Anda di halaman 1dari 2

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online STRATEGI PENINGKATAN PRESTASI SPM BAGI MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN (2006 2010)

) 1. MESYUARAT PANITIA Mesyurat ini adalah untuk guru-guru berbincang dan mengemukakan cadangan bagi meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran. Ia juga termasuk untuk meningkatkan prestasi para pelajar. 2. MENGHABISKAN SUKATAN PELAJARAN. Guru-guru diminta untuk menghabiskan sukatan pelajaran lebih awal iaitu sebelum bulan Ogos. 3. NOTA Para pelajar diminta untuk membuat nota sendiri dengan dibimbing oleh guru mata pelajaran . Pemeriksaan nota pelajar dibuat mengikut bab seperti dalam rancangan pengajaran tahunan. 4. LATIHAN Guru-guru diminta memberi latihan dan seterusnya mendedahkan dengan soalan berkaitan peperiksaan SPM yang sebenar terutama soalan daripada Kertas 2. 5. UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN Guru-guru perlu mengadakan Ujian bulanan dan peperiksaan penggal pertama termasuk peperiksaan bersama SPM Peringkat Negeri Perlis. Ini adalah untuk membiasakan diri mereka kepada corak peperiksaan sebenar. Ujian dan peperiksaan akan diadakan sekurang-kurangnya 3 kali mengikut perancangan yang dibuat pihak sekolah. 6. KELAS TAMBAHAN Kelas tambahan diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu sebelah petang hari persekolahan dan penjadualannya bergantung kepada pihak sekolah. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi pelajar dan pendedahan bentuk soalan SPM yang sebenar. 7. PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI PELAJAR ANJURAN PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN NEGERI PERLIS. Menghantar pelajar yang prestasi baik ke program kecemerlangan peringkat negeri Perlis. Penceramah yang mempunyai kepakaran akan memberi tahu teknik menjawab dengan betul. 8. MESYUARAT PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN PERINGKAT NEGERI PERLIS. Panitia yang mengajar mata pelajaran ini akan bersama-sama dengan panitia sekolah lain dalam membuat keputusan bersama dalam meningkatkan prestasi pelajar. Mesyuarat Panitia Prinsip Perakaunan dirancang diadakan 4 kali setahun.

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online 9. KELAS ANJAL Kelas anjal akan diadakan selepas berakhirnya peperiksaan bersama peringkat Negeri Perlis. Perbincangan soalan Kertas 1 dan Kertas 2 akan diadakan secara berselang-seli mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran. 10. LATIH TUBI MENJAWAB SOALAN-SOALAN LATIHAN Soalan-soalan latihan termasuk soalan-soalan percubaan dari negari-negeri luar Perlis dan soalan-soalan SPM sebenar bagi tahun-tahun lepas diberi kepada pelajar untuk dijawab bagi membiasakan diri mereka dengan format soalan SPM. Soalan-soalan dari Maktab Adabi akan turut dibincangkan yang dijual setiap tahun. 11. CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN. Mendedahkan pelajar kepada cara menjawab soalan dengan betul daripada guruguru yang mahir dan memastikan pelajar membuat persediaan sebelum menduduki peperiksaan. Biasanya program ini dibuat pada bulan September selama 2 jam.

Disediakan oleh,

. (ROSLI BIN HAMID) Ketua Panitia Prinsip Perakaunan.

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Anda mungkin juga menyukai