Anda di halaman 1dari 1

Hafeez Hakim b.

Omar
2014896502
Constitutional Law ( LAW487)
LWB02E

Fakulti Undang-Undang,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam

27 Mei 2015

Tuan,
SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN KULIAH
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Saya Hafeez Hakim b. Omar ( No.Pelajar : 2014896502) dari kumpulan LWB02E telah gagal
untuk
menghadiri
kuliah
bagi
kursus
Constitutional
Law
(LAW487)
pada
18 Mac 2015, 1 April 2015, 15 April 2015, 6 Mei 2015 dan 13 Mei 2015.
3.
Atas dasar tersebut, saya ingin memohon maaf atas kegagalan saya untuk menghadiri kuliah
bagi kursus berkenaan pada tarikh yang telah dinyatakan diatas.
4
Untuk makluman pihak fakulti, pada tarikh 18 Mac 2015 saya gagal menghadiri kuliah
kerana pada waktu itu jadual kelas saya agak berterabur kerana sering berubah-ubah.Saya mengulangi
dua subjek ketika di sem 1 jadi apabila ada jadual yang bercanggah saya sering mengubah-ubah jadual
kelas saya dan menyebabkan saya gagal untuk hadir ke kuliah.Pada tarikh 1 April 2015 saya gagal
menghadiri kuliah kerana salah saya sendiri iaitu saya telah terlajak tidur pada pagi itu dan tidak
sempat untuk ke kuliah.Saya amat kesal dan memohon maaf atas sikap saya ini.
5.
Pun begitu, pada tarikh 15 April 2015 saya gagal menghadiri kuliah kerana saya perlu
menyelesaikan urusan kereta saya yang terlibat dalam kemalangan pada minggu itu.Saya perlu
menyediakan pelbagai dokumen pada pihak insurans dan juga pada pihak polis pada hari itu.Pada
tarikh 6 May 2015 dan 13 May 2015 saya mengalami serangan asma yang teruk dan juga demam
panas selama dua minggu itu.Akan tetapi malangnya , saya tidak memiliki sebarang sijil cuti sakit
kerana saya tidak pergi ke pusat kesihatan Uitm.Di sini saya sertakan bukti bahawa saya merupakan
salah seorang pesakit penyakit asma.
6.
Amatlah besar harapan saya, surat ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada
pihak tuan untuk tidak menghalang saya menduduki Peperiksaan Akhir atau diberikan Gred F.
Jasa baik yang pihak tuan berikan dengan membuat pertimbangan sewajarnya tentang perkara ini
amat saya hargai.Saya memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku ini dan saya akan mencuba
sedaya upaya saya agar perkara ini tidak akan berlaku lagi selepas ini.Sekian, terima kasih.
Yang benar,

(HAFEEZ HAKIM BIN OMAR)


NO.PELAJAR : 2014896502
NAMA PENSYARAH : PUAN IRINI IBRAHIM

Anda mungkin juga menyukai