Anda di halaman 1dari 6

PENERANGAN AM MENGENAI AMALI FIZIK TAHUN SATU

1.0 Objektif
Sesi amali fizik adalah satu komponen didalam kursus fizik tahun satu. Sesi
amali ini dirancang untuk meningkatkan kemahiran dan keyakinan pelajar
dalam membuat cerapan, pengukuran, analisis dan penulisan laporan
teknikal. Selain dari itu, diharap pelajar juga menghayati disiplin dan teknik
amali dalam makmal. Diharapkan tajuk-tajuk eksperimen yang dipilih akan
dapat membantu pelajar memahami sebahagian daripada isi kuliah fizik
yang diikuti.
2.0 Program Amali Fizik
Setiap pelajar yang mengambil kursus fizik dimestikan mengikuti sesi amali
fizik. Pelajar-pelajar dengan bimbingan para pengajar akan mengikuti
aktiviti berikut;
Taklimat am berkaitan amali fizik.
Penerangan teori ketakpastian dalam pengukuran.
Latihan melukis graf.
Latihan membuat cerapan, merekod dan melakukan
analisis ringkas mengenai pengukuran asas.
Melakukan eksperimen fizik dan menyediakan laporan
eksperimen yang sesuai dengan format yang ditetapkan
3.0

Peraturan amali

3.1
i.

Peraturan umum
Pelajar adalah dimestikan mengikuti semua aktiviti Amali Fizik seperti
yang telah ditetapkan dalam jadual. Aktiviti amali tidak boleh
dijalankan di luar waktu yang telah dijadualkan. Notis perubahan
akan ditampal di papan kenyataan dekat pintu masuk makmal.

ii.

Kehadiran amali adalah dimestikan dan tidak boleh kurang dari 80%.
Pelajar hendaklah menandatangani Borang Kehadiran Amali Fizik
yang diedarkan oleh Pensyarah/Pengajar yang bertugas. Sehubungan
dengan ini pelajar yang tidak hadir mestilah dengan segera
menunjukkan bukti yang kukuh seperti sijil cuti dari doktor dan
sebagainya kepada Pensyarah/Pengajar/pembantu makmal yang
berkenaan sehari selepas itu.

iii.

Laporan Amali hendaklah diserah di akhir sesi amali kepada


pembantu makmal. Laporan yang lewat diterima akan ditolak
markahnya ATAU tidak akan dinilai.

iv.

Sekiranya pelajar gagal menghantar laporan ringkas, pelajar


dianggap tidak menyempurnakan eksperimen. Oleh itu segala kerja
Amali bagi eksperimen berkenaan tidak akan diberi nilai. Bagi
yang gagal menghantar laporan lengkap, markah wajaran bagi
Amali Fizik adalah sifar.

v.

Sebarang Amali yang tidak dapat dijalankan kerana bersebab


misalnya kerana cuti umum atau sakit, hendaklah dijalankan dalam
minggu gantian yang dikhaskan. Pelajar-pelajar dinasihatkan supaya
sentiasa menyemak makluman pada papan kenyataan dari masa ke
semasa.

vi.

Pelajar-pelajar hendaklah berpakaian kemas,


sopan dan
memakai kad metrik. Dilarang memakai Kemeja-T yang tidak
berkolar dan seluar jean. Tidak dibenarkan memakai selipar
di dalam makmal kecuali atas sebab-sebab yang tertentu.

vii.

Pelajar yang datang lewat tanpa sebab boleh ditegah dari


meneruskan amalinya dan dianggap sebagai tidak hadir pada waktu
tersebut. Begitu juga pelajar yang balik tanpa kebenaran pengajar
sebelum masa amali berakhir.

viii. Dilarang merokok, makan dan minum semasa menjalankan


amali.
3.2
i.

Peraturan Dan Panduan Semasa Menjalankan Amali


Pelajar hendaklah mempastikan bahawa mereka mempunyai
kefahaman mengenai eksperimen yang hendak dilakukan iaitu tujuan
eksperimen, kaedah pencerapan atau pengukuran yang akan
dijalankan dan bentuk bagaimana keputusan akhir eksperimen itu
sepatutnya dinyatakan.

ii.

Sebelum
hadir
ke
makmal,
pelajar
sepatutnya
telah
mempelajari/membaca arahan dan prosedur yang dimuatkan dalam
Buku Panduan Amali. Buku tersebut hanya memberi garis panduan
kasar
untuk
membolehkan
pelajar
mendapatkan
data
cerapan/pengukuran yang terbaik semasa melakukan eksperimen.
Pelajar perlu membuat rujukan tambahan dan berfikir sendiri untuk
meningkatkan kecekapan semasa melakukan eksperimen.

iii.

