Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN

SJK ( C) ALOR PONGSU


Mac DAN JULAI 2017

SJK ( C) Alor Pongsu telah mengadakan latihan kebakaran buat kali


pertama pada 28 Mac 2017 dan latihan kebakaran kali kedua pada 13 Julai
2017. Latihan kebakaran telah diadakan kira-kira Jam 8.30 pagi. Program ini
telah dijalankan oleh unit HEM. Tujuan utama program ini dijalankan untuk
memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku
sesuatu kebakaran. Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk
melatih murid-murid bersedia semasa berlaku kecemasan atau kebakaran di
sekolah.

Setelah lonceng panjang dibunyikan, semua murid bergegas untuk ke


tempat yang telah ditetapkan untuk berkumpul. Guru besar telah menetapkan
bahawa pengumpulan murid-murid ketika berlaku kebakaran adalah di
tempat lapang berdepanan dengan sekolah.

Murid-murid dikawal oleh guru-guru kelas masing-masing. AJK


disiplin memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang
telah ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk
memastikan tiada seorang pun murid yang tertinggal di dalam kelas atau di
dalam sekolah.

Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada


setiap tahun bagi memastikan murid dan kakitangan SJK ( C) Alor Pongsu
sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran.
Selain daripada kebakaran, para pelajar juga didedahkan dengan
kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain seperti ribut kuat dan
gempa bumi. Tahniah kepada AJK Kebakaran sekolah kerana telah berjaya
menjalankan latihan kebakaran tersebut.

Anda mungkin juga menyukai