmu, bakal melahirkan modal
insan yang berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai