Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN AKTIVITI/PROGRAM

SJK(C) TIONG HUA KOK BIN

Nama Aktiviti / Program Latihan Kecemasan Kebakaran


Tarikh / Tempoh Perlaksanaan 9.8.2022/ 30 minit
Tempat SJK (C) TIONG HUA KOK BIN
Masa 8.15-8.45
Guru-guru yang terlibat Semua guru
Objektif / Matlamat
1. Murid dapat menyelamatkan diri jika sekiranya berlaku
kebakaran .
2. Murid dapat berwaspada sentiasa dan berhati-hati dengan
kebakaran.
3. Murid dapat mengikuti laluan untuk menyelamatkan diri
ketika berlaku kebakaran

Sasaran Semua warga sekolah


Laporan aktiviti / program 1. Guru membunyikan loceng amaran kebakaran
2. Murid keluar dari kelas masing-masing secara teratur tetapi
pantas mengikut laluan yang telah ditetapkan.
3. Murid berkumpul di depan dewan sekolah.
4. Guru menerangkan tujuan latihan kebakaran kepada murid.
5. Murid balik ke kelas masing-masing.

Pada 9 OGOS 2022, sekolah SJK (C) Tiong Hua Kok Bin telah
mengadakan latihan kebakaran siri pertama. Latihan bermula
jam 8.15 pagi dan berakhir 8.45 pagi. Latihan kebakaran
merupakan aktiviti yang diadakan setiap tahun sebagai
persediaan dan latihan sekiranya terjadi insiden kebakaran di
sekolah. Semua warga SJK (C) Tiong Hua Kok Bin telah terlibat
dalam aktiviti ini.Tujuan utama program ini dijalankan untuk
memberikan kesedaran kepada warga sekolah tentang cara
bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran.
Latihan kebakaran ini juga diadakan ditujuan untuk melatih
murid-murid bersedia semasa berlaku kecemasan atau
kebakaran di sekolah. Setelah loceng panjang dibunyikan
sebanyak 3kali, semua murid bergegas untuk ke tempat yang
telah ditetapkan untuk berkumpul. Guru
penolong kanan HEM telah menetapkan bahawa pengumpulan
murid-murid ketika berlaku kebakaran adalah di depan dewan
sekolah . Murid-murid dikawal oleh guru-guru kelas masing-
masing. Guru bertugas memastikan semua murid berkumpul di
tempat yang telah ditetapkan.

Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk


memastikan tiada seorang pun yang tertinggal di dalam kelas
atau di dalam kelas atau di dalam sekolah. Latihan ini adalah
sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun
bagi memastikan murid dan kakitangan SJK (C) Tiong Hua Kok
Bin sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi
bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran, para pelajar
juga didedahkan dengan kemungkinan bencana alam yang lain
seperti ribut kuat dan gempa bumi.

Penilaian Aktiviti / Program I. Kekuatan Program


1. loceng kecemasan yang boleh didengari warga sekolah.
2. laluan yang disediakn jelas untuk digunakan warga sekolah
jika berlaku kecemasan.
3. taklimat kecemasan yang ringkas dan padat.

II. Kelemahan Program


1. Kepantasan murid masih agak lewat iaitu 9 minit untuk tiba
depan dewan sekolah selepas mendengar bunyi loceng.
2. Pelajar keliru untuk beratur mengikut kelas.
3. Mikrofon yang kurang jelas.

III. Cadangan Penambahbaikan


1. Memastikan pelajar untuk tiba depan dewan sekolah lebih
pantas.
2. meletakkan tanda bagi setiap kelas untuk beratur.
3. menggunakan mikrofon yang lebih jelas.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

________________________ __________________ _______________


(M. AL MUZZAMMIL ) (EN. TAN YEEN FOO) (PN. GAN LILY)
Setiausaha Program/Aktiviti GPK Kokurikulum Guru Besar

Lampiran Program/Aktiviti :
Warga sekolah bergerak ke depan dewan sekolah

Para guru mengambil kedatangan pelajar mengikut kelas


Warga sekolah mendengar taklimat kecemasan yang diberikan oleh Ustaz Halim

Pelajar bersurai dan kembali ke kelas masing-masing

Anda mungkin juga menyukai