Anda di halaman 1dari 4

SJKC ALOR PONGSU

34300, BAGAN SERAI, PERAK.

LAPORAN AKTIVITI HARI SUKAN NEGARA


SJKC ALOR PONGSU

TARIKH:
8 OKTOBER 2016
TEMPAT:
PADANG SJKC ALOR PONGSU
MASA:
7.30 A.M. – 12.00 P.M.
1.0 PENGENALAN
Sambutan Hari Sukan Negara diisytiharkan pada setiap Sabtu
minggu kedua Oktober setiap tahun oleh Perdana Menteri pada 24 Mac
lalu.Sambutan ini adalah inisiatif Kementerian Belia Dan Sukan yang
mana ia satu langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah
mencapai hasrat dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara
bersukan.

2.0 MATLAMAT

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah pendidikan


kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yangseimbang dari segi
intelek , rohani, emosi ,jasmani dan social melalui penyertaan dalam bidang
sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti bersukan untuk
menyeimbangi tahap social mereka dalam melangkah ke alam kehidupan
yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini
bakal diimplikasikan oleh mereka apabila menempuh kehidupan seharian.

3.0 KUMPULAN SASARAN

- Murid Tahun 1 hingga tahun 6: 57 orang


- Guru dan Staff sekolah: 13 orang

4.0 TENTATIF PROGRAM


Masa Aktiviti
7. 20 a.m. -Semua murid dan guru berkumpul di padang sekolah.
7 .30 a.m. -Pendaftaran peserta
8 . 00 a.m . -Senamrobik 1 Malaysia
8 .30 a.m. -Sukaneka/ permainan
9. 30 a.m. -rehat
10 . 00 a.m. - Indoor game
11 . 00 a.m. -Penyampaian sijil
-Majlis penutupan
12 . 00 p.m. -Bersurai
5.0 LAPORAN
Sambutan hari Sukan Negara telah dilaksanakan di SJKC Alor
Pongsu pada 8 Okktober 2016 hari Sabtu yang lalu. Majlis telah
dijalankan pada jam 7.30 pagi bertempat di padang SJKC Alor
Pongsu.Selepas pendaftaran, murid-murid bersama semua guru telah
menjalankan senamrobik bersama jawatankuasa hari sukan Negara
yang diketuai oleh Pn. Jee Ming Hoi dan Cik Lean Thean Min.Selepas itu,
acara diteruskan lagi dengan aktiviti sukaneka dan permaianan di
Padang sekolah.Semua aktiviti dijalankan dengan lancar.Upacara
penyampaian sijil penyertaan kepada murid-murid oleh Guru besar Pn.
Gan Moi Hiang.

6.0 PENUTUP
Konklusinya, Hari Sukan Negara yang telah diadakan di seluruh
negara pada 8 Oktober 2016 hari Sabtu turut dilangsungkan di SJKC Alor
Pongsu.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
guru dan murid-murid yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Lampiran bergambar

Aktiviti-aktiviti semasa Hari Sukan Negara di SJKC Alor Pongsu

Senamrobik Senamrobik

Aktiviti sukaneka aktiviti sukaneka

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

____________ ____________

Pn. Jee Ming Hoi Pn. Gan Moi Hiang


Setiausaha Guru besar
Hari Sukan Negara SJKC Alor Pongsu

Anda mungkin juga menyukai