Anda di halaman 1dari 16

2.

0 Penulisan Akademik (Tugasan Individu- Tang Lok Lee)

Huraikan bagaimana anda menguruskan pembelajaran kelas abad ke-21 semasa


menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Kaitkan bagaimana proses pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 dapat menghasilkan murid-murid yang berkualiti seperti dalam
PPPM (2013-2025) untuk bersaing pada peringkat global.

Disiplin membawa maksud kesanggupan seseorang individu menghormati dan


mematuhi undang-undang sama ada disiplin dikenakan dari luar atau dengan kerelaan
sendiri. Di dalam konteks bilik darjah, disiplin merupakan satu set peraturan yang
dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang
diingini (Haliza Hamzah & Samuel, J.N., 2009).

Guru merupakan satu bidang profesion yang memainkan peranan menonjol dalam
menentukan kemajuan sesebuah negara. Guru bukan setakat mengajar buku teks, tetapi
juga merupakan seorang pendidik yang bertanggungjawab untuk melahirkan insan
cemerlang. Seseorang guru harus melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan
dalam bidang psikologi kanak-kanak. Pada hari ini, guru tidak boleh lagi menggunakan
teknik pengajaran dan cara mengawal disiplin murid seperti yang digunakan oleh guru-
guru pada abad ke-19. Guru perlu mengemaskinikan kemahiran mendidik diri supaya
generasi baru dapat dimanfaatkan. Adalah penting bagi guru untuk mengawal disiplin
murid-muridnya semasa menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah supaya proses
pengajaran dan pembelajaran (p&p) lebih berkesan. Untuk memudahkan tugas guru, guru
harus melengkapkan diri dengan pengetahuan dalam bidang pengurusan bilik darjah dan
tingkah laku.

Sebagai seorang guru abad ke-21, kita mesti menguasai teknik pengurusan bilik
darjah dan tingkah laku yang berkesan semasa menyampaikan pengajaran dalam bilik
darjah. Kita juga mesti dapat menguasai subjek yang diajar iaitu kandungan kurikulum.
Selain itu, kita juga mesti mahir dan berketrampilan dalam pedagogi. Seterusnya, kita
perlu memahami perkembangan murid dan menyayangi mereka. Kita sepatutnya
memahami psikologi pembelajaran dan memiliki kemahiran kaunseling.

Pada pendapat saya, terdapat beberapa teknik atau cara pengurusan bilik darjah
dan tingkah laku yang berkesan boleh digunakan semasa menyampaikan pengajaran
dalam bilik darjah. Menurut Haliza Hamzah et al., (2009), Model Disiplin Asertif Canter

21
menekankan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid
terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Antara teknik atau cara
pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang berkesan ialah menguruskan bilik darjah
dan tingkah laku murid secara asertif. Seorang guru yang asertif tahu apa-apa yang
diingini daripada murid-muridnya. Beliau juga dapat menyatakan dengan jelas tingkah
laku murid yang diingini serta membantu murid-murid memahami bentuk-bentuk tingkah
laku yang membawa kejayaan dan kegagalan (Canter, L. & Canter, M., 1981).

mengurus
secara
asertif
mendapat menjaga
kepercayaan hak
murid murid

Teknik
pengurusan
memberi tingkah laku memberi
perhatian dan bilik arahan dan
positif darjah peneguhan
terhadap dengan
murid konsisten

menentukan menyimpan
peraturan rekod salah
bilik darjah laku murid

Rajah 1.0 Teknik pengurusan tingkah laku dan bilik darjah

Menurut Clifford, H. E. (2008), guru yang asertif menyatakan keinginan dan


harapan mereka dengan jelas kepada muird dan bersedia untuk mengambil tindakan yang
bersesuaian terhadap salah laku murid. Teknik pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
yang asertif adalah seperti berikut:

Jeremy merupakan seorang murid yang nakal dan selalunya terlibat dalam pergaduhan
di dalam bilik darjah. Pada suatu petang, dia memukul satu budak yang tubuh badannya
lebih pendek dan kecil daripada Jeremy. Gurunya Cik Romero menyaksikan apa yang
telah berlaku. Cik Romero seterusnya bercakap dengan tegas, Jeremy, berhenti

22
bergaduh! Dia menambah, Jeremy, saya tidak akan membenarkan kamu bergaduh di
dalam kelas. Saya bagi kamu dua pilihan, sama ada kamu berhenti bergaduh atau saya
menghantar kamu ke pejabat guru besar. Jeremy berkata, Saya tak nak pergi jumpa
dengan guru besar, saya dengar dia seorang yang sangat tegas dan garang. Cik Romero
berkata, Lain kali saya nampak kamu bergaduh lagi, saya pasti akan menghantar kamu
ke pejabat guru besar.