Setiap pelajar hendaklah membawa semua peralatan yang diperlukan


semasa amali seperti pensil, pen, pembaris lutsinar 30 cm, kalkulator
saintifik, pemadam, mancis, kain pembersih, kertas graf dan
sebagainya. Pelajar digalakkan supaya melukis terus graf hasil
eksperimen dalam masa amali.
2

iv.

Setiap eksperimen dan laporan ringkas hendaklah disiapkan


dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 2 JAM 50 MINIT.

v.

Pelajar dikehendaki memeriksa alat radas terlebih dahulu sebelum


menjalankan eksperimen. Laporkan segera kepada petugas jika ada
alat radas yang tidak memuaskan.

vi.

Jangan pindahkan alat radas dari meja ke meja yang lain kecuali anda
dikehendaki berbuat demikian.

vii.

Jika eksperimen melibatkan pemasangan litar elektrik, minta petugas


memeriksanya terlebih dahulu sebelum bekalan disambungkan.
Pedoman yang selamat ialah; jika tidak pasti kaedah penggunaan
sesuatu alat, segeralah bertanya kepada petugas atau kepada rakan
yang mengetahuinya.

viii. Tutup bekalan gas, elektrik dan air bila ia tidak diperlukan lagi.
Putuskan sambungan pada bateri sebaik sahaja eksperimen selesai.
ix.

Sebelum Meninggalkan Makmal:


Bersihkan meja dan kemaskan alat radas yang digunakan setelah
mendapat keputusan eksperimen yang memuaskan.
Kembalikan alat radas di tempat asal.
Pastikan Pensyarah/Pengajar yang bertugas memeriksa dan
mengesahkan data yang telah direkodkan dalam Helaian
data/Buku log makmal.
Pastikan laporan ringkas telah dihantar/diserahkan kepada
petugas.

4.0 Laporan Amali


Laporan amali adalah satu daripada juzuk penting yang berkaitan dengan
sebarang eksperimen kerana ianya merupakan satu-satunya cara yang
berkesan untuk seseorang menyebarkan apa-apa maklumat mengenai
eksperimennya. Tidak ada satu cara khas yang tertentu bagaimana satu
laporan amali itu harus ditulis kerana setiap orang mempunyai gaya atau
citarasa yang tersendiri dalam memperihalkan tentang sesuatu atau
menyatakan pendapatnya. Walau bagaimana pun, satu garis panduan
tentang penulisan laporan amali mestilah diikuti oleh semua pelajar supaya
format laporan adalah seragam, mudah difahami dan diperiksa. Penilaian
amali adalah berdasarkan kepada laporan amali yang dihantar oleh setiap
pelajar. Untuk tujuan itu pelajar dimestikan menghantar dua bentuk laporan
amali iaitu laporan pendek/ringkas dan laporan lengkap.
4.1

Laporan Pendek/Ringkas

Laporan ini hendaklah disediakan bagi setiap eksperimen yang jalankan.


Setiap satu kumpulan amali dikehendaki menyediakan satu laporan ringkas
sahaja. Manakala setiap ahli kumpulan dimestikan menyediakan laporan ini
secara bergilir-gilir. Format laporan ini hanya mengandungi tajuk
eksperimen, data cerapan yang disahkan, analisis, keputusan serta ulasan
ringkas dan kesimpulan. Laporan ini hendaklah ditulis dalam buku log amali
atau helaian kertas (saiz A4 atau kajang). Laporan hendaklah diserahkan
kepada Pembantu Makmal di akhir sesi amali.
4.2 Penulisan Laporan Lengkap
Setiap pelajar hanya dikehendaki menghantar satu laporan lengkap sahaja.
Tajuk amali dan tarikh penyerahan laporan berkenaan akan ditentukan bagi
setiap pelajar dan dimaklumkan pada papan kenyataan. Sebuah laporan
amali yang lengkap seharusnya mengandungi perkara berikut:
4.2.1. Tajuk
4.2.2. Pengenalan
4.2.3. Prosedur amali
4.2.4. Data dan keputusan
4.2.5. Perbincangan
4.2.6. Jawapan kepada soalan (jika ada)
4.2.7. Rujukan
Dalam perenggan berikut, setiap perkara di atas akan dijelaskan.
4.2.1 Tajuk Amali
Tajuk amali adalah sebuah ayat yang menjelaskan sifat amali yang telah
dijalankan, tujuannya dan kaedah yang digunakan. Sebagai contoh:
" Pengukuran pecutan graviti dengan bandul mudah"
"Pengukuran ketegangan pemukaan air dengan kaedah
salur rerambut"
Dalam contoh pertama di atas, sifat amali ialah pengukuran, tujuan amali
ialah mendapatkan nilai pecutan graviti dan kaedah yang digunakan ialah
kaedah ayunan bandul mudah.
4.2.2 Pengenalan
Bahagian ini terdiri dari beberapa paragraf yang secara jelas menyatakan
objektif eksperimen. Di sini juga dimuatkan sorotan teori dan maklumat
yang berkaitan dengan eksperimen yang dijalankan dan penjelasan
bagaimana tujuan eksperimen boleh dicapai. Sebagai contoh, dikemukakan
teori bagaimana pecutan graviti mempengaruhi ayunan sebuah bandul dan
seterusnya dijelaskan bagaimana teori itu dapat digunakan dalam
mengukur pecutan graviti.
4

