Anda di halaman 1dari 1

Tengku Alif Mukhlis Bin Tengku Ezani

IPG Kampus Perlis,


Behor Pulai,
01000, Kangar,
Perlis.
Mr Kalaiselvan A/L Patcheyapan
IPG Kampus Perlis,
Behor Pulai,
01000, Kangar,
Perlis.

24 JULAI 2015

Tuan/Puan,
Surat Tunjuk Sebab Tidak Menghadiri Sesi Kuliah
Saya, Tengku Alif Mukhlis Bin Tengku Ezani dari PISMP TESL C Semester 8 ingin
memberikan penjelasan kepada tuan/puan berhubung perkara di atas. Saya ingin
menyatakan penjelasan bertulis atas dakwaan salah laku ke atas diri saya seperti yang
tercatat dalam LAM-PT03-04a.
2. Saya mengakui kesalahan yang telah dilakukan iaitu tidak hadir ke sesi kuliah pada
tarikh yang tercatat dalam LAM-PT03-04a. Ketidakhadiran saya pada tarikh tersebut
adalah berpunca daripada masalah untuk bangkit dari tidur. Justeru itu, saya kerap
terlepas sesi kuliah yang telah diaturkan.
3. Saya sedar akan kesalahan yang telah diakukan. Saya harap pihak tuan dapat
memaafkan kesalahan ini dan memberi pertimbangan yang sewajarnya. Saya berjanji
untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dengan sebaiknya dan berusaha untuk
tidak mengulanginya pada masa hadapan.
4. Segala kerjasama dari pihak tuan amat dihargai dan saya dahulukan dengan ucapan
terima kasih. Sekian, terima kasih.
Yang benar,

( TENGKU ALIF MUKHLIS BIN TENGKU EZANI)

Anda mungkin juga menyukai