Sebagai seorang guru yang asertif, guru perlu menjaga hak murid, iaitu dapat
belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan bebas daripada sebarang
ancaman. Guru boleh menjaga hak murid dengan mengambil tindakan ke atas tingkah
laku yang mengganggu pembelajaran murid lain. Contohnya guru memanggil ibu bapa
murid yang selalu memukul dan membuli kawannya ke sekolah untuk berbincang. Contoh
lain ialah guru boleh menyuruh murid yang berbuat bising atau berlari di dalam bilik darjah
semasa guru menyampaikan pengajaran berdiri di luar bilik darjah untuk 10 minit supaya
dapat mencantumkan pemikiran idea mereka.

Hal ini dapat dikaitkan dengan PPPM (2013-2025), kanak-kanak menerapkan


perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dengan guru
memberi peluang bagi kanak-kanak beraktiviti luar.. Dengan ini, kemahiran ini
membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang
baharu. Di samping itu, setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif
termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang diberi
perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan
dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik. Oleh itu, kemahiran berfikir perlu
disemaikan pada setiap kanak-kanak supaya mereka dapat memberi pendapat pada
setiap masa.

Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru


perlu memberi peneguhan positif seperti pujian dan pengiktirafan; sebaliknya apabila
murid melanggar peraturan, guru perlu mengenakan peneguhan negatif dan tindakan
pembetulan secara sistematik. Seorang guru yang asertif juga memberi arahan dan
peneguhan secara konsisten dan tegas. Guru yang konsisten tidak akan membenarkan
suatu tingkah laku ditunjukkan di dalam bilik darjah tetapi pada masa yang lain memarahi
murid yang melakukan tingkah laku tersebut. Contohnya, guru akan memberi peneguhan
kepada murid yang mengganggu murid-murid yang lain pada setiap kali. Kadang kala

23
terdapat guru yang membenarkan murid membuat bising semasa proses p&p tetapi pada
masa yang lain memarahi murid yang membuat bising. Guru yang konsisten tidak akan
berbuat demikian tetapi akan bertindak secara konsisten. Dengan ada peraturan yang
ditetapkan, sikap kepimpinan dapat diwujudkan oleh murid dengan menguruskan bilik
darjah.

Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan
bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting yang dinyatakan dalam
PPPM (2013-2025). Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai
potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk
bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem
pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan,
kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. Secara rumusan,
kanak-kanak merupakan bakal pemimpin bagi sesebuah negara. Oleh itu, kanak-kanak
perlu diajar dengan kemahiran memimpin sejak kerja supaya mereka dapat beryakinkan
diri semasa menghadapi cabaran.

Tambahan pula, guru juga boleh menguruskan disiplin bilik darjah dan tingkah laku
murid dengan menyimpan rekod salah laku murid. Dalam buku rekod ini guru akan
mencatat bilangan kali murid melakukan salah laku tertentu. Semasa mengenakan
tindakan pembetulan kepada murid, guru perlu tenang hati. Janganlah melepaskan emosi
kerana tindakan ini akan memburukkan lagi situasi. Adalah penting bagi guru memahami
bahawa matlamat tindakan pembetulan bukan untuk mendera murid secara fizikal dan
psikologi tetapi untuk memberi keadilan kepada semua murid. Guru boleh mengenakan
tindakan pembetulan dengan lebih sistematik mengikut Hierarki Tindakan Pembentulan
Canter seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Hal ini dapat merekod kesalahan
yang dilakukan oleh murid, murid akan sedar terhadap perlakuan yang negatif yang
dilakukan. Pada masa yang sama, mereka dapat berfikir dan membuat pertimbangan rasa
sama ada mengubahkan mereka sendiri. Dengan ada pemikiran tertentu, murid akan
menjadi berkualiti seperti dalam PPPM (2013-2025).

