Anda di halaman 1dari 2

PHILEMON KANA ANAK PANTING

JLN KJD, BATU 4


96509 BINTANGOR
SARAWAK
NO TELEFON: 019-5144506




Tarikh: 1.08.2012
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
Jalan College
93200 Kuching
Sarawak.



Tuan,


Penyataan Penyesalan Dan Rayuan Kerana Melanggar Peraturan Dibawah Akta 174: Tidak
Menghadiri Kuliah Selama 3 Jam Tanpa Sebab


Merujuk perkara diatas, saya dengan segala hormatnya memaklumkan bahawa saya tidak akan
mengulangi kesalahan tersebut. Saya selaku pelajar Institut Pendidikan Kampus Batu Lintang sedar
bahawa tindakan tersebut adalah salah. Seharusnya, pada bulan tersebut saya harus menulis surat
kerana tidak hadir pada hari itu. Walaupun pada hari tersebut saya sakit perut, saya harus
memberitahu pihak pengurusan secara rasmi kerana ia adalah prosedur penting di IPG. Hal ini
kerana ketidak hadiran saya itu boleh menjejaskan jam kredit kursus saya. Selaku bakal guru, saya
tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi kerana ia boleh menjejaskan nama institut perguruan ini dan
juga nama sekolah dimana saya akan ditempatkan pada masa akan datang. Saya menyesal kerana
melakukan kesalahan tersebut dan berjanji selaras dengan borang perjanjian perguruan, tidak akan
mengulangi kesalahan ini lagi. Saya merayu agar kesalahan saya ini akan dibawa di dalam
pertimbangan pihak tuan dan memberi saya peluang agar tidak dikenakan tindakan dibawah Akta
174.


2. Kerjasama dan bantuan daripada pihak Tuan amatlah saya hargai. Mudah-mudahan
permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak Tuan. Sekian, terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



(PHILEMON KANA ANAK PANTING)
Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Anda mungkin juga menyukai