Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN LABU ULU,

BATU 8, JALAN LABU,


71900 LABU, NSDK

LAPORAN DOKUMENTASI
LATIHAN KEBAKARAN
BIL 1/2019
SEKOLAH KEBANGSAAN LABU ULU,
BATU 8, JALAN LABU,
71900 LABU, NSDK

LAPORAN DOKUMENTASI

BIL PERKARA MAKLUMAT


1 TAJUK PROGRAM / AKTIVITI LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN
2 TARIKH / HARI 13 Mac 2019 / RABU
3 MASA 9.10 – 9.40 pagi
4 TEMPAT Sek. Keb. Labu Ulu
Jawatankuasa Unit 3K (Keselamatan, Kebersihan &
5 ANJURAN
Keceriaan)
6 OBJEKTIF i. Melatih murid-murid dan warga sekolah agar
dapat mengambil tindakan yang betul sekiranya
berlaku kebakaran.
ii. Mendidik murid-murid dan warga sekolah agar
dapat mengetahui laluan kecemasan yang betul
untuk keluar dari bangunan sekolah dengan
selamat.
iii. Melatih murid-murid dan warga sekolah untuk
berkumpul di tapak kecemasan dalam tempoh 4
minit dan bersedia untuk melapor diri ketika
kecemasan.
7 PELAKSANAAN PROGRAM / AKTIVITI

SASARAN Semua warga sekolah


i. Loceng kecemasan dibunyikan.
ii. Semua warga sekolah bergerak ke padang
sekolah dan berkumpul di tapak kecemasan
mengikut arah laluan kecemasan yang betul.
iii. Murid berkumpul dan beratur mengikut kelas
masing-masing.
BUTIRAN AKTIVITI iv. Guru kelas mengira bilangan murid mengikut
kelas masing-masing.
v. Guru kelas melaporkan kedatangan murid
kepada PK HEM.
vi. Taklimat latihan kebakaran oleh PK HEM.
vii. Tamat dan murid bergerak ke kelas masing-
masing.
8 PENILAIAN PROGRAM / AKTIVITI

i. Melibatkan semua murid dan mendapat


kerjasama daripada semua guru SK Labu Ulu.
KEKUATAN
ii. Semua murid dapat berkumpul di tapak
kecemasan dalam tempoh 4 minit.

i. Murid Tahap 1 berlari ketika keluar dari kelas.


ii. Murid beratur terlalu rapat ketika berada di
KELEMAHAN tempat berkumpul.
iii. Disiplin murid ketika di tempat berkumpul
kurang terkawal.

i. Melibatkan semua warga sekolah termasuk


kakitangan pejabat, pekerja kantin dan pekerja
kebersihan.
ii. Kawalan disiplin murid di tapak kecemasan
perlu ditambah baik dengan melibatkan
kerjasama daripada pengawas sekolah.
iii. Guru dalam kelas Tahap 1 perlu memastikan
CADANGAN murid tidak berlari keluar dari kelas dan
PENAMBAHBAIKAN
mengawal disiplin murid ketika beratur ke
tempat berkumpul.
iv. Memastikan murid-murid beratur tidak terlalu
rapat antara satu kelas dengan kelas yang lain.
v. Melabel laluan kecemasan di setiap bangunan
sekolah untuk memudahkan pergerakan semua
warga sekolah ketika kecemasan.

9 LAPORAN BERGAMBAR

Taklimat oleh PK HEM, Puan Nazuhaakmal bt Ariffin


Murid berkumpul di tapak kecemasan (padang sekolah)

Guru-guru memantau disiplin murid

Guru kelas mengira bilangan murid dan melaporkan kepada PK HEM


Murid -murid Tahap 1

Murid-murid pra sekolah

Guru menyusun atur kedudukan murid untuk menjarakkan barisan


Disediakan oleh,

_______________________
(JONORIAH BT JOHARI AU)
Setiausaha Unit 3K,
Unit Hal Ehwal Murid,
SK Labu Ulu,
Batu 8, Jalan Labu, NSDK.

Disemak oleh,

_________________________________
(NUR FAIRUDZAINI BT ZAINAL ABIDIN)
Guru Besar,
SK Labu Ulu,
Batu 8, Jalan Labu, NSDK.

Anda mungkin juga menyukai