24
Kali pertama: guru menerangkan peraturan yang dilanggar dan
memberi amaran kepada murid yang melakukan kesalahan.

Kali kedua/ketiga: guru menerangkan peraturan yang dilanggar dan memberi


dendaan ringan kepada murid seperti berdiri di belakang bilik darjah

Kali keempat: guru menerangkan


peraturan yang dilanggar dan menelefon
ibu bapa murid yang melakukan
kesalahan

Kali kelima: guru menerangkan peraturan yang


dilanggar dan menghantar murid yang melakukan
kesalahan untuk berjumpa dengan guru besar

Rajah 2.0: Hierarki Tindakan Pembentulan Canter

Selain itu, guru juga perlu menentukan peraturan bilik darjah dan membimbing
murid untuk memahami kepentingan peraturan-peraturan tersebut. Adalah penting untuk
menerangkan kepentingan peraturan yang telah ditetapkan kepada murid. Bukan ini
sahaja, guru juga mesti menerangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka
melanggar peraturan. Guru perlu bijak membuat penerangan tentang peraturan kepada
murid kerana hal ini tidak akan berkesan jika guru hanya membaca peraturan atau hanya
memaparkannya di dalam bilik darjah. Untuk menerangkan peraturan dengan lebih
berkesan, guru boleh menggunakan kaedah main peranan di dalam bilik darjah bersama-
sama dengan murid-murid. Contohnya guru memilih dua orang wakil dan menyuruh salah
satu murid melakukan salah laku seperti tidak memberi salam kepada guru dan satu lagi
memberi salam kepada guru dengan bersopan santun. Seterusnya guru menunjukkan
peneguhan positif dan tindakan pembetulan yang sesuai kepada kedua-dua murid.
Dengan menggunakan kaedah ini, murid dapat memahami semua jenis peraturan dengan
lebih jelas dan mendalam. Guru juga boleh menggunakan kesempatan ini untuk
menerangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan.

Semasa guru menerangkan peraturan dan akibat-akibat yang munasabah


sekiranya mereka melanggar peraturan, guru perlu menjelas dengan mesra dan tidak
boleh bersikap terlampau agresif. Guru perlu memberi penerangan kepada murid di
bawah keadaan yang mesra tetapi penerangan itu bukan berbentuk ancaman. Sekiranya

25
guru bertindak dengan terlampau tegas dan garang, murid hanya akan berasa takut tetapi
bukan menghormati guru. Guru tidak sepatutnya membawa imej garang, kasar atau
terlampau tegas. Sebagai seorang guru yang mengajar dalam abad ke-21, juga merupaka
pemimpin bagi setiap murid. Hal ini amat menunjukan peranan guru yang berwibawa dan
melahir murid yang berkualiti seperti dalam PPPM (2013-2025).

Untuk menguruskan sesebuah bilik darjah dan tingkah laku murid dengan lebih
berkesan, guru boleh sentiasa memberi perhatian positif terhadap murid, membimbing
mereka supaya menunjukkan tingkah laku yang diingini. Guru tidak boleh sentiasa
mengkritik kelemahan murid dan merendahkan konsep kendiri mereka. Walaupun
pencapaian murid kurang memuaskan, guru perlu mencari kekuatan murid dan cuba
memberi motivasi kepada mereka untuk mempertingkatkan kebolehan diri. Contohnya,
jika terdapat seorang murid gagal memberi jawapan yang betul, guru perlu memotivasikan
murid dengan cakap Jawapan anda sebenarnya hampir betul, cuba anda betulkan sikit.
Nada guru juga harus mesra dan tenang, kadang kala terdapat guru yang kurang sabar
dan terus memarahi murid.

