Anda di halaman 1dari 2

Laporan Pelaksanaan Latihan Kebakaran

Peringkat Sekolah Tahun 2015


1.

Tarikh:

26 Ogos 2015

2.

Masa:

9.00 pagi hingga 9.55


pagi

3.

Tempat:

Gelanggang Takraw SK
Bukit Kuari

4.

Dikendalikan
oleh:

Unit HEM Sekolah

5.

Jumlah
penyertaan
Murid :

220 orang

6.

Jumlah
penyertaan
Warga
Pendidik:

21 orang

8.

Senarai
Aktiviti
Utama:

Latihan Kebakaran .
Taklimat Penggunaan Alat
Pemadam Api

9.

Aktiviti
sokongan :

Aktiviti Demonstrasi
Penggunaan Alat Pemadam
Api.

1
0.

Cadangan/Ula
san:

Latihan kebakaran berjalan


lancar.

10.1
Pada 26 Ogos yang lalu Sekolah
Kebangsaan Bukit Kuari telah menjalankan
latihan kebakaran tahunan. Latihan
bermula jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar
jam 9.55 pagi. Latihan kebakaran
merupakan aktiviti yang disediakan pada
setiap tahun sebagai persediaan dan
latihan sekiranya terjadi insiden kebakaran
sekolah.. Semua warga SK Bukit Kuari
terlibat dalam aktiviti ini. Tujuan utama
program ini dijalankan untuk memberikan
kesedaran kepada warga sekolah cara
bertindak apabila berlaku sesuatu
kebakaran.
Latihan kebakaran ini juga
diadakan bertujuan untuk melatih murid-

murid bersedia semasa berlaku kebakaran


atau kecemasan di sekolah. Setelah loceng
panjang dibunyikan, semua murid
bergegas ke tempat yang ditetapkan untuk
berkumpul iaitu padang sekolah. Guru
Penolong Kanan HEM telah meminta guruguru mengawal murid-murid ketika latihan
kebakaran dijalankan. AJK Disiplin telah
memastikan semua murid berkumpul dan
ada pada tempat yang ditetapkan. Guru
kelas masing-masing mengambil
kedatangan untuk memastikan tiada
seorang murid pun yang tertinggal dalam
kelas atau di dalam bangunan sekolah.
Latihan ini adalah sebahagian daripada
program wajib sekolah pada setiap tahun
bagi memastikan murid dan kakitangan SK
Bukit Kuari sentiasa dalam keadaan
bersedia ketika menghadapi bencana
kebakaran. Selain daripada kebakaran,
murid-murid didedahkan dengan
kemungkinan-kemungkinan bencana alam
yang lain seperti banjir dan ribut. Tahniah
kepada AJK Kebakaran sekolah kerana
telah berjaya menjalankan latihan
kebakaran tersebut.
10.2

Cadangan :

Walau bagaimanapun rancangan


demontrasi menyelamat mangsa
terperangkap oleh pihak bomba tidak
dapat dijalankan kerana kekurangan
kakitangan pihak bomba dan penyelamat
atas beberapa faktor yang tidak dapat
dielakkan. Selain itu pegawai bomba yang
terlibat tidak dapat menyaksikan latihan
pergerakan murid dan staf tersebut
bermula dari awal kerana berlaku sedikit
kekhilafan. Insyaallah pada lain masa
sebarang kelemahan akan diperbaiki.

Anda mungkin juga menyukai