Anda di halaman 1dari 16

HEW SHIM LEY (D201020404460) QGJ3063 SUKAN BERPASUKAN

QGJ3063- SUKAN BERPASUKAN

TUGASAN: MENYEDIAKAN MANUAL LATIHAN KEMAHIRAN ASAS

KUMPULAN:UPSI (A141PJJ)

Nama NO ID NO Telefon

PENSYARAH :
TARIKH HANTAR:

0
TAJUK HALAMAN
1.0 Pengenalan 2
2.0 Kemahiran asas bola keranjang 3-8
2.1 Kemahiran Menghantar dan Menyambut Bola
2.2 Mengelecek
2.3 Kemahiran menjaring
2.4 Kemahiran mengawal dan mengadang
2.5 Strategi Pertahanan

3.0 Latihan kemahian asas 9-11


3.1 Latih Tubi Menghantar dan Menyambut Bola
3.2 Latih Tubi Menggelecek
3.3 Latih Tubi Menjaring
3.4 Latih Tubi Mengawal dan Mengadang

4.0 Justifikasi pemilihan latihan 11-12

5.0 Peralatan 12

6.0 Rumusan 12-13

7.0 Perkara-perkara lain 13-14


 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ASAS.

Rujukan 15

1
MENYEDIAKAN MANUAL LATIHAN KEMAHIRAN ASAS

1.0 Pengenalan

Sukan bola keranjang mula diperkenalkan oleh Dr James Naismith pada tahun 1891. Pada
masa itu beliau adalah seorang pemimpin YMCA, Springfield, Massachussets, Amerika Syarikat.
Permainan ini adalah satu jenis permainan riadah terutama sekali pada musim sejuk. Bola yang
digunakan adalah bola sepak dan bakul yang digantungkan pada dinding sebagai gol.
Selepas beberapa tahun, terdapat banyak perubahan yang berlaku dari segi undang-undang
permainan dan teknikal. Perubahan yang terbaru merupakan satu garisan yang melengking
menyentuh kedua-dua garisan tepi. Sekiranya jaringan dilakukan dari luar garisan tersebut adalah
jaringan dari jauh dan 3 mata akan diberikan kepada pasukan yang berjaya.
Permainan bola keranjang memerlukan pemain-pemain yang tinggi kerana ia mempunyai
kelebihan untuk menjaringkan gol. Jengkauan tangannya adalah lebih jauh dan tinggi. Namun
demikian, beberapa aspek lain adalah seperti ketangkasan dan kecergasan serta kemahiran dalam
permainan adalah suatu faktor yang sangat penting bagi menjaminkan kemenangan sesuatu
pasukan.
Permainan bola keranjang adalah satu permainan yang sangat menarik dan mencabar. Pemain-
pemain perlu bergerak lincah sepanjang masa permainan. Pasukan yang sedang bertahan mungkin
akan bertindak pantas menyerang ke kawasan gol pasukan lawan dan bola sentiasa
bertukar tangan.

2
2.0 Kemahiran asas bola keranjang
Kemahiran asas bola keranjang adalah amat diperlukan dalam mengaturkan sebarang
gerakan sama ada dalam pertahanan atau serangan. Jika ia diperolehi dengan cara yang betul, ia
akan membantu pemain dalam usahanya mempertingkatkan corak permainan yang lebih mantap
dan bertaraf tinggi.

2.1 Kemahiran Menghantar dan Menyambut Bola


i) Hantaran Aras Dada
Hantaran ini menggunakan kedua-dua belah tangan pemain. Biasanya
kedudukan pemain semasa melakukan hantaran dada adalah suatu kedudukan
yang memudahkan pemain membuat hantaran, jaringan, atau mengelecek bola itu.
Hantaran aras dada biasanya digunakan apabila terdapat ruang dan kelajuan
diperlukan.Hantaran jenis ini sesuai dilakukan jika tiada pemain – pemain lawan
menghalang atau berada berdekatan dengan pemain yang akan membuat hantaran
dan hantaran itu perlu dilakukan dengan deras. Ini adalah satu cara menghantar bola
dalam bola keranjang,.
ii) Hantaran Lantun
Hantaran lantun merupakan jenis hantaran yang boleh dilakukan sama ada
menggunakan sebelah ataupun kedua-dua belah tangan. Hantaran lantun
dilakukan apabila pemain yang memegang bola dihalang oleh pemain lawan yang
lebih tinggi atau pemain lawan berada hampir dengannya. Dalam hantaran ini,
pemain melantun bola ke permukaan gelanggang supaya bola melantun dan
diterima oleh rakan yang sudah bersedia untukmenerima bola.Walaupun bola
daripada hantaran ini agak lambat sedikit tiba ke tangan penerima, tetapi hantaran
ini menjadi lebih tepat dan berkesan.

iii)Hantaran Di Atas Kepala


Hantaran ini merupakan jenis hantaran yang pantas, di mana bola bergerak
pantas melepasi kepala pemain lawan. Hantaran ini sesuai dilakukan oleh pemain
yang tinggi, khususnya pemain penyerang dan pertahanan. Hantaran ini juga
penting untuk hantaran pendek yang dikawal dekat oleh lawan.Dalam keadaan
begitu pemain boleh memilih sama ada mahu melakukan hantaran tinggi atas kepala
ataupun hantaran lantun.
iv) Menyambut bola
Disebabkan pelbagai jenis hantaran dilakukan semasa permainan, maka
para pemain perlu mempelajari cara-cara menyambut bola. Menyambut bola
boleh mengunakan beberapa cara iaitu, menyambut bola secara statik pada aras
pinggang, bawah aras pinggang dan di atas kepala, menyambut bola sambil
berlari, menyambut bola smabil melompat. Sebagai persediaan menyambut bola,
pemain perlu mengamalkan perawakan atau kedudukan badan (stance) yang
sesuai untuk memudahkan tindakannya.

2.2 Mengelecek
Mengelecek bola merupakan kemahiran asas yang terpenting dalam bola
keranjang yang perlu diketahui dan dimahirkan oleh seseorang pemain. Kemahiran
mengelecek bola bertujuan untuk mengerakkan bola dalam gelanggang sebelum pemain
membuat hantaran kepada rakannya atau menjaringkan gol. Pemain yang dapat
menguasai kemahiran ini dengan baik. Kemahiran mengelecek ini sudah tentu
berkeupayaan bergerak ke sana ke sini di dalam gelanggang dengan berkesan.

Terdapat beberapa cara mengelecek. Antaranya adalah mengelecek rendah dan


mengelecek tinggi. Pemain hendaklah menggunakan jari untuk mengelecek dan bukan
tapak tangan. Pemain tidak menampar atau memukul bola untuk mengelecek. Bola
hendaklah menyentuh jari-jari pemain secara terkawal.Pemain hendaklah sentiasa
mengendurkan pergelungan tangan atau membiarkan pergelangan tangan dalam keadaan
relax. Pemain hendaklah mempelbagaikan ketinggian lantunan bola mengikut kadar
kelajuan jarak pemain lawan. Bagi mengelakkan bola daripada dihalang oleh
lawan,pemain hendaklah mengawal lantunan supaya rendah dan berhampiran dengan badan
supaya membolehkan badan membantu dalam menghalang lawan. Pemain hendaklah
memastikan bola tidak melantun melepasi pinggang.

i) Mengelecek rendah
Mengelecek rendah dilakukan dan digunakan untuk mengelakkan bola terlepas
daripada penguasaan pemain apabila dicabar oleh pemian lawan. Dengan melakukan
kelecek rendah pemain lawan tidak mempunyai peluang untuk merampas bola
itu,kecuali pemain yang mengelecek bola terlepas bola daripada pengawalannya.
Dalam pekara ini pemain perlu dapat mengawal serta menguasai bola dengan baik.