Teknik pengurusan bilik darjah dan tingkah laku lain yang boleh digunakan ialah
guru mendekati murid yang bermasalah dan cuba mendapatkan kepercayaan mereka.
Hubungan positif antara murid dan guru perlu dijalinkan supaya peraturan-peraturan,
peneguhan positif dan tindakan pembetulan akan menjadi berkesan. Guru tidak boleh
bersikap agresif seperti garang dan terlampau tegas semasa mendekati murid yang
bermasalah kerana tindakan ini akan menjadikan masalah murid lebih teruk. Guru
menunjukkan nilai murni atau etika yang positif di hadapan murid, murid akan berasa
diambil berat oleh guru dan sikap terhadap murid akan diubah juga serta PPPM (2013-
2025) tercapai melahirkan murid beretika dan kerohanian.

Menurut Edwards, C.H. (2008), Model Terapi Realiti William Glasser menyatakan
bahawa setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu adalah berasaskan pilihan yang
dibuat. Pilihan yang dibuat itu adalah berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka,
iaitu rasa dipunyai dan disayangi, mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan dan
keperluan untuk bersuka ria. Model ini juga menerangkan bahawa masalah tingkah laku
di dalam bilik darjah berlaku adalah disebabkan oleh murid-murid berasa bosan atau tidak
puas hati dengan cara pengajaran guru dan keadaan persekitaran yang menyebabkan
keperluan-keperluan asas murid gagal dipenuhi di sekolah.

26
prihatin
terhadap
kebajikan
murid
mendengar memberi
masalah peneguhan
murid yang sesuai

Teknik
pengurusan
tingkah laku
membantu murid dan bilik menyediakan
mengenal pasti darjah aktiviti-aktiviti p&p
akibat tingkah yang
laku menyeronokkan

memberi
mengamalkan kebebasan yang
pengurusan bersepadan
demokratik dengan keupayaan
murid

Rajah 3.0: Teknik pengurusan tingkah laku dan bilik darjah

Berdasarkan model ini, teknik pengurusan tingkah laku dan bilik darjah yang boleh
digunakan oleh guru ialah menunjukkan sikap prihatin dan mengambil berat terhadap
kebajikan murid. Misalnya, guru perlu sentiasa peka terhadap kebajikan murid dan
memastikan perasaan murid sentiasa dijaga. Guru perlu memberi perasaan yang mereka
adalah sebahagian daripada komuniti bilik darjah kepada murid. Sekiranya terdapat murid
yang kelihatan tidak selesa atau menunjukkan tingkah laku yang luar biasa, guru perlu
mendekati murid-murid tersebut dengan mesra dan penuh kasih sayang.

Guru juga boleh memberi peneguhan yang sesuai kepada murid yang jarang
melakukan salah laku dan menunjukkan usaha yang baik dalam mengekalkan
keharmonian bilik darjah. Kasih sayang juga dapat ditunjukkan oleh guru dengan
mendengar masalah murid dan membantu murid membuat pilihan serta
melaksanakannya. Jika guru dapat memenuhi keperluan kasih sayang setiap murid, maka
guru tersebut dapat mengawal dan mengurus tingkah laku murid dan bilik darjah dengan
berkesan. Dengan ada nilai yang sedia ada pada guru, murid-murid dapat berasa tenang
semasa belajar dan etika dan kerohanian dalam PPPM (2013-2025), sistem pendidikan
akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi mendepani

27
cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa. Oleh itu, mereka boleh
menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada
prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang
betul.

Di samping itu, pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang berkesan juga
bergantung kepada pengajaran guru. Hal ini demikian kerana proses p&p yang
membosankan akan menyebabkan murid mula mencari tingkah laku yang boleh
menyeronokkan mereka. Teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menangani
masalah ini supaya dapat menguruskan bilik darjah dan tingkah laku dengan berkesan
ialah menyediakan aktiviti-aktiviti p&p yang boleh menarik minat dan menyeronokkan
murid-murid dan pada masa yang sama dapat meningkatkan tahap pembelajaran murid.
Proses p&p yang seronok adalah sangat penting kerana fikiran murid lebih fokus dengan
aktiviti yang dilakukan oleh mereka apabila mereka berasa seronok.

Contohnya, apabila guru mengajar jenis-jenis fenomena semula jadi, guru boleh
menayangkan video pelbagai jenis fenomena semula jadi yang berlaku di seluruh dunia
seperti hujan, salji, letupan gunung berapi dan sebagainya. Cara pengajaran ini adalah
lebih menarik jika diibandingkan dengan guru hanya menerang dengan mulut. Selain itu,
guru juga perlu mengelakkan pengulangan perkara yang sama semasa menjalankan
pengajaran. Pengulangan yang sesuai dapat mengukuhkan kefahaman murid, sebaliknya
pengulangan yang terlampau akan menyebabkan murid hilang minat dan berasa bosan.

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam PPPM (2013-2025) setiap kanak-kanak perlu
menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi di peringkat paling asas. Murid
juga perlu didedahkan kepada pengetahuan am yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia
dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga digalakkan
mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan
sukan. Oleh itu, pengetahun terutamanya pengetahuan am bagi setiap kanak-kanak perlu
diberitahui pada setiap masa. Hal ini demikian kerana kanak-kanak dapat menguasai
pengetahuan yang banyak dan dapat membantu pembelajarannya.

Untuk memenuhi keperluan kebebasan murid, guru boleh memberi kebebasan


yang bersepadan dengan keupayaan murid. Dalam kata lain, guru memberi kebebasan
yang bersesuaian dengan peringkat umur murid. Guru tidak boleh menguruskan bilik
darjah secara autokratik, sebaliknya guru mesti mengamalkan pengurusan demokratik di

28
dalam bilik darjah dengan mengambil kira pandangan dan pendapat murid. Misalnya,
semasa menjalankan apa-apa sahaja perbincangan, guru mesti menggalakkan setiap
murid untuk memberi pendapat dan mengambil kira pendapat mereka.

Selain itu, guru juga mesti memberi kebebasan kepada murid untuk memilih sama
ada mereka ingin melakukan kerja secara individu atau secara kumpulan. Kebebasan
membuat pilihan akan membangkitkan rasa tanggungjawab murid terhadap pilihan aktiviti
bilik darjah. Contoh lain ialah guru tidak boleh menyuruh murid untuk melakukan sesuatu
secara paksaan, tetapi membantu mereka memahami kualiti-kualiti yang akan
memanfaatkan mereka dan membuat pilihan yang tepat. Sekiranya semua keperluan
asas murid dipenuhi dan diseimbangkan, maka murid akan kurang cenderung untuk
melakukan salah laku. Dengan ini, murid-murid dapat berfikir atau membuat pilihan
dengan keikhalasan hati mereka. Kemahiran berfikir juga meningkatkan dan dapat
melahiran murid-murid yang berkuailiti seperti dalam PPPM (2013-2025).

Bagi menangani masalah tingkah laku murid, teknik yang boleh digunakan oleh
guru ialah membantu murid mengenal pasti implikasi atau akibat yang akan dibawa oleh
tingkah laku mereka. Guru seterusnya boleh memberi masa kepada murid untuk
mengemukakan satu pelan perancangan untuk membantu mereka sendiri untuk
menguruskan tingkah laku yang tidak diingini. Sekiranya pelan perancangan tersebut
tidak memberi kesan, guru akan terus membimbing murid untuk mengemukakan pelan
perancangan yang lain. Guru juga boleh membiarkan murid menanggung akibat daripada
tingkah laku mereka. Dengan ini, mereka akan lebih mengingati akibat daripada tingkah
laku mereka dan akan cuba mengelakkan dirinya daripada salah laku.

Secara kesimpulannya, kita dapat melihat bahawa guru abad ke-21 boleh
menjalankan tanggungjawab dengan menggunakan model pengurusan bilik darjah dan
tingkah laku. Dengan ini, peranan guru dapat dilaksanakan dengan lancar dan pelajar
juga dapat mengikuti cara pengajaran guru dengan baik. Maka proses pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif dapat dilahirkan dan juga dapat menghasilkan murid-murid
yang berkualiti seperti dalam PPPM (2013-2025) untuk bersaing pada peringkat global.

29
3.0 Pelan Bilik Darjah

Lakarkan pelan bilik darjah yang sesuai untuk pembelajaran koperatif. Terangkan
bagaimana anda mengurus proses pengajaran dan pembelajaran semasa
mengendalikan pembelajaran koperatif.

