Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI WAN JAAFAR

34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN


KODSEKOLAH:ABA6033

email:ABA6033@1bestarinet.yes.my

Tel&Faks:05-8803078

______________________________________________________________________________
STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP)
PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN
UNTUK
SK HAJI WAN JAAFAR
A. TUJUAN
Standard Operating Procedures (SOP) - Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran disediakan
adalah untuk menentukan:
1. Guru-guru/kakitangan dapat bertindak dengan tenang dan selamat semasa diancam bahaya
kebakaran.
2. Guru-guru, kakitangan dan pengawal keselamatan dapat melaksanakan tanggungjawab mereka
dengan selamat, teratur dan berdisiplin semasa menghadapi kebakaran.
3. Kemudahan untuk menyelamat diri yang ada dapat digunakan mengikut perancangan awal
dengan selamat.
4. Pemindahan semua warga sekolah daripada bangunan dapat dilakukan dengan teratur dan
pantas.
B. PENGGUNAAN DAN SKOP SOP
1. Tujuan SOP ini adalah untuk digunakan oleh semua yang terlibat iaitu guru-guru, muridmurid, kakitangan, pengawal keselamatan, dan semua yang berada di sekolah semasa di
ancam kebakaran.
2. SOP ini digunakan bagi menentukan pelan tindakan menghadapi kebakaran dilaksanakan
secara seragam, terancang dan memenuhi segala prosedur keselamatan jika berlaku kebakaran
di bangunan sekolah.
C. RINGKASAN PROSEDUR

Pencegahan kebakaran adalah merupakan langkah penting semasa berlaku kebakaran dan
dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan yang telah ditetapkan. Secara umumnya jika
mengesan sesuatu kebakaran dilokasi - lokasi tertentu, tindakan-tindakan berikut perlu diambil
iaitu:
1.
2.
3.
4.

Membunyikan penggera/loceng kebakaran. ( Latihan 2 kali dalam setahun )


Semasa kecemasan Penggera/loceng akan dibunyi secara berterusan sebanyak 3 kali.
Mengarahkan semua murid dan guru keluar dari bangunan dengan kadar segera.
Cuba melawan kebakaran jika kebakaran kecil ( Sentiasa memastikan Alat Pemadam Api

dan pili Bomba berfungsi dengan baik dan terjaga).


5. Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat. pihak Polis, pengawal
keselamatan dan pihak terlibat.
6. Menghentikan dan memutuskan bekalan kuasa.
7. Memastikan semua dokumen-dokumen penting disimpan dan dikunci di dalam kabinet
besi ( langkah berjaga jaga pada setiap masa ).
8. Berkumpul di tempat yang selamat (Assembly Point [AP]) dan mengambil kedatangan
murid. ( Rujuk Pelan Kebakaran )
9.

Guru Bertugas memastikan semua bangunan telah dikosongkan dan melaporkan keadaan
semasa kepada Guru Besar/Penolong Kanan.

Disediakan oleh:
NORLIA BT ISMAIL
PK HEM
SK HAJI WAN JAAFAR

Anda mungkin juga menyukai