ii) Mengelecek tinggi


Mengelecek tinggi dilakukan semasa pemian lawan berada agak jauh daripada
pemain yang melakukan kelecek. Kelecek ini juga digunakan apabila gelanggang
terbuka luas tanpa pemain yang berada di sekitarnya.Kelecek ini dilakukan untuk
menggerakkan bola dengan pantas dari satu tempat ke satu tempat yang berlainan,
termasuk dalam pergerakan menjaringkan gol. Perbezaan ketara antara kelecek
rendah dengan kelecek tinggi ialah kelecek tinggi badan pemain adalah dalam
kedudukan yang lebih lurus atau menegak daripada kelecek rendah.
2.3 Kemahiran menjaring
Aspek yang menentukan kemenangan adalah bilangan jaringan dan aspek ini juga
yang menarik sekali kepada penonton-penonton. Semasa menjaring mesti mempunyai
keyakinan dan mengawal imbangan badan yang sempurna. Pergerakan susulan tangan
harus dilakukan, bersedia rebut bola atau lantun balik jaringan yang tidak berjaya.
Mempunyai 5 jenis jaringan iaitu, jaringan tolak, jaringan lompat, jaringan laying,
jaringan lengkung dan jaringan lemparan bebas.

2.4 Kemahiran mengawal dan mengadang


Sebaik sahaja bola berpindah tangan, pasukan yang tidak menguasai bola terpaksa
bertahan. Kawalan adalah bertujuan mematahkan serangan lawan dan mendapat balik
bola untuk mengatur serang-balas.
2.5 Strategi Pertahanan
Dalam sistem asas yang biasa diamalkan semasa mengawal atau bertahan adalah
sistem seorang kawal seorang dlam sistem zon

i) Sistem seorang kawal seorang


Setiap pemain akan ditugaskan mengawal pemain hendaklah memastikan bahawa
pemain yang dikawal itu tidak dapat bergerak menghampiri kawannya yang menguasai
bola, pemain itu tidak berpeluang untuk membuat hantaran atau sukar hendak membuat
jaringan.

ii) Sistem pertahanan zon


Dalam sistem ini setiap pemain yang bertahan akan menjaga suatu bahagian
kawasan yang tertentu. Ini bererti seseorang pemain itu akan mengawal pemain lawan yang
bergerak di kawasan tersebut.
3.0 Latihan kemahian asas
3.1 Latih Tubi Menghantar dan Menyambut Bola
i) Aktiviti 1
Bahagiankan 2 atau 3 orang pemain dalam satu kumpulan, pemain
menghantar dan menerima bola dengan aneka cara menghantar bola. Pemain
menjauhi jarak dan meningkatkan kelajuan secara ansur maju. Pada mulanya,
berdiri statik dan kemudian dengan cara sambil bergerak.

ii) Aktiviti 2
Bahagikan pemain dalam 2 kumpulan dan berdiri dalam satu barisan, seorang
pemain akan mengelecek bola ke tengah gelanggang dan pembawa bola akan
serahkan bola kepada kawannya. Seterusnya penerima bola akan menhantar bola
kepada kawannya yang menunggu di kumpulan sebelahnya, selepas menhantar
bola, pemain menghantar bola dan lari ke belakang kumpulan yang menerima
hantaran tadi.

iii) Aktiviti menghantar dan menerima sambil berlari


Pemain berdiri di tempat yang telah ditentukan oleh jurulatih. Pemain
menghantar bola dan lari untuk menerimanya, setelah menerima hantar lagi ke
pemain nombor dua dan berlari untuk menerima bola, gerakkan diulangi sehingga
tempat yang ditetapkan.

3.2 Latih Tubi Menggelecek


i) Aktiviti 1
Bahagikan Pemaian dalam dua kumpulan dan mengaturkan pemain berdiri
di kedua-dua sisi gelanggang. Seterusnya, letakkan dua buah kon di tengah
gelanggang. Pemain akan menggelecek bola menuju sebelah luar kon seolah-olah
hendak melepasi kon dari arah luar, pemain boleh tukar arah secara tiba-tiba dan
menggelecek bola melepasi kon dari dalam, pemain lakukan menggelecek putar
balik ke belakang. Latihan ini boleh menggantikan kon dengan pemain sebagai
ansur maju.

9
ii) Aktiviti 2
PemainX menggelecek dari hujung gelanggang mengikut garisan sisi ke
tengah gelanggang dan hantar bola kepada pemainY yang berada di sudut
gelanggang. PemainY menerima bola dari pemainX dan menggelecek melepasi
rintangan. Pemain melakukan jaringan layang. Dapatkan ambul dan menggelecek
ke tepi, kemudian hantar bola kepada pemain yang berada dalam bulatan tengah
dan pemain yang berada di tengah menggelecek melepasi rintangan dan lakukan
jaringan layang, lalu ubah posisi dan teruskan aktiviti.