30
Penerangan

Sekolah di Malaysia yang rata-ratanya mempunyai bilangan murid yang berbilang


jumlahnya. Hal ini menyebabkan guru-guru haruslah bijak dalam menyusun atur bilik
darjah tersebut. Bagi bilik darjah kelas pertama dapat mencecah 45 orang murid dan bilik
darjah kelas terakhir sekitar 25-30 orang murid. Bagi bilik darjah yang sedikit bilangan
muridnya, menjadi satu kelebihan untuk guru-guru menyusun atur bilik darjah tersebut
berbanding bilik darjah yang bilangan muridnya ramai.

Sebenarnya susun atur bilik darjah meliputi juga pengurusan bilik darjah. Apabila
menyentuh pengurusan bilik darjah, secara tidak langsung segala apa yang diuruskan itu
bukan sahaja murid bahkan kerusi, meja, almari, papan kenyataan, bakul sampah dan
beberapa item lagi yang seharusnya ada dalam sebuah bilik darjah. Sebagai guru yang
kreatif, saya akan sedaya upaya menyusun atur bilik darjahnya dengan sebaik mungkin
tanpa menjadikan jumlah murid ramai atau tidak sebagai kekangan. Hal ini demikian,
kerusi dan meja yang menjadi item utama dalam bilik darjah haruslah disusun kemas dan
teratur. Susun aturnya haruslah mengambil kira kesesuaian bilangan murid.

Sebagai seorang guru abad ke-21, saya menggangap kelas saya mempunyai 24
orang murid. Saya akan menyusun atur meja kerusi murid-murid berempat-empat dalam
satu kumpulan. Dalam setiap kumpulan, saya akan menetapkan 2 orang murid yang lebih
pandai dan 2 orang murid yang lemah. Hal ini demikian kerana saya akan menggalakkan
murid yang lebih pandai untuk mengajar murid yang lemah semasa dia menghadapi
masalah dalam pelajaran. Mereka juga boleh berbincang antara satu sama lain untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Di samping itu, pada setiap kumpulan saya akan meletakkan satu kotak sampah
di tepi meja. Dengan itu, murid-murid tidak perlu sentiasa meninggalkan tempat duduk
untuk membuang sampah atau menajamkan pensel. Hal ini dapat mengurangkan
gangguan terhadap murid-murid yang lain. Semasa murd-murid menjalankan latihan
dalam kumpulan, guru boleh berjalan-jalan dalam kelas untuk memerhatikan kerja yang
dihasilkan oleh murid-murid. Jika mereka menghadapi masalah, guru boleh memberi
bimbingan dengan segera.

Dalam kelas, saya telah menyediakan satu ruang membaca di sudut kelas. Di situ,
terdapat rak yang mempunyai pelbagai buku dan majalah. Murid-murid boleh berbincang,

31
membuat kerja rumah, membuat latihan dan mengulang kaji pelajaran di ruang membaca.
Di tepi ruang membaca juga terdapat satu rak fail kerja murid dan almari alatan kerja
murid. Dengan itu, murid-murid boleh menyimpan fail dan alatan mereka di situ dengan
kemas. Ini juga memudahkan murid-murid untuk mencari dan membuat kerja sendiri.
Seterusnya, apabila murid-murid habis membuat kerja sekolah, mereka boleh meletakkan
kerja mereka di ruang kerja atau hand-ons. Ini dapat memudahkan guru untuk menyemak
kerja setiap murid.

Saya telah menyediakan beberapa papan kenyataan di dalam kelas. Saya akan
menampalkan maklumat yang berkaitan seperti jadual harian, peraturan kelas, carta
organisasi kelas, jadual tugas, jadual waktu, kalendar, nota-nota dan sebagainya atas
papan kenyataan di hadapan kelas untuk dijadikan sebagai rujukan kepada murid-murid
manakala saya akan menampal hasil kerja murid yang baik dan menarik di papan
kenyataan belakang kelas untuk menunjukkan kepada semua murid. Maklumat atas
papan kenyataan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya akan menggunakan papan


putih untuk mengajar. Kadanng-kala, saya juga akan menggunakan OHP atau LCD untuk
mengajar supaya dapat menarik perhatian murid-murid. Selain itu, kemudahan ICT seperti
komputer, mesim mengimbas dan pencetak juga disediakan dalam kelas. Kemudahan ini
dapat membantu murid-murid untuk mendapatkan maklumat dari internet dan dapat
mencetak dengan segera pada masa itu.

