Anda di halaman 1dari 27

ORGANISASI DAN

KESELAMATAN BENGKEL

RBTS3213
PENGENALAN KEPADA
TEKNOLOGI BAHAN DAN
PEMBUATAN

TAJUL ASHIKIN HASHIM


IPGK DARULAMAN
Peraturan dan Keselamatan

Peraturan keselamatan PERLU untuk


memastikan suasana kerja dalam
persekitaran serta suasana bengkel yang
teratur dan selamat tanpa berlakunya
kemalangan ataupun kecederaan.
Keselamatan bengkel meliputi
aspek yang berikut:-

(i) Keselamatan Am
(ii) Keselamatan diri dan rakan
(iii) Keselamatan alatan dan bahan
Keselamatan Am

• Peraturan dari segi pemakaian dan potongan


rambut yang diurus dengan kemas dan
menggunakan kasut bertutup perlu difahami
oleh semua Pelajar.

• Rambut mestilah pendek dan kemas.

• Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali


leher perlu dimasukkan ke dalam apron.
Lengan baju yang panjang dilipat kemas.

• Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat


kebenaran dan berada di bawah
pengawasan guru sepenuhnya.
• Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan
sentiasa kemas, bersih dan teratur.

• Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati


dalam setiap kerja i bengkel.

• Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum


meninggalkan bengkel KH.

• Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum


meninggalkan bengkel.
Keselamatan Diri dan
Rakan
• Jadikan sikap mematuhi peraturan
sebagai suatu amalan.
• Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas
ketika berkerja di dalam bengkel,
• Pakai apron dan kasut getah yang
bertutup.
• Bagi Pelajar yang memakai baju lengan
panjang, lipat lengan baju ketika
bekerja.
• Bagi Pelajar-Pelajar perempuan,rambut yang
panjang hendaklah diikat. Bagi yang bertudung,
pastikan tudung
dipakai dengan kemas.

• Jangan bermain atau bergurau-senda semasa


berada di bengkel KH.

• Amalan sentiasa bekerjasama dan bantu-


membantu sesama ahli kumpulan.

• Tangan perlu dibasuh dengan betul setelah


selesai kerja di bengkel KH.
Contoh pakaian yang sesuai di dalam
bengkel

•Tudung dimasukkan ke dalam apron dan rambut hendaklah


diikat kemas.
•Tali leher ditanggalkan atau dimasukkan ke dalam apron.
•Lengan baju panjang hendaklah dilipat.
Keselamatan Alatan dan Bahan

• Penggunaan bahan dan alatan perlu


mendapat bimbingan daripada guru
sebelum Pelajar boleh menggunakannya.
• Penggunaan alatan yang teratur dan betul
adalah penting bagi memelihara peralatan
daripada cepat rosak.
• Perancangan penggunaan alatan dan
bahan dengan teliti sebelum memulakan
sesuatu projek.
• Alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke
stor setelah selesai penggunaannya.

• Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah


dan berbahaya perlu menepati piawaian keselamatan
yang terbaik oleh guru.

• Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan


sebarang peralatan di bengkel KH.
Rutin Bengkel Kemahiran Hidup

Organisasi Bengkel adalah perkara


utama yang perlu diwujudkan di
awal permulaan sesi mengajar guru
bagi memastikan bengkel dapat
diuruskan dengan lebih lancar dan
teratur. Kerja-kerja rutin di bengkel
akan berjadual secara teratur dan
lebih sistematik.
Aspek kebersihan dan keselamatan
mesti diutamakan dalam setiap
aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di bengkel KH. Melalui
organisasi bengkel Pelajar
berpeluang mempelajari aspek
kerjasama dalam kumpulan serta
mempraktikkan amalan kerja yang
teratur serta selamat.
CADANGAN CARTA ORGANISASI ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

Guru

Formen

Penolong
Formen

Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D


• Ketua i) Ketua •Ketua i) Ketua
Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan
•Ahli - ahli •Ahli - ahli •Ahli - ahli •Ahli - ahli
Contoh Jadual Tugasan

TUGASAN MINGGU

1 2 3 4

a) Menyapu lantai A B C D

b) Menutup tingkap dan menyusun kerusi D C B A

c) Menyimpan alatan dan bahan C D A B

d) Menutup suis dan menutup pintu bengkel B A D C


Pelupusan Sisa Buangan Dari Bengkel
• Bahan-bahan lebihan daripada aktiviti kerja Pelajar seperti
kayu, plastik, kertas, kaca dan sisa logam perlu diuruskan
dengan baik.

• Pengurusan sisa buangan yang baik mampu mengelakkan


berlakunya pencemaran alam sekitar.

• Amalan terbaik ialah dengan mewujudkan bekas tong sampah


yang berasingan untuk jenis bahan sisa buangan mengikut
kategori masing-masing seperti kayu, kaca dan plastik.

• Bahan buangan tersebut perlu diangkut oleh pihak berkuasa


berkaitan untuk urusan pelupusan ataupun projek kitar semula
bahan.

• Jangan sesekali melakukan pembakaran terbuka bagi


melupuskan sisa buangan.
Langkah Keselamatan(Amalan 4M)

1. Membersih

• Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat.

• Menitikberatkan kebersihan diri dan mental.

• Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek-Kebersihan


mental adalah berfikir positif dan bertanggungjawab dengan tugas
yang diberi.

• Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan


iaitu:

Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah). Jenis kering


digunakan untuk menyedut kotoran kering. Manakala jenis basah
digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair.

Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara


semburan tekanan udara tinggi
2. Menyusun Atur

• Guna alat mengikut kegunaannya.


• Simpan alat di tempat yang betul.
• Menilai Diri dan Tempat Kerja.
• Pencahayaan yang cukup.
• Peredaran udara yang baik.
• Lantai kering dan tak berminyak.
• Mendisiplin.
• Mematuhi peraturan keselamatan bengkel,
alatan dan keselamatan diri.
3. Menilai Diri dan Tempat Kerja

• Pencahayaan yang cukup.


• Peredaran udara yang baik.
• Lantai kering dan tidak berminyak.
4. Mendisiplin

Mematuhi peraturan dan keselamatan


bengkel, alatan dan keselamatan diri.
Etika dan budaya kerja

• Etika kerja bermaksud disiplin dan sikap


terhadap kerja.
• Etika kerja termasuk
- menepati masa
- bertanggungjawab
- amanah
- patuh
Menepati masa
Pelajar perlu menghadiri kelas dan
menyiapkan kerja mengikut jadual
yang ditetapkan.
Bertanggungjawab

Pelajar melaksanakan tugasan yang


disediakan untuk keselamatan dan
kebersihan.
Amanah

Bersikap amanah dalam menjaga harta


benda di bengkel.
Patuh
Pelajar perlu mengikut peraturan
bengkel dan arahan guru.
Budaya kerja
• Bermaksud peradaban yang menjadi
amalan semua pekerja dalam sesuatu
organisasi.
• Budaya kerja dapat memupuk sikap
bekerjasama dan bertanggungjawab di
kalangan Pelajar-Pelajar.
Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai