Anda di halaman 1dari 7

Bengkel Pergigian KPLI-SR 2010

Laporan Bengkel Kesihatan Pergigian KPLI-SR 2010


Laporan ini berkaitan dengan perjalanan Bengkel Kesihatan Pergigian KPLI-SR 2010.
Bengkel ini telah diadakan dengan jayanya pada 18 sehingga 19 Mei 2010 yang lalu di Dewan
Kuliah dan di bilik KPKM. Tujuan penyediaan laporan ini secara khusus untuk meneliti dan
menilai kelebihan dan kekurangan yang dialami dalam perlaksanaan bengkel ini.
Perlaksanaan program Bengkel Kesihatan Pergigian KPLI-SR 2010 ini adalah untuk
memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar KPLI-SR dan PISMP semester 5 dan
seterusnya membolehkan bakal-bakal guru memberi sumbangan yang efektif ke arah
pencapaian objektif program kesihatan pergigian di sekolah.
Bengkel yang dijalankan selama dua hari ini telah mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada guru-guru pelatih dan pensyarah-pensyarah di IPG Kampus
Pendidikan Teknik. Bengkel dimulakan pada hari selasa dengan pendaftaran pada pukul 8.009.00 pagi. Pada awalnya sambutan tidak menggalakkan tetapi setelah diedarkan beberapa
keping risalah berkenaan bengkel ini serta menjemput guru-guru pelatih dan pensyarahpensyarah di sekitar bengkel berlangsung, maka, sambutan semakin meningkat.
Pendaftaran dibuat di bilik KPKM bersebelahan dengan kantin. Semasa pendaftaran,
setiap orang perlu menjawab beberapa soalan berkenaan kesihatan pergigian. Selepas
pendaftaran, ada slot pemeriksaan kebersihan mulut dan gigi secara percuma kepada warga
Institut Pendidikan Teknik. Disamping pemeriksaan kebersihan mulut dan gigi, ada juga
dijalankan untuk Pertandingan Ratu dan Raja Gigi. Pameran berkaitan dengan kesihatan
pergigian juga telah dipamerkan di dalam bilik KPKM bersebelahan dengan bahagian
pemeriksaan gigi. Pameran tersebut sedikit sebanyak dapat memberi info yang berguna
kepada para pengunjung di samping dibekalkan pamplet, lencana dan penanda buku percuma
berkenaan kesihatan pergigian.

Bengkel Pergigian KPLI-SR 2010

Seterusnya, slot sesi soal jawab dan demo menggosok gigi yang sepatutnya
berlangsung pada jam 11.30 pagi ditunda dan digabung dengan sesi ceramah pada pukul 2
petang atas permintaan dari Dr. Suhana sendiri. Ceramah berkaitan tentang kebersihan mulut
dan gigi telah disampaikan oleh Dr. Suhana dari Klinik Pergigian Cahaya Suria, Bahagian
Kesihatan Pergigian Kuala Lumpur. Ceramah ini diadakan di Dewan Kuliah IPG Kampus
Pendidikan Teknik. Ceramah yang disampaikan oleh Dr. Suhana sangat menarik, terang dan
jelas. Selepas itu, bengkel diteruskan lagi dengan demo menggosok gigi oleh Dr Suhana serta
pembantu-pembantunya. Slot ini juga ada penglibatan dari pelajar KPLI-SR, 5 PISMP dan 1
PISMP untuk menunjukkan cara yang betul untuk menggosok gigi. Hampir semua yang
terlibat memberikan komitmen yang sepenuhnya sepanjang slot ceramah itu.
Selepas itu, sesi soal jawab diadakan dan banyak soalan yang ditujukan kepada
penceramah untuk menambahkan kefahaman serta meleraikan kekeliruan yang berada di
fikiran pelajar-pelajar yang hadir di dalam dewan tersebut. Semua soalan dapat dijawab
dengan tepat dan memuaskan. Setelah selesai sesi soal jawab, satu ujian kebersihan mulut dan
gigi kali ke-2 dijalankan untuk melihat tahap kefahaman pelajar yang hadir selepas ceramah
disampaikan.Bengkel ditangguhkan pada jam 4.00 petang.
Pada hari ke-2 iaitu pada 19 Mei 2010 (Rabu), selepas sesi pendaftaran, telah diadakan
Pertandingan Pengajaran Mikro dan Nyanyian bertempat di Dewan Kuliah. Tetapi,
disebabkan oleh masalah ynag tidak dapat dielakkan, pertandingan tersebut terpaksa dianjak
ke pukul 9.30 pagi. Hanya 4 kumpulan yang menyertai pertandingan tersebut iaitu kumpulan
KPLI(Matematik),

KPLI(Kemahiran

Hidup),

PISMP

(Matematik)

dan

PISMP(Matematik), Pertandingan ini diadili oleh 3 orang Pensyarah jemputan iaitu


En.Muhadi Mahmud, Cik Safinaz M.Annuar dan Pn. Nik Asma Nik Abd. Ghani.

Bengkel Pergigian KPLI-SR 2010

Pertandingan Pengajaran Mikro dan Nyanyian ini berjalan dengan lancar dan jayanya.
Markah diberikan oleh pengadil berdasarkan beberapa kriteria antaranya ialah penyediaan
rancangan pengajaran dan nyanyian.
Setelah selesai, majlis penutup telah dilaksanakan pada jam 10.45 pagi, dimulakan
dengan kata-kata aluan dari pengerusi majlis, diikuti dengan persembahan multimedia.
Selepas itu, acara penyampaian hadiah disampaikan oleh Ustaz Muaaz b. Muhammad diiringi
oleh pegawai perubatan pergigian dari Klinik Cahaya Suria. Setelah selesai acara tersebut
disambung dengan ucapan dari Pengerusi Program, Mohd Farhan, diikuti oleh ucapan dari
Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan iaitu En.Ishak bin Othman dan acara
kemuncak majlis penutup dirasmikan oleh Ustaz Muaaz Bin Muhammad Ketua Jabatan Hal
Ehwal Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik. Bengkel Kesihatan Pergigian KPLI-SR 2010
tamat dan bersurai pada jam 11.30 pagi.

Bengkel Pergigian KPLI-SR 2010

Sepanjang Program Berlangsung

Bengkel Pergigian KPLI-SR 2010

Bengkel Pergigian KPLI-SR 2010

Bengkel Pergigian KPLI-SR 2010

Disediakan oleh:
....................................
(Khotibah Ahmad Mohtasar)
Setiausaha,
Bengkel Kesihatan Pergigian KPLI-SR 2010
IPG Kampus Pendidikan Teknik, KL

Anda mungkin juga menyukai