Tambahan pula, pengudaraan dalam kelas juga sangat penting. Kelas ini
mempunyai lapan tingkap dan dua pintu, iaitu pintu depan dan pintu belakang. Ini dapat
menjadikan pengaliran udara dalam kelas lancar dan murid berasa selesa untuk belajar
dalam kelas. Selanjutnya, saya akan meletakkan beberapa buah pasu bunga di dalam
kelas untuk mencantikkan kelas serta menyegarkan udara dalam kelas. Ini dapat
mewujudkan suasana yang kondusif kepada murid-murid untuk belajar.

Kreativiti susun atur bilik darjah merupakan satu kemahiran yang perlu ada pada
seorang guru. Guru yang kreatif mampu mewujudkan satu suasana PdP yang menarik
sekaligus merangsang minat murid untuk datang ke sekolah untuk belajar.

32
4.0 Penulisan Refleksi

Melalui kerja kursus ini, saya telah mempelajari pelbagai ilmu serta penggunaan
model-model yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Di sini saya
ingin berterima kasih kepada pensyarah yang mengajar mata pelajaran Pengurusan Bilik
Darjah dan Tingkah Laku iaitu Dr. Mior Ahmad Termizi Mior Idris. Encik telah banyak
menunjuk ajar serta membimbing kami untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Sepanjang melaksanakan kerja kursus ini, saya berasa amat gembira kerana saya
telah banyak menimba ilmu pengetahuan tentang mengkaji kemahiran tentang
pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Saya dan ahli kumpulan saya telah membuat
analisis tiga video yang banyak berkaitan dengan model-model yang berkaitan serta
peranan seorang guru abad ke-21 supaya saya memahami dengan lebih mendalam.

Dalam kerja kursus ini, saya telah menimba pengalaman yang amat baik.
Berdasarkan pengalaman ini, saya menjadikan sebagai rujukan pada masa yang akan
datang. Melalui kerja kursus ini, saya dan ahli kumpulan saya telah banyak berfikir tentang
perkaitan antara model pengurusan bilik darjah dan tingkah laku dengan peranan seorang
guru abad ke-21 serta masalah disiplin pelajar.

Semasa saya meneliti tentang model pengurusan bilik darjah dan tingkah laku,
saya telah mendapati bahawa walaupun ia boleh membantu guru mengawal persekitaran
bilik darjah, namun pada masa yang sama jika guru tidak teliti dengan model ini, ia juga
akan membawa keburukannya. Sebagai contohnya, bagi Model Modifikasi Tingkah Laku
B. F. Skinner, ia telah menggunakan peneguhan kerana ia boleh menarik minat pelajar
untuk berkelakuan baik. Namun ia juga merupakan kelemahan bagi kaedah ini, iaitu lama-
kelamaan pelajar melakukan tingkah laku yang diingini, hanya untuk mendapatkan
peneguhan sahaja. Guru juga perlu mengaitkan model ini dalam proses pengajarannya
serta menangani masalah disiplin pelajar.

Selain itu, saya juga dapat mengesan bahawa semasa saya melakarkan pelan
bilik darjah untuk pengendalian aktiviti kumpulan kecil, saya telah banyak menghadapi
masalah. Hal ini demikian kerana saya perlu mengambil kira setiap sudut dalam bilik
darjah agar ia mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selesa bagi pelajar. Oleh itu,
saya telah merujuk kepada tutorial yang telah kawan saya bentang sebelum ini tentang

33
pembaikan pelan bilik darjah yang tidak kondusif. Dengan itu, barulah saya berjaya
melakarkan pelan yang baik.