3.3 Latih Tubi Menjaring


i) Aktiviti 1
Bahagikan pemain dalam dua kumpulan. Pemain akan menggelecek bola
menuju kea rah keranjang dengan menggunakan tangan kanan atau kiri dan
membuat jaringan laying, tukar posisi setelah membuat 50 jaringan.

ii) Aktiviti 2
Setiap pemain akan berlatih selama 3 minit dengan jaringan kadar pantas.
Pemain1 membuat jaringan dari kanan dan melulu ke hadapan untuk ambul lalu
menghantar bola kepada pemain2 dan pemain1 akan lari ke kiri dan membuat
jaringan setelah terima hantaran dari pemain2, mengulangi gerakkan sehingga
tamatnya 3 minit. Catatkan jumlah jaringan yang dibuat.

3.4 Latih Tubi Mengawal dan Mengadang


i) Aktiviti 1
Dijalankan dengan berpasangan. Pemain A akan melakukan percubaan.
Pemain B mendapatkan lantun balik dan hantar kepada pemain A yang telah
mengubah posisi. Pemain B akan gerak ke tengah dan melakukan percubaan
menjaring setelah menerima bola daripada pemain A. Pemain A akan menangkap
bola lantun balik dan dihantar ke pemain B yang telah ubah posisi.

10
ii) Aktiviti 2
4 orang pemain beratur mengikut posisi yang ditetapkan. Pemain B
memantul bola ke papan tampan dan mendapatkan lantun balik. Pemaian B akan
hantar bola ke pemain D dan seterusnya dihantar kepada pemain C. Pemain C
akan membuat jaringan dari tengah. Pemain B dan D saling menukar posisi. Pemain
D akan melulu ke depan untuk mendapatkan lantun balik bersama pemain A.
Gerakan ini boleh dijalankan dari kedua-dua belah.

3.5 Latih Tubi Strategi Pertahanan


i) Aktiviti 1
Pemain membengkokkan lutut, tegak badan, gerak dengan pantas, hentak
kaki. Pemain bergerak mengikut isyarat jurulatih. Bila jurulatih mengangkat bola
ke atas kepala, pemain dikehendaki menunjukkan cara menghalang dan
sebaliknya apabila jurulatih menurunkan bola, turunkan badan dan menujukkan
cara menghalang lawan menggelecek melepasi kawalan.

ii) Aktiviti 2
Berpasangan dan sering menukar posisi. Kekalkan jarak 1 meter antara
pemain. Pemain penyerang akan cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri dari
kawalan pemaian pertahanan. Jika pemain penyerang dapat menjauhi dirinya
lebih 2 meter daripada pemain pertahanan ia dikira menang.

4.0 Justifikasi pemilihan latihan


Aktiviti 1 latih tubi menghantar dan menyambut bola adalah untuk meningkatkan
kepantasan menghantar dan menyambut bola pemain semasa pertandingan dijalankan. Aktiviti 2
dipilih kerana semasa pemainan bola keranjang penghantaran bola keranjang mesti dibuat
seketika lati tubi ini dapat menguatkan tindak balas murid menerima bola dan menghantar bola.

11
Aktiviti ketiga dipilih kerana semasa pemainan bola keranjang, pemain akan berlari sambil
menerima bola.
Aktiviti- aktiviti menggelecek bola dipilih adalah untuk mengukuhkan teknik menggelecek
bola pemain-pemain. Aktiviti yang dipilih juga boleh melatihkan kepantasan menggelecek dan
mengawal bola semasa menggelecek.
Tujuan aktivi 1 latih tubi menjaring adalah untuk melatih pemain menjaring dengan lebih
tepat dan tidak sekiranya di arah mana juga boleh menjaring. Aktiviti 2 dijalankan kerana latih tubi
ini boleh menguji tindak balas murid menjaring selepas menerima bola.
Aktiviti mengawal dan mengadang adalah tujuan untuk murid memberi tindakan semasa
dihalang oleh pemain lawan dan dengan latih tubi ini murid juga boleh mencari cara untuk
melepasi pemain lawan.
Aktiviti latih tubi dijalankan bertujuan untuk mempertahankan pihak lawan untuk
mendapat markah. Aktiviti- aktiviti dipilih adalah untuk meningkatkan tindak balas murid untuk
mempertahankan pihak lawan supaya mereka tidak peluang mendapat markah.

5.0 Peralatan
Peralatan yang diperlukan untuk permainan bola keranjang adalah seperti berikut:
 “ Game clock “
 Buku rekod pertandingan
 Wisel
 Papan tanda faul, bernombor 1 hingga 5
 2 buah kon atau bendera berwarna merah
 Papan tanda anak panah
 Jam randik
 Pemotong kuku
 Papan skor
 Bola : saiz 5 untuk kategori sekolah rendah
saiz 6 untuk kategori perempuan sekolah menengah
saiz 7 untuk kategori lelaki sekolah menengah
 Jarring keranjang

12
 Papan tanda “time out”

6.0 Rumusan
Bola keranjang adalah satu sukan di manakan dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5
pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau
bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan
pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Bola
digerakkan di dalam gelanggan dengan melantunkan atau menghantarnya kepada rakan sepasukan.
Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola dikawal.
Permulaan untuk permainan bola keranjang ialah dengan lontaran bola di tengah-tangah
gelanggang oleh pengadil. Caranya ialah dua orang permain, seorang daripada kedua-dua
pasukan berdiri di tengah-tengah bulatan gelanggang dan kaki berada di gelanggang sendiri.
Pengadil akan melambung bola ke atas dan kedua-dua permain akan merebut. Kedua-dua pemain
ini akan berusaha menampar bola kepada rakannya. Mereka tidak dibenarkan menangkap bola
daripada lontaran pengadil ini. Pemain-pemain lain hendaklah berada di luar seperuh bulatan
masing-masing.
Jadi dalam pemaianan bola keranjang kemahiran asas amat penting. Dalam satu
pertandingan bola keranjang akan mengunakan semua kemahiran asas bola keranjang jadi jurulatih
mestilah mementingkan latih tubi terhadap kemahiran asas bola keranjang. Aktivit- aktiviti yang
digunakan oleh jurulatih juga amat penting.

7.0 Perkara-perkara lain

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ASAS.

 Setiap permainan mesti diadilkan oleh dua orang pengadil.


 Setiap pasukan diwakili oleh lima orang pemain.

13
 Setiap pasukan hendaklah memakai jersi yang dapat membezakan dua pasukan yang
berlainan.
 Perlawanan dibahagikan kepada dua waktu separuh masa itu adalah 10 minit.
 Satu mata untuk jaringan lemparan bebas; 2 mata untuk jaringan terus dan 3 mata untuk
jaringan dari luar garisan melengkung.
 Pengadil melakukan lambungan bola di bulatan tengah bagi memulakan permainan untuk
kedua-dua separuh masa.
 Selepas jaringan, permainan diteruskan dengan hantaran dari belakang garisan belakang
oleh seorang pemain pihak yang kena jaringan itu.
 Semasa permainan berjalan, adalah salah jika seseorang pemain itu memegang bola lebih
dari 5 saat tanpa melepaskannya.
 Seorang pemain tidak dibenarkan menghalang,memegang, menolak, merempuh atau
melakukan kekasaran untuk menyekat pergerakan pihak lawan.
 Seorang pemain yang melakukan kesalahan perseorangan atau teknikal sebanyak 5 kali
akan dikeluarkan dari permainan itu.

14
Rujukan

Teng Boon Tong.(2001).Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan.Selangor Darul Ehsan.

Khoo Hock Lai.(2003). Buku Panduan Pendidikan Sukan Bola Keranjang.Perak.

Dong Yang.(2006).Buku Panduan Bola Keranjang.Kuala Lumpur.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_keranjang

http://www.slideshare.net/nadwah93/sejarah-bola-keranjang

http://bola-keranjang.blogspot.com/

http://www.pemainbolakeranjang.com/

Anda mungkin juga menyukai