4.2.3 Prosedur Amali


Bahagian ini secara terperinci dan dengan bantuan gambarajah
menunjukkan sususan alat radas yang digunakan. Jika eksperimen itu
melibatkan penyediaan sampel maka perlu diceritakan juga secara tepat
dan lengkap bagaimana sampel itu disediakan. Kaedah pengukuran yang
dilakukan terutama yang khusus mesti diperihalkan. Turut dimuatkan dalam
bahagian ini ialah pedoman untuk mendapatkan bacaan yang tepat dan
jika perlu langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kemalangan semasa
eksperimen.
4.2.4 Data dan keputusan
Semua data pengukuran yang telah dicerap dikemukakan di sini,
sebolehnya dalam bentuk jadual. Data tersebut mestilah lengkap
dengan unit dan ketakpastiannya. Semua graf dan analisis dimuatkan
dalam bahagian ini juga. Perlu ditunjukkan bagaimana pengiraan untuk
keputusan (hasil) akhir dan ketakpastiannya dilakukan. Pastikan hasil akhir
ini dinyatakan dengan lengkap seperti contoh berikut;
''Nilai pecutan graviti (g) yang diukur dengan bandul mudah
ialah (9.78 0.04) ms-2 ''
''Ketegangan permukaan air yang diukur dengan kaedah salur
rerambut pada 30 C ialah (5.5 0.3) N m-1''
4.2.5 Perbincangan
Ini adalah bahagian akhir dalam sebuah laporan amali. Ia harus
membincangkan kejituan hasil eksperimen dengan membuat perbandingan
dengan nilai rujukan (Piawai). Spekulasi mengenai punca-punca yang
menyebabkan perbezaan dengan nilai piawaian seperti suhu atau tekanan
dan sebagainya dinyatakan dalam bahagian ini. Oleh yang demikian, perlu
juga dinyatakan faktor-faktor yang boleh mengatasi punca-punca yang
menyebabkan perbezaan dengan nilai piawaian atau mengurangkan nilai
perbezaannya. Adalah lebih baik juga jika pelajar dapat memberi cadangan
yang membina untuk menjalankan eksperimen dengan lebih baik dan
mendapat hasil akhir yang berkejituan tinggi.
4.2.6 Rujukan
Senarai bahan rujukan yang digunakan semasa menulis laporan hendaklah
dikemukakan mengikut format menulis bahan rujukan seperti berikut:
Nelkon, M. & Ogborn, J. M. (1972). Advanced Level Practical Physics.
3rd ed. London: Heinemann Educational Books Ltd. p38-39.

PERINGATAN: Kegagalan menghantar laporan ini menyebabkan pelajar


dianggap tidak menyempurnakan kerja-kerja amali dan kerja lainnya tidak
akan diambilkira penilaiannya.
4.3

Penilaian Laporan Amali

4.3.1 Laporan Ringkas


Penilaian laporan akan dilakukan berdasarkan laporan eksperimen yang
disediakan. Butir-butir terperinci mengenainya adalah seperti berikut;
Merekod atau menuliskan data berserta ketakpastian dan unit
yang sesuai, dalam bentuk jadual.
Analisis
data,
keupayaan
mengira
kuantiti
fizik
dan
ketakpastiannya yang ditentukan dengan menggunakan formula
yang sesuai, graf yang dilukis, menyatakan hasil kiraan dalam
tatanda sains dan angka (digit) bererti yang sesuai.
Menyatakan keputusan eksperimen dengan jelas dan memberikan
ulasan ringkas mengenainya.
Memberi kesimpulan yang padat dan jelas.
Laporan disediakan dengan kemas dan menarik secara
keseluruhannya.
4.3.2 Laporan Lengkap
Penekanan utama dalam laporan ini adalah kemampuan pelajar
menyediakan satu laporan teknikal yang baik serta tersusun yang
mengandungi perkara-perkara yang telah dijelaskan di atas. Untuk itu
penilaian akan ditumpukan kepada perkara berikut:
Format yang betul.
Teori yang betul dan sesuai dengan ujikaji.
Persembahan hasil cerapan (Data Ujikaji) lengkap dan mudah
dirujuk.
Analisis data (kiraan, graf dan ralat).
Kesimpulan dan perbincangan.
Jawapan kepada soalan.
Penilaian keseluruhan (bahasa, kekemasan, gaya penyampaian).

Anda mungkin juga menyukai