Menerusi kerja kursus ini, saya telah mendapatkan maklumat yang banyak
daripada buku serta internet untuk memperkukuhkan hujahan saya. Di samping itu, saya
juga bernasib baik kerana diberi peluang untuk melaksanakan kajian kursus ini. Dalam
pembelajaran ini, saya telah berjaya mencapai kesemua objektif kajian yang telah
ditujukan kepada kita dan mempelajari nilai-nilai murni. Sebagai contohnya, saya jelas
tentang konsep pengurusan bilik darjah sekolah rendah serta mengetahui tanggungjawab
guru dalam pengurusan bilik darjah. Sebagai seorang guru kita perlu menguasai
kandungan kurikulum, menggunakan teknologi kini, menyayangi pelajar, dan sebagainya.
Saya juga dapat mengaplikasikan pelbagai model pengurusan disiplin di dalam bilik darjah
dalam menangani masalah disiplin pelajar serta dapat menyediakan pelan perancangan
pengurusan bilik darjah yang berkesan. Sebagai seorang guru, kita perlu senantiasa
bersedia untuk menghadapi dengan pelajar yang melakukan salah laku. Oleh itu, kita
perlu selalu berkomunikasi dengan mereka untuk memahami keadaan mereka.

Kesimpulannya, saya sedar akan kepentingan bagi seorang bakal guru untuk
memahami tentang pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Oleh itu, saya akan
memajukan dan memperkayakan diri dengan menambah ilmu melalui pembacaan. Selain
itu, masalah yang saya hadapi boleh mematangkan pemikiran saya. Dengan itu, saya
akan meneruskan kerajinan dalam memperbaik prestasi saya supaya saya dapat menjadi
seorang pendidik yang agresif, mampu membimbing pelajar menjadi cemerlang. Sekian,
terima kasih.

34
5.0 Rumusan

Pengurusan disiplin bilik darjah yang berkesan perlu mempunyai asas pengurusan
disiplin yang kukuh. Oleh itu, guru harus mengambil langkah untuk merancang satu
bentuk pengurusan disiplin bilik darjah yang berkesan, iaitu sesuai dengan persekitaran
bilik darjah masing-masing. Teori-teori yang dibincangkan di atas boleh menjadi panduan
untuk guru merangka satu bentuk pengurusan yang sesuai dengan situasi guru masing-
masing. Kita boleh menggabungkan teori-teori tersebut dengan idea sendiri supaya
mendapat satu kesesuaian yang mencirikan kepimpinan sendiri.

Sebenarnya, masih ada banyak lagi teori-teori yang berkaitan dengan pengurusan
bilik darjah yang boleh kita rujuk dan analisa. Sesuatu pengurusan yang berkesan untuk
suatu bilik darjah tidak semestinya sesuai untuk semua situasi. Guru harus bijak menilai
dan membuat pertimbangan yang menjurus kepada situasi sendiri.

Pengetahuan yang luas di dalam pengurusan disiplin bilik darjah ditambah dengan
pengalaman yang ada akan membantu guru untuk mensintesis satu pengurusan yang
kondusif untuk kegunaan sendiri di dalam bilik darjah masing-masing.

Oleh itu, sebagai guru abad ke-21, kita haruslah pandai dalam menyusun atur bilik
darjah. Susun atur yang kreatif dan baik dapat melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Dengan itu, murid-murid akan bermotivasi datang ke sekolah
untuk belajar.

35
6.0 Rujukan

Canter, L. & Canter, M. (1981). Assertive discipline follow-up guidebook. Los Angeles,
CA: Canter & Associates.

Clifford, H. E. (2008). Classroom Discipline & Management. United States: John


Wiley & Sons Inc.

Haliza Hamzah & Samuel, J.N. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025. (2014, Julai 16).


Retrieved from SMK Abdul Samad, 16600 Pulai Chondong, Kelantan:
http://smkaspc.blogspot.com/2014/07/pelan-pembangunan-pendidikan-
malaysia.html

Tom, M. (n.d.). Assertive Discipline. Retrieved from http://www.


behavioradvisor.com/AssertiveDiscipline.html

Wendy, J. (2007). Cooperative Learning in the Classroom: Putting it into Practice.


California: SAGE Publication Inc.

Wikipedia. (2015). Glassers Choice Theory. Retrieved from http://en.wikipedia.


org/wiki/Glasser%27s_choice_theory

36

Anda mungkin juga menyukai